PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan berucap pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai lima negara anggota tetap ternyata gagal dalam mewakili suara 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata kegagalan itu menyaksikan mereka tidak berupaya mencari penyelesaian terhadap negara Islam bergolak, apatah lagi untuk menegakkan keadilan.
“PBB yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua dipertanggungjawab untuk mempertahan hak dan kepentingan kuasa-kuasa global.
“Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB tidak mewakili 1.7 bilion umat Islam di dunia dan saya percaya mereka sudah tidak lagi relevan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini, hari ini.
Namun, katanya, sehingga kini negara Islam masih bergantung kepada lima kuasa dunia itu bagi membawa suara umat Islam, selain mencari penyelesaian terhadap naratif keganasan yang terus dikaitkan dengan Islam.
Beliau berkata, dunia Islam tidak lemah dan tidak pernah terdesak, malah tiada perbezaan pun di antara umat Islam dengan lawan mereka dari segi sumber, penduduk dan kedudukan geografinya, dan dalam segala bidang, dunia Islam berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding negara lain.
“Jika majoriti umat Islam masih bergelut dengan kelaparan, kemiskinan dan kejahilan walaupun memiliki segala kemudahan, minyak, penduduk serta sumber semula jadi, kita harus terlebih dulu mencari kesilapan dalam diri kita,” katanya.
Justeru, tegas beliau, keberkesanan dan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menyuarakan masalah dunia Islam mesti diperkukuh.
“Ini fakta yang selalu kita bicarakan. Sepanjang tempoh tiga tahun kami sebagai Presiden OIC, tidak cukup dengan hanya bercakap dan mengenal pasti masalah, kami memantau dengan teliti setiap keputusan diambil serta memastikan pelaksanaannya,” katanya.
Erdogan berkata, penderitaan dihadapi umat Islam ketika ini juga disebabkan mereka mengambil jalan keluar mudah dan bukannya menghadapi serta mencari jalan menyelesaikan masalah sendiri.
“Dalam aspek perdagangan hingga ke politik serta dasar luar hingga industri dan teknologi, negara Islam gagal mencapai potensi sebenar, malah bahagian kek ekonomi negara Islam secara global tidak sampai pun 10 peratus.
“Jurang pendapatan antara negara Islam terkaya dan termiskin di dunia melebihi 200 kali ganda, meskipun negara Islam menguasai 59 peratus sumber minyak dan 58 peratus sumber gas asli global,” katanya.
Hakikatnya, tambah beliau, 350 juta orang Islam masih bergelut dengan kemiskinan tegar, manakala hanya empat peratus perbelanjaan sektor perubatan global sampai kepada penduduk Islam, yang berjumlah kira-kira 25 peratus daripada penduduk dunia.
Dalam aspek pendidikan pula, katanya, walaupun tahap celik huruf global ialah 82.5 peratus tetapi dalam kalangan negara Islam, kadarnya hanya 70 peratus. (BH)
6 comments:
Ini lg 1 pengkhianat negara islam. Komen majlis keselamatan padahal dialah yg bantai kurdish di Syria dan bebaskan beribu-ribu daesh dari penjara sana. Orang islam uygur yg lari dari China dihantar ke Syiria join ISIL/deash. Yg dihentam pihak kurdish dan org islam yg tdk sepaham dgn mrk. Erdogan mimpi jd penakluk bangsa arab spt kerajaan uthmaniah. Tak boleh percaya orang ni
Jadi kena percaya pada kamal attaturk. Atau kena parcaya pada liberal.
Erdogan ni attaturk2. Tolak liberal. Tolak pluralisme. Tolak syiah. Tolak sekularisme. Terimalah islam yg syumul bukan separuh2
Satu tuduhan berat. Seperti tuduhan terhadap saddam dan ghadaffi.
Taip aja kt google turkey support isil / daesh tgk baca sendiri berapa byk capaian web yg dpt
Meletakkan Edrogan spt atartuk sgt lari dri hakikatnya,walaupun kta tdk bgitu stuju dg pendekatan masaalah kurdish sbb kompeksiti masaalah kurdish tdak punya tanah sndri walaupun mreka adlah bangsa Sultan Salhuddin Alayubi...namun mreka edrogan/mahathir walupun teruk mna skalipun tetap menggugat hegemoni US/Europe/Saudi=Zionis.
Post a Comment