Saturday, November 16, 2019

Rokok Letrik, Mangsa Pertama Di Filipina Pula. PH Bila Lagi?

Seorang pria menggunakan vape atau rokok elektronik di kawasan Bundaran HI, Jakarta, Selasa (12/11/2019). Pemerintah melalui BPOM mengusulkan pelarangan penggunaan rokok elektrik dan vape di Indonesia, salah satu usulannya melalui revisi PP Nomor 109 Tahun 2012. (Liputan6.com/Faizal Fanani)
MANILA: Filipina melaporkan kes pertama pesakit mengalami masalah kesihatan yang dikaitkan dengan vape, dalam pada pihak berkuasa menyuarakan kebimbangan terhadap kes mahkamah yang menghalang mereka menyelaras rokok elektronik.
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menggunakan rokok elektronik sejak enam bulan lalu dimasukkan ke hospital bulan lepas kerana kesukaran bernafas, malah menunjukkan kerosakan paru-paru seperti dikaitkan dengan amalan menggunakan vape, kata jabatan kesihatan.
Dia dirawat pakar pulmonologi pediatrik dan sudah dihantar pulang.
Susulan itu, Setiausaha Rendah Kesihatan, Enrique Domingo berkata dalam satu kenyataan: 
“Semua pengguna rokok elektronik harus mendapat bantuan perubatan segera dan meminta pandangan doktor mengenai cara menghentikan amalan berbahaya ini.”
Laporan kematian dan penyakit dikaitkan dengan vape di beberapa negara meningkatkan kebimbangan terhadap populariti rokok elektronik yang didakwa kurang berbahaya berbanding tembakau. Ia bagaimanapun diharamkan di India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS).
Jabatan kesihatan bulan lalu mengarahkan hospital merekodkan kes dikaitkan dengan vape selain mencadangkan beberapa peraturan berhubungnya.
Namun ia disaman berhubung cadangan berkenaan seterusnya menghalang kerajaan melaksanakannya selagi ia tidak diselesaikan di mahkamah. (AFP)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rokok letrik telah diharamkan di India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Malaysia (Pakatan Harapan) bila lagi? Masih sanggup bunuh rakyat sendiri?
Hasil carian imej untuk anak sekolah hisap web

China secara rasmi mengharamkan penjualan e-rokok di internet.
Rokok Elektrik

Larangan ini adalah salah satu usaha pemerintah tempatan untuk menghentikan, atau sekurang-kurangnya menghalang, kanak-kanak bawah umur membeli e-rokok di saluran jualan dalam talian.

"Untuk mengukuhkan lagi perlindungan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak di bawah umur, kami menggesa pengeluar, peruncit, atau penjual e-rokok individu untuk menutup laman web mereka atau saluran jualan dalam talian buat sementara waktu," kata pengatur Cina, yang dipetik oleh Reuters pada Isnin (11/4) / 2019).

Di samping itu, platform e-dagang turut menggesa "untuk menutup laman web e-dagang yang menjual e-rokok buat sementara waktu."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails