Saturday, November 16, 2019

Hurei!! PH Kalah, BN Dului 10,000..


BN Sekarang Dahului Hampir 10,000 Undi

Menurut keputusan tidak rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon BN Wee Jeck Seng mendahului hampir 10,000 undi.

BN menerima 15, 341 undi manakala calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini mendapat 5796 undi.

Sumber PH memberitahu bahawa gabungan itu mendapat keputusan kurang memberansangkan di pusat daerah mengundi Jalan Rimba Terjun dan Kampung Duku. 

Kedua-dua PDM itu memiliki majoriti pengundi Cina.

Jalan Rimba Terjun terdiri daripada 80.98 peratus pengundi Cina, 16.7 peratus pengundi Melayu dan 2.05 peratus pengundi India.

Kampung Duku pula terdiri daripada 61.35 peratus Cina, 36.65 peratus pengundi Melayu dan 1.26 peratus pengundi India.

Pada pilihan raya umum lepas, PH memenangi PDM Jalan Rimba Terjun dengan 78.77 peratus undi manakala di Kampung Duku, gabungan itu menang dengan 63.39 peratus undi.

Sumber PH berkata mereka bimbang gabungan itu tewas di kedua-dua daerah mengundi tersebut pada pilihan raya kecil ini.

Minda Rakyat :  Rakyat mula tola Pakatan HANCING 

2 comments:

Anonymous said...

Horey tu horeey la tapi yg aku sedihnya jumlah pengundi parlimen yg kecil tu cuma setara atau lebih rendah dari DUN ditempat aku yg ada empat dun satu parlimen. Ini bermakna dinegeri aku mengundi nih dgn keluasan yg jauh lebih luas dan jumlah pengundi yg lebih byk maka tak kurang dari 20 parlimen sepatutnya ada yg tidak diadakan sekurang2nya sejak pertambahan parlimen terakhir dibuat.
Dan aku jengkel la pasal nih.. lebih2 lagi kalau setiap dun dinegeri nih dijadikan parlimen pun jumlah pengundi rata2 lebih byk dari lebih 50kawasan parlimen sekarang, jugak lebih luas kawasan.
Dan kalau ianya dun2 dijadikan parlimen ianya masih semuanya kawasan 97% pengundi Melayu kecuali satu yg munkin cuma 67% pengundi Melayu.
Dan empat lagi adalah 70% Bangsa tempatan dgn 28% etnik Melayu.

Celaka sebetulnya yg rancang persempadanan pilihanraya nih.. sengaja berniatjahat untuk marginalise Melayu negeri tersebut secara amnya, melayu mesia secara umumnya.. dan bagi menengelamkan identiti Satu Bangsa Native disitu yg pernah beridentiti sendiri sebelum dynasti raja2 melayu negeri tersebut sekarang yg hampir tiada pernah disebut dlm teks/media mesia secara khususnya jgk tambah tenggelam.

Doa aku mudah2an Bangsa yg hilang ini akan bangkit semula dgn identitinya kegemilangan silam.

Anonymous said...

Okey! Siap PRU 15 untuk tukar kerajaan baru.. hrei! Hurei!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails