Monday, December 23, 2019

Pulau Pangkor: Ada Agenda Halus DAP? - Dr Najihatussalehah



IPOH: Kerajaan Negeri Perak diterajui PH hari ini jelas dan ternyata telah ketandusan idea yang bernas hingga mengemukakan cadangan mahu menjadikan jualan arak antara item bebas cukai di Pulau Pangkor.
Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad menyatakan sokongan kepada usaha menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai, namun sama sekali tidak kepada jualan arak.
“Pelbagai perniagaan lain masih ada dan lebih mendatangkan manfaat buat rakyat dan negeri ini. Pulau Pangkor yang telah sekian lama terkenal dengan hasil laut wajar dimajukan dan dijadikan pulau tersebut sebagai pusat hasil laut serantau dan tumpuan di sebelah Pantai Barat.
“Apabila perniagaan arak berleluasa di sana, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Hal ini kerana apabila arak ‘terhidang’ mudah di depan mata, akan wujudnya aktiviti perjudian dan pelacuran yang tak terkawal.
“Di manakah nasihat komponen PH di dalam Kerajaan Negeri Perak yang menekankan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin  dalam isu bebas cukai arak ini?” tempelak Dr Najihah.
Tambahnya, dengan kewujudan sekolah tahfiz Kerajaan Negeri dan masjid terapung yang dikenali sebagai Masjid Seribu Selawat telah menjadi tarikan pelancong khususnya Muslim ke Pulau Pangkor.
Tetapi nasihatnya, semua pihak harus sentiasa berwaspada dengan agenda halus Kerajaan PH yang kelihatan didominasi pemerintahannya oleh parti DAP hari ini. – HARAKAHDAILY 22/12/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails