Saturday, March 02, 2019

Skandal Terowong B/KM PP: Mana Butiran 4 Perkara Ini?: -PAS



Skandal terowong: Mana integriti yang diperjuangkan?
SAYA percaya, serangan bertali arus yang dihadapkan kepada PAS sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Pihak SPRM telah menahan seorang ahli korporat, membekukan empat akaun syarikat dan menyita beberapa aset yang dipercayai berkaitan dengan projek tersebut.
Adakah skandal ini turut membabitkan pemimpin DAP khususnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?
PAS menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menyediakan satu butiran lengkap pelan asal projek terowong dasar laut tersebut.
a) Berapakah jumlah sebenar kos projek,
b) adakah ia ditender secara terbuka dan sekiranya ia adalah tender terbuka, sila dedahkan perincian tender tersebut.
c) apa sebenarnya terma-terma yang dipersetujui antara pemaju dan LGE, termasuk perjanjian pertukaran lot-lot tanah di lokasi strategik Pulau Pinang
d) kemukakan latar belakang pemaju dan semua rakan kongsi yang terlibat. Adakah mereka pihak yang berpengalaman dan berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan skala ini?
Malah, kajian ke boleh laksanaan (feasibility study) projek tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM305 juta masih belum dimuktamadkan sehingga Januari lalu.
Kini, rakyat berhak mendapatkan penjelasan sebenar projek ini setelah lebih setahun siasatan SPRM berjalan.
Justeru projek ini turut melibatkan kepentingan rakyat disebabkan terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kaedah pembayarannya membabitkan pertukaran tanah (land swap) dan menjejaskan ekosistem persekitaran.
Rakyat tidak boleh dinafikan hak untuk mengetahui status atau hasil siasatan skandal projek terowong dasar laut yang sedang berlaku sekarang.
Beberapa tahun yang lalu, saya telah membangkitkan isu ini dan saya telah disaman oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada masa itu.
Kini apa yang telah saya bangkit sejak awal dulu semakin menampakkan kebenarannya.
Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
tatawi
NASRUDIN HASSAN
24 Jamadil Akhir 1440 | 2 Mac 2019
– HARAKAHDAILY 2/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gigit jangan tak gigit. Siapa gigit siapa? Bongkarkan, kawan gigit kawan...
Lihat juga..

Mursyidul Am PAS Pakai Kereta Mewah Porsche Cayman?

Hashim Jasin tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Hashim Jasin tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kangar bagi memberi keterangan mengenai dakwaan Pas menerina dana RM90 juta hari ini.


SPRM tanya pemilikan kereta mewah Porsche Cayman - Mursyidul Am Pas  
KANGAR 1 Mac - Musyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di sini hari ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan kereta mewah Porsche Cayman.
Hashim berkata beliau memberi kerjasama penuh kepada dua pegawai SPRM itu dengan menjawab semua soalan mereka.
Hasil carian imej untuk Porsche Cayman
"Soalan yang ditanya hanya berkaitan kereta tersebut (Porsche Cayman). Tiada soalan lain," katanya semasa dihubungi, hari ini.
Hashim hadir di pejabat SPRM Perlis kira-kira 9.45 pagi dengan ditemani isterinya.
Beliau adalah antara beberapa pemimpin kanan Pas yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan Pas menerima dana RM90 juta wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada UMNO.
Semalam, SPRM membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah milik beberapa pemimpin Pas berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta wang 1MDB daripada UMNO .
Hashim mendakwa kereta Porsche Cayman tersebut kepunyaan anaknya yang dibeli mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan dana RM90 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
"Dari dahulu lagi saya menggunakan Proton Saga. Rakyat Perlis tahu kehidupan saya," tambahnya. - BERNAMA

Wajah Rosmah Pun Jadi Igauan PH..

KEKECOHAN berlaku di antara penyokong PH dan BN berhubung pemasangan kain rentang berunsur provokasi
KEKECOHAN berlaku di antara penyokong PH dan BN berhubung pemasangan kain rentang berunsur provokasi di Kampung Sesapan Batu Rembau, Hulu Langat, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE



HULU LANGAT 2 Mac - Satu kain rentang didakwa mempunyai unsur provakasi mencetuskan ketegangan di antara penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, pagi ini. 
Kain rentang yang memaparkan wajah isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan bertulisan 'Malu Apa Bossku...???Siapa Boss?? Akulah Boss.. Ingat Najib Ke!!!' itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong BN. 
Difahamkan, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menurunkan kain rentang tersebut namun tidak dibenarkan oleh penyokong PH. 
KEKECOHAN berlaku di antara penyokong PH dan BN berhubung pemasangan kain rentang berunsur provokasi KEKECOHAN berlaku di antara penyokong PH dan BN berhubung pemasangan kain rentang berunsur provokasi di Kampung Sesapan Batu Rembau, Hulu Langat, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk undi BN sama PAS
Keadaan tersebut kemudiannya terus menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong BN namun berjaya ditenangkan oleh petugas SPR. - UTUSAN ONLINE

Hina Nabi: Bantahan Ummah Perak. Jazakallahu khairan kathira!


IPOH: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Perak bersama jaringan NGO umat Islam di negeri itu telah menggerakkan lebih 3,000 umat Islam berhimpun membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W di pekarangan Masjid Negeri di sini semalam.
Pengerusi UMMAH Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, selain di Masjid Negeri, himpunan aman seumpama juga berjaya diadakan di pekarangan 14 masjid jamek di seluruh negeri, termasuk di Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Gerik dan Bagan Serai.
Menurutnya, di daerah-daerah lain dianggarkan seramai 500 hadirin setiap masjid jamek berjaya dihimpunkan bagi membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
"Orang ramai yang merasa terpanggil kerana membantah penghinaan terhadap Nabi mereka mula berkumpul di pekarangan masjid seusai solat Jumaat untuk mendengar ucapan-ucapan pimpinan.
"Himpunan yang dikawal pihak polis dan Jabatan Amal Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan saya dimaklumkan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku di semua lokasi himpunan," ujarnya kepada Harakahdaily.
Khalil Idham juga memaklumkan, semua himpunan berjaya diadakan di pekarangan 15 buah masjid yang menjadi lokasi ditetapkan tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak.
Sehubungan itu beliau berharap mesej himpunan tersebut menjadi peringatan terhadap sikap tidak bertanggungjawab, celupar, jahat dan biadab terhadap Islam dan umatnya, lebih-lebih lagi kepada Rasulullah S.A.W. - HARAKAHDAILY 2/3/2019
IMG 20190302 WA0008
IMG 20190302 WA0009
IMG 20190302 WA0012
IMG 20190302 WA0013
IMG 20190302 WA0014
IMG 20190302 WA0015
IMG 20190302 WA0016
IMG 20190302 WA0017

Puasa Sunat Mulai Isnin Ini - Tuan Ibrahim. Al-hamdulillah! Jazakallahu Khairan Kathira'.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN


MARANG 2 Mac - Mulai Isnin ini, seluruh kepemimpinan Pas, ahli serta para penyokong parti itu akan menunaikan puasa sunat selain bermunajat, bersedekah dan mengerjakan amal makruf yang mendekatkan diri dengan Allah.
Langkah itu diputuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai reaksi segera kepada kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang semalam ekoran serangan fitnah oleh musuh parti itu berkaitan isu dana RM90 juta.
Menurut Tuan Ibrahim, perkara sama juga pernah dihadapi oleh Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu dan ekoran itu, parti berkenaan diarah agar memastikan para penimpin dan ahli parti menjaga hubungan dengan Allah.
"Isnin ini kita mulalah, kita galakkan sunat berpuasa dan juga perkara lain yang disebut Tok Guru (Abdul Hadi) seperti bermunajat, sedekah dan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Tuhan," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah dekat sini malam tadi.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim menarik perhatian, Pas juga akan mengadakan solat hajat besar-besaran mengikut negeri masing-masing yang akan diputuskan oleh Dewan Ulama Pas nanti.
"Bila solat hajat ini akan diadakan, kita masih belum putuskan. Insya Allah Dewan Ulama akan putuskan masa yang sesuai dalam masa terdekat. Setiap negeri akan buat majlis ini di tempat masing-masing," jelasnya.
Petang semalam, Abdul Hadi yang masih dalam urusan rasmi Pas dii Indonesia menyeru ahli serta penyokong parti agar bermunajat dan berdoa kepada Allah mengenai apa yang dihadapi parti itu ketika inii.
Dalam akaun Facebooknya, Presiden Pas itu mahu mereka berkenaan sama-sama menunaikan solat hajat selain berpuasa, membaca al-Quran serta melakukan amal kebajikan. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Jazakallahu khairan kathira'. Walaupun puak-puak jahiliah 'red army' kacang merah anti Islam tidak faham dan menentang!

Rampas, Libatkan Terowong Dasar Laut.. Mula Gigit Sama Sendiri?




Rampas: Rupanya libat terowong dasar laut
SEMALAM tersebar berita SPRM rampas kereta Toyota Vellfire, Range Rover, Mini Cooper, rumah kedai bernilai RM2 juta dan beku akaun pemimpin PAS.
Pemberitaan yang jahat kononnya ada hubungan siasatan RM90 juta.
Rupa-rupanya yang dirampas ini kes melibatkan projek terowong dasar laut di negeri Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang dipimpin oleh pemimpin parti yang telus dan kudus.
Kos kajian kajian kebolehlaksanaan sahaja RM305 juta. Itu baru kos kajian sahaja. Hebat, dahsyat.
Rakyat mahu tahu, apa sudah jadi.
USTAZ IDRIS AHMAD

Naib Presiden PAS

1 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 1/3/2019

Hasil carian imej untuk Toyota Vellfire, Range Rover, Mini Cooper,
Komen Weblog Ibnu Hasyim: SPRM rampas kereta Toyota Vellfire, Range Rover, Mini Cooper, rumah kedai bernilai RM2 juta dan beku akaun pemimpin PAS. Ada kaitan dengan terowong pula.

Perangkap  baru, siapa pula mangsanya? Entah-entah perangkap untuk mengenakan sama-sama gengnya? Dah mula gigit sama sendiri ke? Atau benar kata Subky Latif..

Difitnah Terima, Beri, Akan Cetak &Tabur Wang Pula.. Bersedialah PAS!!

NIK MOHAMAD ABDUH


KUALA LUMPUR 2 Mac - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara sinis memberitahu selepas ini parti tersebut mungkin akan menerima fitnah yang baharu.
Kita tunggu fitnah Pas cetak wang' - Nik Mohamad Abduh
Menurutnya, mungkin selepas ini parti itu akan difitnah terlibat dalam pencetakan wang.
“Dari fitnah terima wang, kini Pas difitnah beri wang pula.
“Kita tunggu lepas ini fitnah Pas cetak wang. Lepas cetak kita tabur la,” katanya dalam Facebook miliknya, malam tadi.
Semalam, pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menjelaskan pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu. - UTUSAN ONLINE

Wajib Tumbangkan K'jaan. Tak Buat Berdosa, Tunggu Apa Lagi?


Wajib bangkit tukar kerajaan - Tuan Ibrahim 
MARANG: Umat Islam di seluruh negara wajib bangkit menukar kerajaan yang memerintah hari ini, jika tidak ada tindakan segera diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina Rasululllah SAW.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak, kerajaan Pakatan Harapan menyemak kembali undang-undang yang menghina Nabi, agar lebih keras dan tegas termasuklah kembali kepada hukum Allah SWT.
Ini kerana, katanya undang-undang yang sedia ada terpakai sangat longgar dan tidak menakutkan.
“Jika ada orang menghina Nabi SAW hari ini dan kerajaan yang sedia ada tidak bertindak segera, kita wajib bangkit menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.
“Kita bukan sahaja mengharap kerajaan menangkap dan menghukum, tetapi perlu diadakan semakan undang-undang terhadap yang ada, yang bagi kita undang-undang yang sedia ada ini sangat longgar, tidak menakutkan.
“Denda RM3,000 sama seperti denda orang khalwat. Denda hina Rasulullah, sama dengan denda minum arak,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan Aman Bantah Penghinaan Kepada Rasulullah di pekarangan Masjid Rhu Muda, selepas solat Jumaat, hari ini.
Menurutnya, kuasa politik yang diamanahkan itu bukan tempat mencari kesenangan dunia tetapi bagi mempertahankan agama Allah SWT.
“Kita kena ingat kemenangan tidak ada makna kalau Nabi kita dimaki hamun dan dicerca. Ingat, harta benda kita tidak ada nilai jika Nabi dicerca dan kita berpeluk tubuh tidak bertindak sesuatu.
“Himpunan kita ini sebahagian dari kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Himpunan kita bukan hanya membantah orang hina Nabi tetapi mengajak orang bersama kita, dengan apa yang ditinggalkan oleh Nabi SAW,” jelasnya.
Timbalan Presiden PAS itu menegaskan, kepada mana-mana pihak sama ada Islam atau non-muslim agar tidak mengulangi kesilapan mereka yang menghina Nabi SAW.
“Peringatan kita kepada mana-mana pihak sama ada Islam atau bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu.
“Kalau kamu hina Nabi, kamu bersedia berdepan dengan kami semua yang akan bangkit mempertahankan Nabi kami, Insya’Allah,” tegasnya dihadapan lebih 2,000 umat Islam.
Hadir sama dan turut berucap pada himpunan aman itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (Dun) Teregganu, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan Ketua Pemuda Marang, Ustaz Muhammad Yusof Abdul Hadi.
Pada himpunan itu, pelbagai slogan dipamerkan melalui playkad dan banner seperti ‘Kami Rela Mati Demi Rasulullah, Sabar Kami Ada Batas!’, ‘Jangan Cabar Kesabaran Umat Islam’, ‘Himpunan Ummah Bantah Hina Nabi SAW’, dan banyak lagi.
Sumber Harakah memaklumkan, puluhan masjid mengadakan bantahan itu di seluruh negeri Terengganu, dari Kemaman hingga ke Besut. - HARAKAHDAILY 1/3/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Jika ada orang menghina Nabi SAW hari ini dan kerajaan yang sedia ada tidak bertindak segera, kita wajib bangkit menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini." Kata Timbalan Presiden PAS.
'Wajib', kalau buat dapat pahala, tak buat berdosa. Siap, tunggu apa lagi?

Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen.


Ribuan rakyat berhimpun bantah hina Islam.
KOTA BHARU: Biarpun Eropah negara minoriti umat Islam, namun hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.
Begitu juga pernah berlaku di Denmark di mana pemimpin negara itu berdepan kebangkitan rakyat Muslim membantah tindakan seorang penduduk menghina Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, lebih malang lagi apabila perkara seperti itu berlaku di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Katanya, umat Islam di negara ini menuntut tindakan tegas daripada kerajaan terhadap mereka yang menghina Islam.
“Namun apa yang berlaku sekarang orang yang menghina dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa.
“Kami menuntut orang yang menghina Islam jangan dibebas. Umat Islam menuntut hukuman yang lebih berat,” katanya pada himpunan membantah penghinaan terhadap Islam di Medan Ilmu hari ini.
Ribuan menyertai himpunan tersebut, diadakan selepas kuliah pagi Jumaat. Turut menyampaikan ucapan wakil Dewan Ulamak Kota Bharu, Ustaz Azahari Abdul Rahman, wakil Pemuda Kota Bharu, Ustaz Abdul Malek, wakil muslimat dan mahasiswa.
Ketika doa akhir pada himpunan itu yang dibaca Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, sekumpulan burung berterbangan di kawasan itu.
Baru-baru ini, tular di media sosial tiga individu mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad SAW  termasuk yang menggunakan nama Henry Hiung, Sally Yen dan Sarkar Tanesen. - HARAKAHDAILY 1/3/2019

'Ini, Duta Aman? Sokong Tindakan Tentera India Di Sempadan Pakistan...

'Inikah sikap Duta Keamanan?' - Priyanka Chopra dikecam gara-gara promosi perang
Priyanka Chopra dikecam gara-gara tweetnya yang menyokong tindakan tentera India dalam ketegangan yang berlaku di sempadan Pakistan. -Gambar fail/Reuters

'Inikah sikap Duta Keamanan?' - Priyanka 
Chopra dikecam gara-gara promosi perang

DUTA Muhibbah UNICEF, Priyanka Chopra dikecam gara-gara 
tweetnya yang menyokong tindakan tentera India dalam ketegangan yang berlaku di sempadan Pakistan. 

Netizen menganggap tindakannya itu bercanggah sama sekali dengan tanggungjawabnya untuk menyebarkan mesej keamanan malah Chopra turut dituduh sebagai hiprokrit.


Netizen pada sama mahu pelantikan Priyanka Chopra sebagai duta keamanan dilucutkan.

Priyanka sebelum ini ada membuat lawatan di kem pelarian rohingya dan Syria sebagai salah satu aktiviti dalam kerjasamanya bersama dengan pihak UNICEF.

Antara selebriti Pakistan yang turut memberikan kritikan ialah pelakon, Armeena Khan. (AA)




Friday, March 01, 2019

Tempuran Anwar/Mahathir Terus Rugikan Negara &Rakyat..


Dia (Kawan Anwar) Tolong Bayar Clare. Rupanya Anwar-M Main2 Perang..



Rupanya Datuk Rameli Musa Yang Tolong Bayar kepada Clare kawan Baik Anwar Ibrahim

Rafizi berkata saya seterusnya memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Dato’ Seri Hadi Awang.

Akaun itu wujud di bawah nama Rameli Musa dan pindahan wang RM10 itu lepas. Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud.


Siapa si Rameli Musa. Ramai betul yang mencari identiti Rameli Musa ini. 
Kawan baik Anwar Ibrahim rupanya. 


Agaknya apa permaianan RAFIZI dengan ANWAR dalam isu ini?
Kenapa budak Mahathir ada bersama dengan Presiden PAS.
Kenapa PAS berikan sokongan kepada Mahathir jika ada undi tak percaya kepada Mahathir.
Semuanya akan terjawab bila Presiden PAS balik daripada luar negara...

Bersedia dengan pop corn


MR :  Main-main perang antara Anwar dan Mahathir rupanya... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Lagi Tambahan maklumat dari Mindarakyat..

RM1.4 million was laundered money linked to Mahathir’s son, not Hadi Awang

Pensyarah Kolej, &2 Individu Hina Nabi. Lapor Polis.

HINA NABI
LEBIH 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama UMNO dan Pas membuat laporan polis terhadap seorang lelaki dipercayai pensyarah kolej komuniti dan dua individu lagi dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di Bentong Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE

BENTONG 1 Mac - Lebih 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pesara Polis dan wakil daripada UMNO serta Pas membuat laporan polis terhadap tindakan seorang individu dipercayai pensyarah sebuah kolej komuniti di sini yang bertindak memperlekehkan usaha umat Islam mempertahankan Nabi Muhammad SAW.
Laporan polis yang dibuat wakil UMNO dan NGO Ummah Bentong itu adalah susulan kenyataan dalam Facebook Zylhafirie Wan Ahmad (Pek Dik) yang mengeluarkan kenyataan berkenaan yang tular dalam media sosial.
Selain itu, laporan polia turut dibuat terhadap kenyataan dalam akaun Facebook Sally Yen yang sengaja menghina Nabi Muhamad SAW serta terhadap satu video viral seorang pemuda mendakwa bernama N. Ganas Paran yang menghina Rasulullah dan Polis Diraja Malaysia
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN(PDRM).
Pengerusi NGO Ummah, Khairudin Abdullah berkata, laporan polis dibuat bagi memastikan tindakan tegas sewajarnya dikenakan terhadap individu yang cuba menjejaskan keharmonian negara itu.
Katanya, episod demi episod penghinaan terhadap Islam termasuk terhadap junjungan besar Rasulullah SAW harus dihentikan kerana boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan umat Islam.
"Ia (penghinaan terhadap Islam) terlalu banyak dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenang menghina nabi kita.
"Jika tidak dibendung kita bimbang akan berlaku perkara tidak diingini yang menjejaskan keamanan dan keharmonian negara,"katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Perlu Tegas Terhadap Individu Hina Agama.


KUALA TERENGGANU, 28 Febuari - Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama seperti penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW yang berlaku baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, umat Islam perlu bersatu dan bergerak ke hadapan untuk menunjukkan bantahan supaya kerajaan memandang serius dan bertegas terhadap apa jua unsur penghinaan kepada Agama Islam.

“Umat Islam perlu mempamerkan bantahan dan pendirian agar kerajaan bertindak tegas terhadap perbuatan menghina agama Islam yang semakin menjadi-jadi akhir ini”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, hari ini.


Sehubungan itu, Ahmad Amzad yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu menyeru seluruh umat Islam terutamanya rakyat Kuala Terengganu agar sama-sama menyertai Himpunan Aman Membantah Penghinaan kepada Rasulullah SAW di seluruh negara pada esok (1 Mac).

Menurut beliau, bagi kawasan Kuala Terengganu, bantahan akan berlangsung di Masjid Al Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu, bermula selepas Solat Jumaat.

“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menyahut seruan ini dan berkumpul di Masjid Al Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu,"katanya. (tEGANKITA)

Katak Pun Batuk Melihat Politik Luncai Sang PM, Kata Subky.


Calon-calon yang bertanding dalam PRK Semenyih.

Apa politik paling Luncai?  -Subky Latif
TIADA politik paling Luncai selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa selain dari Tuan Guru Presiden PAS dikatakan memberi surat bertanda tangan mengaku PAS tidak sokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac ini.
Semuanya terkejut dan jika sang katak boleh batuk nescaya batuk ia akan politik Luncai Sang Perdana Menteri Mahathir mengaku menerima surat bertanda tangan dari pemimpin PAS.

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk luncai terjun dengan labu
Apa yang Luncainya?

Percayakah semua Tok Guru berstatus ulama dunia buat kerja Luncai itu. Sehingga ini sudah 50 tahun mengadakan kuliah dhuha Jumaat, diikuti oleh belasan ribu yang keadaannya tidak pernah susut. Dalam uzurnya diketahui semua masih jarang miss mengadakan kuliah.

Setakat ini beliau masih kuat ingatan dan tidak mungkin membuat surat sedemikian, yang keperluannya tidak mendesak. Seolah-oleh menyerahkan Singapura kepada Si Stanford Raffles yang memerlukan surat ditanda tangan Sultan Johor.

Atau sepenting perjanjian Tanah Melayu menjual air dengan harga amat murah kepada Singapura selagi ada bulan dan matahari. Tidak mungkin dikaji semula.

Hanya jika Tuan Guru Haji Hadi hilang ingatan, mungkin surat seperti yang dikatakan itu berlaku. Tiada keterangan beliau hilang ingatan. Dan beliau pun tidak pernah mendekati benda-benda yang menyebabkan hilang ingatan. Belum ada pengesahan doktor ingatannya demikian.

Dan jika beliau hilang ingatan tiada siapa akan membawa atau menemuinya berjumpa Perdana Menteri. PM pun tidak buang masa untuk jumpa orang hilang ingatan.

Atau kemungkinan yang menerima surat itu hilang ingatan disebabkkan oleh usianya. Pun tiada pengesahan doktor tentang ingatannya. Jika ingatannya demikian, tentu hilang kelayakan jadi Perdana Menteri.

Entahlah jika ingatan itu hilang sekali sekali dan masa itu ingatannya hilang.

Rasanya tidak siapa percaya Tuan Guru Haji Hadi buat surat seremeh itu. Amat payah difikirkan ada orang yang mempercayai dakwaaan PM Mahathir itu yang selamanya banyak berpolitik Luncai. Bukan politik tipu atau politik bohong, tetapi politik yang banyak belit dan muslihat. Hatta Tun Siti Hasmah, isterinya payah percaya kejadian itu.

Dengan menyebut benda yang tidak masuk akal itu politiknya tentang PRK Semenyih itu sudah jadi politik Luncai. Dan siapa percaya dengan politik Luncainya itu telah termasuk perangkap Luncainya.

Seolah-olah yang amat percaya adanya surat itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Buktinya, dia ulas penafian PAS itu, kira-kira depan Tun cakap lain, belakang cakap lain.

Jika Tan Sri Muhyiddin tidak tengok surat itu tapi dia percaya, Mahathir pun boleh bertambah Luncai bagaimana orang seperti Muhyiddin boleh terperangkap dalam politik Luncainya?

Joseph Gobbels, Menteri Propaganda Hitler, diajar Hitler, bohong itu jika diulang-ulang nescaya orang percaya ia bukan bohong.

Rata-rata orang percaya Tuan Guru tidak buat surat begitu. Beliau masih menjadi imam. Ia tanda ingatannya kuat dan dipercayai makmum.

Ingatan Mahathir kuat. Jika tidak kuat tentu PAS tidak suruh dia terus jadi Perdana Menteri. Dakwaannya saja tidak dipercayai selagi dia tidak tunjukkan surat itu.

Tetapi mengapa dia dakwa demikian? Itulah Luncainya!

Ia termasuk cerita jenaka rakyat seperti Haji Bakhil buat notis, ‘Haji Bakhil tidak tanam harta di sini’. Apabila si fulan tengok notis itu dia ganti dengan notis, ‘Fulan tidak curi harta Haji Bakhil’.

Demikianlah moral kempen politik Luncai dalam PRK Semenyih. –HARAKAHDAILY 1/3/2019