'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut PH kalah majoriti besar di Tanjung Piai
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui telah menjangkakan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.
Namun beliau tidak menjangkakan kekalahan dengan majoriti yang begitu besar iaitu sebanyak 15,086 undi kepada parti lawan.
“Saya ambil maklum keputusan PRK Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini. Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan.
“Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih daripada 2,000 undi, namun keputusan rasmi majoriti sebanyak 15,086 undi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata satu perbincangan secara terperinci, serius dan jujur di semua peringkat akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pada PRK ini.
Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang telah bekerja keras sepanjang pilihan raya kecil ini.
Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi menewaskan pencabarnya iaitu calon PH, Karmaine Saidini yang memperoleh 10,380 undi.
Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat
Dengan kemenangan itu, Jeck Seng kini Ahli Parlimen Tanjung Piai sekali gus merampas kembali jawatan yang pernah disandang selama dua penggal sebelum ini.
Seramai 52,471 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada Sabtu.
PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung 21 September lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apakah kerana taktik 'janji bohong' sudah tak laku lagi atau kerana sabotaj dari rakan-rakan yang mahu perpendek umur 'pentadbiran sepenggal' Tun sendiri.
Wallahu 'aklam.
Hibur Hibur Sikit..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Atok tua saja nak cover line tu,,sebenarnya dia nak menang. Tapi,,sabotaj olwh dap dan pkr berjaya. Tujuan mereka atok tertekan dan letak jawatan. Itu sebab majoruti 15k lebih. Jika tdak di saboraj, majoriti bn menanh hanya sekitar 2 ke 3k sahaja. Naman, 60 ke 70% rakyat sudah menyampah dengan ph, bermuka dgn pm tua bangka, mentwri2 3 suku,,,nak bubar parlimen,,atok bimbang bn menang,,,nak serah kpd al juburi,,nanti dap paksa al juburi korek habis kesalajan tun merompak harta negara 22 tahun memerintah dahulu,,,,teruk la tun, tua2 bangka sakit jiw dgn hal2 dunia,,dok menipu pulak tu...
ReplyDeleteSaya dah jangka PH akan kalah. Semasa pru 14 pun PH menang tipis ,lebihan 500 undi sahaja. Sekarang dlm prk ni pas dah bersama umno. Secara pengiraan mudah kalau pas dah bergabung dgn umno semasa pru 14, kerusi tg. Piai sudah menjadi milik mereka. Jadi kemenangan kali ni bukan sesuatu yg mengejutkan, malah dsh dijangka. Apatah lagi dgn jsnji manifesto yg tidak ditunai dan perbalahan dlm ph itu sendiri.
ReplyDeleteLihat juga pendapat I/Hasyim:
ReplyDeleteKu sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apakah kerana taktik 'janji bohong' sudah tak laku lagi atau kerana sabotaj dari rakan-rakan yang mahu perpendek umur 'pentadbiran sepenggal' Tun sendiri.
Sampai masalah perpaduan Melayu Islam dan bukan Islam disokong...
Yang paling tak seronok ialah tukang jilat juboq guan eng. Kacang merah, Dah kurang komen pun. Dedak dah kurang kot. Tapi dasar hamba penjilat, dok jilat situ la. Jilat terus sampai ke neraka. Kesian. balik balik tobat la!
ReplyDeleteTinggai kan tok kong kit siang tu.. he he heeeeeeeeee mana si bahlol tulang basi?