Tuesday, December 10, 2019

Salahlaku Seks: B/Pekerja Anwar Beri Keterangan 7Jam Di Bukit Aman.

Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
Yusoff Rawther diiringi peguamnya Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilihat keluar dari perkarangan Ibu Pejabat Bukit Aman selepas lebih 7 jam memberi keterangan. - Foto BERNAMA
Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.

Yusoff, 26, memberi keterangan kira-kira tujuh jam di ibu pejabat berkenaan berhubung dakwaannya berkaitan salah laku seks terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia yang tiba pada jam 1 tengahari itu dilihat bersama peguamnya Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebelum keluar dari perkarangan Bukit Aman pada kira-kira jam 9.15 malam

Mohamed Haniff ketika ditemui memaklumkan bahawa keterangan anak guamnya direkod oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Jelasnya, kerjasama penuh akan diberikan anak guamnya jika dipanggil lagi bagi memberi keterangan.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Yusoff sebelum itu membuat satu akuan bersumpah (SD) pada 19 November sebelum membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.

BACA: Dakwaan mencabul: Anwar nafi, sifatkan niat jatuhkan imejnya

BACA: "Yusoff Rawther mangsa permainan politik" - Mohideen

Dalam laporan itu, Yusoff antara lain bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpahnya.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan beliau dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Anwar, Ramkarpal Singh dalam pada itu menjelaskan bahawa pasukkan tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kepada Yusoff. (AA)



Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

1 comment:

Anonymous said...

Kalaulah bang non seorang ulamak, dah lama aku sokong dia. Tapi sebab bang non ni bukan ulamak tapi islam yg menganut aliran liberal, maka biarlah rakyat pkr jer yg bantu. Lagi pun yg pakai ketayap putih dlm pkr pun dah malu nak sokong bang non secara terang terangan. Tinggal yg brutal jer yg masih membabi buta menyokong bang non.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails