Sunday, November 17, 2019

Menang! Bagaimana Persiapan Rasul SAW..

Hasil carian imej untuk apa erti menang
Menang apabila penuhi kriteria 12K ‘ansarullah’


KUALA KANGSAR: Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa umat Islam tidak akan dikalahkan sekiranya mempunyai sejumlah 12,000 ansarullah yang menjadi tenaga kepada perjuangan.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat, Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmod berkata, namun semua mereka mestilah memiliki ciri-ciri atau kriteria ansarullah tersebut.
“Sebaik-baik sahabat adalah empat orang, sebaik-baik pasukan 400 orang, sebaik-baik tentera ialah 1,000 orang dan kamu tidak akan dikalahkan dengan jumlah 12,000 orang,” ujarnya memetik hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi itu.
Penegasan tersebut dinyata dan dihuraikan beliau dalam Diskusi Tarbawi: Melahirkan 12K Ansarullah pada Ijtimak Tarbawi 7.0 di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini petang tadi.
Katanya, hadis tersebut memberi gambaran asas bahawa kemenangan Islam dapat dicapai dengan mempersiapkan sejumlah 12,000 ansarullah selaku jentera yang tidak dapat dikalahkan.
Pun begitu jelas beliau, ia tidak dicapai semata-mata kerana kuantiti ramai tersebut, tetapi mesti dilengkapi dengan kualiti keimanan dan ketakwaan sebagaimana disebut di dalam al-Quran dan Hadis.
Antaranya mereka itu kupasnya, memenuhi pembinaan diri sebagaimana amanat Saidina Umar R.A kepada Sa’ad Abi Waqqas  dalam Perang Al-Qadisiyah iaitu berbekalkan takwa dan menjauhi dosa.
Kerana katanya, sebagaimana dinyatakan Umar, takwa dan menjauhi dosa serta maksiat adalah kelebihan dan persiapan dalam mengatasi musuh seterusnya mengalahkan mereka.
Sebaliknya peringat Umar ujar Ustaz Mahadi, dosa dan maksiat dilakukan tentera Islam menjadi lebih merbahaya dan ditakuti berbanding perbuatan sama dilakukan oleh musuh Islam.
Beliau turut menerangkan betapa ansarullah juga memiliki keyakinan kepada Allah S.W.T dan bukannya memiliki sikap seperti kekaguman kepada diri atau kekuatan sendiri serta jumlah pasukan.
Hal tersebut kemukanya, sebagaimana pengajaran daripada Perang Hunain di mana hal seumpama telah menyebabkan tentera Islam diuji Allah hampir tewas kerana sikap mereka. – HARAKAHDAILY 15/11/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails