Saturday, February 16, 2019

Politik Tipu &Diam.. Ini 20 Fakta..

Hasil carian imej untuk lambang pas
Politik tipu dan berdiam atas kejahatan?


MARI kita lihat 20 fakta yang mungkin ada kita sudah lupa berkenaan penipuan dan akhlak memegang rahsia. Berlaku di seluruh dunia dari dahulu lagi. Anda ada fikiran, boleh fikir sendiri.

1-     Teringat dulu, masa mula-mula PAS menang Terengganu 1999. Penyokong PAS kepung Wisma sebab takut BN bawak lari fail-fail. Alhamdulillah memang tak boleh bawak keluar fail-fail itu. Setelah masuk jadi kerajaan, memang ada fail-fail yang dikira menyalahi undang-undang. Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar ketika itu kata kita ada "berlori-lori" fail sebagai bukti.
Sebelum itu memang PAS janji nak dedah penyelewengan BN. Rakyat tunggu. Tiba-tiba PAS tukar strategi, tak mahu ambil jalan kontroversi sebab akan libatkan perbalahan yang panjang. Ambil jalan bijak. PAS pun batal hasrat nak dedah. Timbalan Presiden PAS ditanya wartawan mana fail yang berlori-lori itu? Beliau jawab memang berlori-lori, tapi ada lori kecil ada lori besar. Sampai sudah kes-kes itu tak didedahkan. Timbalan Presiden PAS pun dituduh penipu. Errr... Timbalan Presiden PAS tipu ke?

2-     Sekumpulan wartawan PAS Terengganu, telah pergi ke sidang media DS Idris Jusoh di Besut, sebelum PRU11, 2004. Mereka masuk ke dalam majlis dan membuat liputan secara menyamar. Malangnya ada wartawan lain yang mengenali mereka dan pihak keselamatan BN mula bertanya.
Wartawan-wartawan PAS ini tidak mengaku dan mendakwa mereka dari stesyen TV swasta. Tetapi tidak berjaya. Mereka dikejar dan dikepung. Sebuah van, hancur dikerjakan lawan. Mereka pula masuk hospital. Apa kata Presiden PAS? Mereka dipuji Presiden kerana berani. Tapi mereka menipu. Presiden PAS puji si penipu. Macam mana gitu?

3-     Suatu waktu, setelah royalti Terengganu dirompak, maka dikeluarkan dokumen perjanjian royalti itu. Antara isu yang menjadi pertikaian ialah "luar pantai". MB Terengganu kemudiannya mengeluarkan kenyataan minyak dijumpai di daratan Terengganu. Kecoh, dekat mana, bila. Akhirnya tak ada pun yang dijumpai. MB Terengganu bohong ke? Atau mengacah? Boleh ke dalam Islam?

4-     Ketika tegang krisis dalaman PAS sebelum PAN keluar, wartawan telah menghidu busuknya Timbalan Presiden dan AJK PAS Pusat yang lain berseteru dengan Presiden. Wartawan bertanya dalam satu sidang media selepas ucapan perasmian muktamar di Batu Pahat. Kedua-duanya menafikan sambil ketawa. Dan selepas itu ucapan perwakilan seorang demi seorang, membelasah pimpinan yang khianat itu. Orang dah tahu, tapi Presiden tipu lagi. Betul ke ini?

5-     Semalam Presiden PAS jumpa Tun. Lepas berkelahi, jumpa bincang. Berkelahi sejak dulu, tapi bila jumpa senyum memanjang. Presiden PAS bermuka-muka kah?

6-     Ketika Langkah Kajang hendak dilaksanakan, DS Anwar ada datang ke Terengganu, mahu berbincang dengan Presiden PAS. Sehingga kini, kecuali kenyataan Saifudin Nasution, kita tak pernah tahu dari pihak PAS, apa perbincangan itu.
Kemudian ianya diteruskan, walaupun dibantah PAS dalam mesyuarat lain kerana membazir dan tiada keperluan. PAS bagi ingatan, jangan tukar MB. Tapi PAS tetap berkempen untuk PKR walaupun ianya membazir. PAS sokong pembaziran?

7-     Sewaktu hayat TGNA, ada satu kes beliau memarahi Ustaz Nasha, dalam isu UG. Sehingga diadakan pertemuan khusus lapan mata di rumah beliau. Sampai akhir hayat beliau tiada didengar apa perbincangan itu secara details. Rahsia dipegang kemas. Nasib baik Ustaz Nasha tak bawa recorder macam budak-budak itu.

8-     Dalam peristiwa Tahkim, diketahui Abu Musa yang warak dan alim itu telah dipolitikkan oleh Amru al-Ash dengan Abu Musa menurunkan Ali dan sepatutnya Amru juga menurunkan Muawiyah, tetapi diangkatnya dan kekal Muawiyah berkuasa.
Peristiwa itu kekal dikenang sebagai menjadikan lagi Islam berpecah, Ali dibunuh. Abu Musa rasa sangat malu. Tetapi Amru tetap dikenang sebagai Sahabat yang membuka Mesir. Tiada gelaran penipu. Itulah politik. Jika Muawiyah dan Amru menipu, maka semua Sahabat yang patuh kepada kerajaan mereka juga berdosakan?

9-     Dalam tafsir surah al-Buruj, diceritakan sebuah hadis panjang berkenaan seorang pemuda yang memeluk agama Allah di sebalik dipaksa menyertai kelas kesyirikan. Gurunya mengajar tauhid.
Guru tauhidnya menyuruh pemuda itu menipu bila ditanya kenapa lambat ke kelas oleh guru syirik itu. Menipu juga, tak padan ajar tauhid. Boleh tak?

10-      Dalam surah Yusuf, Nabi Yaakub menyuruh Nabi Yusuf menyembunyikan tentang mimpinya daripada saudaranya yang lain. Nabi Yusuf simpan rahsia itu sehingga dia naik jadi kerajaan. Nabi Yusuf juga menipu kerana meletakkan sesuatu dalam kenderaan saudara Baginda, kemudian menuduh saudaranya itu mencuri. Pelik Nabi Yusuf ini. Nasib baik tak dapat kat budak-budak itu.

11-      Dalam Perang Khandak, seorang bukan Islam, masuk Islam ketika perang. Rasulullah menyuruh dia menyembunyikan ke-Islamannya itu dan ditugaskan mengapi-apikan antara puak dalam tentera Ahzab itu. Berdosanya jadi batu apikan? Sudahlah Islam tapi mengaku Islam. Macam tak syarie jer.

12-     Pada suatu perang, Amru bin Ash telah mengarahkan tenteranya memadamkan api pada malam hari, walaupun cuaca sejuk. Tenteranya tak berpuashati. Bila pulang, mereka mengadukan hal itu kepada rasulullah. Rasulullah bertanya kepada Amru kenapa? Amru menjawab kerana musuh akan tahu kedudukan mereka. Rasulullah setuju. Nasib baik tentera Islam itu bukan dari kalangan yang ada sekarang. Kalau tidak, takut pindah khemah duduk dengan musuh sebab tak syarie, tak bagitahu kenapa. Semua benda nak kena bagitahu kat prebet ke. Flat earth betullah dia ni.

13-     Dalam Peristiwa Fathul Makkah, seorang Sahabat telah memberitahu rahsia kepada Musyrikin Makkah, rancangan Rasulullah mahu menyerang Makkah. Sahabat itu ditangkap, hampir dibunuh, perbuatannya itu salah. Dia dibebaskan kerana dia seorang ahli Badar. Sepatutnya dia dibenarkan memberitahu serangan itu bagi mengurangkan kemusnahan. Bukankah baik tindakan dia memberitahu rahsia itu kalau ikut fikiran budak-budak sekarang?

14-     Ketika krisis kepimpinan PAS Besut dengan Perhubungan Terengganu, PAS Besut mahu duduk di bawah Perhubungan Kelantan. Mereka sangat marah kepada PAS Terengganu. Mursyidul Am, TGNA mengatakan dalam bentuk kiasan bahawa PAS Pusat tahu yang PAS Besut pakai kain tapi tak pakai seluar dalam. Tapi kita tak selak kain dia di hadapan orang ramai. Sepatutnya TGNA selak kain PAS Besut itu. Dah buat salah, patutnya diberitahu kepada seluruh dunia. Apatah lagi selepas itu geng-geng tu masuk Umno, Lagilah patutkan? TGNA tak syarie ini. Tak capai maqasid?

15-     Ingat lagi ketika kes pil kuda? Presiden PAS ditanya hakim tentang kesahihan maklumat yang beliau terima. Beliau tidak memberitahu secara khusus, hanya memberitahu sumber yang dipercayai sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Presiden PAS. Hakim menerima itu atas alasan hak seorang Presiden. Seharusnya Presiden PAS memberitahu kepada mahkamah, barulah betul berani. Kalau budak-budak itu jadi Presiden, dah lama bocor.

16-     Berapa banyak NGO yang diketuai oleh orang-orang politik yang kemudian mengaku sebagai non-partisan NGO. Semua orang tahu, tapi mereka tidak mengaku yang mereka didalangi oleh ahli politik. Tak baik menipu kan?

17-     Teringat kisah lama apabila DS Idris Jusoh menggunakan lambang bunga padi kalau tak salah, ia lambang khusus kepunyaan Tuanku Sultan Terengganu untuk lambang MBKT. Kemudian diarahkan tukar sebab tanpa izin. Sama juga seperti isu guna nama Presiden PAS. Kau ingat tak perlu minta izin ke bila nak guna namanya dalam isu-isu besar? Bodoh sangat ke Presiden tak sedar nama dia orang guna. Yang kau tempel nama Presiden konon sayangkan Presiden masa nak dedah rahsia itu tak rasa malu ke? Presiden tahu tak?

18-     Akhirnya sumpah mubahalah dah tak laku sebab tuan dia dah mengaku. Sumpah ambil duit Umno itu sebenarnya sangat umum. Kalau nak bersumpah juga, kita sumpah khusus gini "Bahawa Nik Abduh ambil duit Umno adalah untuk menjahanamkan agama Islam, parti PAS, untuk kepentingan diri, untuk mengkayakan dirinya. Dengan niat jahat menggunakan Presiden bagi mengelirukan jemaah" agak-agak berani tak dia sumpah khusus begitu? Kalau berani, alhamdulillah. Setakat kata ambil duit Umno hanya timbulkan persepsi.

19-     Abuya Ashaari penah bersumpah mubahalah ketika beliau mendakwa dituduh dan dipaksa mengaku al-Aqram ialah pembawa ajaran sesat. Dia melakukannya beramai-ramai bersama pengikutnya selepas mereka disuruh kerajaan mengaku di TV yang pegangan mereka sesat pertengahan 90-an dulu. Tan Sri Hamid Othman telah beri amaran supaya jangan main-main dengan sumpah mubahalah.Mengikut buku tulisan salah seorang peguamnya yang juga salah seorang kena mengaku salah itu, Ashaari dikatakan meminta ditunjukkan balasan siapa yang bersalah dalam masa tiga bulan. Beliau kemudiannya kena stroke yang cakapnya hanya difahami oleh isterinya Khadijah Aam
Aku tak kata dia terkena sumpah, cuma lawannya Tan Sri Hamid Othman dan orang-orang besar Jakim, tidak terkena apa-apa. Jadi kalau berani, boleh cuba khususkan sumpahan itu. InsyaAllah jika tidak terkena laknat, maka kami percaya. Dah terlanjur nak muhabalah kan?

20-     Semua kisah-kisah itu menggambarkan bahawa ada masa menipu dibolehkan, ada masa tidak. Tetapi dalam perang, ia dibolehkan. Sekarang kita sedang berperang melalui bukan senjata besi kayu, tetapi senjata media. Jika dalam media boleh memberikan kemusnahan kepada jemaah, maka ia perlu dilawan atau dikawal. Begitu juga kerahsiaan jemaah.
Siapa yang mengawal media, dia akan berkuasa. Jadi sekarang, Presiden telah mengatakan kumpulan pembocor rahsia itu bodoh atau jahat. Sepatutnya minta maaflah dah salahkan? Dan bagi tahu siapa perakam dan penyebar audio yang khianat itu. Mesti sanggup bagi tahu, untuk jemaah kan? Atau bacul? Bila kat pimpinan, dia orang kata tak boleh berahsia walaupun hal sulit parti, tapi mereka diam seribu kata bila dah diketahui perbuatan curang mereka. Kalau kata diupah orang luar, marah. Tapi suruh tunjuk muka, takut. Kata takut Allah jer?
Kenalilah watak-watak yang menjahanamkan jemaah ini bila mereka mula mempertahankan diri dengan mengungkit-ngungkit jasa mereka kepada parti konon hebat, mengatakan mereka ikhlas, memberitahu dunia mereka baik dengan pimpinan itu dan ini, mereka sayang jemaah tapi belasah depan-depan. Mereka guna nama pembesar sedang mereka tidak dilayan pun oleh pembesar-pembesar itu. Itulah tanda mereka tiada kekuatan selepas serangan gagal.

Lihat fakta di atas, hampir sama sebab tipu itu. Kenapa Presiden PAS boleh buat, Nik Abduh tak boleh? Jadi kita kena lihat garis masa. Nik Abduh tidak mengaku ketika itu sebelum PRU. Mungkin Terengganu kalah dan Kelantan juga tersungkur jika mengaku terima duit Umno walaupun guna untuk kebaikan contoh masjid. Fitnah terlalu besar. Sekarang orang sudah lupa. Tapi ada yang mahu hidupkan fitnah sebab bodoh dan jahat tadi.
Apatah lagi dekat pemilihan PAS. Kenapa aku sebut fitnah sebab isu ini akan terpalit kepada semua ketika jemaah dah bertenang. Ustaz Zaharuddin yang terlibat pun diam jer, kenapa anak buah yang bising. Ini juga fitnah, nanti ada orang kata Ustaz Zaharuddin yang suruh. Betapa besar masalah yang dibawa. Dah kalau AJK PAS Pusat tak layan itu, takkan tak faham lagi sebab hal ini rahsia? Atau memang bersungguh benar nak halang PAS dan Umno kerjasama?
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
16 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 16/2/2019

Hiburan: Kawal Nilai Moral/Agama. Boleh Tiru K'tan/T'ganu..

Muncul Dengan Video Lagu Lucah, Ze Rebelle Dikecam Teruk 
Bukan dari luar negara, pernah pendatang baharu dunia seni tempatan, Ze Rebelle muncul bersama kontroversi dengan nyanyian lagu berunsur lucah melampau. Lagu bergenre elektro pop itu memaparkan imej seksi dengan menayang payudara dan punggung selain terkandung mesej kurang senonoh. 
Malah lirik-lirik lagu itu juga menggunakan perkataan bersifat mencarut, memaki dan lucah. Judul lagu itu pula menggantikan perkataan payudara dalam slanga urban iaitu Slumber Tetek. video nyanyian Ze Rebelle itu bagaimanapun sudah ditonton lebih 200,000 kali sejak dimuat naik pada 16 Mei lalu di Facebooknya, Ze Rebelle. (2017)
Ini, Tarian Lucah Filem Melayu 1953? 

Video: AYO KEZAMBO - petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)

HALAMAN HIBURAN

PULAU PINANG 15 Feb. - Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan.
Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.
“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah.
“Kenapa harus disempitkan dalam batas seksual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pengguna media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk ‘Sex In Georgetown City’ yang dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini bermula semalam hingga 17 Februari.
Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak, pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut menjadi Love in Georgetown City.
Menurut Wan Salim cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.
“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hiburan patuh syariah, Kalau tak faham nak laksanakan boleh tiru Kelantan atau Terengganu.
Solusi ke arah itu, usahakan supaya PAS (parti Islam) memerintah Malaysia.
Mudah saja, undilah PAS!

Semenyih: Tanding 4 Penjuru.


(Dari kiri) Calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul; Calon Bebas, Kuan Chee Heng; Calon PH, Muhammad Aiman Zainali dan Calon BN, Zakaria Hanafi bergambar bersama pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di perkarangan Dewan Sri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang. - Foto Asyraf Hamzah


KAJANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali; calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul serta calon Bebas, Kuan Chee Heng.
Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.
Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup, dengan calon PH mendapat sorakan gemuruh.
Terdahulu, Muhammad Aiman, 30, yang pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi diikuti Zakaria, 58, pada jam 9.05 pagi manakala Chee Heng, 56, dan Nik Aziz, 25, pada jam 9.10 pagi.
Ribuan penyokong parti bertanding memenuhi perkarangan Dewan Sri Cempaka MPKj seawal jam 7 pagi mengiringi calon masing-masing.
Beberapa pemimpin utama PH bersama mengiringi calon mereka termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pemimpin BN pula termasuk Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.
Proses penamaan calon PRK DUN Semenyih berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan tempoh masa satu jam diberikan SPR bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU-14.
Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac ini dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini. (BH)

Menteri Pelakon Terbaik, Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya..


Lakonan Menteri menangis cuba perbodohkan pesawah dan petani
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh-bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak-esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor, semalam, sedangkan tiada tindakan khusus dilakukan pihak kerajaan setakat ini bagi membantu golongan berkenaan. 

Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman menggesa supaya Salahuddin menghentikan segera ‘lakonan’ tersebut yang disifatkan cuba meraih publisiti, kerana golongan petani dan pesawah bukanlah mudah untuk dipermain-mainkan seperti itu. 

Menurut beliau, sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif terhadap golongan berkenaan disekat malah isu pemberian subsidi baja pun gagal diselesaikan pihak kementerian. 

“Sepatutnya Menteri (Salahuddin) dianugerahkan ‘pelakon’ terbaik dan bukannya pembela golongan petani. Lebih baik panggil pegawai-pegawai di seluruh negara untuk melihat Menteri berlakon. 

“Adakah ini ‘lakonan’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih tidak lama lagi? Sebelum ni pemimpin-pemimpin Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) buat surat hendak jumpa (Menteri) pun tidak berjawab. 

“Kalau setakat ‘menangis’ sahaja, tiada apa yang dapat diselesaikan melainkan untuk mendapatkan undi. Ingatlah bahawa kamu (Menteri) ada kuasa untuk menentikan nasib petani dan pesawah,” katanya di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas gambar Salahuddin yang menangis teresak-esak ketika membacakan sekeping surat luahan hati daripada seorang pesawah di atas pentas dalam Majlis Pelancaran Hala Tuju kementerian itu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam. 

Dengan iringan bunyi seruling yang meruntun hati, Salahuddin menangis setelah membaca beberapa baris pertama surat tersebut yang antara lain menegur kementeriannya yang dianggap melupakan kebajikan para petani, pesawah, peneroka dan nelayan di negara ini. 

Perbuatan Salahuddin itu walau bagaimanapun dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan cuba meraih publisiti ekoran masih ramai golongan petani, pesawah dan penoreh getah yang dihimpit kesusahan ekoran pelbagai bantuan dan insentif disekat. 

Perkara itu dibuktikan apabila hampir setiap hari akhbar Utusan Malaysia melaporkan nasib golongan berkenaan yang kebanyakannya terpaksa hidup ala kadar dan di bawah garis kemiskinan, disebabkan pendapatan hasil pertanian yang merosot manakala kos input pertanian pula terus meningkat. – UTUSAN ONLINE


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Maka, mengalirlah air mata buaya. Mengapa dikatakan begitu, kerana:

  1.  Sikap PH tidak membela petani miskin tertindas, PH hanya membela kapitalis buncit kekenyangan.  "...sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif terhadap golongan berkenaan disekat malah isu pemberian subsidi baja pun gagal diselesaikan pihak kementerian. 
  2. "lakonan’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih"... 
  3. "Dengan iringan bunyi seruling yang meruntun hati, Salahuddin menangis setelah membaca beberapa baris pertama surat tersebut yang antara lain menegur kementeriannya yang dianggap melupakan kebajikan para petani, pesawah, peneroka dan nelayan di negara ini."
Al-hamdulillah, kesedaran untuk membela rakyat tertindas ada, tetapi salah duduk dalam PH. Kerana PH sebenarnya adalah Pakatan Hancing, selalu kena kencing pemimpin-pemimpinnya! 
Maka mengalirlah air mata buaya...

Hibur, hibur sikit...

Ladang Sawit Ini Tenang, Tapi Terbongkar 21 GRO.



GRO dalam ladang kelapa sawit 
SITIAWAN: Seorang wanita mengandung lima bulan antara 21 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit di Simpang Dua, di sini.
Serbuan bermula jam 6.30 petang itu dilakukan empat pegawai dan 15 anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang diketuai Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan V Annadurai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata semua wanita warga asing yang ditahan berusia antara 20 hingga 35 tahun dengan 12 daripada mereka adalah warga China, lapan warga Vietnam dan seorang warga Thailand.
Katanya, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua wanita tempatan berusia 30-an dipercayai 'penjaga' wanita warga asing terbabit.
"Seramai lima daripada wanita warga asing ditahan termasuk seorang wanita mengandung warga Vietnam, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"Ketika serbuan dilakukan, beberapa wanita berjaya meloloskan diri menaiki motosikal dan kereta.
"Dua wanita tempatan yang ditahan masih disiasat bagi mengenal pasti sama ada kedua-dua ini penjaga wanita warga asing berkenaan atau pemilik premis," katanya.
Tian Kee berkata, berdasarkan pemantauan, semua wanita yang ditahan melayan pelanggan bermula jam 5 petang hingga 8 malam sebelum ada di antara mereka dibawa pulang pelanggan untuk tujuan tertentu.
"Serbuan hari ini adalah yang kedua dilakukan tahun ini dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah manakala bagi kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit sah disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa kes GRO ini tak boleh selesai, di mana salahnya? Adakah harap pagar, pagar makan padi, menggunting dalam lipatan? Atau perlu perlu perundangan Islam... Atau juga PH memang tak boleh harap??
Hasil carian imej untuk menggunting dalam lipatan
Hasil carian imej untuk menggunting dalam lipatan

Wanita Ini Guna Petua Ganjil, Atasi Masalah Rambut Kelemumur. -E-PPB



MASALAH Kelemumur menyerang tidak kira usia hingga ada pelbagai pihak memperkenalkan pelbagai cara untuk menanganinya.

Bahan seperti jus limau nipis dan urutan lemon misalnya sering diperkatakan antara yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur.

Bagaimanapun, tergamakkah anda jika disarankan supaya menggunakan air kencing untuk mencuci rambut bagi menghilangkan kelemumur?

Miriam Lancewood, bekas guru yang kini menjadi pengembara mengakui menggunakan air kencing untuk mengatasi masalah kelemumur yang sekian lama dialaminya.

Pernah bertugas sebagai guru sukan, Miriam yang sebelum ini selesa menetap di bandar pada 2010 telah memutuskan untuk meninggalkan gaya hidup itu untuk bersama suaminya, Peter di kawasan alam semulajadi di New Zealand.

Bercakap kepada Mamamia’s No Filter podcast, Miriam mendedahkan telah menggunakan kaedah itu selama sembilan tahun lalu. Segalanya bermula apabila dia berdepan masalah kelemumur yang teruk pada musim sejuk pada tahun pertama menetap bersama bersama suaminya.

Ketika itu, Peter teringatkan petua amalan komuniti eskimo yang menggunakan air kencing untuk menangani masalah itu. Wanita berusia 34 tahun dan berasal dari Wehl di Belanda kemudiannya mula mengamalkan petua itu.

Miriam akan menuang air kencing yang dikumpul pada waktu pagi pada rambutnya dan menunggu sehingga dapat bau urinnya sebelum mencuci rambutnya menggunakan sabun.

“Ia memang berkesan,” tambahnya.

Penggunaan air kencing adalah antara kaedah pelik yang digunakan untuk meneruskan kehidupan selesa di kawasan hutan. Malahan, pasangan ini juga menggunakan arang dan abu untuk memberus gigi. – India Today

Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) 

Bermatlamat: 
Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. 
Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.

Friday, February 15, 2019

Gesa Astro Haramkan Shiro Selepas Viral Gambar Dengan Najib



KUALA LUMPUR – Nampaknya semakin ramai tidak senang hati melihat gambar kumpulan pelawak, Shiro bersama Datuk Seri Najib Razak.
Bukan sahaja komen warganet pro Pakatan Harapan (PH) sahaja mengkritik Shahrul dan Ajak malah ada yang mahu mereka ‘diharamkan’ di stesen televisyen.
Admin Facebook Kami Sayang Tun Mahathir hari ini menyatakan pihaknya sudah menghantar e-mel rasmi kepada Media Prima dan Astro mahu kumpulan itu diharamkan.
Pihak itu mendakwa memohon supaya Media Prima dan Astro menyekat ‘periuk nasi’ kedua-dua artis itu daripada terlibat dalam mana-mana rancangan televisyen.
“Tak malu ke bergambar dengan perompak?” soalnya lagi.
Semalam bekas perdana menteri itu memuatnaik gambar bersama kumpulan Shiro. – MalaysiaGazette

DAP Izin Tayangan Teater Seks, Walau Ditentang Rakyat?



PEMUDA PAS Pulau Pinang mengecam tindakan pihak pembuat teater “Love in George Town” atau tajuk asal “Sex In George Town” yang masih berusaha untuk terus membuat tayangan bermula pada hari ini sehingga 17 Februari. Walhal ia mendapat tentangan daripada rakyat termasuk laporan Polis oleh aktivis-aktivis NGO dan parti politik.
Pemuda PAS Pulau Pinang memberi amaran kepada pihak terbabit agar membatalkan terus hasrat mereka walaupun mendakwa akan menukar tajuk tayangan. Teater yang berteraskan seks termasuk perbuatan luar tabii secara terang mempromosi aktiviti tidak bermoral dan berakhlak ini mencabar sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sewajarnya mengambil tindakan atas desakan demi desakan oleh rakyat termasuk beberapa siri bantahan sebelum ini antaranya “Penang Nude Sports Game” dan tayangan filem berunsur gay “Lost in Paradise”. Tindakan sikap bisu Kerajaan DAP Pulau Pinang menyuburkan lagi lubuk maksiat yang telah lama bersarang di negeri ini.
Pemuda PAS Pulau Pinang bimbang dan khuatir apabila dibenarkan tayangan ini akan mengundang kerosakan akidah dan akhlak remaja, justeru menambah lagi kegiatan tidak bermoral melalui seks bebas, buang bayi, dadah serta pelbagai masalah sosial yang sedia meruncing.
Pihak penganjur perlu melihat perkembangan terkini masalah gejala sosial di kalangan remaja, khususnya statistik yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh bahawa dari tahun 2012 hingga 2016, terdapat 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun.
Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak segala promosi serta tayangan tidak bermoral ini dibatalkan serta-merta demi menyelamatkan akhlak anak muda dan mengelakkan kucar-kacir kepada negara termasuk usaha mengekang kegiatan golongan Liberal ini.
“Islam Memimpin”
AHMAD SAFUAN UJAR 
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 14/2/2019

Hari Ini Tarikh Keramat Buat Tanah Wakaf Abdul Couder, P.Pg.


Sekejam-kejam Yahudi, Kejam lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang  -Minda Rakyat

Ingat tuan-tuan, tanggal 14hb Feb, ialah satu tarikh pembunuhan umat islam beramai-ramai dan kini ditukar sebagai "Hari Kekasih" hari ini juga satu tarikh keramat buat tanah wakaf abdul couder, jalan mengkuang, diusir keluar dan dirobohkan rumah mereka (Nasib Umat Islam dialaf Malaysia Baru)

Tahniah MAIPP, kerana membiarkan orang tua-tua, kanak-kanak, OKU dan kelamin yang miskin bergelapan malam ini, serta bekalan air dipotong

Dimana mereka ini hendak pindah? Dimana mereka akan berteduh bila malam bakal menghampiri tidak lama lagi?

Kepada Sdr Lim Malik Kasim (YDP Maipp), kamu boleh gelak dan senyum hari ini, ingat baik-baik, kami bersumpah dan melaknat keatas kamu dan seluruh keluarga kamu serta seluruh Ahli Majlis Agama yang membuat keputusan ini

Hilang sudah identiti perkampungan tradisi wakaf abdul couder oleh tangannya Sdr Lim Malik Kasim! Ingatkan sekali lagi Sdr Lim Malik Kasim, Islam akan bangkit dengan kebenaran.

Bertabah & bersabar Sdr2 ku diatas tanah wakaf! Kita akan lawan lagi, kita tidak berhenti disini! Diatas penindasan terancang!



Yang melihat,
Berhadapan tanah wakaf
4:00ptg / 14hb Febuary 2019

MR :  PH ni tak perlu 60 tahun nak jadi kejam dan jahat 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails