Thursday, November 28, 2019

Polis&Pej.Peguam Dituduh. Penuduh Perlu Diambil Tindakan -Dr Kamarul Zaman.

Polis dan Pejabat Peguam Negara dituduh sabotaj
SERANGAN terhadap pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj kerajaan dan menjadi daulah terpendam(deep state) berterusan nampaknya. 
Hari ini, Ahli Parlimen P.107 Sungai Buloh dari PKR, Sivarasa K. Rasiah, yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, mendakwa: 
  1. “Deep state elements within the police force and Attorney-General’s Chambers were behind the arrests of two state lawmakers under a controversial anti-terror law” (“Elemen daulah terpendam dalam pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara adalah penyebab kepada penahanan dua wakil rakyat di bawah Undang-undang Anti Keganasan yang kontroversi”). 
  2. “The arrest of the two was aimed at politically damaging Pakatan Harapan” (“Penahanan dua wakil rakyat terbabit adalah bertujuan untuk menjejaskan Pakatan Harapan”). 
  3. “The arrests were never endorsed by the cabinet or any senior minister in the administration”(“Penahanan itu tidak pernah disokong oleh Kabinet atau mana-mana Menteri Kanan dalam pentadbiran”). 
  4. “The decision to charge the 12 detainees occurred while Attorney-General Tommy Thomas was overseas” (“Keputusan untuk mendakwa 12 tahanan berlaku tatkala Peguam Negara Tommy Thomas berada di luar negara”). 
(Rujuk laporan bertajuk “Deputy minister blames ‘deep state’ for Tamil Tigers arrest” di pautan:https://www.themalaysianinsight.com/s/200808)
Ini adalah menyusuli dakwaan Ahli Parlimen P.110 Klang dari DAP, Charles Anthony Santiago, yang merupakan Pengerusi SPAN, pada 25 November 2019 bahawa: 
  1. “The arrests appeared to be a warning to the Indian community, especially those with the DAP”(“Penahanan itu kelihatan seperti satu amaran kepada masyarakat India, terutamanya mereka yang bersama DAP”). 
  2. “SOSMA is being used as a tool to punish those who had spoken out against Dr Zakir Naik” (“SOSMA sedang digunakan sebagai satu alat untuk menghukum mereka yang bersuara melawan Dr Zakir Naik”). 
  3. “SOSMA is being used to break the peace and stability in the country” (“SOSMA sedang digunakan untuk memecahkan keamanan dan kestabilan dalam negara”). 
(Rujuk laporan bertajuk “Criticism of Zakir Naik may have led to LTTE arrests, says MP” di pautan:https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/26/criticism-of-zakir-naik-may-have-led-to-ltte-arrests-says-mp/)

Begitu juga dakwaan lain yang dibuat oleh Charles Anthony Santiago pada 26 November 2019 bahawa: 

  1. “The security law is being used by the Harapan government as a political tool” (“Undang-undang keselamatan itu sedang digunakan oleh kerajaan Harapan sebagai satu alat politik”). 
  2. “And in the case of the LTTE detainees, may be to punish those who dared speak up against Muslim preacher, Dr Zakir Naik, or to simply demonise DAP” (“Dan dalam kes tahanan LTTE, mungkin untuk menghukum mereka yang berani bersuara melawan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, atau untuk semata-mata memburuk-burukkan DAP”). 
(Rujuk laporan bertajuk “Double standard could land M’sia on US terror watch list” di pautan:https://www.malaysiakini.com/news/501311)

Turut membuat dakwaan serupa adalah Adun N6 Bekok dari DAP, Dr. S. Ramakrishnan, yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, yang menyatakan pada 25 November 2019 bahawa: 

  1. “Are we in a police governed state? It seems like it here in Malaysia now” (“Apakah kita berada dalam sebuah negara yang diperintah oleh polis. Ia kelihatan sebegitu di Malaysia sekarang”). 
  2. “This whole exercise seems like a witch hunt that is politically and racially motivated and there is no other way of seeing it!” (“Kesemua tindakan ini kelihatan seperti satu pemburuan yang bertujuan politik dan perkauman dan tiada cara lain untuk melihatnya!”) 

Kesemua tuduhan ini, khususnya tuduhan yang dibuat oleh Sivarasa K. Rasiah, yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan selaku Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, adalah tuduhan yang serius. 

Adalah diharapkan semoga pihak polis dan pihak Pejabat Peguam Negara akan memberikan maklum balas segera ke atasnya. 

Jika tuduhan ini benar, maka pihak yang dituduh perlulah diambil tindakan yang sewajarnya, tetapi jika ia tidak benar, maka pihak penuduh pulalah yang perlu diambil tindakan yang sewajarnya. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

PENAFIAN: 
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails