Wednesday, December 25, 2019

Kayuhan 600 KM, Warga Emas 74, K/Bharu-Songkla Bermula Hari Ini..



PENGAYUH basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, sekali lagi, memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) dari Kota Bharu ke Songkhla, Thailand bermula hari ini.
Wan Hashim atau lebih mesra dikenali Pak Wan, 74, berkata, kayuhan solo itu adalah kali kesembilan dalam tempoh lima tahun bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 dan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Pak Wan berkata, bagi tujuan promosi, dia membawa kain rentang dan akan berhenti di beberapa destinasi untuk membuat rakaman video bersama penduduk dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Saya akan merakam video promosi TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pelancong negara jiran datang ke negara ini termasuk Kelantan. Saya akan lakukan (rakaman video) sekerap yang mungkin supaya mesej sampai kepada pelancong.
“Kayuhan solo ini dilakukan selama lapan hari bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang ke Songkhla dan kembali ke Rantau Panjang pada 1 Januari 2020,” katanya.
Terdahulu Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin merasmikan Pelepasan Misi Kayuhan Solo Jelajah Selatan Thailand di pekarangan Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.
Ibu Pak Wan, Hasmah Che Ahmad, 90, dan isteri, Faridah Daud, 68, turut hadir memberi kata-kata semangat kepada Pak Wan sebelum pelepasan dilakukan.
Dia berkata, bagi memastikan misi berkenaan berjaya, setiap hari, sejak sebulan lalu, dia melakukan kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40 km dari Kota Bharu ke Pasir Mas atau seminggu sekali ke Rantau Panjang dan Sungai Golok, Thailand.
“Kayuhan ini dilakukan bagi memastikan stamina saya kuat dan persediaan fizikal serta mental kerana perlu berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Walaupun cuaca dijangka hujan dan ribut, tetapi saya akan tetap meneruskan misi kayuhan bagi memastikan ia tamat mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkata, program itu adalah kerjasama antara Pejabat Tourism Malaysia Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).
“Program ini bertujuan mempromosikan TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pengunjung masuk ke negara ini serta Kelantan sekali gus meningkatkan bilangan pelancong,” katanya. (MyMetro)

    1. Kayuhan 600 km Pak Wan promosi pelancongan

      • 2 hours ago
      • 220 views
      Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood sekali lagi memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) ...
      • NEW
    2. KAYUHAN SOLO PAK WAN KALI KE-7

      • 1 year ago
      • 254 views
      Music - Rocky Balboa Theme Song Different Perception, Diversified 


      News.
    3. ✅ Mahu berbasikal ke Makkah

      • 3 months ago
      • 515 views
      Please Visit: https://www.facebook.com/Scathc/ Please Subscribe:





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails