2 digantung, Jelutong tetap selamat
DUA lagi Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan, digantung 2 hari oleh Tan Sri Ariff, Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum sesi pagi Dewan Rakyat berakhir semalam. Ahli Parlimen Pasir Salak (BN) dan Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP).
Ia kejadian yang sebenarnya boleh dielakkan kerana isu asal yang menjadi punca dewan menjadi panas telah lebih dahulu selesai antara AP Jelutong dengan AP Pasir Salak.
Saya sendiri dan PAS tidak dapat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Pasir Salak walaupun beliau cuma mungkin cuba bergurau.
Ia bermula bila Pasir Salak secara berseloroh bangun dan mengusik AP Jelutong dengan berkata (lebih kurang bunyinya) “Itu 3 garis calit kat dahi itu abu apa? Abu (mayat) Chin Peng ke?”
Saya sendiri bila dengar ayat itu serta merta tanpa ragu-ragu tidak bersetuju kerana perbuatan itu memang satu provokasi yang ada unsur menghina agama. Islam sangat sensitif berhubung perbuatan menghina agama lain.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T melarang perbuatan itu;

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨)
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (al-An’am: 108)
Saya dapati sebahagian besar Ahli Parlimen BN pun sedar kesilapan ini dan berbisik menegur Pasir Salak.
Seperti dijangka, Jelutong telah menuntut Pasir Salak menarik balik. Speaker pun mengarahkan.
Saya dapati Pasir Salak pun tidaklah mempertahankan kesilapan beliau kecuali menyebut beliau ‘hanya bertanya adakah abu Chin Peng di dahi itu?’. Pasir Salak telah dengan segera menarik balik perkataannya.
Dewan tenang dan setelah itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan aturan urusan mesyuarat untuk membentang RUU IPCMC dibatalkan. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Ram Karpal dijadualkan membentang IPCMC. Beliau diketahui sangat passionate dalam menuntut IPCMC ini dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan untuk IPCMC.
Sejurus pengumuman pembatalan semua MP Muafakat Nasional (BN , PAS dan GPS) keluar dewan seketika untuk sidang media.
Ketika itulah di dalam dewan, YB Ram Karpal membangkitkan kembali isu Jelutong, Pasir Salak ini. Malah beliau menyebut dengan kuat “Mana Pasir Salak, mengapa keluar dewan pengecut..”
Pasir Salak berada di sidang media ketika itu dan jelas melalui pembesar suara kata-kata Ram Karpal ini. Beliau terus bergegas masuk dewan untuk menjawab kata-kata Ram ini.
Kami yang semua masuk balik dewan memang nampak isu tidak lagi soal menarik balik perkataan asal Pasir Salak. Pasir Salak sudah dari awal menarik balik.
Dato’ Ismail Said, MP Kuala Krau cuba menjernihkan dengan beritahu Speaker isu sudahpun selesai. Tapi masih cuba dipanaskan oleh beberapa MP DAP termasuk Kota Melaka.
Ia tidak sepatutnya dipanjangkan dan membuang masa Parlimen.
Di situlah Speaker membuat keputusan penggantungan kepada Pasir Salak dan Kota Melaka. Kota Melaka kerana terus berdegil mahu terus bangkitkan isu yang telahpun Pasir Salak tarik balik.
Yang saya tak faham mengapa Pasir Salak pun kena gantung juga setelah beliau menarik balik perkataannya kepada Jelutong.
Jelutong dalam isu ini, terselamat seperti biasa… memang pandai. Ram Karpal yang asalnya membangkitkan kembali pun selamat.
Saya fikir Ram yang paling puas hati dengan hukuman ke atas Pasir Salak setelah terpukul teruk bila kemahuannya membentang IPCMC tidak kesampaian gugur di tengah jalan.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
4 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 4/12/2019

No comments:
Post a Comment