Saturday, March 23, 2019

8 Syarat K'sama Awal PAS-Perikatan.. -Presiden PAS



RANTAU PANJANG: Kerjasama awal Umno dan PAS pada 1973 dengan mengambil kira lapan syarat yang dipersetujui bersama.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, lapan syarat termasuk PAS tidak terikat dengan disiplin Perikatan.
Selain itu, kata beliau kebebasan PAS untuk berdakwah termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan universiti.
Tamabhanya, kerjasama juga untuk membolehkan syiar Islam disebar secara berperingkat-peringkat termasuk dalam radio dan televisyen sehingga azan disiar melalui media terbabit.
"Kerjasama juga untuk membolehkan aktiviti yang didapati bercanggah dengan Islam termasuk tari menari dan minuman arak dihentikan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Rantau Panjang, hari ini.
Mesyuarat agung tersebut diadakan di Markas PAS Rantau Panjang. Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Fatah Harun dan timbalannya, Dato’ Muhamad Awang.
Turut hadir Adun Apam Putra, Abdul Rasul Muhamad dan Adun Chetok, Zuraidin Muhamad.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, selepas PAS disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional suasana politik negara lebih teruk berlaku.
Katanya, ketika itu kefahaman agama dan politik masih lagi kurang difahami masyarakat.
"Masih ramai yang menganggap politik dan agama suku-suku. Orang ramai belum berani untuk untuk keluar daripada fahaman tersebut," katanya.
Sempena mesyuarat tersebut juga Presiden PAS merasmikan pasar pagi Sabtu di markas tersebut. Ia diadakan bermula hari ini. –HARAKAHDAILY 23/3/2019
Hasil carian imej untuk lambang PaS Perikatan
Hasil carian imej untuk lambang PaS Perikatan

Hijab Pegawai Polis NZ Tarik Perhatian..


CHRISTCHURCH: Foto seorang pegawai polis wanita yang mengawal Tanah Perkuburan Memorial Park di Christchurch yang memaparkan kesungguhan, rasa hormat dan perlindungan tular di media sosial.
Stuff.co.nz melaporkan, pegawai polis Konstable Michelle Evans, 24, berkawal dengan memakai selendang Calvin Klein, menyelitkan bunga mawar di dadanya sambil memegang senapang separuh automatik Bushmaster.
Jurugambar, Alden Williams berkata gambungan tiga perkara itu menarik perhatiannya walaupun sebahagian besar media hanya memberi tumpuan kepada ahli keluarga dan mangsa serangan yang sedang dikebumikan.
“Sudah banyak foto pegawai polis saya rakamkan tetapi gabungan tudung, senapang dan bunga mawar adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.”

Williams turut berkongsi foto itu di Instagram malah turut menerima beberapa komen termasuk: “Imej ini benar-benar mewakili sifat toleransi, belas kasihan dan kemanusiaan masyarakat NZ, dan ia harus dilihat sejauh mungkin.”
Evans yang membesar di Whanganui ketika ditanya berkata: “Sejak berusia 22 tahun saya ingin menjadi anggota polis. Saya mahu menabur jasa dan membantu orang ramai di komuniti ini.” (AA)

Imej Jacinda Ardern Berselendang Dipancar Di Burj Khalifah.

Imej Jacinda Ardern berselendang dipancar di Burj Khalifah
Imej Jacinda Ardern berselendang dipancarkan di Burj Khalifah pada Jumaat. Foto Twitter HH Sheikh Mohammed

NAMA Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern,semakin menjadi sebutan ramai susulan kebijaksanaan dan sikap kepimpinannya dalam menangani insiden serangan di dua masjid di Christchurch, 15 Mac lalu.

Antara yang dipuji, pemimpin berusia 38 tahun itu membuka sidang parlimen dengan ucapan Assalamualaikum, juga berikrar tidak akan menyebut nama penembak yang melakukan keganasan itu.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak terkecuali dalam menzahirkan simpati dan sokongan kepada Ardern, selepas 50 umat Islam maut manakala puluhan yang lain cedera akibat serangan pengganas tersebut.

Bangunan ikonik di Dubai pada Jumaat, dipancarkan dengan imej Ardern, dalam usaha murninya menegaskan betapa pentingnya keamanan, susulan daripada tragedi menyayat hati yang berlaku di dua masjid di Christchurch itu. 


Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum turut memuat naik imej Ardern yang dihalakan ke bangunan Burj Khalifa pada waktu malam di laman Twitter miliknya:

“Terima kasih PM @jacindardern dan New Zealand untuk keikhlasan sokongan yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas tersebut mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”

Serangan yang berlaku semasa umat Islam hendak menunaikan solat Jumaat itu turut mengakibatkan seorang remaja warga Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, meninggal dunia. 

Bapanya, Mohd Tarmizi Shuib dan dua lagi mangsa, Muhamad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun, turut tercedera dalam serangan berkenaan.

Semasa solat Jumaat semalam, yang pertama selepas serangan itu, New Zealand buat julung kalinya menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.

Ardern turut hadir dengan mengenakan baju labuh dan berselendang hitam. 



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pernah berlaku di sebuah negara umat Islam, isteri Perdana Menteri dilarang suaminya memakai tudung.. Pada hal sama-sama Islam tu..

Ini, 4 Perkara 'Leave no one behind'. Air Mineral Mahal Dari Petrol?

Hasil carian imej untuk 'Leave no one behind': Hari Air Sedunia

'Leave no one behind': Hari Air Sedunia  
TANGGAL 22 Mac saban tahun akan diingati dan diadakan sambutan Hari Air Sedunia. Ia satu usaha antarabangsa bagi memastikan krisis air yang dihadapi oleh ramai pihak di segenap penjuru muka bumi dapat dilihat dengan dekat dan penyelesaian demi penyelesaian dicadangkan bagi memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan. 

Menjelang tahun 2030 ianya diharap menjadi satu tarikh di mana tiada lagi manusia yang tertindas dalam mendapat akses air bersih untuk kehidupan mereka. Sehingga kini, ribuan juta masyarakat dunia masih bergelut dengan masalah air bersih untuk kehidupan rumahtangga, sekolah, tempat kerja, kebun dan perladangan, kilang serta pelbagai lagi segmen lain.
Dalam satu naskhah kajian yang diterbitkan oleh North-West University, Vaal Triangle Campus, South Africa ada disebutkan mengenai anggaran yang dibuat oleh Bank Dunia iaitu sekitar 166 juta manusia dari 18 negara terkesan dengan kekurangan sumber air bersih, manakala 270 juta lagi dari 11 buah negara mengalami masalah 'water stressed' iaitu jumlah kehendak dan permintaan terhadap air bersih lebih tinggi berbanding sumber yang wujud tersedia pada waktu itu. 

Sehingga kini World Resources Institute menyebut terdapat 37 buah negara yang mengalami krisis teruk 'water stressed' yang membawa erti lebih 80 peratus sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri adalah tidak mencukupi.
Di Malaysia, pada tahun ini akan diadakan sambutan hari air ini di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Melaka pada 12 April bulan hadapan. Ia bakal dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam usaha memberikan ilmu dan kesedaran mengenai kepentingan sumber air dan kaedah mengekalkan kualiti air kepada pelajar pelajar sekolah. 

Di mana terdahulu, bagi peringkat kebangsaan, secara rasminya Sambutan Hari Air Sedunia 2019 akan dibuat pada 23 Mac 2019 di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.
Sambutan di Melaka ini begitu ironi sekali kerana sungai negeri ini sering ditonjolkan sebagai bermasalah dengan kekotoran dan pencemaran sejak sekian lama. Sungai Tuang sebagai contoh masyhur apabila dicemari dengan najis babi dari puluhan kandang di sekitar sehingga mengalir mengotori pula pantai Teluk Gong. 

Begitu juga kerosakan air Sungai Chohong, Jasin dipercayai akibat pencemaran dari kilang pengeluaran ayam dan sampah serta najis babi. Biarpun kerajaan Melaka mengatakan punca pencemaran ini adalah dari Tangkak, Johor, tapi ia sama sahaja. Beberapa tahun sebelum daripada ini kecoh mengenai penduduk sekitar Sungai Ayer Salak, Melaka, yang mengadu kehidupan mereka amat tidak selesa kerana sungai berkenaan dipenuhi bahan kimia dipercayai cecair seperti minyak.
  
Sambutan Hari Air Sedunia tahun ini amat tragis bagi penduduk Pasir Gudang. Pencemaran pada tahap yang amat teruk dan di luar batas akal fikiran kita telah terjadi di Sungai Kim Kim. Ribuan penduduk terjejas. Ribuan juga laporan berita mengenainya dibuat sehinggakan dibawa usul darurat ke Parlimen. Air Sungai Kim Kim bukan sahaja sudah tidak mampu menjadi 'air bersih' untuk kegunaan penduduk sekitar, tetapi berubah pula menjadi racun yang memudaratkan.
Satu perkara lagi yang sedang dihadapi penduduk negara ini adalah cuaca panas dan kemarau panjang. Keadaan cuaca panas dan kering yang telah melanda Negeri Kedah sebagai contohnya dijangka berterusan sehingga Mei 2019. Kawasan tadahan air Gunung Jerai terjejas teruk dan berlakulah pengurangan kuantiti sumber air mentah. Operasi Loji Headwork Tupah, Loji Headwork Merbok dan Loji Headwork Gurun telah terjejas dan sehingga kini, ketiga-tiga loji headwork ini hanya mampu beroperasi sekitar 50 peratus daripada kapasiti pengeluaran normal sekali gus menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air yang kritikal kepada pengguna yang berada di kawasan tinggi dan penghujung sistem.
Satu lagi lokasi panas melampau serta kering berpanjangan yang mengundang masalah bekalan air yang menjejaskan 6,561 pemilik akaun adalah di daerah Pekan. Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata fenomena yang dijangka berlanjutan sehingga penghujung Mac itu mengakibatkan Sungai Mentiga kering, sekali gus menyaksikan penyusutan mendadak terhadap paras bekalan di Loji Air Chini. Penduduk sekitar telahpun mengadakan solat sunat istisqa’ semalam bagi memohon kepada Allah S.W.T rezeki hujan.
Selain daripada masalah bekalan air sungai yang tercemar, cuaca panas melampau sehingga banyak loji ditutup, seperkara lagi adalah mengenai polisi dan kaedah pengurusan air itu sendiri.  Kerajaan Melaka sebagai contohnya mengumumkan kenaikan tarif air bermula awal tahun ini dan ia telah meresahkan para pengguna tempatan. 

Biarpun Ketua Menteri Melaka memberi jaminan bahawa peningkatan tarif ini tidak akan membebankan para pengguna, namun rakyat sudah tidak lagi percaya akan kata kata serta jaminan yang tidak masuk akal sebegini. Pulau Pinang awal lagi sebelum ini mengumumkan kenaikan 20 peratus tarif air manakala Perak dan Negeri Sembilan dalam proses kajian untuk menaikkannya. 

Selepas PRU 14 tempoh hari kelihatan kerajaan kerajaan negeri pimpinan PH seakan akan berlumba untuk menaikkan caj air. Lebih memalukan apabila keluar kenyataan seperti, “Rakyat perlu melihat keputusan menaikkan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka wajar menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan,” oleh Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.
Sedarkah YB Menteri bahawa dunia masakini menujukkan bagaimana harga air mineral pun kebanyakkannya telah lebih mahal berbanding petrol? Kenapa mahu diminta rakyat kasihankan kerajaan yang dilihat secara wewenang menaikkan caj air? Soal kos yang tinggi itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah tanggungjawab wajib kerajaan yang memerintah. 

Jika idea membuat terowong boleh dijalankan walau memakan kos berbillion, kenapa untuk perbekalan air bersih bagi kegunaan rakyat sehari hari, kerajaan terlalu berkira kira?
Satu hal lain juga, pada hari Sambutan Air Sedunia ini, kerajaan wajib memulakan segera perbincangan semula berkaitan bekalan air ke Singapura. Telah berapa lama perkara ini berlarutan sehinggakan rakyat sudah naik jemu. Mengikut perjanjian semasa yang berakhir pada tahun 2061, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. 

Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen. Ini bukan soal berkira kira atau 'kedekut' dengan negara jiran. Tetapi biarlah munasabah bagi fikiran rakyat zaman ini. Harga untuk 1,000 gelen hanya 3 sen? Apa yang boleh dibuat dengan 3 sen pada tahun 2019 ini? Wahai kerajaan PH, muktamadkanlah polemik ini!
Bagi penulis sendiri sebagai rakyat Kelantan, tema Sambutan Hari Air Sedunia tahun ini “Leave No One Behind” amat mengujakan. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah lama seiring dan menyokong sambutan ini.  Tema yang memberikan maksud “tidak ada seorangpun akan diabaikan hak mendapat bekalan air bersih” yang menjadi keperluan asas semua insan telah lama diberi perhatian di negeri ini.
Dalam mencapai apa yang dimaksudkan oleh tema pada tahun ini, AKSB kelihatannya telah pun mengorak langkah yang dimaksudkan. Antaranya:
1.    Menukar kaedah pengambilan air mentah dari air permukaan kepada air bawah tanah atau gabungan kedua-duanya yang dipanggil hibrid. Usaha ini penting kerana kajian menunjukkan kadar penurunan hujan di seluruh dunia kesan daripada fenomena EL Nino akan memberikan impak kepada aras air sungai sungai utama di Malaysia. Ini dibuktikan pada tahun ini yang mana kemarau telahpun bermula sejak awal Februari berbanding 5 tahun sebelumnya ia hanya akan bermula seawal April atau Mei setiap tahun.
2.    Pembinaan loji baru dan juga menaiktaraf loji loji lama. Loji yang sedang dibina ialah Loji Kg Telok berkapasiti 30JLH (Juta Liter Sehari). Loji Tualang berkapasiti 20JLH. Peringkat tender pula adalah Loji Chicha II berkapasiti 40JLH. Manakala bagi peringkat rekabentuk Loji Tg Mas (30JLH), Loji Bukit Chuak dan Gua Musang (10JLH).
3.    Penukaran paip lama dan uzur jenis asbestos cement sepanjang 450 kilometer bagi tahun 2019 sehingga 2020. Sehingga kini 5 Pakej sudah dilantik operatornya. Manakala selebihnya secara berperingkat sehingga September 2019.
4.    Mengadakan kempen sambungan baharu dan sambungan semula secara agresif semenjak bermula April 2019.
Semua usaha usaha di atas adalah untuk memastikan bekalan air yang mampan untuk negeri Kelantan dan kearah usaha menambahkan kadar liputan 67.5 peratus pada Disember 2018 kepada 80 peratus sekurang-kurangnya pada Disember 2020. Syabas AKSB. Kami berbangga. Leave No One Behind.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Pengerusi
Lajnah Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 22/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringat saya (Ibnu Hasyim) sewaktu saya mula-mula sampai ke Saudi Arabia pada tahun 1987, saya selalu berulang-alik dari Mekah ke Jeddah, dengan kereta. Tiba-tiba tayar kereta bocor, saya pergi betulkan di bengkel. Setelah selesai, saya basuh tangan saya dengan air di situ.

Pekerja bengkel itu marah, "Kenapa engkau basuh tangan dengan air, kan petrol banyak?"
Baru ku sedar, rupanya aku berada di negara yang kaya minyak, tetapi kekurangan air. Waktu itu air minum 1 liter 3 riyal, sedangkan harga petrol 1 riyal 3 liter.

Tetapi sekarang di negara-negara yang banyak air boleh terjadi harga air mineral lebih mahal dari petrol? Bahkan rakyat di negara sendiri membeli atau menggunakan air jauh lebih mahal dari harga air yang dijual kepada negara jiran..

Laungan Azan Bergema. Tv NZ Siaran Langsung Solat Jumaat..

ORANG ramai hadir sama melihat umat Islam menunaikan solat Jumaat
ORANG ramai hadir sama melihat umat Islam menunaikan solat Jumaat dan bertafakur selama dua minit bagi mangsa-mangsa pembunuhan pengganas di Hagley Park, Christchurch, semalam. - AFP


WELLINGTON 22 Mac - Buat pertama kali dalam sejarah di New Zealand, laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio.
Dilaungkan oleh Imam Lateef dari Hagley Park, Christchurch, ribuan yang menghadiri majlis memperingati mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di sini Jumaat lalu, berdiam diri tanda menghormati azan.
Kebanyakan kaum wanita yang hadir daripada pelbagai latar belakang juga menunjukkan tanda solidariti kepada umat Islam dengan memakai hijab selain akhbar The Press pula muncul dengan tulisan Arab perkataan ‘Salam’ pada muka depannya berserta senarai 50 nama mangsa yang meninggal dunia akibat serangan tersebut.
Susulan laungan azan tersebut, New Zealand ‘menyepi’ seketika untuk tempoh dua minit pada pukul 1.32 petang dengan bertafakur sebagai menghormati mangsa serangan.
Kira-kira 20,000 orang termasuk Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkumpul di Hagley Park berhampiran Masjid Al Noor di Christchurch sebelum solat Jumaat.
Terdahulu, Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda melalui khutbah solat Jumaat memberitahu, lelaki bersenjata itu telah menghancurkan berjuta-juta hati penduduk di seluruh dunia.
“New Zealand tidak boleh dihancurkan. Hati kami hancur tetapi kami belum musnah.
“Kepada rakyat New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas air mata kamu, untuk haka dan bunga kamu,” katanya.
Menurut Gamal, dunia patut menjadikan cinta dan perpaduan New Zealand sebagai contoh.
“Jumaat lalu, saya berdiri dalam masjid dan melihat kebencian pada mata pengganas yang membunuh 50 orang yang tidak bersalah dan puluhan lagi cedera serta menghancurkan hati berjuta-juta lagi di seluruh dunia.
“Hari ini di tempat sama, saya melihat kasih sayang dan belas kasihan di mata ribuan rakyat New Zealand dan masyarakat seluruh dunia. Pengganas ini cuba meruntuhkan negara kita dengan ideologi jahat,” tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Gamal turut menyifatkan mereka yang terbunuh dalam serangan kejam tersebut tidak mati sia-sia kerana kejadian itu dunia melihat keindahan Islam dan perpaduan di negara ini.
Gamal menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk menamatkan ucapan kebencian.
Selepas perhimpunan tersebut, 26 lagi mangsa termasuk jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun, Mucaad Ibrahim dikebumikan di Memorial Park Cemetery, Christchurch. – AFP/AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam itu damai, adakah akan berlaku kebangkitan Islam atau kebangkitan perdamaian di New Zealand? Moga-moga.. Insya Allah!

Ini, Video Seks, Bintang K-pop, Perosak Remaja..

Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis
Jung mengaku salah menyebarkan video seks bersama 10 wanita. - Gambar Twitter @soompi
HALAMAN HIBURAN


Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis
SELEPAS memohon maaf secara terbuka, bintang K-pop, Jung Joon-young ditangkap atas dakwaan merakam dan menyebarkan video seks secara haram.

Agensi berita Yonhap melaporkan, pada Khamis, Mahkamah Daerah Pusat Seoul  mengeluarkan waran tangkap untuk menahan penyanyi dan penulis lagu itu.

Minggu lalu, Jung mengakui merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 10 wanita.

Video seks itu disebarkan menerusi aplikasi sembang pada 2015 dan antara individu yang menerima rakaman itu adalah anggota BigBang, Seungri.

Jung dalam kenyataannya sebelum ini juga memberitahu, dia amat kesal dan bertaubat serta mengakui kesalahan besar yang dilakukannya sukar dimaafkan.

Imej yang berkaitan

Serentak itu, Jung juga mengumumkan persaraannya dari industri hiburan.


Inilah salah satu antara ribuan contoh pihak artis perosak generasi remaja, samada di peringkaat antarabangsa atau Malaysia sendiri. 


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Islam Era PH Tiada Hala Tuju

Hasil carian imej untuk pakatan haapan

FIRMAN Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 42,
(وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
Maksudnya, "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya..."
Najhan
Sejak pemerintahan negara diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH), hala tuju dan kedudukan Islam dalam negara tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan ia terus hilang arah.

Agama Islam walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan namun ia masih belum mampu diterjemahkan oleh pemerintah PH dengar tafsiran dan pelaksanaan yang sebaik mungkin. Walaupun pernah ada suara daripada salah satu parti komponen PH yang menyatakan bahawa apabila menang PRU14 kita akan laksana Islam, tapi ia kini umpama bermimpi di siang hari".
Slogan Malaysia Baharu tidak mencerminkan gambar sebenar pada penghayatan dan pelaksanaannya. Ia tidak lebih daripada sekadar retorik kononnya membezakan zaman pemerintahan BN sebelumnya dan sekarang. Tambahan lagi, kedudukan dan penghayatan Islam sebenar secara syumul dan perlaksanaan yang menepati maksud ad-deen amat jauh ketinggalan sekalipun dibandingkan era zaman Barisan Nasional.
Jika diteliti apakah punca sebenar dalam usaha mendaulatkan agama Islam sebagai agama persekutuan masih belum tercapai malah jauh daripada sasaran pada zaman pemerintahan PH ini?
Ia dikenalpasti terdapat 8 sebab sebagai faktor utama.
Pertama: Kesalahan maksud Maqasid Syariah yang dicanangkan oleh PH sebagai panduan usaha-usaha memartabatkan Islam dengan mengenepikan nas atau dalil yang jelas samada daripada Al-Quran, Sunnah dan kesepakatan ulama.
Maqasid Syariah sebenarnya bukanlah dalil akan tetapi adalah sekadar panduan untuk menjayakan tujuan dan maksud Syariah itu sendiri. Tetapi ia dijadikan dalil hujah sehingga mengenepikan dalil sebenar yang bersifat perintah dan larangan atau hukum hakam. Sebagai contoh, terdapat kesalahan memahami maqasid dengan mengenepikan hukuman sebatan di khalayak kerana maqasid melarang menjatuhkan maruah. Hujah menjatuhkan maruah sehingga dianggap hukuman sebatan tidak relevan.
Kedua: Kekeliruan dalam penghayatan Maqasid Syariah dan Rahmatan lil Alamin.
Kekeliruan ia berpunca daripada penolakan syariah tetapi pada masa yang sama inginkan maqasid. Orang beriman wajib menyakini bahawa hanya menerusi syariah Islam akan tercapai Maqasid Islam yang diimpikan. Begitu juga Rahmatan Lil Alamin difahami dengan 1 maksud sahaja iaitu berlemah lembut tanpa penghayatan maksud yang sempurna yang diperjelaskan ulamak. Rahmatan Lil Alamin bukan alasan untuk berlunak dengan maksiat dan kemungkaran serta dosa tanpa menafikan uslub yang terbaik apalag bukan alasan menormalisasikannya. Contohnya berkait isu LGBT.
Ketiga: Islam yang ingin dicampur dengan pemikiran liberalisme. Ia tidak mungkin tercapai Islam yang hakiki apabila Islam yang ingin ditegakkan dan dipraktiskan itu dicanang oleh seseorang yang pemikirannya diselubungi liberalisme. Ini kerana liberalisme adalah pemikiran yang merobek ajaran Islam. Liberalisme itu sendiri ingin bebas daripada ikatan syariat, dosa pahala dan hukum. Meletakkan akal mengatasi wahyu Allah seolah-olah wahyu tidak relevan dan akal manusia itu pemutus segalanya. Contohnya prinsip matlamat menghalalkan cara digunakan demi untuk cita-cita politik walaupun sanggup menongkah hukum hakam dan akhlak.
Keempat: Konsep Maqasid yang ditonjolkan tanpa fiqh pemahaman yang meraikan keperluan fiqh yang lain atau salahfaham aplikasi fiqh seperti fiqh haraki (fiqh perjuangan Islam), fiqh waqie (realiti) dan lain-lain. Maqasid dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan Islam. Sebagai contoh usaha meluluskan RUU 355 pun amat kontroversi beralasan masalah kefahaman dan tidak sesuai dengan realiti. Hakikatnya perjuangan Islam untuk memartabatkan syariah di tanahair bukan perkara baharu tetapi ia adalah perjuangan ratusan tahun sejak zaman penjajahan hingga selepas kemerdekaan.
Kelima: Fiqh dan fuqaha' yang diimport daripada luar negara tanpa tapisan dan dijadikan hujah untuk menafikan atau mengenepikan usaha mendaulatkan Islam dalam negara. Justeru tidak bermakna kita menolak keilmuan dan kefaqehan luar akan tetapi ia perlu kepada kefahaman fiqh Waqie yang lebih mendasar. Contohnya feqh tidak melaksanakan syariat Islam pengalaman Turki dimomokkan untuk mengelirukan umat Islam di negara ini sehingga tidak ada keperluan untuk memartabatkan hukum Islam.
Keenam: Pemerintahan PH yang tidak memahami fiqh thawabit (prinsip) yang wajib dipertahankan dan diperjuangkan dengan fiqh mutaghoiyirat (anjal atau fleksibel) yang diharuskan ruang berijtihad.
Isu prinsip Islam dalam bernegara seperti kepimpinan Islam, adalah salah satu contoh bagaimana ia tidak dipertahankan demi survival kuasa umat Islam. Antara lain pertahan prinsip adalah penyebaran dakwah Islam, kefahaman kesyumulan Islam dan juga kewajiban berhukum dengan hukum Islam.
Ketujuh: Kecelaruan pemerintahan PH dalam memahami dan menghayati hifzu ad-deen. Hifzu ad-deen telah disepakati ulamak adalah memelihara agama Islam dan bukannya agama selain Islam. Memastikan kepentingan dan hak Islam dijamin terpelihara adalah secara langsung termasuk hak di kalangan yang bukan Islam terpelihara atas prinsip kemanusiaan dan tanggungjawab agama. Menjaga Islam bukan hanya maksud naratif menjaga sahaja, tetapi ia termasuk membangunkan, mendaulatkan dan menyebarkan Islam. Tambahan lagi, menjaga Islam adalah menjaga umat Islam daripada terjerumus sikap jahil, amalan syirik dan terkeluar daripada syariat.
Kelapan: Kekeliruan kefahaman dan penghayatan Islam yang berpunca terasimilasi dengan fahaman liberalisme yang songsang. Fahaman liberalisme yang ingin kebebasan daripada agama yang dianggap punca kemunduran dan kelemahan Islam. Ia menjadikan Islam yang diliberalkan daripada syariat, menjadikan agama berjasad tapi tanpa roh dan tiada cahaya Iman. Bagaimana mungkin kegelapan dan cahaya bercampur dalam satu masa. Sebagai contoh tuntutan perjuangan liberalisme sering mendapat tempat dalam pemerintahan PH seperti perjuangan normalisasi LGBT, cadangan penghapusan hukuman mati dan kesamarataan Islam dengan agama lain.
Oleh itu, penghayatan Islam yang sebenar menjadi tanggungjawab pemerintah dan kerajaan. Kegagalan kerajaan PH sehingga kini untuk memberikan harapan kepada umat Islam negara ini bahawa kedudukan Islam dan penghayatannya secara syumul adalah angan-angan sahaja.
Pemikiran dan kecelaruan konsep Islam sebagai dasar kerajaan PH adalah satu kepastian bahawa Islam tidak mungkin tertegak dalam negara ini. Ia hanya tinggal slogan dan naratif seperti Rahmatan Lil Alamin tidak lebih sekadar indah rupa tetapi kosong daripada roh dan cahaya.
PAS mengajak semua pihak termasuk pemerintah dan rakyat untuk kembali kepada kesyumulan Islam dan keindahannya. Yakin kepada kemampuan dan kehebatan Islam dalam menyelesaikan permasalahan umat manusia dan dunia ketika ini. 

Dengan Islam semua selamat.

"Islam Memimpin"

"Islam Adalah Penyelesaian"

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
22 Mac 2019 / 15 Rejab 1440 – HARAKAHDAILY 22/3/2019

Kabinet Lemah, Rombak! -Presiden PAS. ECRL: Mengapa Daim Tidak LGE?

ABDUL HADI AWANG


Kabinet lemah, kena rombak - Abdul Hadi
MARANG 22 Mac - Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dirombak bagi melantik barisan menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisyen dalam mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, malah beliau sendiri sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan teknokrat dibentuk dan para menteri tidak semestinya dilantik dalam kalangan ahli poliitik semata.
“Sepatutnya begitulah (rombak Kabinet kerajaan PH). Saya pernah cadangkan (wujudkan) kerajaan teknokrat, bukan semestinya ahli politik tetapi boleh lantik teknokrat.
“Tak percaya (Dr. Mahathir hilang kepercayaan pada barisan Kabinetnya) itu satu hal. Yang penting kebolehan dan kepakaran. baru-baru ini timbul isu yang sijili palsu dan juga ijazah palsu,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.
Abdul Hadi seterusnya melahirkan rasa simpatinya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seolah-olah keseorangan tanpa dibantu dan disokong oleh anggota Kabinet kerajaan PH sedia ada.
Jelasnya, Kabinet ketika ini dianggotai menteri yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu sehingga gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik.
“Saya lihat Tun (Dr. Mahathir) seperti keseorangan dan beliau mempunyai Kabinet yang tak ada pengalaman, tidak pakar dalam bidang tertentu. Contoh dalam isu ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), lantik Tun Daim Zainudin, tidak lantik Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) kerana tak mampu.
“Sebab itu dia (Dr. Mahathir) buat begitu kerana dia keseorangan. Dia terpaksa cari pembantu yang boleh tolong dia dan bukan dari menteri Kabinet,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Friday, March 22, 2019

‘Saya Bukan Lelaki Atau Perempuan’- Artis Sam Smith

Imej yang berkaitan
HALAMAN HIBURAN


LONDON 21 Mac- Penyanyi, Sam Smith berpendapat dirinya tidak berjantina.
Imej yang berkaitan
Smith, 26, yang secara terbuka mengaku seorang homoseksual menyatakan pandangannya itu dalam program televisyen, I Weigh.
“Anda adalah anda, gabungan pelbagai perkara. Anda adalah ciptaan istimewa. Itu pandangan saya.
“Saya bukan lelaki atau perempuan. Saya berada di pertengahan,” katanya.-AGENSI

Ini yang LGBT suka. Gila!
Mengulangi sejarah kaum Nabi Lut..
Di Malaysia pun ada.. 
Perhimpunan 9 Mac bukan perhimpunan LGBT - Kasthuri Patto
Pada 9 Mac lalu, Warga kota terkejut dengan kehadiran peserta yang ramai dalam perhimpunan yang disifatkan perhimpunan menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender, LGBT. Perarakan dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.- 
Hasil carian imej untuk lgbt malaysia
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Lompat-lantun DAP. Kera Kena Belacan..

Imej yang berkaitan

Statistik kes HIV: Tolak fitnah DAP
SEBELUM ini (pada 6 dan 9 Mac 2019), pimpinan utama DAP (Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming) melompat lantun tidak ubah seperti “kera kena belacan”, lalu menyerang kerjasama PAS dan Umno apabila dilihat ummat Islam kian bersatu. (saya telah jawab pada siri penulisan yang lalu)
Terkini, (pada 21 Mac 2019) Adun Keranji (DAP) Perak, Chong Zhemin pula kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.
tatawi
Realitinya:

Statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES):-
Statistik kes HIV tahun 2015
01. Selangor: 767 kes

02. Johor: 451 kes
03. Wilayah: 448 kes
04. Sabah: 233 kes
05. Sarawak: 230 kes
06. Pahang: 177 kes
07. Kelantan: 169 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

Statistik kes HIV tahun 2016:
01. Selangor: 888 kes

02. Wilayah: 499 kes
03. Johor: 321 kes
04. Sarawak: 258 kes
05. Sabah: 256 kes
06. Pahang: 212 kes
07. Kelantan: 189 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

6. Statistik kes HIV tahun 2017:
01. Selangor: 986 kes

02. Wilayah: 464 kes
03. Johor: 347 kes
04. Sarawak: 226 kes
05. Sabah: 211 kes
06. Pulau Pinang: 193 kes
07. Kedah: 187 kes
08. Perak: 154 kes
09. Kelantan: 136 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk menutup isu skandal terowong di Penang dan juga mendepani gelombang kerjasama PAS dan Umno yang bakal merubah lanskap politik tanah air.
Saya percaya, DAP telah hilang sentuhan politik waras. Kini mereka terpaksa menggunakan skil politik fitnah dan gaya politik provokasi untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan Umno.
Namun saya memberi keyakinan penuh kepada rakyat khasnya anak-anak muda yang cerdas akal dan celik politik untuk menilai dan menolak politik provokasi dan politik fitnah yang diamalkan oleh DAP mutakhir ini.
Politik arrogant DAP yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang “kemabukan” di bawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.
Tolak Fitnah DAP
NASRUDIN HASSAN

15 Rejab 1440 | 22 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 22/3/2019

PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah

Jacinda Ardern sebak ketika dengar khutbah
Jacina Ardern bersama komuniti mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand pada Jumaat. - Gambar REUTERS

CHRISTCHURCH: Ketika dunia menjadikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai contoh kepimpinan terbaik, wanita besi itu tetap tidak dapat menyembunyikan sisi lembut ketika beliau mendengar khutbah solat Jumaat di  Hagley Park, Christchurch pada Jumaat.

Khubah berkenaan merupakan yang pertama sejak serangan pengganas yang meragut 50 nyawa minggu lalu.

Sebaik tiba di perkarangan Hegley Park, Ardern yang hadir mengenakan baju labuh dan berselendang hitam berkata New Zealand berkabung bersama-sama anda.

"Kita adalah satu," kata beliau ringkas.

Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis.

Bagaimanapun, tumpuan kembali tertumpu kepada ibu kepada seorang cahaya mata itu apabila khatib yang membacakan khubah, Imam Gamal Fouda menyatakan penghargaan komuniti Islam kepada beliau dan pada ketika itu, Ardern dilihat cuba menahan sebak dan terharu.

"Kepada Perdana Menteri kami, terima kasih. Terima kasih atas kepimpinan anda yang kini dijadikan teladan buat pemimpin dunia lain.

"Kepada warga New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas tangisan, terima kasih atas (persembahan) haka, terima kasih atas pemberian bunga, terima kasih atas cinta dan kasih sayang anda."jelas khutbah Imam Gamal.

 Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis. Jacinda Ardern, Prime Minister, Christchurch, New Zealand








Mana K'tan Pengidap HIV Tinggi? Persepsi Murahan DAP, Lihat Senarai Ini..


Imej yang berkaitan
HIV: Kenyataan DAP bermesej politik.

KOTA BHARU: Sebelum ini seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mencadang diperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan.
Naib Presiden parti itu Senator Dato’ Husam Musa dilapor berkata, tanaman ganja secara terkawal bakal diperkenal di Kanada, Jerman dan beberapa negeri di Amerika.
Dan semalam pula Adun Pakatan Harapan Harapan (PH) Jeram, Mohd Shaid Rosli dilapor berkata Selangor berpotensi menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia.
Adun Bersatu itu memohon kerajaan Selangor mempertimbang cadangan melaksanakan penanaman ganja.
Bagaimanapun tiba-tiba seorang Adun DAP Keranji, Chong Zhemin dari Perak mendakwa kes HIV paling tinggi ketika panggung wayang diharamkan di Kelantan.
Malah beliau membidas keputusan kerajaan Kelantan enggan membuka panggung wayang di seluruh negeri itu.
Anggota Exco kerajaan Kelantan Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, berdasar data pengidap HIV dikeluarkan kerajaan tahun lepas mendapati Selangor dan Johor paling tinggi kes tersebut.
Katanya, data itu menunjukkan pengidap HIV di kedua-dua negeri lebih 15.5 peratus.
“Sedangkan di Kelantan berdasar data itu sebanyak 10.3 peratus biar pun kedudukan bersempadan dengan negara Thailand,” katanya di sini.
Oleh itu katanya dakwaan pemimpin DAP kononnya Kelantan mempunyai pengidap HIV tinggi hanya semata-mata berdasar persepsi murahan yang bermesej politik.
Malah katanya kenyataan pihak polis kadar jenayah di Kelantan masih terkawal. - HARAKAHDAILY 21/3/2019
hiv

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails