Thursday, November 21, 2019

Rombakan Kabinet Perlu, Susulan Kalah Besar PH. -Tun M.


Rombakan Kabinet mungkin sebelum APEC tahun depan - Dr Mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melakukan rombakan Kabinet sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.
Pengumuman Perdana Menteri itu dilihat sebagai peringatan kepada anggota Kabinet sedia ada untuk meningkatkan prestasi mereka dan sebagai langkah memulihkan kembali imej kerajaan
Dr Mahathir menjelaskan, rombakan Kabinet itu perlu dilakukan susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, baru-baru ini.
“Kita akui beberapa sebab kita mengalami kekalahan yang besar antaranya mungkin parti kita belum cukup matang dan belum susun parti kita dengan lengkap.
“Kita juga mendapati ada isu berkenaan ekonomi kerana kerajaan tidak dapat memberi bantuan seperti kerajaan sebelum ini.
“Ada juga keperluan kita melakukan rombakan Kabinet, jadi saya sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, rombakan terbabit tidak boleh dibuat dengan terburu-buru kerana perlu meneliti dan mengkaji pencapai anggota Kabinet sedia ada.
Beliau menjelaskan, rombakan itu tidak mudah dilakukan dan akan mengambil masa kerana perlu mengambil kira pertimbangan dalam kalangan parti komponen PH, sebelum menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak menolak akan membincangkan isu rombakan Kabinet pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
“Jika kita rombak sekarang mungkin kita mendapati orang baharu akan ambil sedikit masa (untuk bertugas), oleh itu kesannya tak dapat dilihat dalam tempoh masa panjang dan mungkin ketika itu ada lagi permintaan supaya membuat rombakan semula.
“Jika nak rombak, kita kena kaji dengan teliti sebab membuat rombakan dan kena tahu juga individu yang akan menggantikan individu yang digugurkan.
“Saya berpendapat banyak lagi kerja perlu dibuat tahun depan kerana menjadi tuan rumah APEC 2020. Kita tidak boleh memperkecilkan perkara ini kerana ia adalah mesyuarat antarabangsa yang penting. Sebab itu kita kena buat persediaan secukupnya sebelum membuat perubahan drastik dalam kerajaan,” katanya.
Katanya, apa yang menjadi masalah dalam kerajaan ketika ini adalah isu komunikasi dalam menyampaikan apa yang sudah dilaksanakan.
“Apa yang berlaku kepada saya adalah tidak penting tetapi perkara paling penting adalah apa yang berlaku kepada rakyat dan negara. Jadi mungkin rombakan ini akan dibuat sebelum APEC tahun depan,” katanya. (BH)




2 comments:

  1. Eloklah dirombak, Menteri kapiaq tu semua kasi tukar. Kalau tak, nanti tahun depan ada juga isu-isu panas diaorang duk bangkitkan!

    ReplyDelete
  2. Majoriti rakyat sebenarnya nak rombak kerajaan,,,jika tukar menteri kabinet pun,,2 x 5 saja,,apatah lagi kafir2 harbi dap jugak yg ganti. Tun,, dia ni mana ada ruh islam,,,,boleh p setuju dap pegang peguam negara, menteri kewangan dll jawatan penting....tun sudah tidak relevan, apatah lagi ph,,hanya menteri2 3 suku yg banyak... harga telur turun 3 duit,,riuh satu negara menjaja kpi kementetian beliau mencapai target..

    ReplyDelete