Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan pengamal media ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Terima kasih Tun, kata Anwar
KUALA LUMPUR: “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun.”
Itu reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, baru-baru ini, ketika ditanya sama ada jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar dan bukan calon lain, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai komplot cubaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Anwar memaklumkan tidak ada mana-mana pemimpin PH yang mengusulkan nama lain setakat ini.
“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya. Setakat ini tidak ada pimpinan PH yang mengusulkan nama lain.
“Tapi dalam politik, memang berlaku apa yang dipanggil ‘court intrigue’ (komplot dalaman), kita tak boleh halang.
“Tapi saya tak ada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH mendakwa ada komplot mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), antaranya bertujuan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun.”
No comments:
Post a Comment