Saturday, November 23, 2019

Rembatan RM1.4 Bilion, Masih Dalam PH.. Penyamun?

Salam RM1.4 Bilion, PAN Parti Rembata Lil Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin


Gempar bukan saja di kalangan rakyat, malah di kalangan Ahli Dewan Rakyat mendengar pembongkaran Skandal RM1.4 bilion Kementerian Pertanian!!!

Sampai ke saat ini, Menteri Pertanian, DS Salahuddin Ayob aka Din Ikan Kembong, masih lagi tak beri penjelasan tentang Skandal RM1.4 bilion yang dibongkarkan oleh Presiden MCA, DS Wee Kah Siong...

Walau pun ramai macai totoq PAN cuba memutarbelitkan isu dengan mengatakan kononnya majoriti dalam NAFAS adalah orang Melayu dan kenapa MCA perlu sibuk!!!
Ada buat 'homework' ker tak cai?

Admin tolong bagi penjelasan pada macai totoq PAN atas konsep PAN, Parti Rembatan Lil-Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin...

'Direct Nego'  Batalkan Tender Terbuka Tawaran Kontrak Kementerian Pertanian
Ingat lagi tak 6 Teras Janji Pakatan Harapan yang diumumkan Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi dalam kempen PRU 14 Pakatan Harapan...

Teras yang ke 5 ialah, menghapuskan amalan runding terus atau 'direct nego' dalam semua kontrak kerajaan...
Untuk fahamkan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, kita baca apa yang Wee Kah Siong dedahkan dalam Dewan Rakyat :

Pembongkaran Skandal RM1.4 Bilion Oleh DS Ir. Dr. Wee Kah Siong Dalam Dewan Rakyat
Di bawah maksud Bekalan B.21 040000 - Program Khusus, saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah :

Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi...
Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi...
Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali...

Saya ingin mendedahkan satu isu yang melibatkan pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai petender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah:

RM52,484,585.95 (RM52.4 juta) melalui surat bernombor tender QT190000000058589...
Untuk makluman, kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah...

Malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya...
Difahamkan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat mengenai isu ini...

Ia pastinya sesuatu yang amat serius...
Namun, terdapat satu lagi isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat yang saya sebutkan sebentar tadi...

Difahamkan, terdapat satu surat daripada YB Menteri Pertanian (Salahuddin Ayob) kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu:

(2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion daripada jumlah peruntukan yang telah diperakukan untuk Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan Beras untuk tahun 2020 iaitu RM1.55 bilion...

Persoalan saya, kenapa mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung perkara ini?
Adakah Menteri Pertanian tidak mempercayai keputusan yang telah pun dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian sendiri?

Kedua, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu beriya-iya mahukan semuanya dibuat secara rundingan tender terbuka?

Tetapi kenapa bila sudah berkuasa, diminta pula secara rundingan terus?

Saya minta YB Menteri untuk menjelaskannya di sini...

Ketiga, kalau pun Kementerian Pertanian hendak melakukan pemilihan secara rundingan terus, mengapa tidak dilakukan sejak dari awal proses tersebut?

Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?


Keempat, adakah penganugerahan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada NAFAS ini ada kaitan dengan pimpinan NAFAS yang mana kita sedia maklum Ahli Jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti politik, Parti Amanah Negara (PAN)?

Bukan seorang tetapi ramai lagi pemimpin politik berada dalam NAFAS atas lantikan politik...
Adakah ini bentuk kronisme yang sedang diamalkan oleh Malaysia Baharu?


Dan yang terakhir, kelima, saya meminta Kementerian Pertanian menyatakan jumlah tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini...

Amatlah musykil apabila pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren yang sinonim dengan satu parti politik, tambahan pula dalam suasana kempen pilihan raya...

Kronisme Subur Kembali Di Era Pemerintahan Pakatan Harapan
Adakah ini kronisme yang diamalkan kerajaan baharu?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Salahuddin Ayub), mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) untuk memohon lantikan terus kepada NAFAS pada 7 November...


Kontrak pembekalan selama 3 tahun dibatalkan, walaupun sudah diluluskan Lembaga Perolehan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pembatalan (tender) dibuat apabila penender menunggu Surat Setuju Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bukannya dibuat sejak awal proses berkenaan!!!


Mengapa?

Pembatalan itu dibuat selepas Kementerian Pertanian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) secara rundingan terus...

Apakah justifikasi Perdana Menteri buat begitu jika sudah tahu NAFAS kalah tender?

