Wednesday, November 06, 2019

Undang-undang Akan Dipinda,Termasuk Akta Keselamatan - Tun M


PUTRAJAYA, 5 Nov -- Kerajaan akan meminda undang-undang bersifat drakonian atau zalim termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pindaan undang-undang yang terlibat akan dibentang di Parlimen secepat mungkin sama ada pada sesi kali ini atau sesi akan datang.

"Walaupun mungkin kita tidak menghapuskan rang undang-undang ini sama sekali tetapi kita akan ada perubahan supaya bahagian-bahagian yang dikatakan drakonian seperti menangkap dan menyimpan dalam tahanan tanpa dihadapkan (di mahkamah), tanpa didakwa, ini akan kita pinda," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini malam ini.

"Itu akan dilakukan secepat mungkin kerana kita dapati bahawa kalau ia tidak dilakukan ada kemungkinan ia disalah guna," katanya yang juga Pengerusi PH.

Ditanya sama ada pindaan undang-undang tersebut dilakukan susulan penahanan 12 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah SOSMA kerana dipercayai terbabit dalam LTTE, Dr Mahathir berkata pindaan tersebut merupakan sebahagian janji PH pada pilihan raya umum lepas.

"Kami telah membuat janji ini sebelum ini tetapi tertangguh kerana faktor-faktor tertentu, jadi kami kini merasakan kami harus segera mengambil tindakan sekiranya ia digunakan lagi," katanya.




Ketika ditanya mengenai janji untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau tetap akan menunaikan janjinya.

"Saya berjanji, saya akan tunaikan janji saya," kata beliau.

--BERNAMA




Hibur Hbur Sikit..
ApaMauTipuLagi
Untuk pengundi PRK Tg. Piai, jangan lupa undi calon nombor 1, semestinya Datuk Wee Jeck Seng, dari Barisan Nasional.

UMNO Online Himpunan ...

Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

  • 2 years ago
  •   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails