Thursday, December 19, 2019

Artis Vanessa Angel Nikah Senyap Tanpa Bapa. Tidak Sah?

Artis kontroversi Vanessa Angel nikah senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa?
Pernikahan Vanessa Angel dikatakan tidak sah selepas majlis berlangsung tanpa diketahui bapa kandungnya, Doddy Sudrajat. -Instagram/@vanessaangelofficial  
HALAMAN HIBURAN

NAMA pelakon Indonesia, Vanessa Angel sekali lagi heboh diperkatakan apabila wanita itu dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan pasangannya yang hanya dikenali sebagai F.

Bukan itu sahaja, malah perkahwinan pelakon berusia 27 tahun itu juga tidak diketahui oleh bapanya, Doddy Sudrajat, sekali gus mencipta satu lagi kontroversi bahawa pernikahannya tidak sah di sisi agama.

Doddy hanya mengetahui pernikahan anak perempuannya itu selepas membaca berita itu menerusi media.

“Saya tahu daripada teman-teman daripada media. Sebenarnya saya tidak tahu langsung,” katanya kepadaKompas.com pada Isnin.


Doddy turut mendakwa pernikahan anaknya itu jika diikutkan tidak sah dari sisi hukum mahu pun agama kerana kehadirannya sebagai wali yang sah dinafikan daripada majlis itu.

“Secara hukum dan agama tidak sah, tetapi biarkan sahaja kerana itu yang dia mahukan.

"Saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan urusan dia,” jelas lelaki itu.

Vanessa sebelum ini dihambat kontroversi selepas terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam talian di Indonesia.

BACA:
Artis Indonesia Vanessa Angel dipenjara lima bulan, tawar seks RM24,000Kegiatan pelacuran dalam talian tersebut menjadikan artis sebagai sasaran utama dengan bayaran yang lumayan sehingga 80 juta Rupiah (RM24,000) untuk 2 hingga 3 jam.

BACA: 
Terjebak persundalan, 45 lagi artis Indonesia diburu
BACA:
Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebarBACA: Dua artis Indonesia ditahan, disyaki jadi pelacur online

Vanessa Angel ditangkap oleh Polis Daerah Jawa Timur di salah sebuah hotel di Surabaya, pada Januari 2019 sebelum dibebaskan pada Jun lalu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails