Wednesday, December 18, 2019

Rumah Naik Lalang, K'jaan PH Pekak Tidak Peka?



Rumah dah naik lalang


SERAMAI 57 pembeli rumah kecewa apabila kediaman yang dibeli sejak 13 tahun lalu di Taman SL ATM Perdana, Mukim Apam di sini, terbengkalai.
Projek terbabit yang merangkumi 12 unit banglo dan 44 rumah teres sepatutnya siap pada November 2018, kini hanya dipenuhi semak samun dan tidak terurus, selain ada bumbung yang dicuri.
Lebih memeritkan, gaji bulanan setiap pembeli dipotong setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800, bergantung kepada jenis rumah.
Pembeli, Mohd Reduan Ibrahim, 33, meluahkan rasa kesal apabila pemaju lepas tangan dan membiarkan mereka menanggung kos pembayaran sedangkan rumah yang dijanjikan tiada.

Dia yang berkhidmat sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menandatangani perjanjian membeli rumah sejak 2006 terpaksa menyewa rumah lain untuk berteduh apabila pembinaan rumah sendiri terbengkalai.
“Kami dijanjikan pada 2018 rumah ini siap, namun hingga kini terbengkalai. Sudah berapa lama saya terpaksa menanggung beban dengan potongan bayaran bulanan yang sia-sia kerana hasilnya (rumah) masih tiada.

“Tidak cukup dengan itu, kos rumah sewa juga perlu dibayar ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Sebenarnya kami yang menjadi mangsa projek ini hanya mahukan rumah siap untuk didiami. Kami menyeru pihak yang bertanggungjawab tampil dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dan memberi hak kami.
“Saya juga merayu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pertahanan untuk bantu kami yang mana kebanyakannya anggota dan bekas ATM,” katanya ketika ditemui selepas hadir sama ke tapak projek rumah terbengkalai di Taman SL ATM Perdana, Mukim Apam di sini, semalam.
Seorang lagi pembeli, Nordin Hamat, 49, yang juga pesara tentera, merayu Kementerian Pertahanan membela nasib mereka yang buntu memikirkan cara supaya kediaman mereka disiapkan segera.
“Masalah ini menjadi semakin rumit dan kami tiada tempat untuk mengadu biarpun wang kami sudah habis puluhan ribu ringgit. Saya mohon nasib kami dibela kerana menjadi mangsa penipuan pemaju projek perumahan ini.
“Sedih melihat rumah yang seperti tiada harapan untuk didiami,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kegagalan dan kezaliman ke atas rakyat begini di luar tangggung jawab kerajaan PH yang memerintah Malaysia sekarang? Masih pekak tidak peka?

3 comments:

Anonymous said...

kenapa semasa tahun ke 10 ko orang tak publish..lalang belum tumbuh ke masa tu..masa tahun ke 1 hingga 11 tu kerajaan BN buat apa?buat pekak jugak ke???

cik minah said...

Itulah kerajaan PH, bukan buat kerja..
Dah perintah pun salahkan orang dulu ..
Ha ha ha
dah terlampau banyak tipu..

Anonymous said...

Dulu masa kempen, janji macam macam. Dah menang tak mampu nak baiki pulak. Kononnya yang dulu semuanya merosakkan. Orang bijak ialah buat kerja, bukan buat onar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails