Thursday, November 21, 2019

Penipuan Pelaburan Online Terbesar, 680 Ditahan, Sewa Premis RM360,000 Sebulan

 Sebahagian warganegara China yang ditahan dalam satu serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Cyberjaya pada sidang media yang di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya, semalam.
Semua mereka yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam (penipuan) secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.
Hasil serbuan pada jam 11 pagi ke atas premis terbabit yang disewa pada harga RM360,000 sebulan, sebanyak 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi dirampas.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata modus operandi sindiket itu adalah menyasarkan mangsa di China dengan menawarkan keuntungan yang tinggi dan pantas.
Seramai 150 pegawai dan anggota Imigresen menyerbu premis terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan, susulan risikan sejak sebulan lalu hasil aduan awam.
 Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya mengenai serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Cyberjaya. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Kawasan premis itu mempunyai pengawal keselamatan dan di setiap tingkat dilengkapi ciri-ciri keselamatan ketat dengan hanya mereka yang mempunyai kad akses boleh memasukinya, selain terdapat rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan keluar masuk.
“Sindiket ini membuat penipuan pada semua pelaburan tidak sah termasuk Forex dan semua operator (yang berpangkalan di Cyberjaya) akan menghantarkan satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu menggunakan bahasa China dalam aplikasinya.
“Semua urus niaga dan pembayaran dilakukan melalui Wechat Pay atau bank di China,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Khairul Dzaimee berkata, kira-kira 100 orang sempat melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai imigresen, selain ada antara mereka yang tercedera dalam usaha melarikan diri.
Siasatan awal mendapati semua mereka tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan sosial (PLS) dan antara kesalahan dikenal pasti adalah melanggar syarat pas, selain masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah serta Seksyen tinggal lebih masa.
“Hampir semua yang ditahan tidak dapat mengemukakan pasport dan hingga kini tiada wakil atau individu hadir mengemukakan pasport mereka.
“Pihak Kedutaan China di Malaysia juga sudah dimaklumkan berhubung perkara ini, manakala tindakan penyitaan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap barang rampasan akan dijalankan bagi tujuan siasatan.

“Kita akan mengesan individu di belakang syarikat terbabit dan menyalurkan maklumat berkaitan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), polis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi berkaitan,” katanya.
Semua 680 warga China terbabit kini direman selama 14 hari bermula semalam dan Imigresen akan terus mengesan saki baki sindiket. (BH)

2 comments:

  1. Tak menipu bukan C*n* la...
    mereka percaya sbg tohan pun mereka tipu dan bagi perangkap 'kue melekit' supaya bila makan jadi melekat mulut dan takboleh melapor pada tohanbosat tentang kejahatan mereka.
    Kalau yg mereka anggap tohan pun mereka adakan sambutan acara kelengtong tahunan... ini kan pula pd yg tidak tohan.
    Spesis berugama macam nih boleh percaya ker??

    ReplyDelete
  2. Tuhan mereka pun mereka nak tipu. Letak limau plastik.

    ReplyDelete