Thursday, November 28, 2019

K'tan Pembekal Utama Daging Halal. Berpengkalan Di Qatar? Tahniah PAS!

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail merasmikan Rumah Sembelihan Arnab.
Kelantan pembekal utama daging halal
KOTA BHARU: Kelantan bakal menjadi pembekal utama daging halal bagi pasaran tempatan dan antarabangsa menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Qatar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Mohd Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, syarikat terbabit Oryx Venture Sdn Bhd akan mengusahakan penternakan lembu, kambing dan biri-biri di kawasan seluas 100 ekar di Kampung Pek Machang.
“Syarikat terbabit sudah memulakan kerja-kerja penyediaan makanan ternakan seperti rumput dan jagung.
“Insya-Allah sasaran mereka pada 2022 dapat memasarkan daging ternakan tersebut,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sangkar Arnab dan Perasmian Rumah Sembelihan Arnab di Kampung Buloh Poh di sini kelmarin.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Anuar al Sadat Nor dan Pengerusi Persatuan Penternak Arnab Pedaging Kelantan, Mohd Isyraf Syarafi Baharum.
Hadir sama Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Kadok Abdul Aziz Mohamad. – HARAKAHDAILY 27/11/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Insya-Allah sasaran pada 2022, Tahniah PAS.

1 comment:

  1. Mengetengahkan calon MCA untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah cadangan yang disuarakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Menjadi orang pertama yang mengemukakan cadangan itu kepadanya, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini membuktikan parti Islam itu tidak ekstrim seperti yang didakwa sebaliknya berfikiran membuat pertimbangan untuk masa depan politik Muafakat Nasional. BMF

    ReplyDelete