Sunday, November 17, 2019

Muhamad Sabu: Tuntut K'jaan PH Terus Baiki..


PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman


KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam, menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk terus memperbaiki pemerintahan.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, berkata ia bagi memastikan segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan, dapat dirasai oleh rakyat.
“Kami juga akan berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti dalam PH dan pada masa sama, mempergiatkan lagi program penerangan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, keputusan PRK itu bagaimanapun tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka, malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
“AMANAH menerima keputusan yang sudah dibuat rakyat pada PRK Parlimen Tanjung Piai dengan terbuka, namun penuh kesedaran,” katanya.
Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.
Beliau memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi untuk mengatasi lima pencabarnya.
Pesaing terdekatnya yang juga calon PH, Karmaine Sardini, memperoleh 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam, mendapat 1,707 undi.
Tiga lagi calon, iaitu Presiden BERJASA, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz meraih 850 undi, sementara calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi).
Jumlah undi diperoleh itu bermakna calon GERAKAN, BERJASA dan dua calon Bebas hilang wang deposit.
Peraturan menetapkan calon hilang wang deposit jika gagal memperoleh satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi dikira.(BH)

1 comment:

Anonymous said...

Hampa semua dah expired mat sabu oi,,,apa yg hang nak baikinya? Thaji hampa pakat dgn kapiag harbi p pelingkup,,duit petronas hampa curi,,hampa hutang gila2,,tak sampai dua tahun,,melebehi 270 billion,,ds najib perintah 10 tahun, hutang tak sampai banyak tu,,,janji pru14 hampa tak tunai,,hang mengkedarah gaji buta,, org tadak kelulusan mcm hang,,boleh jd menteri pertahanan,,,apa punya gila dam bodoh org malaysia. Hang adalah menteri pertahanan paling low iq dlm asia tenggara,,entah2 dlm dunia,, ada geng hampa jadi tim.menteri dgn sijil palsu,,mengkedarah duit haram. Lebih hang berambus saja dari pentadbiran,,,hang p kira syiah hang yg sesat tu,,p la menikah muta'ah dgn bini2 org,,, jgn dok berlagai pandai,,,,,ph,,,pakatan haramjadah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails