Friday, November 08, 2019

Keji! Pesta Seks Songsang, 5 Lelaki Dihukum..

 Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara denda dan sebatan lima lelaki atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis, November tahun lalu. - Foto Sairien Nafis



SHAH ALAM: Lima lelaki yang ditahan dalam pesta seks songsang di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, pada 9 November tahun lalu, dihukum penjara serta dikenakan denda dan sebatan di Mahkamah Tinggi Syarie di sini, hari ini.

Empat daripada mereka yang berusia antara 27 hingga 37 tahun dikenakan hukuman penjara selama enam bulan, denda RM4,800 dan enam sebatan.
Seorang lagi tertuduh yang berusia 42 tahun dan sudah berkahwin, bagaimanapun, dikenakan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam sebatan, oleh Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.
“Kamu dah kahwin dan ada isteri.. buat macam ini, kamu khianati keluarga kamu,” katanya.
Mohd Asri turut memerintahkan semua empat tertuduh yang bekerja sebagai penjawat awam dan swasta itu menjalani hukuman penjara tiga bulan dan empat bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan terhadap mereka.
Ketika membacakan penghakimannya, Mohd Asri berkata, kesemua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tingkat dua apartmen itu bersama-sama tujuh lelaki lain termasuk tiga lelaki bukan Islam selain turut ada kondom dan bahan pelincir dalam lokasi sama.
Beliau berkata, fakta berkenaan menunjukkan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar tabii dan bukan percubaan peringkat awal.
Katanya, perbuatan mereka bertentangan dengan ajaran Islam dan al-Quran selain menimbulkan fitnah kepada agama terutama ada lelaki bukan Islam dalam kejadian itu.
“Allah melarang perkara yang dilakukan kaum Nabi Luth itu, tambahan pula bukan saja ia dilakukan sesama orang Islam, ada juga orang bukan Islam dan ia menimbulkan fitnah,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Asri berkata, walaupun rayuan untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan turut menyatakan faktor penjawat awam, perlu menanggung keluarga dan ibu bapa serta kesalahan pertama, ia bukanlah satu faktor yang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan hukuman.
Beliau berkata, tertuduh sepatutnya memikirkan terlebih dahulu semua faktor sedemikian sebelum mereka mahu melakukan kesalahan terbabit. Justeru katanya, hukuman denda saja tidak memadai bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih daripada seorang dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah apartmen di Bandar Baru Bangi antara jam 9.30 malam, pada 9 November 2018.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 52(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dibaca bersama Seksyen 28 enakmen sama iaitu percubaan untuk melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000, atau dipenjarakan tidak lebih lapan bulan atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Nurain Kamaruddin.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya; 

“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? 

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) 

Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual. Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; 

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) 

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. 

Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW; “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ; Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah; “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).

. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari kami. 

Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur.  dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah; “maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme. 
"


Hibur Hibur Sikit..

Video:



Ebiet G. Ade - Nyanyian Ombak


Ebiet G Ade - Untuk Kita Renungkan



EBIT G ADE - MENJARING MATAHARI with CHORDS.wmv



Santri Santri Silat (Silat Disciples)

  • 2 years ago
  •    
  • 171,069 views
Endah diikuti orang asing sepulang sekolah. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails