KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menasihati kerajaan agar meletakkan isu yang lebih penting berbanding menggunakan isu hudud sebagai modal bermain politik di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Menurut Siti Zailah, situasi sebenar yang berlegar ketika PRK ini adalah situasi untuk memilih calon bagi mewakili suara rakyat Tanjung Piai untuk dibawa ke Dewan Rakyat.
“Sekarang ini fokus masalah didepan, masalah kos hidup yang tinggi, masalah keselamatan negara, masalah sosial dalam negara, masalah kestabilan ekonomi, Ringgit Malaysia masih rendah, pelabur yang semakin kurang bukan semakin banyak.
“Kita nak wakil kepada rakyat untuk menegakkan dasar yang boleh memberi keadilan untuk rakyat, bukan menipu rakyat dengan macam-macam isu sebagaimana yang ada pada hari ini di bawah kerajaan PH,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian semasa ditemui Harakah di Dewan Rakyat hari ini ketika diminta mengulas mengenai isu hudud yang timbul setelah tular hantaran Facebook Calon BN, Dato’ Seri Wee Jeck Seng sebelum ini tidak bersetuju dengan RUU355.
Mengulas lanjut, menurut Siti Zailah, hal tersebut bukanlah sesuatu yang janggal memandangkan Jeck Seng merupakan bukan muslim.
Katanya, rakyat Tanjung Piai harus meletakkan fokus kepada pemilihan wakil rakyatnya berbanding meletakan Jeck Seng sebagai wakil daripada BN.
“Dia kena faham calon Tanjung Piai mewakili BN itu adalah calon MCA, MCA ini Cina, dia bukan Islam, tak pelik kalau dia tidak bersama dengan hudud.
“Kalau solat pun dia tak setuju, puasa pun dia tak setuju, sebab dia bukan islam, memang bukan pelik sebab dia bukan Islam.
“Walaupun dia Cina, tapi dia memihak kepada Muafakat Nasional, jadi soal dia tolak hudud, pertamanya sebab dia bukan Muslim, beliau tidak faham mengenainya, jadi tak pelik.
“Sekarang, MCA hanya ada satu kerusi di Parlimen MCA, kalau dia menang satu lagi, ada dua kerusi, jadi sebab itulah bagi kita, Muafakat Nasional ini kita nak menambahkan lagi kekuatan suara pembangkang yang akan mebangkang dasar-dasar yang tidak betul yang akan dibawa oleh PH,” jelas beliau.
Sebelum ini,Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Dato’ Seri Salahuddin Ayub berkata, polemik isu hudud membabitkan calon BN pada PRK Tanjung Piai memberi kelebihan kepada PH.
Katanya, isu berkenaan akan membuatkan ahli PAS yang kecewa melakukan protes senyap dengan mengundi calon PH.
Beliau yakin ada akar umbi PAS yang tidak setuju dan kecewa apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, meminta mereka mengundi calon MCA yang menolak hudud, berbanding undi calon PH, Karmaine Sardini yang juga seorang imam. HARAKAHDAILY 12/11/2019
M Bakri: Malaysia Baru
Hibur Hibur Sikit
M Bakri: Sumbangsih
No comments:
Post a Comment