Siapa yang sebenarnya yang berada dalam pengurusan tertinggi NAFAS?

DS Wee Kah Siong membongkarkan dengan membawa keluar beberapa helai kertas dan membacakan beberapa nama pengurusan tertinggi NAFAS, termasuk Pengerusi NAFAS yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi!!!


NAFAS juga didapati membuat tempahan bilik di Pontian sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan semua penghuni didapati memakai baju jingga, selepas mendapat kontrak berkenaan...


Adakah penganugerahan kontrak kepada NAFAS ini mempunyai kaitan dengan pimpinan pertubuhan itu yang terdiri daripada pimpinan dan lantikan politik, khususnya daripada Parti Amanah Negara (AMANAH)?


Pada 23 Januari 2019, Salahuddin melantik Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baru dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan :


Phahrolrazi Mohd. Zawawi

Pengerusi NAFAS merupakan Timbalan Pengerusi PAN Kedah dan ADUN Alor Mengkudu...
Wan Kharizal Wan Khazim
Pengerusi PAN Perlis

Muhamad Said Jonit

ADUN Mahkota (PAN)
Mohd. Hisyamuddin Ghazali
Calon DUN Apam Putra (PAN)
Normah Yusof
Bekas Ketua Angkatan Wanita PAN Pahang
Ahli Dewan Negara, Senator Dr. Yaakob Sapari 
Ketua PKR Cabang Shah Alam
Din Ikan Kembong tak perlu menangis di atas pentas lagi kerana kali ini mungkin Din Ikan Kembong akan menangis selama-lamanya, sekiranya kerajaan berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk membuat siasatan terperinci skandal kewangan Pakatan Harapan yang besar antara yang terbesar...

Kalau Pakatan Harapan tak berani tubuhkan RCI, maka jelas di mata rakyat, siapakah pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan sekarang!!!


Mereka melaungkan untuk menghapuskan salah guna kuasa tapi mereka sendiri yang mengamalkan salah guna kuasa secara berleluasa!!!


Mereka melaungkan untuk menghapuskan amalan runding terus dalam kontrak kerajaan tapi Perdana Menteri sendiri yang membuat arahan supaya tawaran tender terbuka dibatalkan dan tawaran secara runding terus diluluskan!!!


Tunggu PRU 15, rakyat PASTI akan menunjukkan kuasanya!!!


Hibur Hibur Sikit

Ali Baba Bujang Lapok( lagu penyamun)


Mix - P. Ramlee Habibi Ali Baba MTV

5 comments:

Anonymous said...

NAFAS (kilang Gurun , Kedah) berada dipenghujung hayat kerana kerajaan BN hutang (duit baja) tak bayar.
Bila PH ambik alih, kilag ini berbafas lega.
Kenapa marah soal tiada tender?
Dah lama NAFAS keluarkan baja subsidi untuk kerajaan.
NAFAS tu siapa. untung ke mana??
NAFAS tu Pertubuhan Peladang Kebangsaan, untung masuk kocek petani.
Kenapa pembangkang marah sangat?
Sebab tak ada isu lain yang penting.....

Anonymous said...

HIDUP MCA MAMPUS MELAYU HIDUP CINA.....TAHNIAH PAS MAMPUSKAN MELAYU BMF LAH SGT PUIII

Anonymous said...

Yg suka lendir macam mana?

Anonymous said...

Mereka gerun bila pas kerjasama dengan umno. Beza dengan pan pkr dan bersatu, jadi kaldai dap. Siap rasuah dan jual harta bumiputera. Moral tak untung sebab suka lendir, ekonomi pun lingkup rasuahkeliling pinggang.

Anonymous said...

Pemberian tender pada Nafas belum muktamad - Salahuddin
Nov 22, 2019 (Dikemaskini Nov 22, 2019)
Bernama

A A
Urusan pemberian tender Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) masih belum muktamad, kata Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin menegaskan bahawa proses itu telah dilaksanakan mengikut prosedur serta peraturan yang tetapkan dan tidak berlaku skandal seperti didakwa.

“Sebenarnya semua keputusan belum muktamad, selagi ia tidak dimuktamadkan oleh MOF (Kementerian Kewangan), ia adalah satu proses yang sedang berjalan," katanya melepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-125 Jabatan Perikanan Malaysia di George Town hari ini.

Beliau berkata apa dilakukan dalam kementerian adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa menimbang serta memperjuangkan nasib peladang dan petani.

Sementara itu, Salahuddin turut mengaku ada menulis surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memohon lantikan terus kepada Nafas pada 7 Nov namun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails