DARI KIRI, calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok, bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini, calon Berjasa, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (tiga dari kiri), calon Barisan Nasional, Datuk Seri Wee Jeck Seng, calon Gerakan, Wendy Subramaniam (dua dari kanan), calon Bebas, Faridah Aryani Abd Ghaffar (kanan sekali) bergambar selepas menyerahkan borang pencalonan ketika majlis Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon PRK P165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan, Pontian. NSTP/Hairul Anuar Rahim
PONTIAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.
Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir, mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.
Proses penamaan calon tamat pada jam 11 pagi tadi selepas tempoh penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim ditutup pada 10 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam.
Calon yang diumumkan ialah wakil GERAKAN, Wendy Subramaniam diikuti calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng; calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok; calon PH, Karmaine Sardini; Presiden BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghafar.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada BERSATU pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.
Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu. (BH)
Lihat lagi..
Great post, you have pointed out some excellent points, I as well believe this is a very superb website. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .
ReplyDelete