ALOR SETAR 27 APRIL 2017. Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin ketika mengadakan sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-57 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. NSTP/AMRAN HAMID
ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewajarnya melakukan penyiasatan dan bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab membawa pulang abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng, sekiranya benar mereka tidak terlibat dan tidak tahu menahu akan hal itu.
“Kalau mereka tidak tahu pun, takkan hendak biarkan sahaja perbuatan itu. Siasat untuk apa abu mayat itu dibawa pulang ke Malaysia,” tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim ketika ditemuiHarakahdaily di majlis Jamuan Amal Dana Kompleks PAS Kedah, di sini, malam tadi. (Foto atas)
Menurutnya lagi, hakikatnya bukan abu mayat itu yang menjadi persoalan tetapi apakah motif sebenar di sebalik perbuatan itu sedangkan semua orang tahu Chin Peng bukannya pejuang yang patut dibanggakan.
Bahkan, tmbah beliau lagi sejarah membuktikan bagaimana kekejaman komunis terhadap penduduk Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan berapa ramai anggota pasukan keselamatan negara mati di tangan mereka.
“Memang perbuatan ini mesti dibantah kerana seolah-olah memberi pengiktirafan kepada golongan pengganas.
“Kerajaan perlu peka kepada perasaan kaum keluarga anggota keselamatan kita yang terbunuh di tangan komunis ketika bertempur mempertahankan tanahair,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, berkenaan isu bendera Malaysia yang menjadi perhatian sekarang ini, beliau secara peribadi mengangap ia seolah-olah sengaja dibuat untuk menyatakan hasrat menentang pembangunan Islam di negara ini. – HARAKAHDAILY 28/11/2019
2 comments:
Hadi Awang pengikut syiah, betul ker?
Yang pasti dia bukan kunyit mcm atuk nua dan ana muridnya jemin.
Post a Comment