Wednesday, November 06, 2019

Uniknya Wanita K'tan, Reformasi Jana Ekonomi..


Kelantan REFORMASI STRUKTUR BAGI WANITA KELANTAN DALAM MENJANA KEGIATAN EKONOMI YANG LEBIH EFEKTIF

MEMBENTANGKAN kertas kerja bertajuk “Reformasi Struktur Wanita Kelantan Dalam Menjana Ekonomi yang Lebih Efektif” bersama empat orang lagi panel sempena Seminar Memperkasakan Ekonomi Wanita bertempat di UMK, Kampus Kota.
Panel bersama YBhg Datuk Ir Siti Hamisah Tapsir (Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi), YBhg Datuk Dr Hafsah Hashim (Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Pharmaniaga Berhad), YBhg Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dan Cik Selina Yeop Junior (Ketua Eksekutif Salina & Assocition PR).
RM 50 mungkin nampak sikit, tapi kalau RM50 itu rezeki yang berkat ia akan memberi kesan yang berpanjangan. Wanita perlu menjadi sumber sakinah iaitu ketenangan dalam rumahtangga. Kalau kita tidak tenang, kita tidak boleh memberi ketenangan kepada orang lain.
Wanita perlu membezakan antara nafkah, infak, rezeki dan duit. Kalau kita dapat bezakan, kita dapat memahami indahnya rezeki. Isu keberkatan, ibadah dan kebahagiaan perlu seiring dalam mengejar kewangan dan material.
Tahniah diucapkan kepada UMK kerana pada hari ini telah membentangkan keusahawan dan kepimpinan wanita kepada wanita Kelantan
Sekiranya dilihat dari sejarah seawal abad 1900, wanita Kelantan telah terlibat dengan perniagaan dan walaupun keluar rumah masih kekal menjaga aurat.
Itulah uniknya wanita Kelantan
(SEMASA @ KELANTAN Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan)
Hibur Hbur Sikit..
ApaMauTipuLagi
Untuk pengundi PRK Tg. Piai, jangan lupa undi calon nombor 1, semestinya Datuk Wee Jeck Seng, dari Barisan Nasional.

UMNO Online Himpunan ...

Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

  • 2 years ago
  •    

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails