Thursday, December 05, 2019

Jamah Nasi Kosong.. Ini Juga Tugas Pemimpin Rakyat..


Jamah nasi kosong setiap hari 
KU sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Begitulah nasib yang terpaksa dilalui ibu tunggal, Noor Sarah Sulaiman Kanisan, 32, yang membesarkan tiga anak kecil sendirian.
“Perkahwinan pertama dulu hanya sempat bertahan kurang tiga tahun dan dikurniakan dua anak, Nur Arissa Sofea, 4, dan Nazim Zafran, 2.
“Kemudian saya berkahwin semula tahun lalu namun diceraikan pada Januari lalu ketika sarat mengandung anak ketiga, Naufal Zikri yang kini berusia tujuh bulan,” kata Noor Sarah yang mesra disapa sebagai Sarah.
Wanita cekal ini pernah menyewa dalam bilik kecil di tingkat atas bangunan kedai di Taman Maluri pada kadar sewa RM400 sebulan.
Dia hanya bergantung kepada aktiviti jualan produk atas talian dengan pendapatan antara RM50 hingga RM150 sebulan untuk menampung kehidupan.
Hampir setahun menetap di bilik itu, Sarah akhirnya mendapat perhatian daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi bantuan RM300 sebulan.
“Saya pernah bekerja di kedai perabot sebagai pembantu jualan, tapi dengan kos upah mengasuh anak di luar kemampuan, saya terpaksa berhenti kerja.
“Anak masih kecil dan perlukan perhatian saya. Mereka tidak meragam walaupun kami hanya makan nasi putih saja setiap hari,” katanya.
Apatah lagi Sarah, mualaf sejak berusia enam tahun selepas mengikut jejak langkah arwah bapa sering ke kelas mengaji untuk mengisi ruang masa.
“Sejak kecil saya dan kakak membesar di rumah anak-anak yatim di Sabak Bernam kerana bapa tidak mampu menjaga kami.
“Selepas masuk usia remaja dan kami berdua kembali tinggal bersama arwah bapa, kami sudah biasa hidup susah.
“Apabila diduga dengan dua kali perkahwinan yang gagal dan membesarkan anak sendirian, saya reda,” katanya.
Sarah akui kakaknya yang turut hidup sederhana sesekali datang membantu di segi susu dan lampin pakai buang anak.
Malah, ibunya yang masih menganut agama asal tidak pernah ketepikan kebajikan cucunya dan membantu jika ada kemampuan.
“Ibu dan kakak ada membantu, tapi mereka pun hidup susah. Kakak sudah berkahwin, tiada anak dan menetap bersama mentua.
“Manakala ibu pula menyewa di Pandan Indah juga bukan orang senang dan saya tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.
Sarah kini berpindah ke sebuah rumah sewa lebih selesa demi keselamatan anak di Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan pada 24 November lalu.
“Saya pernah memohon rumah PPR pada Mac lalu, malah pernah buat rayuan tapi tiada jawapan.
“Demi keselamatan dan keselesaan anak, saya usaha juga cari rumah sewa.
“Saya merancang untuk mengambil upah mengasuh bagi menambah pendapatan bulanan selain hasil jualan produk atas talian,” katanya. (MyMetro)

Ini, Sepatutnya Tugas Pemimpin..

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. 
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Marilah kita bertakwa kepada Allah swt di mana sahaja kita berada dengan meningkatkan rasa takut kita kepada-Nya, semoga kita sentiasa dibawah jagaan-Nya.

Hari ini ramai orang yang ghairah untuk menjadi pemimpin tanpa melihat dan mengukur kelayakan diri sendiri, sedangkan jawatan pemimpin itu satu amanah dan tanggungjawab. Mereka meminta menjadi pemimpin dalam berbagai jawatan dalam sektor awam atau swasta, sehingga  meminta menjadi wakil rakyat dan menteri. 

Demi untuk memperolehi sesuatu jawatan ada kemungkinan mereka akan melakukan apa saja dan bersedia menghalalkan cara walaupun dengan melakukan jenayah dan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti rasuah, mencaci, mengumpat, menipu dan sebagainya.

Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang  memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt.

Juga melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Berdasarkan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. 

Oleh itu melantik seorang pemimpin atau pegawai yang tidak memeliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Dan sangat bertentangan dengan ajaran syariat Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat dan negara akan musnah dan tergadai serta diangkat keberkatannya.

Sabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.

Sabda Rasulullulah saw lagi; ‘Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah swt daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah swt dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang beriman’.

Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persedi aan yang mencukupi. 

Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.

Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentin gan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedang ia tidak menginginkan jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. 

Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.

Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah swt yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’. (Hadis Muttafaq’alaih)

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.

Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)

Sudah menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin begitu juga menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya. 

Masyarakat dan rakyat hendaklah mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan.
Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin adalah merupakan satu kezaliman yang sangat besar bahayanya, demikian juga menyalahgunaan kekayaan negara dan harta rakyat. 

Pemimpin atau pegawai yang terlibat dengan mengurus harta kerajaan tidak boleh menggunakan harta kerajaan atau makan harta kerajaan dengan cara yang tidak benar dari segi syariat Islam dan melanggar peraturan. Apapun harta yang di sampaikan kepadanya, hendaklah ia menyerahkan kepada perbendaharaan atau Baitulmal milik kaum muslimin, jangan ada sedikitpun yang dijadikan milik peribadi.

Rasulullulah saw bersabda yang bermaksud; ‘Barang siapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk memimpin, lalu dia menyembunyikan harta walaupun sebesar jarum atau lebih kecil dari itu, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang membawanya sebagai  seorang pengkhianat’.

Seorang pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak pandai.

Rasulullulah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; 
  • teman rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik 
  • sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan. 
Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)

Jalan yang selamat ialah sentiasa berhati-hati, tidak terburu-buru membuat keputusan atau tindakan tanpa bermesyuarah terlebih dahulu. Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa memilih kasih.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka. 

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.

Was’salam mualaikum wrt. Wallah A’lam. (IH)


Hibur Hibur Sikit



  1. Tolong Kami Anak2 Yatim Piatu

    • 12 years ago
    • 97,275 views

    Tiga Abdul - P.ramlee dengan lagunya tolong kami.. kesian dan hiba dengar lagu yg sayu ni.. diiringi pula dgn bebudak yatim ...


  1. P.Ramlee - Hujan Ditengahari

    • 5 years ago
    • 15,198 views
    P.Ramlee - Hujan Ditengahari.

17 comments:

Anonymous said...

kat Tumpat, Dabong dan beris lalang Bachok, ada keluarga yg tak jamah nasi seminggu....
kes Kelantan di senyapkan, kes negeri lain di war-warkan
inilah Ibnu Hasyim!

Anonymous said...

Buktikan..

Anonymous said...

Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah.

Kerja barua DA-Pigs sama dengan kerja setan iaitu menyebarkan fitnah. Barua bodoh ini percaya hanya kepala bapak penipu lim gonna end sahaja yang betul, orang lain semua salah.

Barua DA-Pigs bangang berlapis-lapis.

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs sedang menikmati pelbagai elaun mewah tetapi suka ponteng sidang parlimen konon kerana letih atau sejuk.

Buruh pembinaan bangunan 1000 kali lebih letih dari pemimpin Pakatan Hancing yang suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

Inilah pemimpin Pakatan Hancing yang bodoh sombong, bongkak dan tamak dan mengabaikan penderitaan rakyat.




Anonymous said...

Ok.. Jgn bising2. Kelantan kaya... Puashati?

Anonymous said...

Ohhhh.. Banyaknya gaji MP. Patutlah bekas TPM dulu boleh ada byk kenderaan. Cukai jln setahun je dah 35K. Itu belum campur dgn insuran. Rasanya mungkin ratus ribu.

Macai pulak ada berapa bijik motor cabuk? Road tax dah byr ke belum? Kikikiki

Anonymous said...

December 5, 2019 at 12:46 PM . Sila buktikan. Buat repot polis..
Apa la, busuk punya olang.

Anonymous said...

Baca paperlah yeop. Itu kan maklumat dari prosiding mahkamah. Jgnlah bebal sgt. Malu kat kawan2.

Anonymous said...

Hakim belum buat sebarang keputusan lagi.

Ini bererti barua DA-Pigs adalah kepala bapak pembohong. Mau tipu orang pun agak-agaklah.

Anonymous said...

Komen 2:06 PM ini menjawab komen 12:46 PM.

Anonymous said...

Hakim mmb belum buat keputusan kes yg dituduhkan. Tp fakta jumlah cukai kereta yg patut dibayar zahid ada dlm rekod JPJ dan tak boleh nak dinafikan. Khalas. Kalau kamu nak terus bodoh, silakan. Sebab menjadi bodoh adalah pilihan.


Anonymous said...

Buktikan! Buat apa cakap kosong? Nak tunjuk bodoh sendiri.. Ha ha ha

Anonymous said...

Madey dia miskin. Dia cuma ada kereta proton dan kelisa. Dulu masa jadi pm, anak anak melancong kat Langkawi jer. Dia pun selalu pegi buat umrah dan beri ceramah agama kat masjid.
Bang nonpun sama. Kawan baik madey. Madey cuba selamatkan bang non. Tapi tak boleh buat apa sebab mahkamah lebih berkuasa. Jadi bang non masuk penjara sebab madey tak boleh selamatkan bang non. Lagi jasa bang non ada, sebab tu madey ampunkan bang non. Kes dulu dulu batal. Sat gi bang non jadi pm alias banduan terampun.

Anonymous said...

Porrah! mamak..

Anonymous said...

Siapa hakim dalam perbicaraan tersebut? Yang pasti kamu 3:52 pm bukan hakim tersebut maka kamu tidak berhak berlagak sebagai hakim membuat keputusan di sini.

Mengapa barua DA-Pigs suka menghina mahkamah dengan mendahului hakim ? Biadab sungguh barua DA-Pigs !

Anonymous said...

Manusia paling baik kat dunia ni ialah kit siang dan anak nya. Mereka keturunan komunis tapi beriman. Mereka bunuh keluarga melayu sebab keluarga melayu tak mahu jadi komunis dan beriman seperti mereka. Hari ini ramai juga orang melayu yang dah jadi baik dan beriman dengan komunis. Contohnya abang mat sabu yang iktiraf komunis pejuang kemerdekaan. Dan abang mat pun dah kumpul orang orang yang sama imannya dengan abang mat dan chief kit siang. Bila chief kata pas tidak beriman,abang mat dan saudara saudaranya pun turut sokong chief. Saudara abang mat termasuklah tuan haji salehudin ayob, tuan haji asmuni, tuan haji nizar yg lulus hak milik tanah 999 tahun kat perak masa jadi mb perak. Ramai lagi saudara abang mat yg telah beriman chief dap yg berketurunan komunis.

megat panjialam said...

Admin memetik berita tersebut dari MyMetro. Jika berita di Kelantan mamat ni siarkan dlm mana2 media mungkin admin dapat siarkan. Tak gitu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails