Tuesday, November 19, 2019

Hari Ini 34 Tahun Memali. Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan PAS Balik Pulau..


Sej. Politik B.Pulau 2: Ceramah PAS DiBaling Batu….

Catatan Santai Ibnu Hasyim
Hasil carian imej untuk gambar pekan Balik Pulau
ENTAH macam mana, dikatakan kami tubuh PAS cawangan Kampung Perlis dulu tidak melalui PAS Perhubungan Negeri. Memang saya isi borang penubuhannya, dan terus ke ibu pejabat KL, waktu itu di Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang. 

Konon marahlah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang waktu itu. Memang boleh tubuh pun, tapi saya tidak tahu hal itu menyalahi peraturan parti. Pesuruhjaya PAS itu ialah Allayarham Haji Zabidi bin Ali. Haji Zabidi adalah antara pengasas penubuhan PAS, lahir 1914 di Seberang Perai. 

Asal dari Sekolah Melayu Seberang Perai, 4 tahun belajar di Mekah dan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Menjadi guru agama antara 1942- 1964 dan ADUN Pulau Pinang mulai 1974. Pengalaman kepimpinan dan politiknya memang hebat. 

Pernah jadi AJK Persatuan Melayu Seberang Perai 1947-1948, pengasas dan YDP Perikatan Penanam-Penanam Padi Melayu Seberang Perai 1948-1951, dan YDP Pertubuhan Tani Malaya 1951-1955. Istimewanya pernah menjadi calon PAS dalam pilihan raya pertama di Malaya 1955. 

Pernah jadi AJK Pegerakan Pemuda Melayu Seberang Perai, Pegawai Penerangan PAS 1951-1957, Pemangku Setiausaha Agung PAS 1956, dan AJK Perhubungan PAS Negeri Terenganu 1972-1976. (Mengapa AJK Perhubungan PAS Terengganu tidak Pulau Pinang?, Saya akan hurai pada kesempatan yang lain.) 

Memang peringkat awal nampak macam bercanggah antara saya dengan PAS Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Negeri dengan polisinya membekukan sementara percambahan penubuhan cawangan baru. Sedangkan saya di Balik Pulau terus menggempur penubuhan sebanyak mungkin cawangan. 

Kadang-kadang percanggahan seperti inilah yang memotivasikan kami, untuk terus menggerakkan PAS. Ini membuat jasa Tuan Haji Zabidi di Balik Pulau sangat saya kenang. Terakhir saya tinggalkan PAS Balik Pulau sekitar 1990an terdapat setiap saloran mengundi ada cawangan penaja, iaitu sebanyak 34 cawangan. 

Yang telah lulus pendaftaran kira-kira 20 cawangan. Sekarang saya tak tahu berapa.. Terdapat sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pernah kami berceramah di sebuah rumah di Sungai Tiram, di mana ada golongan tertentu yang ‘diupah’ melempari batu, untuk menggagalkan majlis kami. 

Penceramah waktu itu adalah kawan saya iaitu L.Man Kadir Shamsi, bekas pelakon dan pengarah filem sebelumnya. Saya ingat antara kata-katanya…

“…Jangan ingat kami gentar dengan baling batu ini… Ini! Lihat tangan saya, bekas parut dalam peristiwa berdarah di Lubuk Merbau Kedah masih belum kering lagi!!”  
Disambut dengan takbir bergemuruh. (Memang dia ada di Lubuk Merbau semasa berlaku peristiwa berdarah itu.)

Wahtu itu, dia dan saya datang dari KL kira-kira 2 minggu tinggal di Balik Pulau, mengatur, menyusun program dan kalau tiada penceramah, kami yang berceramah sendiri. Kami tidur di markas PAS Balik Pulau yang kami bina di Kampung Perlis, menelan belanja kira-kira RM30,000. 

Pernah sepanjang bulan Ramadzan dalam tahun 1986, kami adakan 25 ceramah lepas sembahyang tarawih. Hampir setiap bulan kami datang, waktu itu saya ada agak banyak wang, tapi bukan kaya… Kadang-kadang lucu juga bila difikirkan, kerana kami yang tulis poster, kami yang tampal dan kami yang berceramah malamnya. 

Maklumlah, kerana petugas-petugas tak sampai 20 orang mulanya. Kuliah tetap, di markas pun dimulakan. Antara tenaga pengajarnya ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi dan beberapa lagi. 

Sambung kisah tadi… Malam ceramah bersejarah itu, kami terpaksa menunggu hingga siang kerana tuan rumah takut rumahnya diserang lagi. Itulah detik-detik cemas, sedih dan pilu, yang sungguh menyayat hati bersama tuan rumah. 

Antara penceramah-penceramah yang pernah berceramah di Balik Pulau waktu itu, ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi, Mahfuz Omar, Mohd Sabu, Cikgu Wahab Kedah, Mat Izam Perak (sekarang Pimpinan Lajnah Buruh PAS Malaysia), Allahyarham Osman Marzuki, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi, Ustaz Mohd Hussin Kelantan, Kamal Koh & Reduan On dari KL, Yusuf Husin & Ustaz Harun Md Isa yang cedera dalam peristiwa Memali dan ramai lagi.
Imej yang berkaitan
Sekian kisah sejarah PAS Balik Pulau dalam catatan santai kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober07, 08
Balik Pulau, PP

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

E-Buku IH-85:  Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

Bab 1
Bab 4 
Bab 5 
Bab 6

1 comment:

Azman B/Pulau. said...

Saya anak generasi lepas merdeka kelahiran Balik Pulau,nak tahu sejarah PAS Balik Pulau. Tolong Ibnu Hasyim, bagaimana nak dapatkan tulisan bersiri tuan..

Maaf, harap boleh tolong beri maklumat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails