MP PAS saran wakaf solusi pembangunan Kg Baru
KUALA LUMPUR: Isu pembangunan Kampung Baru mendapat perhatian ramai pihak sehingga dibangkitkan oleh pembangkang dalam Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan bagi Kementerian Wilayah dan Bandar, baru-baru ini.
Beberapa cadangan dan pandangan telah dilontarkan bagi menarik pihak kerajaan mengkaji untuk diambil tindakan bersepadu.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam ucapannya telah mencetuskan idea wakaf sebagai solusi bagi membangunkan Kampung Baru.
Menurut beliau, wakaf mampu dijadikan langkah terbaik dalam berhadapan dengan saingan pelabur-pelabur luar sehingga mengakibatkan tiada peluang bagi orang tempatan kerana terbatas dari sudut kemampuan dana.
“Berdasarkan data di Kampung Baru, kita ada 101 hektar, Datuk Keramat 87 hektar, Segambut 293 hektar, Sungai Pencala 320 hektar.
“Ini semua adalah kawasan yang bersaing dengan pelabur-pelabur luar yang membangunkan projek-projek besar, bangunan-bangunan tinggi yang bernilai jutaan hingga timbulah isu kita akan menjual rumah pada orang luar sebagai rumah kedua mereka.
“Maka persaingan seumpama ini akan menenggelamkan jerung akan makan bilis kerana bilis tidak mampu bersaing dengan jerung.Maka wakaf adalah penyelesaian yang baik,” tegas beliau.
Dr Khairuddin berkata, mereka bergantung kepada tauke yang besar dan biasanya bukan daripada Melayu Islam dan mungkin warga asing daripada dana luar dan sebagainya.
Justeru, jelasnya wakaf satu penyelesaian dalam jangka masa panjang. – HARAKAHDAILY 22/11/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila perluaskan saranan 'wakaf' sebagai solusi penyelesaian masalah tanah Kampung Baru KL..
No comments:
Post a Comment