Friday, November 29, 2019

Siap, PH Sedang Menjunam. Ini Faktanya..


Hanya 24% rakyat berpendapat PH berdaya maju
MENGEJUTKAN bila satu kaji selidik yang dijalankan oleh Emir Research yang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi Biro Dasar Dan Strategi BERSATU, menunjukkan bahawa: 
  1. Hanya 24 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH berdaya maju (viable), 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan 46 peratus tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable)
  2. Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh, 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan 44 peratus tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak. 
  3. Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul, 24 peratus rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul dan 50 peratus tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek yang betul atau tidak. 
Memetik kata-kata Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar: 

“Gabungan mereka yang berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah 81 peratus untuk Melayu, 78 peratus untuk India dan 63 peratus untuk Cina”. 

Lebih mengejutkan bila kaji selidik ini adalah diketuai oleh tiga orang pensyarah dari sebuah Universiti Awam Tempatan, UIA, iaitu: 

  1. Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education. 
  2. Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. 
  3. Assistant Professor  Dr Margarita Peredaryenko (isteri Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences. 
Kaji selidik ini adalah membabitkan 1,992 responden dan dijalankan pada 5 September ke 10 Oktober 2019 dengan menggunakan 25 enumerator. 

Maklumat lanjut boleh baca di pautan ini: https://www.themalaysianinsight.com/s/20149 – HARAKAHDAILY 29/11/2019

SUMBERDR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

PENAFIAN: 
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siap, PH sedang menjunam.. akan jadi bangkai menjelang PRU 15! Ini doa golongan mustad'fin..

4 comments:

Anonymous said...

Ibnu Hasyim.cerita ngentot tak ada
ke,boringlah hari2 cerita politik.kah...kah...kah....

Anonymous said...

Otak udang mmg mcm tu, kelantan nak bayar gaji pun tak mampu lagi mahu sembang kencang?

Anonymous said...

BN + PAS sembang sahaja, peruntukkan untuki OKU dan orang miskin pun hendak DIGAGALKAN mereka. Betul lah, PAS + UMNO = utamakan politik dan abaikan rakyat !

Ustaz Shaari

Anonymous said...

Boss mamat tu geng semburit. Tu duk bertanya cerita lucah. Jumpa bang nuar lah untuk cerita semburit selanjutnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails