Saturday, December 21, 2019

PRK Kimanis, Apakah UMNO/BN Pulih, Apa Lagi Disokong PAS Saperti Tg Piai?

 Anifah Aman
Menunggu isyarat PRK Kimanis

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis tidak lama lagi adalah yang kedua diadakan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 


Yang pertama di sekitar Sandakan, satu kawasan bandar yang penuh dengan pengundi bukan Melayu pelik jika dimenangi oleh kerabat Muafakat Nasional. Tidak pelik jika calon Pakatan Harapan (PH) yang pengaruh DAP adalah tebal memenanginya.
Tetapi Kimanis adalah luar bandar yang sebelumnya pengaruh Melayu dan Bumiputera adalah kuat. Dalam PRU14 dulu, parti baru yang berpengaruh di Sabah iaitu Warisan tidak berjaya merampas Kimanis. Sekalipun Sabah dirampas Warisan, tetapi tidak Kimanis.
Apakah Umno/BN yang dikira mulai pulih di Semenanjung tidak banyak masalah lagi di Sabah khususnya Kimanis. BN menang di Kimanis tetapi YBnya Anifah Aman meninggalkan Umno. Bagaimanapun Anifah tidak dapat mengekalkan kawasan itu bila kemenangannya dibatal mahkamah.
Maka bagaimana politik Sabah khususnya Kimanis selepas hampir dua tahun di bawah PH. Di Semenanjung boleh dikira dengan kemenangan besar BN dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November lalu BN yang disokong PAS ia sudah pulih. Kemenangan berturut-turut BN dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai boleh diagak PH mulai jauh ditinggalkan. 
Isyarat yang diberinya ialah berkemungkinan andaian PH kerajaan sepenggal mungkin betul. Sekalipun perkembangan itu belum pasti Putrajaya jatuh semula kepada BN/Muafakat Nasional dalam PRU15 nanti, tetapi mulai memberi harapan kecil kepada Pakatan Harapan. Mulai ramai yang mengagak mana-mana PRK di kawasan majoriti Melayu dan marginal Melayu, Muafakat Nasionallah yang menang.
Perubahan pengundi Cina Tanjung Piai baru-baru ini menjadikan Muafakat Nasional bertambah sedap. Tetapi PRK itu tidak sentiasa di Semenanjung. Ia beralih ke Sabah pula. Apakah isyarat yang Kimanis akan beri dalam PRK ini? Adakah perubahan kerajaan di Sabah dari BN kepada Warisan mempengaruhi politik di negeri itu? Dan apakah keputusan empat PRK berturut-urut di Semenanjung mempengaruhi pengundi Kimanis.
PH mungkin sudah kurang harapan mempertahankan kuasa di Semenanjung. Maka harapannya bergantung pada Sabah dan Sarawak. Maka setiap komponen PH yang kurang sokongan akar umbi akan bertumpu ke Kiimanis pada PRK ini. Isyarat yang akan diberi oleh PRK Kimanis nanti akan menentukan tali hayatnya.
Muafakat Nasional sendiri sedang menunggu isyarat PRK Kimanis itu. Sekalipun ia sudah sedap di Semenanjung tetapi Kimanis boleh menentukan ia sudah benar-benr sedap atau banyak lagi yang mesti dibuat. Muafakat Nasional mulai tidak bimbang dengan pengundi Melayu baik muda mahupun dewasa. Dengan puaka perkauman yang melonjak sekali ganda lepas kemenangan PH menyebabkan Malaysia diancam masa depan poilitik dan keamanan yang jerebu.
Bukan ia setakat menggerunkan orang Melayu, bahkan ia mencemas bukan Melayu. Jika pengundi Cina di Tanjung Piai mencermin perubahan, memang ia satu isyarat yang sihat. Isyarat dari empat PRK yang dapat dimengerti oleh pengundi Kimanis, nescaya andaian PH kerajaan sepenggal memang berasas.
Jika Kimanis tidak menjadi isyarat kelima berturut-turut, tidak bererti ia sedap bagi PH. Cuma ia payah meramalkan PH berkuasa lagi atau tidak selepas PRU15 ini. Apa jua isyarat dari Kimanis, Tun Mahathir tidak akan bertanding lagi di Langkawi. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails