Abdul Hadi menegaskan kelemahan itu berkait masalah antarabangsa terutama di Asia Barat yang dilihat tiada penyelesaian. - Gambar fail
KL Summit 2019: OIC gagal ... -Hadi Awang
KL: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019 memberi gambaran jelas terhadap kelemahan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu menegaskan kelemahan itu berkait masalah antarabangsa terutama di Asia Barat yang dilihat tiada penyelesaian.
Tambahnya, penganjuran sidang kemuncak ini yang diadakan di Asia Tenggara jelas membuktikan rantau ini lebih aman.
“Ia satu langkah yang proaktif untuk memperkasakan kerjasama dalam kalangan negara-negara umat Islam.
“Sebenarnya, ia bagi memangkin kelemahan-kelemahan majlis Kerjasama Islam (OIC) yang gagal menangani banyak masalah antarabangsa khususnya di Asia Barat.
“Memindahkan persidangan ke Asia Tenggara jauh daripada tempat yang ada masalah, itu satu langkah yang sangat baik kerana rantau ini lebih aman, lebih tenang daripada Asia Barat,” kataya ketika ditemui media selepas pelancaran Sidang Kemuncak KL 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau turut menzahirkan rasa gembira atas penglibatan banyak negara Islam, cerminan kepada permulaan kerjasama yang lebih erat dalam memajukan negara Islam.
“Saya ucap tahniah dan apa yang menggembirakan, negara luar datang khususnya Turki, Qatar, Iran serta Uzbekistan mewakili Asia Tengah itu sudah mencukupi manakala Malaysia sendiri mewakili Asia Tenggara.
“Ia sudah mencukupi sebagai satu langkah permulaan kerjasama bagi memajukan negara umat Islam dan menyelesaikan masalah mereka di peringkat awal,” katanya.
Beliau pada masa sama turut mengakui dijemput secara peribadi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Sidang Kemuncak KL bagi menghadiri sidang kemuncak empat hari itu.
KL Summit 2019 yang membuka tirai pada Rabu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara turut dihadiri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani.
Sidang berkenaan turut menghimpunkan 450 delegasi tempatan dan antarabangsa. (AA)

1 comment:
Kesian kau hj hadi sampai x nmpk mana kawan mana musuh
Post a Comment