Kutip kangkung buat lauk selepas bekalan makanan habis
TUMPAT: Makanan terpaksa dicatu, malah terpaksa mengharung air mengutip kangkung yang ditanam untuk dimakan sebagai bekalan sepanjang tempoh banjir.
Itu pengalaman dialami lapan keluarga dari Kampung Jubakar Darat di sini, yang terkepung ketika banjir baru-baru ini kerana tidak dapat keluar dari kampung itu untuk mencari bekalan makanan.
Met Put Nill Di, 67, berkata, paras air banjir naik sehingga 0.8 meter di sekitar rumah, namun dia bernasib baik kerana kediamannya serta tujuh lagi keluarga lain agak tinggi dan terselamat.
“Bagaimanapun, kami terputus hubungan dengan jalan utama menyebabkan kami tidak boleh menyeberang untuk keluar membeli makanan dan tidak berani menaiki bot kerana arus deras.
“Bagaimanapun, kami terputus hubungan dengan jalan utama menyebabkan kami tidak boleh menyeberang untuk keluar membeli makanan dan tidak berani menaiki bot kerana arus deras.
“Tambahan pula dengan lokasi kampung yang terpencil, tidak ramai yang menyedari kami masih ada di rumah malah bantuan makanan diagihkan di lokasi atau kampung lain juga tidak tiba ke sini.
“Stok makanan semakin habis hingga menyebabkan kami terpaksa mengutip kangkung di dalam air untuk dimakan bersama nasi dan ikan masin,” katanya.
Terdahulu, dia dikunjungi Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang diketuai Pengerusinya, Pui Tiong Lam yang menyampaikan sumbangan makanan kepada lapan keluarga.
Met Put berkata, sepanjang tempoh seminggu banjir berlaku baru-baru ini, dia bimbang sekiranya berlaku kecemasan terhadap suaminya, Tian Chau Put, 71, yang terlantar akibat sakit gout dan kencing manis.
“Nasib baik keadaan suami tidak mudarat dan laluan di luar rumah dapat dilalui semula kelmarin. Kami segera keluar ke pasar membeli bekalan makanan,” katanya.
Pui berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan situasi dialami lapan keluarga di sana yang terperangkap ketika banjir dan tiada bekalan makanan.
“Sebaik mengetahui, kami segera datang mengagihkan bekalan,” katanya. (MyMetro)
1 comment:
Useful information shared. I am very happy to read this article. thanks for giving us nice info. 192.168.l.254 is a private IP address that comes in a range booked from IANA (Internet Assigned Number Authority) for specific purposes, though in many cases users mistype the IP address as 192.168.1.254 where the character one is assumed as letter L.
Post a Comment