Saturday, December 07, 2019

Tentera Warga Saudi Tembak Mati 3 Rakan Sekelas.

Anggota tentera warga Arab Saudi tembak tiga rakan sekelas hingga maut
Tiga maut dalam insiden tembakan di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Florida. -Foto Reuters

IHKL: FLORIDA, Tiga maut dalam insiden tembakan di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Florida. Suspek yang dikenal pasti sebagai warga Arab Saudi ditembak mati oleh polis. 


Suspek merupakan anggota tentera warga asing yang dilaporkan menjalani latihan di pangkalan berkenaan. Serangan berlaku di dalam sebuah kelas turut mencederakan lapan yang lain. Ini ialah serangan kedua berlaku di pangkalan tentera Amerika. 

Pada Rabu, seorang anggota tentera menembak mati dua pekerja dan mencederakan seorang lagi di pangkalan tentera Pearl Harbour. Suspek kemudian dilihat menembak dirinya sendiri.

Dalam perkembangan sama, Presiden AS Donald Trump berkata Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menghubunginya untuk menyampaikan rasa kesal atas insiden yang berlaku.

Raja Salman turut memaklumkan bahawa insiden tersebut sama sekali tidak menggambarkan sentimen warga negara itu. (IH)

No comments:

Post a Comment