Tuesday, December 17, 2019

Trade War ‘perang dingin’ Semakin ‘mencubit’...


Ekonomi, Imperialism, idealogi dan Trade War.

PERSAINGAN produk

(1) Dunia hari ini mengamalkan pasaran bebas sejak sekian lama. Mana-mana negara boleh mengeksport dan mengimport, serta mem promote produk masing-masing. 
Kebebasan pasaran ini boleh jadi pro, dan boleh jadi kontra. Iaitu apabila ia digunakan untuk mempromosikan idealogi. Apa kaitan idealogi dan produk? 

(2) Contohnya barang-barang produk-produk dan jenama-jenama yang dipasarkan di Malaysia menjadi lambang kepada promosi terhadap negara tersebut. 

(3) Sesama jenama, atau produk juga wujudnya perang persaingan yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Antaranya Blu-ray VS HD DVD, Adidas VS PUMA, Nintendo VS Sega, Apple VS Samsung, Blockbuster VS Netflix dan banyak lagi. 
Persaingan jenama ini boleh membawa kepada kerugian berbillion Dollar, dan begitu juga keuntungan yang besar. Hal ini sememangnya dibincangkan secara hangat dalam dunia perniagaan. 

(4) Antara yang pernah dibincangkan ialah persaingan antara Amerika dan China dalam dunia perniagaan di kala persaingan politik kedua-duanya. 
China terkenal dengan Alibaba dan jenama Huawei. Apabila teknologi Huawei semakin berkembang, Amerika mengambil pendekatan untuk menyekat jenama itu. 

(5) Ini hanya sekadar contoh yang perlu difikirkan bersama. Persaingan perniagaan bermaksud projek ke arah menguasai dunia dari sudut ekonomi. 

Ekonomi dan Imperialism

(1) Kita biasa mendengar teori ‘siapa yang menguasai ekonomi, mereka akan kuasai dunia’. Teori ini menjadi sebab kepada gerakan Imperialism satu ketika dahulu. 
Antaranya tertubuhnya Sarekat Timur Hindi yang bersaing dengan Sarekat Islam. Kenapakah ekonomi menjadi sumber penting dalam Imperialism? 

(2) Antara yang memungkinkan hal ini ialah gerakan Imperialism perlu bergerak seiring dengan projek ekonomi. Seperti sebuah sistem perniagaan. 
Contohnya, negara yang dijajah akan dirembat hasil buminya, kemudian digunakan untuk membiayai projek Imperialism yang lebih banyak. 

  • a-Antara yang pernah dibincangkan ialah zaman Adam Smith yang menyaksikan bagaimana negara Barat mengalami ‘over strecht’ akibat peperangan. Justeru, beliau mengasaskan Kapitalism sebagai jalan penyelesaian kepada isu tersebut. Ini menunjukkan bahawa ekonomi memainkan peranan penting dalam projek Imperialism. 
  • b-Antara lain, para pengkaji mendapati bahawa negara-negara jajahan British satu ketika dahulu berakhir dengan kemerdekaan yang diberikan. 

Antara sebab utama British ‘melepaskan’ negara-negara jajahannya kerana tanggungan yang besar, dan sudah ‘lembik’ untuk menampung beban. 

IMF dan Pax Judaica

(1) Seawal tamat Perang Dunia Kedua, Amerika telah menubuhkan International Monetary Fund (IMF) pada 1945 yang menggabungkan 189 buah negara. 
Katanya untuk mewujudkan kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, perdagangan antarabangsa, menggalakkan pekerjaan yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan macam-macam lagi. 

(2) Kewujudan IMF sengaja dipotretkan sebagai ‘orang baik lagi dermawan’. Walhal hakikatnya ia adalah teknik menguasai kekayaan dunia. 

Matawang mula tertumpu kepada ‘kertas’ yang sepatutnya tiada nilai, tetapi di’nilai’kan oleh Amerika. 

(1) Tujuannya ialah menguasai dunia ekonomi. 

(2)     Pada 1987, Paul Kennedy di dalam bukunya The Rise And Fall Of The Great Powers beliau melontarkan keyakinan yang tinggi bahawa kuasa Amerika juga akan tamat riwayatnya bila sampai waktunya. 
Antara rasionalnya, atas sebab kehausan sumber ekonomi (overstrecth). Satu kemungkinan yang logik ke arah pengalihan kuasa besar dunia ke arah Pax Judaica (Israel Raya) 

Projek ke arah membina Israel Raya sudah didengari bermula pada 2020. Justeru, dalam suasana politik Amerika yang tidak menentu, boleh jadi ia sedang ke arah itu. 
Realiti yang terjadi pada Amerika antara sebabnya ialah peruntukan yang terlalu besar dalam usaha mereka kekal sebagai kuasa dunia. Namun, tidak ke mana akhirnya. 

Boris Johnson

(1) Baru beberapa hari, Boris Johnson menang dalam pilihan raya di UK. Rata-rata melihat fenomena kemenangan beliau seakan-akan ‘satu manhaj’ dengan Donald Trump di Amerika 
Iaitu menang dengan cara menawan hati golongan pekerja. Kemenangan Trump pada 2016 dan Boris dilihat cuba membawa ekonomi cara baru, di alam dimensi yang baru. 

(2) Perlu dilihat dalam banyak sudut. Serangan Sosialism di Amerika sejak kebelakangan ini tidak terjangkau ke sempadan UK. Kekalahan Sosialism di UK menjadi bukti hal tersebut. 

  • a-Ya, kita perlu faham bahawa pertembungan antara Kapitalism dan Sosialism masih lagi berjalan dan segar sekalipun Soviet telah kalah hampir 30 tahun. 
  • b-Perlu faham, bahawa kedua-dua idealogi ini beroperasi atas kapasiti ekonomi. Jika idealogi Sosialism menang di UK atau US, kita boleh nampak kesannya terhadap ekonomi dunia. 

Kembali kepada perbahasan kita di awal tadi tentang persaingan Amerika VS China. Walaupun China cuba berwatak baik terhadap semua negara, namun ada udang di sebalik batu. 
Antaranya agenda Belt And Road Initiative (BRI) yang saya pernah nyatakan sebelum ini, sangat berkaitan dengan penguasaan ekonomi. Mereka dilihat bersandarkan kepada teori, 
“Siapa yang kuasai laluan darat dan lautan, dia akan kuasai dunia”. 

Isyarat cabar

(1) China dan Amerika masing-masing sedang memperagakan produk masing-masing di pasaran dunia. Pasaran produk itu lebih dilihat dari sudut penguasaan pengaruh. 

(2) 12 Disember 2019, South China Morning Post menyiarkan laporan yang bertajuk ‘China to focus on economic ‘contingency plans’ to battle growing pressures in 2020’

Antara lain, pada tarikh yang sama, laporan yang bertajuk ‘Trade war: China remains tight-lipped on talks as December 15 tariff deadline looms’

(3) Ia sebagai satu isyarat ‘mencabar’ Amerika dalam dunia persaingan ekonomi. Dalam hal ini, Donald Trump telah memberi respon bahawa keadaan perniagaan China lebih tertekan berbanding Amerika. 

Seolah-olah Amerika dan China sedang menuju ke arah ‘perang dingin’ dalam dunia trading. WalaupunTrade War bukan benda baru, namun hari ini ia dilihat semakin ‘mencubit’ 

(4) Dalam isu BRI (2013-2049) Amerika pernah menimbulkan naratif bahawa ia adalah projek Perangkap Hutang (Debt Trap) yang dilancarkan oleh China di peringkat global. 
Walau bagaimanapun, hakikatnya Amerika lebih awal mengamalkan permainan Debt Trap ini di bawah seliaan IMF. Macam biasa, memberi pinjaman, kemudian menuntut ‘bunga’ 

Ada negara yang terperangkap dengan hutang China. Ada juga yang terperangkap dengan hutang IMF. Sama-sama mengamalkan sistem riba. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

Hibur Hibur Sikit
Lagu dari filem klasik Melayu.. Lucah??
Nilai sendiri..

AYO KEZAMBO -petikan filem P.Ramlee 

"Panggilan Pulau" (1953)

1 comment:

  1. Sepanjang ph perintah, trend bskl sentiasa menjunam. Maknanya prestasi ekonomi malaysia sejah era ph menurun. Bukan sahaja fgv, tapi semua perniagaan yg ada di malaysia. Ini lah sumbangan negetif ph kepada rakyat malaysia. Pelabur asing gerun dengan kepimpinan ph. Kalau aku pelabur asing, aku pun cari negara yg bersih dan stabil politik dan kepimpinan. Mana mungkin labur duit di negara yg pimpinan parti bercakaran dan saling rebut kuasa dan jatuh menjatuhi di kalangan pimpinan. Bagi pelabur islam sudah tentu menolak pimpinan yg semburit kerana berkait soal halal haram, dan pasti semburit tidak layak bicara soal halal haram.

    ReplyDelete