Saturday, January 19, 2019

Perintah Berkurung Remaja Keluar Malam.. Wajarkah?

Hasil carian imej untuk remaja keluar malam
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Cadangan melaksanakan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun sememangnya mampu membendung gejala negatif dan tidak bermoral yang semakin membarah ketika ini.
Perintah berkurung juga disifatkan boleh mendisiplinkan remaja apatah lagi golongan berkenaan bakal memimpin negara pada masa akan datang.
Itu merupakan kesan melaksanakan perintah berkurung menerusi perspektif Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli yang turut bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) itu.
Mohd. Hazmi malah menegaskan, tiada sebab untuk remaja di bawah umur 18 tahun keluar selepas pukul 12 tengah malam memandangkan golongan tersebut sepatutnya berehat di rumah bagi menghadapi hari persekolahan keesokan hari.
“Pada pandangan saya itu merupakan cadangan yang sangat baik. Mungkin ada tidak bersetuju kerana dikatakan cadangan itu sebagai satu daripada proses Islamisasi dalam negara, namun tindakan disiplin kepada anak-anak bukan diamalkan oleh Islam sahaja tetapi agama lain juga menitikberatkan perkara sama.
“Saya merasakan perintah berkurung sememangnya dapat menghalang aktiviti tidak bermoral daripada terus berleluasa. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tidak dapat mengawal anak-anak mereka dan di sini lah pentingnya campur tangan kerajaan mendidik golongan remaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Beliau mengulas mengenai keputusan JKMD untuk mempertimbangkan secara serius cadangan pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun berdasarkan model yang diamalkan di Iceland.
Dalam pada itu, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal menjelaskan, pelaksanaan perintah berkurung bagi golongan remaja bukanlah perkara baharu, malah telah pun dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Australia dan Sweden.
“Saya setuju dengan cadangan perintah berkurung untuk kanak-kanak sebagai satu daripada cara mencegah mereka terlibat dengan gejala sosial.
“(Perintah berkurung) bukan perkara baharu, Australia, Sweden dan beberapa negara lain dah laksana. Sepatutnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun berada di rumah pada waktu malam,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE

Apa Raa PH, Minyak 1 X Turun, 6 X Naik!


PH naikkan RON95, RON97 6 sen


KUALA LUMPUR 18 Jan. -Harga runcit produk petroleum bagi RON 97 dan RON 95 dinaikkan oleh KERAjaan Pakatan Harapan (PH) sebanyak 6 sen seliter dengan nilai masing-masing menjadi RM2.28 dan RM1.98 sen bermula tengah malam ini sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagi harga diesel turut dinaikkan sebanyak 12 sen seliter daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter bagi tempoh sama.

Harga runcit minyak 19 Jan – 25 Jan 2018

JenisHarga BaruHarga Lama+/-
RON95RM1.98RM1.92+0.06 sen
RON97RM2.28RM2.22+0.06 sen
DIESELRM2.17RM2.05+0.12 sen

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/01/ph-naikkan-ron95-ron97-6-sen.html
MR :  Ni rasa sekali turun 6 kali naik.. (Minda Rakyat)

4 Perkara, Bakar Ba'asyir Bakal Dibebaskan -Presiden Jokowi


Abu Bakar (depan, dua kanan) bakal dibebaskan minggu hadapan.


Jakarta: Presiden Joko "Jokowi" Widodo mengesahkan dia telah meluluskan rencana untuk membebaskan kes pengganas yang disabitkan Abubakar Ba'asyir dari Penitentiary Gunung Sindur, Bogor. Pelan untuk banduan berusia 15 tahun boleh menghirup udara percuma minggu depan.
Jokowi: Abu Bakar Ba'syir Dibebaskan karena Faktor Kemanusiaan
1. Abubakar Ba'syir bebas murni dan tanpa syarat. 
Menurut Yusril, Ba'syir dibebaskan tanpa syarat dan mengikut arahan dari Presiden Jokowi. Itulah, Ba'irir adalah bebas murni.

"Pak Jokowi juga meminta supaya tidak mempunyai apa-apa syarat yang membebaninya, jadi dia (Ba'yir) menerima semua itu. Ini bukan untuk mengalihkan dia seperti penangkapan rumah, tidak," Yusril memberitahu media pada hari Jumaat (18/1) tuan

Beliau tiba di Gunung Sindur Lapas sekitar jam 09:30 WIB. Pertemuan dengan Ba'syir selesai pada pukul 1:30 pagi WIB. Semasa pertemuan itu, anak bungsu Ba'asyir turut hadir.


2. Jokowi memberkati pembebasan Abubakar Ba'asyir setelah melalui pertimbangan panjang.


Menurut Jokowi, sebelum memutuskan untuk melepaskan Ba'asyir, mantan Walikota Solo telah mengambil sedikit pertimbangan. Dia membincangkan dengan Ketua Polis Negara, Menkpolhukam dan pakar undang-undang.

"Saya menganggap aspek keselamatan dengan Ketua Polis, dengan pakar undang-undang dan akhirnya dengan Pak Yusril, tetapi prosesnya akan dilakukan dengan Kepala Polisi Nasional," katanya lagi.

Beliau telah mempertimbangkan dasar itu sejak awal tahun 2018. Sementara itu, berkaitan dengan kesan yang mungkin selepas Ba'asyir bebas, Jokowi telah meramalkannya.

Walau bagaimanapun, beliau menggariskan faktor kemanusiaan yang menjadi pertimbangannya.

3. Setelah dibebaskan, Abubakar Ba'syir akan kembali menyampaikan kuliah seperti dahulu.

(Abubakar Ba'asyir dibebaskan dari penjara) Khas
Sementara itu, anak bungsu Ba'syir, Abdul Rohim berkata selepas bernafas di udara bebas, bapanya akan kembali ke kuliah. Walau bagaimanapun, aktiviti tidak akan begitu intensif seperti dahulu.

"Insya-Allah (akan kembali ke kuliah) Hanya kerana keadaan kesihatannya tidak seperti sebelumnya, mungkin aktiviti Tabligh akan terhad kerana keadaan kesihatan atau fizikalnya tidak mungkin seperti sebelumnya," kata Rohim ketika ditemui media di Gunung Sindur Lapas pada hari Jumat (1/18) )

Bagaimanapun, beliau menegaskan, aktiviti kuliah bapanya tidak lagi intensif, tidak bermakna kegiatannya terhad oleh kerajaan.

"Tidak ada sekatan, kerana ini semata-mata bebas, iaitu dia telah kembali menjadi warganegara biasa," katanya.

4. Abubakar Ba'syir dihukum 15 tahun penjara karena membiayai kegiatan pengganas di Aceh

Jokowi: Abu Bakar Ba'syir Dibebaskan karena Faktor Kemanusiaan (Ilustrasi)

Melihat ke belakang, Abubakar Ba'syir dihukum 15 tahun oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang diadakan di sebuah sidang pada Juni 2011 lalu. Dia diisytiharkan terbukti telah merencanakan dan mengumpulkan dana untuk membiayai latihan ketenteraan kelompok teroris yang mengadakan latihan bersenjata di Provinsi Nangroe Aceh Darussalam.

Pasukan Pembela Muslim (TPM) telah merayu kepada Mahkamah Tinggi dan keputusan Ba'yir telah diubah menjadi 9 tahun. Walau bagaimanapun, apabila memajukan tahap rayuan di Mahkamah Agung, panel hakim bersetuju dengan keputusan di mahkamah pertama. Dia sekali lagi dihukum 15 tahun. (IH Jakarta)

Hamas Puji Tindakan M'sia Berani Terhadap Israel.

ISMAIL HANIYEH
ISMAIL HANIYEH


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Gerakan Pembela Islam, Harakat Al- Muqawwamah Al-Islamiyyah (Hamas) menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan pemberian visa kepada atlet Israel sebagai tindakan yang berani.
Ketua Bidang Kuasa Politik Hamas di Palestin, Ismail Haniyeh berkata, pihaknya menyambut baik keputusan tersebut selain menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan Malaysia terhadap negara-negara Islam seperti Palestin.
Katanya, pendirian Malaysia yang dianggap mulia itu mencerminkan keteguhan terhadap pegangan dalam memperjuangkan usaha pembebasan dan kemerdekaan rakyat Palestin.
“Sesungguhnya menjadi satu kebanggan dan kegembiraan buat kami dalam gerakan Hamas untuk menyampaikan setinggi-tinggi ucapan terima kasih Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas sokongan ini.
“Pendirian teguh Malaysia untuk terus melarang kemasukan mana-mana duta Israel juga merupakan suatu usaha yang mendokong perjuangan rakyat Palestin dan keputusan itu telah menyejutkan dada kami semua,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Dr. Mahathir berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.
Ismail berkata, gelombang normalisasi yang digerakkan Israel juga berupaya meningkatkan pengaruh politiknya dalam usaha menjadikan Palestin sebagai ibu negaranya.
“Kami berharap agar rakyat Malaysia terus menolak amalan normalisasi menerusi kekejaman dan keganasan yang dilakukan Israel terhadap bumi dan rakyat Palestin,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu HasyimKita bising ahli sukan Israel masuk tapi senyap dengan hubungan dagang?
Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.
Kita semua tahu bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini pernah dibangkitkan dalam parlimen Malaysia satu ketika dulu oleh Ahli Parlimen Bakri. Tetapi dilaporkan usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan.
Sebenarnya Israel adalah negara pengganas. Dia merampas negara jirannya Palestin. Rampas tanah, rumah, harta benda, perkosa wanita, membunuh kanak-kanak dan menindas rakyat tak berdosa. Membakar ladang musnahkan ekonomi negara itu... 
Maka wajarkah dia dihukum dengan hanya tidak benarkan masuk padang untuk main bola sepak atau bersukan? Keadilan dan hak asasi manusia jenis apa begitu? Memang dasar bangsat, asalnya tidak ada negeri, sentiasa agrasif.. Di Malaysia ada ke bangsa jenis itu?

Di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.
Malah pernah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram Israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel.

Wanita Mati Bogel, Dirumah Sendiri Pun Sudah Tidak Aman.

Wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel
Difahamkan mayat mangsa ditemui di atas katil dalam sebuah bilik.

Wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel

SERI KEMBANGAN: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan bogel di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Taman Universiti, di sini, kira-kira 5 petang tadi.

Difahamkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Jamilah Mat Shaari, 33, ditemui di atas katil dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34, berkata berdasarkan keadaan mangsa, dia percaya Jamilah disamun sebelum dibunuh.


Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di blok rumah sewanya mendapati Jamilah balik ke rumahnya kira-kira 12 tengah hari tadi.

"Jamilah bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di sekitar kawasan ini...dan biasanya dia akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari serta solat sebelum kembali menjalankan tugasnya.

"Tetapi ketika salah seorang adik ipar kami yang tinggal bersamanya pulang daripada kerja, dia mendapati keadaan rumah bersepah dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit, duit serta barang kemas milik arwah juga hilang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Suridah berkata mangsa yang juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 10 tahun telah menyewa di rumah itu bersama empat ahli keluarga yang lain.

"Jamilah yang berasal dari Surabaya, Indonesia telah menyewa di rumah ini lebih 10 tahun lepas bersama adik dan sepupunya," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.45 malam tadi.

Kita akan menyiasat secara menyeluruh punca kejadian ini, katanya.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu HasyimDiangkat dari komen-komen yang lalu..
Hasil carian imej untuk mahathit hudud
Marina Mahathir
(Suara TV) – Aktivis sosial dan anak PM negara umat Islam, Marina Mahathir berkata akan meninggalkan negara ini, sekiranya Malaysia melaksanakan hudud dan perundangan Islam. Kesian, jahilnya..

Suara rakyat Kelantan menolak BN dan PH dalam PRU-PRU lalu, kerana mahu sistem perundangan Islam dilaksanakan di negara dan negerinya, juga kepada orang Islam sendiri. 

Tetapi Dr M tetap 'tuli dan pekak' menolak keputusan demokrasi rakyat itu, sejak jadi PM dalam UMNO hingga ke dalam PH sekarang. Walaupun sudah jelas terbukti hudud mampu mengurangkan kadar jenayah. 

Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini." Kata beliau.

Video





Shahrul Fikri

YouTube - 16 Apr 2016




Asif Gokak

YouTube - 31 Jan 2015





Kasiran Akhsan

YouTube - 27 Ogo 2015





Fahim Akthar Ullal

YouTube - 29 Sep 2013

Hasil carian web

23 Sep 2015 - Dimuat naik oleh Achik Malini
I do not own this video... just a very good sharing from a whatsApp group..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails