Wednesday, December 04, 2019

Dialog Antara Agama -Presiden PAS&Julian Leow Beng Kim.



Bertukar cenderahati, Presiden PAS menghadiahkan buku tulisan beliau Bicara ini demi Perpaduan kepada peserta penganut Kristian.


KUALA LUMPUR: Budaya berdialog tentang keagamaan khususnya melibatkan wakil agama yang diamalkan di negara ini telah menjadi satu ‘trend‘.

Selain bertukar pandangan dan pendapat ia melahirkan budaya menghormati kepercayaan agama lain dan menyemai kefahaman perbezaan kepelbagaian anutan agama yang diraikan sekali gus menepis sifat perkauman.

Lajnah Dakwah PAS Pusat dan juga Lajnah Hubungan Antara Agama dipengerusikan oleh Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz sekali lagi menyahut cabaran ini menganjurkan wacana dialog keagamaan.

Program yang berjaya berlangsung di Hotel EDC di sini semalam, mengundang tetamu khas tokoh agamawan, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Archibishop Kristian Katholik, Julian Leow Beng Kim.

Wacana dialog secara tertutup ini membahaskan pelbagai isu melingkari antara agama dan meraikan perbezaan pendapat antara fahaman dan pegangan agama masing-masing.

Menurut Muhammad Abduh, pertemuan wacana dialog antara PAS bersama Kristian Katholik telah beberapa kali diadakan.

Ujarnya program pada kali ini merupakan kali ketiga pertemuannya dengan Julian Leow malah pertemuan kali ini dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Selepas daripada pertemuan demi pertemuan setiap kali itulah kita dapat rasakan masing-masing mengimpikan pertemuan yang lebih besar dan lebih baik diadakan.

“Hari ini dengan izin Allah pada hari ini kita dapat anjurkan program ini lain daripada yang lain, (iaitu) majlis ini dihadiri oleh Presiden PAS dan dihadiri oleh Ketua Uskup Agung Kristian, menggambarkan kita telah sampai satu puncak tinggi (iaitu) majlis dialog antara agama.

“Dialog ini penting kerana ia akan membuka kepada kefahaman dan juga rasa rapat antara kita melalui kefahaman apa itu Kristian dan apa itu Islam,” katanya mempengerusikan Majlis Hi-Tea dan dialog Ketua Kristian Katholik dan pimpinan PAS.

Tambahnya pertemuan ini cukup bersejarah kepada penganut Kristian dan penganut agama Islam yang diwakili oleh individu agamawan yang berpengaruh di negara ini. – HARAKAHDAILY 3/12/2019

5 comments:

Anonymous said...

Hadi Dedak.
Orang dah tak pakai lagi sebab dia suka putarrrrrr !

Anonymous said...

dialog antara agama dianjurkan parti politik?
mana JAKIM?
mana mufti?
JAKIM dan mufti tak ada kelayakan agama ker ATAU ia sekadar helah politik?

Anonymous said...

Barua-barua ternakan parti kafir harbi DA-Pigs @ parti komunis malaya suka menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam dan parti Islam PAS tetapi malangnya barua-barua DA-Pigs ini berdiam diri seperti syaitan bisu setiap kali peminpin kafir harbi DA-Pigs @ pkm menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu.

Maka jelaslah barua-barua ini terdiri dari puak munafik dan puak kafir.

Anonymous said...

Pas ni,,tak habis2 dibodohkan org2 kafir. Siapa dibelakang tokoh2 ugama kristian dan lain2 tu,,bukankan dap dan pkr dan mca kafir tu ka? Puak2 kafir ini,,matlamat dia satu,,iaitu nak kita ikut telunjuk diorang je...bodoh la pas ni....

Anonymous said...

Kalau bagi pada bang nuar untuk bincang hal agama, semburit akan dihalalkan. Abu pun dah dapat penghormatan dari pakatan hancing. Komunis pun dah buat reunion. Apa lagi yang boleh diharapkan dari bang nuar. Macam ni ker boleh diangkat sebagai pm yg mengangkat maruah melayu. Tergamak gadai tangisan orang melayu semata mata mengejar kerusi pm. Cukuplah jadi barua dap. Malaysia baru penuh dengan kejahatan - semburit,komunis, tatoo, oktober fest,liberal, jual equiti melayu, zakat untuk kafir, euc, dan macam macam lagi. Memang mengganas bang nuar demi mengejar kerusi pm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails