Friday, December 20, 2019

Sedia Kerjasama Dalam Ekonomi Digital &Kecerdasan Buatan. -Presiden Iran.

'Kuasa beli rakyat semakin lemah, bersatulah negara Islam' - Hassan Rouhani
HASSAN: Kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara-negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

'Kuasa beli rakyat semakin lemah, bersatulah negara Islam' - Hassan Rouhani

KL: Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesediaan Iran untuk bekerjasama dengan negara Islam lain dalam menangani kesukaran dan tekanan dari kuasa-kuasa luar khususnya dalam ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Hassan, kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara-negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan.

"Benar, kuasa membeli rakyat lemah. Eksport, import, penghantaran wang, pertukaran matawang semunya berdepan masalah,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Menurutnya, ekonomi digital merupakan masa depan kepada ekonomi dunia dan ia hanya mampu dicapai menerusi jaringan kerjasama.

Antara kerjasama yang beliau gariskan termasuk mewujudkan mata wang kripto Islam dengan kerjasama bank-bank pusat negara masing-masing.

Dalam ucapan sama, beliau turut menggesa negara-negara Islam untuk bekerjasama dalam menentang ‘keganasan ekonomi’ Amerika Syarikat.

Ujarnya, dunia Islam perlu ‘diselamatkan’ daripada didominasi oleh Dolar AS dan regim kewangan negara itu.

“Sekatan dan penguasaan S dalam ekonomi di peringkat nasional dan global telah memberi peluang kepada negara itu dalam meluaskan pengaruhnya,” katanya. (AA)

2 comments:

  1. Jgn ada hubungan apa pun dgn Iran. Mrk akan sebarkan propaganda syiah kpd umat islam di sini. Knp mesti bersikap dingin dgn Saudi dan berbaik plak dgn ngara syiah ini? Ya Allah selamatkanlah bumi Malaysia dari fahaman syiah dan radikal yg semakin mendapat tmpt di negara kami. Aamiin bya rabbal 'aalamiin

    ReplyDelete
  2. Mana boleh takda. Sabu tu syiah. Yang sembunyi pun lagi ada. Sekat sabu, sekat syiah. Gerakan syiah underground tapi fizikal ada di mana-mana seperti kem pertahanan. Big bossnya sabu the syiah.

    ReplyDelete