APABILA sesebuah tempat atau perkampungan ditinggalkan, kebiasaannya dikaitkan dengan elemen misteri atau mistik. Tambahan pula ada kepercayaan makhluk halus akan ‘mengambil alih’ di mana sahaja tempat yang lama ditinggalkan.
Satu perkampungan nelayan di China bertukar unik walaupun setelah ditinggalkan apabila dipenuhi tumbuhan hijau sehingga menukarkan kampung tersebut menjadi ‘kampung hijau’.
Dipenuhi tumbuhan menjalar
Perkampungan nelayan yang telah ditinggalkan tersebut terletak di timur kepulauan Shengshan, kira-kira 90 kilometer dari Shanghai, China. Pepohon hijau menjalar menyelimuti tembok batu, di celahan tingkap dan pintu menjadikan keseluruhan perkampungan seperti ‘ditelan’ alam semulajadi.
Satu kampung yang menjadi hub aktiviti perikanan suatu ketika dulu perlahan-lahan menjadi hutan menghijau dipenuhi bangunan tinggal.
Tiada fasiliti untuk penduduk
Perkampungan itu ditinggalkan kerana penghuninya memilih untuk bekerja di tanah besar kerana hasil tangkapan lebih senang diangkut serta dijual.
China merupakan pengeluar ikan terbesar dunia, namun penguatkuasaan yang rendah menyebabkan stok ikan berkurangan mendadak. Lulusan universiti yang pernah tinggal di perkampungan itu sebelum keluarganya berpindah ketika dia berusia 5 tahun, Wang Yi menceritakan kembali bagaimana kampung berkenaan mula ditinggalkan.
Menurut Wang Yi kepada South China Morning Post, kebanyakan dari 600 keluarga yang tinggal di sana meninggalkan Houtouwan kerana kekurangan fasiliti seperti jalan perhubungan serta sekolah.
Kenderaan memang susah nak dapat. Guru-guru pun sukar untuk ke sini dari bandar Shengshan. Terlalu jauh untuk mereka. Sampai ketika gelap, balik pun gelap.
Hijau hampir seluruh tempat
Dihuni 5 orang
Bagaimanapun, kawasan menghijau itu tidak sepenuhnya ditinggalkan. Kini, ada 5 orang menghuni kawasan berkenaan bersama anjing peliharaan mereka yang bebas berkeliaran di rumah-rumah kosong.
Lin Fazhen yang merupakan salah seorang penduduk di kawasan itu sekarang merupakan seorang peniaga kedai runcit menjual arak, rokok, peralatan nelayan, makanan dan buah yang diimport dari tanah besar.
Orang takut dan kata ada hantu berkeliaran di kawasan ni sebab tu dipanggil ‘kampung hantu’. Saya dah hidup di dunia ni lama dah, tapi tak pernah sekali pun jumpa satu.
Ada suku ekar tanaman
Setelah tempat itu mula ditinggalkan, dia menanam kobis bunga, kubis, salad, saderi dan selasih. Dia kini mempunyai kebun dengan keluasan suku ekar tanaman di sekitar rumahnya.
Sumber: South China Morning Post, Daily Mail, Elite Readers
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
No comments:
Post a Comment