Tuesday, December 17, 2019

Janda: Gantung Patung Zakar Besar Bertulis ‘tiada lelaki di sini’. Mengapa?

hantu janda
Seorang penduduk bersama patung lelaki dengan kemaluan besar bagi mengelirukan hantu janda jahat.
Hasil carian imej untuk sebuah kampung terpencil berdekatan Bangkok, Thailand

PENDUDUK lelaki di sebuah kampung terpencil berdekatan Bangkok, Thailand yang ketakutan terpaksa memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur angkara hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung tersebut. 

Dipercayai bahawa dengan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa hantu berkenaan. Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand itu turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu janda jahat berkenaan.


Kampung yang mempunyai lebih kurang 90 orang penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas seramai lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur.
Penduduk percaya kampung mereka diganggu oleh hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka pergi bersamanya. 
Selepas berlaku beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung lelaki berzakar besar berserta tulisan ‘tiada lelaki di sini’.

Penduduk percaya zakar besar adalah simbol kelelakian dan kekuatan yang menyebabkan hantu itu tertarik dengan patung berkenaan, bukannya manusia. 
Kaum wanita yang merasa bimbang akan keselamatan suami masing-masing memaksa suami mereka memakai pakaian perempuan dan bersolek sebelum tidur bagi menipu hantu berkenaan.

Penduduk mendakwa, cara yang digunakan itu dianggap berjaya kerana tiada seorang pun lelaki meninggal dunia sejak seminggu yang lalu. Salah seorang penduduk bernama Nong Ayu, 68, berkata, semua orang takut dengan hantu janda itu dan ada khabar angin yang mengatakan bahawa lelaki di kampung berhampiran turut menerima nasib sama seperti yang berlaku di kampungnya.
“Tiada siapa tahu punca dari mana datangnya hantu janda jahat tersebut dan orang tua di kampung ini bimbang hantu itu akan membunuh remaja lelaki pula. Akhirnya tiada lagi lelaki di kampung ini,” kata Nong Ayu.
Lima lelaki yang masih sihat itu ditemui mati tidak lama selepas mandi dan tidur, sejak awal bulan ini. (Artikel ini dipetik dari laporan myMetro yang disiarkan pada hari Rabu, 28 Februari 2018.)

Lihat ini..
E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..

E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..


Hibur Hibur Sikit 

5 comments:

Anonymous said...

Ha ha.. Masih ada lagi kacang merah jilat pungkok tak basuh gian eng.. ha ha melayu sial tulang besi. Elok pinjam tulang babi..

Anonymous said...

Tidak ada apa yang boleh melebihi agama dan Allah.
Jangan lebihkan politik dari agama.

Anonymous said...

December 17, 2019 at 1:44 PM , itu cakap otak sekular, otak yang dijajah!
Politik Islam itu tuntutan agama. Politik kafir itu perlu ditinggalkan.
Pergi belajar agama lagi sibodoh!!

cik minah said...

Setuju!
December 17, 2019 at 1:44 PM , itu cakap otak sekular, otak yang dijajah!
Politik Islam itu tuntutan agama. Politik kafir itu perlu ditinggalkan.
Pergi belajar agama lagi sibodoh!!

Kerana itulah boleh jadi kacang merah jilat pungkok tak basuh gian eng.. ha ha melayu sial tulang besi. Elok pinjam tulang babi..
Ha ha ha

Anonymous said...

"Jangan lebihkan politik dari agama." Ini satu nasihat yang baik. Jika tidak maka akan jadilah seperti pkr dan pan, yang sentiasa lebihkan politik dari agama. Maka itu, tiada segan silu pkr dan pan berbosskan lkt dan anaknya. Kerana lebihkan politik dari agama, maka muncul susuk tubuh seperti anwar ibrahim,mohd sabu dan mahathir mohammed dan banyak lagi yang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails