Wednesday, March 27, 2019

K'tan Tetap Tiada Kelab Malam, Walaupun Di Bawah PH..

Hasil carian imej untuk kalab malam di kuala lumpur
Ini kelab malam di KL. Kelantan ade ke begini?


Tiada kelab malam di Kelantan sejak 1990
KOTA BHARU: "Sudah 30 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan ulama dan tiada kelab malam di negeri itu.
"Kalau ada pun di luar Kelantan itu tiada kaitan dengan rakyat negeri ini. Kalau ada yang pergi ke situ itu masalah peribadi dalam kes terpencil yang tidak boleh dikaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan," kata Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.
Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Azhar Harun dilapor berkata, rakyat Kelantan balik ke negeri itu untuk mengundi menyokong hudud sedangkan ketika berada di Kuala Lumpur mereka pergi ke kelab malam.
Rohani yang juga Ketua Muslimat PAS Kota Bharu berkata, Pengerusi SPR terbabit sepatutnya memohon maaf kerana cuba menghina rakyat Kelantan dengan pandangan yang jelik.
“Era Malaysia Baharu sekarang banyak perkara pelik berlaku yang menggambarkan kecelaruan minda mereka,” katanya. -HARAKAHDAILY 26/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan tetap tiada kelab malam walaupun di bawah PH. Mana-mana rakyat yang tidak mahu kerajaannya buat maksiat macam kerajaan PH, ikutlah cara Kelantan, tolaklah PH!

Kes Saman: MP PAS Selar Peguam Negara.




KL: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan menyelar tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mewakili Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Katanya, tindakan tersebut bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu fungsi Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong dan menteri dalam hal-hal berkaitan undang-undang.
“Persoalannya, mengapa Peguam Negara mewakili orang biasa, orang awam saman kerajaan negeri? Adakah selepas ini Tommy akan berdepan dengan Penasihat Undang-undang negeri yang juga dari Pejabat Peguam Negara?” katanya ketika ditemui media pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum itu, Takiyuddin dalam Dewan Rakyat mengajukan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato' Liew Vui Keong berkenaan perkara sama serta pandangan dan pendirian kerajaan dalam perkara tersebut.
"Untuk pertama kali, kalau tak silap saya, Peguam Negara mewakili 'private citizen', sebagai contohnya kes Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan dan juga mungkin Orang Asli Perak akan menyaman Kerajaan Negeri Perak. Apa pandangan dan pendirian dan kerajaan dalam hal ini?" soalnya.
Bagaimanapun, Vui Keong tidak menjawab persoalan tersebut.
Januari lalu, Tommy dalam kenyataannya berkata, buat pertama kalinya selepas merdeka, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.
Difahamkan Orang Asli di Perak juga berhasrat menyaman Kerajaan Negeri Perak berkaitan isu tanah. – HARAKAHDAILY 26/3/2019

‘Peperangan’ Nurul Izzah-Azmin Ali..

KEMELUT antara Anwar, Nurul Izzah dan Mohamed Azmin masih belum berkesudahan sehingga kini
KEMELUT antara Anwar, Nurul Izzah dan Mohamed Azmin masih belum berkesudahan sehingga kini. - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 26 Mac – ‘Peperangan’ yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong, Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan kecewa terhadap kenyataan keras yang dikeluarkan Presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohamed Azmin.
Menurut Shahrudin, Anwar tidak sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang hanya kerana mahukan jawatan.
Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.
Selain itu, Shahrudin turut menegur tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak sepatutnya berlaku.
“Hal ini memberi gambaran tiada perpaduan mahupun disiplin dalam kalangan kepemimpinan PH. Kami di peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura. - UTUSAN ONLINE


Lihat terus..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

'Bangla toreh muka w/M'sia' Akan Berlaku Dalam Politik M'sia?


Wanita rakyat Malaysia dicederakan oleh lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menaruh perasaan terhadap mangsa. – Foto Kosmo!/ Chempedak Cheese Blog 

Bangla toreh muka wanita Malaysia dipenjara 10 tahun, sebat
KUALA LUMPUR 25 Mac – Seorang lelaki warga Bangladesh hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menoreh muka teman wanitanya Februari lalu. 

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membuat keputusan tersebut selepas tertuduh Saidol Islam, 22, mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris. 

Mahkamah turut menetapkan agar hukuman berkenaan dijalankan di Penjara Kajang dekat sini bermula dari tarikh dia ditangkap. 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berkenaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah pada bahagian muka Nur Zawatie Zainal Abidin, 24, dengan menggunakan pisau di hadapan lif bawah tanah Tropicana City Mall pukul 6.30 petang, 7 Februari lalu.

MR :  Macam puak AMANAH dulu berkasih dnegan D4P, tak lama lagi kena toreh muka 


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Tuesday, March 26, 2019

Rakyat K'tan Luar Negeri 'kaki kelab'. YB R/Panjang Jelaskan.



KL: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berpandangan bahawa kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Harun melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar ngeri itu sebagai kaki kelab adalah satu penghinaan.
Menurut beliau, sebagai rakyat Kelantan beliau turut merasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azhar itu.
"Kenyataan tersebut terlalu negatif dan keterlaluan seolah olah menggambarkan keseluruhan rakyat Kelantan bersikap sedemikian.
"Rakyat Kelantan adalah golongan yang beragama. Tidak dinafikan terdapat golongan yang melakukan pelanggaran terhadap agama tetapi itu bukan gambaran sebenar rakyat Kelantan," tegas beliau.
Beliau mempersoalkan adakah Pengerusi SPR melibat penglibatan rakyat dari negeri lain di kelab malam seperti negeri Selangor, Sabah, Sarawak termasuk di seluruh Semenanjung.
Sepatutnya, kata beliau Pengerusi SPR melihat secara keseluruhan dan jangan disebabkan satu titik nila habis rosak susu sebelanga.
Zailah berkata, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan seharusnya mereka melihat bagaimana seramai 1.7 juta rakyat Kelantan turut memberikan sumbangan kepada kerajaan.
"Bukan sahaja dari sudut ekonomi malah dari segi modal insan malahan jika dilihat imam-imam di Wilayah Persekutuan dan Selangor ramai yang terdiri daripada rakyat Kelantan.
"Guru-guru di seluruh Semenanjung adalah dalam kalangan rakyat Kelantan malah pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya turut dipenuhi oleh rakyat Kelantan," ujarnya.
Beliau turut meminta agar pihak SPR mengeluarkan statistik penglibatan rakyat luar Kelantan di kelab malam secara keseluruhannya termasuk Sabah dan Sarawak.
Hal ini, katanya kerana sejak negara dipimpin oleh PH, mereka seolah-olah sengaja mencari kesalahan negeri dibawah pimpinan PAS.
"Sebagai contoh mereka melabelkan PAS seperti Taliban dan kerjasama antara PAS-Umno akan menyebabkan berlakunya insiden seperti di New Zealand.
"Hal ini seolah dibuat secara terancang untuk melahirkan rasa benci kepada rakyat Kelantan," tambah beliau dengan nada kesal. –HARAKAHDAILY 25/3/2019

'Penjawat awam diminta ‘ikat perut’. Apa Komen Pak Din?


Media Marhaen - Blog PakDin.my
Akibat salah memilih! 
Kerajaan terdahulu guna RM15 billion duit Petronas untuk bajet negara boleh bagi macam-macam kepada penjawat awam dan rakyat. Rejim Pakatan Harapan DAP dah perah lebih RM80 billion minta rakyat ikat perut. Kroni dan keluarga Mahathir tersenyum berjalan ke bank.
…………


Penjawat awam diminta ‘ikat perut’ – Mahathir

Semua penjawat awam diminta ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.
Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.
“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.
“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Didakwa Beri Rasuah Rumah Urut. Al-hamdulillah!.

KUALA LUMPUR-25-MAC-2019-Tertuduh.. Dua dari mpat tertuduh Tan
KUALA LUMPUR-25-MAC-2019-Tertuduh.. Dua dari mpat tertuduh Tan Siant Yiang (kiri) dan Kam Wan Hung megaku tidak bersalah atas tiga tuduhan memberi suapan wang kepada Penjawat Awam,oktober lalu di Mahkamah Sesyen kuala lumpur di sini hari ini.GAMBAR ZAINI HUSIN.BERITA HAINIZA-NUZUL


KUALA LUMPUR 25 Mac - Empat individu masing-masing dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada pegawai imigresen supaya tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing di premis rumah urut, tahun lalu.
Kam Wan Hung, 54, Tan Siant Yiang, 34, Pang Bak Long, 47, dan Wong Kok Chong, 42, yang merupakan ahli perniagaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim-hakim Rozina Ayub, Azman Ahmad dan Azura Alwi.
Siant Yiang didakwa atas dua pertuduhan manakala Bak Long pula berhadapan dengan tiga pertuduhan, Wan Hung dan Kok Chong pula masing-masing didakwa atas satu pertuduhan.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amira Sariaty Zainal, Nor Diana Najwa Nor Azwa dan Ashraf Tahir manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Edwin Johnson Navis, Tan Cheng Yee dan Mohd. Faizi Che Abu.
Semua tertuduh adalah antara belasan individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota. - UTUSAN ONLINE.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

PRK DUN Rantau: Kepada SPR Dan K'jaan PH..


Nama Tiba2 Hilang Dari Senarai Semakan Pengundi, Apa Motif Sebenarnya Nie!!! 
Posted by SnapShot at 3/25/2019

Nama dah hilang dari senarai pengundi di SPR...
Apa yang SPR bawah Art Harun cuba buat ni?
Silap mata apa yang dia cuba lakukan?



Kalau ikut pada kenyataan media yang SPR keluarkan, 24 Mac 2019, mulai pukul 8.00 pm malam, semakan dah boleh di buat semula...

Melalui semakan yang admin buat, memang aplikasi Semakan SPR dah boleh di gunakan semula...

Tapi beberapa persoalan yang timbul ialah :

》Kenapa tiba2 bila dah hampir PRK DUN Rantau, perkara ini boleh berlaku?
》Apa jaminan SPR, tidak ada nama pengundi yang dah berdaftar tidak hilang dari senarai pengundi, terutamanya pengundi DUN Rantau?
》Apa tindakan SPR, sekiranya di hari pengundian PRK Rantau, ada pengundi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pengundi, sedangkan mereka bukan pengundi baru dan sudah beberapa kali mengundi di DUN Rantau sebelum ini?
》Apakah SPR tidak mempunyai pegawai2 IT, sehingga perlu mengambil masa yang agak lama untuk atasi masaalah teknikal ini?

Dan kepada netizen, tolong minta anak2, adik beradik, jiran dan rakan2 untuk memastikan nama masih tersenarai dalam daftar pemilih SPR dan tiada perubahan yang di lakukan...

Sekiranya selepas pukul 8.00 pm (24 Mac 2019), masih lagi nama tidak tersenarai, maka admin sarankan, beramai2 membuat lapuran polis...

Contoh Laporan Polis Kerana Kehilangan Nama Dalam Daftar Undi

Pada hari ... tarikh ... jam ... saya berada di ... dan saya telah cuba mengakses laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi menyemak status pengundi saya dan saya mendapat jawapan dari sistem laman sesawang itu bahawa tiada rekod di temui...

Saya hairan dan sangsi akan jawapan tersebut kerana saya merupakan pengundi berdaftar di Parlimen ... dan DUN ... dan telah ... kali membuang undi di kawasan-kawasan berkenaan tanpa isu...

Saya berharap Polis dapat menyiasat kejadian ini kerana senarai daftar pengundi adalah penting di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh di apa-apakan...

Saya membuat report ini untuk melindungi senarai daftar pengundi.
Sekian laporan saya.
Kepada SPR dan kerajaan Pakatan Harapan :

HAK RAKYAT UNTUK MENGUNDI TIDAK BOLEH DI PANDANG REMEH!!!

PAS Sokong Ketegasan MB Negeri Sembilan




KL: PAS Negeri Sembilan menyokong penuh ketegasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun yang melarang penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC).
Walau bagaimanapun, Aminuddin yang juga Presiden SIGC dituntut mengotakan kata untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden kelab tersebut seperti yang dijanjikannya sebelum ini iaitu mahu meletakkan jawatan sekiranya kelab itu enggan mematuhi larangan terbabit.
Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, usaha yang dilakukan oleh Aminuddin itu adalah satu tindakan yang tepat biarpun kelab itu bersifat antarabangsa yang dianggotai oleh pelbagai kaum.
"Memang wajar beliau bertindak sedemikian, sebagai seorang Islam yang mempunyai kuasa di negeri yang majoriti diduduki oleh orang Islam, itu sepatutnya.
"Cumanya sekarang ini, larangan itu telah ditarik semula maka Aminuddin perlu mengotakan katanya dengan melepaskan jawatan sebagai presiden di kelab itu.
"Itu janji dia, sebab orang yang berjanji ini kalau dia tidak tunaikan janji dia, kita takutlah pula salah satu ciri orang munafik adalah tidak menunaikan janji," katanya kepada Harakahdaily seagai mengulas isu berhubung penarikan semula larangan penjualan minuman keras di kelab SIGC yang sebelum ini telah dikuatkuasakan pada Ogos tahun lepas selepas Aminuddin dilantik menjadi Presiden Kelab SIGC.
Larangan tersebut baru-baru ini telah ditarik semula walaupun Aminuddin telah mengancam untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Kelab SIGC kerana larangan tersebut dikatakan bertentangan dengan perlembagaan kelab itu.
"Kita nampak sebenarnya antara yang jelas di Negeri Sembilan ini sebenarnya dari segi kuasa untuk melaksanakan sesuatu peraturan yang patuh syariah itu kita nampak iabukan satu perkara yang mudah mereka boleh lakukan.
"Kita pun tahu siapa yang sebenarnya lebih berkuasa dalam kerajaan di Negeri Sembilan, kita nampak benda itu," tambah beliau. -HARAKAHDAILY 25/3/2019

Monday, March 25, 2019

Nurul Serang Tun Undi Tak Percaya Atau PRK Rantau?




DALAM satu wawancara dengan The Straits Times Singapore ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak "bakal PM" Malaysia Nurul Izzah dilaporkan berkata: "I mean having to work with a former dictator who wreaked so much damage, not just on our lives, but the system. 
"It was not easy,"
(Maksud saya bekerja untuk seorang bekas diktator yang telah banyak merosakkan bukan hanya kehidupan kita tetapi sistem.
Bukannya mudah)

Nurul meluahkan kekecewaan dan patah hatinya dengan sikap dan kepimpinan Tun Dr Mahathir dan masih kecewa dengan tindakan Tun memenjarakan ayahnya sebelum ini.
Difahamkan tindakan Tun menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang melompat ke Bersatu selain mengekalkan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC sedangkan beliau bukan lagi anggota pembangkang (PH berjuang memperuntukkan kerusi Pengerusi PAC untuk wakil pembangkang) antara faktor "patah hati" Nurul.
Tindakan Nurul ini mula menunjukkan keretakkan dalam PKR sedang calon PKR bakal berhadapan BN dalam PRK Rantau tidak lama lagi
Seorang bekas ahli parlimen PKR N.Surendran menyelar tindakan Nurul menyerang Tun sebagaimana dilaporkan The Star hari ini manakala Timbalan Presiden PKR DS Azmin Ali dilihat memerli tindakan Nurul itu dalam tweetnya walau tidak menyebut nama (cry baby?).
Mungkinkah serangan pada Tun ini permulaan ke arah "Langkah Langkawi" iaitu undi tidak percaya terhadap Tun?
Kalau Tun bekas diktator sebagaimana didakwa, pasti pihak Bersatu pro-Tun sangat tahu DS Anwar pula bekas apa.
Jadi, mana yang akan datang dulu? Undi tidak percaya atau PRK Rantau? – HARAKAHDAILY 25/3/2019

Lambakan Rumah Urut, Orang Kenamaan Jadi Dalang -SPRM



KUALA LUMPUR 24 Mac - Terdapat penglibatan orang kenamaan berpe­ngaruh di sebalik lambakan premis rumah urut di negara ini.
Itu maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang penyiasatan mereka untuk membuktikan berlaku aktiviti pelacuran dan rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk melindungi kegiatan itu.
AZAM BAKI
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai orang kenamaan yang terlibat.
“Memang kita ada maklumat (orang kenamaan) tetapi saya tidak akan dedahkan dahulu kerana siasatan serta pemantauan sedang dibuat mengenai perkara itu.
“Kalau tiada duit, dia tidak boleh bayar rasuah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Azam memberitahu, siasatan pihaknya memang menyeluruh termasuk bagaimana sebegitu banyak lesen boleh dikeluarkan pihak PBT untuk perniagaan rumah urut kerana maklumat mendapati terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Berdasarkan siasatan, ujar beliau, di Selangor sahaja terdapat 307 rumah urut berlesen dan 98 tidak berlesen beroperasi di 12 pihak berkuasa tempatan pada tahun lalu.
“405 rumah urut di Selangor termasuk 98 yang tidak berlesen. Ini perkara biasa atau luar biasa. Adakah PBT merasakan ini perniagaan yang bagus serta mendatangkan pulangan kepada kerajaan?
“Kalau bagus ki­ta hendak tengok petunjuk-petunjuk ini,” katanya.
Jelas Azam, beliau tidak bermaksud meminta PBT menutup semua rumah urut tetapi pemberian lesen serta perniagaan tersebut perlu dipantau agar tidak terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang se­perti menggaji warga asing tanpa mengikut undang-undang dan pelacuran.
“Saya tidak kata tutup rumah urut tetapi tutup ruang dan peluang berlakunya masalah sosial, jenayah dan rasuah. Mengapa perlu terlalu banyak rumah urut, baik berlesen atau tidak. Ini implikasi tidak baik,” katanya. (Utusan)

Kenyataan Pengerusi SPR Satu Penghinaan



SAYA menganggap kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Harun yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai kaki kelab adalah satu penghinaan. Berdasarkan kenyataan beliau yang telah tular di media sosial dan akhbar tempatan, beliau jelas menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala.
Rakyat Kelantan di luar sana ada di kalangan penjawat awam, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tokoh-tokoh korporat yang banyak menyumbang untuk masyarakat dan negara. Ucapan berkenaan dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan sehingga boleh mencetuskan sentimen kenegerian.
Beliau sebagai seorang Pengerusi SPR sewajarnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum dan seharusnya lebih mengetahui tentang fakta sejarah Kelantan yang sinonim dengan panggilan Negeri Serambi Mekah yang menggambarkan dekatnya mereka dengan kehidupan beragama.
Selain itu, beliau perlu faham bahawa sesiapa sahaja berhak memilih pentadbiran Islam sebagai asas pemerintahan negeri. Hal itu adalah suatu perkara yang baik dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan.
YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
(DATO' BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN
24hb Mac 2019 – HARAKAHDAILY 24/3/2019

Sunday, March 24, 2019

Ra­suah Penguat Kuasa? Diam-diam SPRM Buka Rumah Urut.

SPRM terpaksa membuka pusat urut bagi menyiasat penglibatan penguat
SPRM terpaksa membuka pusat urut bagi menyiasat penglibatan penguat kuasa dalam menerima rasuah serta melindungi kegiatan berkenaan.

Diam-diam SPRM buka rumah urut.
Buktikan pelacuran, perlindungan penguat kuasa wujud   
KUALA LUMPUR 23 Mac - Dalam usaha membuktikan kesungguhannya membanteras gejala ra­suah dalam kalangan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi sulit yang memakan masa selama empat bulan.
Tiada siapa pun boleh terfikir melalui opera­si itu SPRM sanggup membuka rumah urut gadungan (palsu) semata-mata bagi mencari bukti khususnya kegiatan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.
Tindakan ‘membuka perniagaan’ itu terpaksa dilakukan setelah mendapati jenayah berkenaan sememangnya berlaku tetapi tiada seorang pun yang berani tampil bersama bukti kukuh bagi membolehkan kegiatan haram itu dibanteras.
Hasil operasi penyamaran dan sulit itu, SPRM memberkas sebanyak 14 suspek termasuk tujuh penjawat awam di kawasan ibu negara dalam Op Jejak dan Op Kota Raya pada Selasa lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menggunakan sejumlah pegawai terlatih untuk menjayakan operasi tersebut.
Beliau mendedahkan, operasi seumpama itu telah beberapa kali dilakukan pihaknya bagi membuktikan berlakunya pe­langgaran undang-undang yang didorong oleh rasuah.
“Untuk membuktikan kesalahan itu memang kita buka satu, dua premis rumah urut. Terus terang saya katakan dalam operasi penyamaran dan operasi sulit ini, mungkin ada pihak yang terlepas, tetapi suatu masa nanti kita akan tangkap juga,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana SPRM memperoleh maklumat sehingga tertangkapnya 14 suspek dipercayai terlibat sindiket pelacuran berselindung di sebalik pusat urut termasuk penguat kuasa yang melindungi kegiatan ini.
Azam mengakui, penyiasatan kes rasuah amat unik dan sukar apatah lagi untuk mendapatkan saksi.
Ujarnya, kebanyakan mereka takut untuk memberi maklumat kerana bimbang implikasi yang bakal dihadapi terhadap diri, keluarga, kerjaya dan lain-lain.
“Sebenarnya mereka ini boleh menjadi whistle blower yang dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010 atau informant perisikan (dilindungi di bawah Akta SPRM 2009). Untuk kes rumah urut ini kita pakai whistle blower dan informant,” jelasnya. (AA)
Hasil carian imej untuk SPRM terpaksa membuka pusat urut bagi menyiasat penglibatan penguat kuasa dalam menerima rasuah serta melindungi kegiatan berkenaan.

Negara Bukan Islam Pun Haramkan Arak..

Thailand haramkan alkohol menjelang pilihan raya
Thailand haramkan alkohol menjelang pilihan raya
BANGKOK: Lebih 51 juta pengundi dijangka akan membuang undi dalam pilihan raya Thailand selepas hampir lima tahun berada dibawah kerajaan tentera yang ketika ini mahu kembalikan perdana menteri bagi memerintah negara itu.

Ketua junta, Prayuth Chan-ocha disokong oleh golongan elit yang setia kepada raja dan tentera yang telah lama bersengketa antara satu sama lain sementara bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra kini hidup dalam buangan.

Thaksin atau sekutunya, yang mendapat sokongan daripada golongan miskin di luar bandar, telah memenangi setiap pilihan raya sejak tahun 2001, hanya akan ditolak oleh rampasan kuasa atau mahkamah.

Persaingan antara pasukan dominan dijangka kembali dalam pilihan raya yang dijadualkan pada Ahad.

Pengkritik berkata, tentera yang dilantik dan birokrat mampu menyekat ahli-ahli politik yang dipilih dalam pilihanraya ke-20 Thailand yang diadakan di bawah perlembagaan yang disokong oleh ketenteraan ini.

Menurut Punchada Sirivunnabood, profesor bersekutu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Mahidol, Bangkok, pihak berkepentingan cuba memanjangkan dan melegitimasikan kuasa menerusi pilihanraya dan perlembagaan.


Dijangkakan ramai yang akan keluar mengundi di negara kuasa ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara ini selepas proses undi awal dilakukan hujung minggu lalu.

Pust mengundi akan dibuka pada jam 8 pagi dan akan ditutup sembilan jam kemudian apabila proses kiraan bermula.

Larangan alkohol selama 24 jam akan dikuatkuasakan mulai 6 petang pada hari Sabtu.

Keputusan awal di beberapa kawasan dijangka akan diketahui pada malam Ahad.

Namun keputusan penuh yang menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan hanya akan diketahui selepas beberapa hari atau minggu selepas keputusannya diperakui, selepas itu parlimen harus bersidang untuk memilih perdana menteri.

Golongan elit berkepentingan di Thailand telah bersengketa dengan kumpulan Thaksin selama lebih dari satu dekad, ia merupakan satu perkara yang boleh membawa kepada kekalahan dari sudut undang-undang.

Proses pengundian merupakan antara yang paling dramatik dalam sejarah Thailand kerana bahagian-bahagian ini semakin membesar.

Parti yang berkaitan dengan Thaksin, Thai Raksa Chart, telah dibubarkan pada awal Mac kerana permusuhan terhadap raja berperlembagaan selepas Raja Maha Vajiralongkorn menolak usaha parti itu mencalonkan kakaknya, Puteri Ubolratana Rajakanya, sebagai calon perdana menteri.

Pembubaran oleh Mahkamah Perlembagaan dilihat sebagai menghalang sekutu Thaksin dan mengukuhkan Prayuth, yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014 ketika beliau menjadi ketua tentara.

Ketidaktentuan pilihan raya itu boleh menimbulkan kesan ke atas eksport dan ekonomi negara itu yang bergantung kepada pelancongan, yang pertumbuhannya ketinggalan berbanding rakan-rakan di rantau ini.

Pilihan raya ini juga berlaku ketika Thailand bergulat dengan risiko dari lonjakan baht di tengah perdagangan global yang perlahan.

Pelabur-pelabur asing telah menarik lebih daripada 700 juta dolar dari pasaran saham dan bon Thailand tahun ini. (AA)

Hasil carian imej untuk pilihaneaya thailand

80% Kanak-kanak 10-17 Telah Lihat Pornografi - MAP

Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
Bukan Ibu bapa saja yang perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu, kata Dr Shamsuriani -foto Astro AWANI


Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
KUALA LUMPUR: Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengeutkan, kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.

"Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaimana menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.


"Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang 'iklan' yang muncul ketika menggunakan internet jika 'iklan' itu membabitkan pasaran tidak sopan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di sini Sabtu.

Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.

Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan 'privacy functions' dalam akaun mereka bagi menghalang daripada dicerobohi orang-orang yang tidak dikenali.

" Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu.

Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana 'modus operandi' mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.

Karnival Kesedaran Rakyat bertujuan mengukuhkan lagi jurang antara agensi kerajaan dengan penduduk tempatan dan menerangkan kemajuan program-program yang dibiayai kerajaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang melancarkan program itu hari ini berkata ia memberi manfaat kepada orang ramai dari segi mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan maklumat mengenai bantuan kebajikan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masayrat.
-- BERNAMA

5 Masjid Di Birmingham Dirosakkan..

Lima buah masjid di Birmingham dirosakkan dua suspek
Keadaan salah sebuah masjid di Birmingham yang rosak disyaki angkara perbuatan dua suspek lelaki pada Rabu. - Foto Reuters

Polis England menahan dua lelaki yang disyaki terlibat melakukan kerosakan di lima buah masjid di Birmingham pada Rabu malam.

Pihak berkuasa West Midlands dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua suspek disyaki melakukan perkara itu bermotifkan rasisme.

Suspek pertama berusia 34 tahun menyerah diri di balai polis berhampiran manakala suspek kedua berusia 38 tahun diberkas oleh orang awam.


Identiti kedua-dua suspek itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.

“Kami masih lagi menjalankan siasatan bagi mencari motif utama kejadian.

“Kes ini penting dalam usaha pihak polis mencari motif ke atas dua suspek yang berpotensi mewujudkan perselisihan dan ketakutan kepada orang awam,” kata Ketua Polis West Midlands, Matt Ward.

Terdahulu, ramai saksi mendakwa seorang suspek menggunakan pemukul gendang memecahkan cermin tingkap di dua buah masjid di Birmigham.

Tiga lagi masjid di lokasi sama dilaporkan mengalami kerosakan serupa dan dipercayai angkara perbuatan suspek sama.

Kejadian ini berlaku lima hari selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand sehingga mengorbankan 50 umat Islam dan mencederakan puluhan yang lain sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Justeru, pihak polis bertindak meningkatkan kawalan di semua masjid di bandar itu bagi mengelakkan kejadian di Christchurch daripada berulang. (AA)

Di Bawah PH, Kini Pelacur Subur Di Rumah Urut..

SEBAHAGIAN gadis asing yang ditahan polis di pusat hiburan dan
SEBAHAGIAN gadis asing yang ditahan polis di pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Damansara Perdana, Petaling Jaya, tahun lalu. UTUSAN

Pelacuran subur di rumah urut. 
SPRM kenal pasti rasuah, kelemahan penguatkuasaan jadi punca
MUKADIMAH
KEWUJUDAN pusat-pusat urut refleksologi bersimbolkan tapak kaki dilihat umpama cendawan yang tumbuh melata selepas hujan.
Di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak perniagaan rumah urut ini berkembang pesat namun tidak diketahui tujuan sebenar kewujudannya.
Adakah kerana boleh meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini? Atau mungkin rakyat Malaysia secara umumnya menghadapi masalah kesihatan sehinggakan perniagaan ini menjadi industri besar.
AZAM BAKI
Ikuti temubual wartawan Utusan Malaysia, AZIAN AZIZNURAINA HANIS ABDUL HALIM dan NURFARAHIN HUSSIN dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), DATUK SERI AZAM BAKI mengenai masalah di sebalik perkembangan tidak sihat ini.
UTUSAN MALAYSIA: Apakah pembukaan pusat-pusat urut secara berleluasa di bandar-bandar termasuk dalam perancangan pihak berkuasa tempatan sebagai perkhidmatan yang mampu menarik pelancong?
AZAM BAKI: Sememangnya tidak kerana pekerja di pusat-pusat urut sebahagian besarnya adalah warga asing yang pada mulanya datang sebagai pelancong. Jadi memang tidak ba­nyak faedah dari segi menjana ekonomi melalui kutipan cukai.
Apa yang dikesalkan terdapat pusat-pusat urut ini menawarkan perkhidmatan pelacuran yang menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat.
Siapa di belakang industri rumah urut ini sebenarnya?
Inilah yang dikatakan black economy yang mana industri ini dikawal oleh sindiket dan keseluruhan transaksi dibuat secara tunai bagi mengelak dikesan.
Bukit Bintang misalnya yang menjadi tumpuan pelancong dan rakyat tempatan, di sebelah malamnya bertukar wajah de­ngan dipenuhi deretan pusat-pusat urut berlogo tapak kaki.
Imej yang berkaitan
Kebanyakan premis mempunyai ‘ulat kedai’ yang akan memujuk pelanggan untuk berurut dan sebahagiannya menawarkan perkhidmatan tambahan dengan menjadikan gadis-gadis sebagai umpan.
Terdapat kata-kata sinis mengatakan Bukit Bintang, Kuala Lumpur seolah-olah telah mengambil alih gelaran sebagai pusat pelacuran Asia Tenggara dari negara jiran yang dahulunya terkenal dengan imej tersebut. Jadi bagaimanakah seriusnya dakwaan itu dan kaitannya dengan kewujudan pusat urut?
Di sebalik kemeriahan kewujudan pusat-pusat urut ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana rancaknya aktiviti pelacuran di negara ini. Sebut apa sahaja kerakyatan yang anda mahu, China, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina malah Rusia pun ada.
Berbanding bandar-bandar di Eropah, logo tapak kaki sebagai simbol pusat urut ini amat jarang dilihat, tetapi di Asia Tenggara seolah-olah satu industri besar.
Ada tempat-tempat di negara kita seolah-olah sama dengan satu tempat di Thailand, nama­nya Patpong. Bukan di Bukit Bintang sahaja malah ada beberapa tempat di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bila malam jadi meriah.
Apakah sebenarnya punca kepada lambakan pusat-pusat urut yang menawarkan khidmat pelacuran?
Pembayaran rasuah kepada penguat kuasa bagi melindu­ngi kesalahan-kesalahan pusat urut. Bagi pusat urut haram, bayaran perlindungan menjadi wajib. Jika enggan membayar maka serbuan akan dijalankan manakala bagi yang beroperasi secara sah terpaksa membayar kerana tidak mahu premis diperiksa dan diganggu.
Taktik menangkap pekerja walaupun yang sah dengan alasan menyemak dokumen sebelum menyumbat mereka ke dalam lokap beberapa hari sengaja dibuat untuk memberi tekanan kepada pemilik premis. Elemen ugutan ‘ala mafia’ oleh penguat kuasa ini semakin menjadi-jadi dan perlu diambil tindakan sewajarnya.
Kalau dilihat, banyak serbuan dilakukan oleh penguat kuasa, namun mengapa premis ini masih berani beroperasi?
Penguatkuasaan yang lemah. Ini menyebabkan tindakan serbuan ke atas premis-premis urut tidak mendatangkan kesan kerana yang ditangkap kebanyakannya hanyalah wanita pekerja asing dan penjaga premis.
Tindakan susulan untuk mengesan pemilik sebenar perniagaan juga seolah-olah tidak berjalan lancar. Ada juga keada­an yang mana operasi yang ingin dilaksanakan gagal akibat kebocoran maklumat. Bagi premis-premis yang membayar rasuah, maklumat operasi akan mudah bertebaran.
Satu lagi, tiadanya tindakan pendakwaan yang berkesan ke atas gadis pelayan pelanggan (GRO) dan penjaga premis. Kebanyakan GRO yang ditangkap akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial dan tindakan pendakwaan atas kesalahan melacur atau lain-lain kesalahan serius jarang dilaksanakan.
Di pihak Jabatan Imigresen, amat jarang kita mendengar wanita-wanita ini dihadapkan ke mahkamah. Di manakah silapnya? Adakah wujud kelemahan dari segi undang-undang sedia ada?
Pertindihan kuasa antara pelbagai agensi. Pihak berkuasa tempatan dari segi pengeluaran lesen dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen. Polis pula fokus kepada aktiviti maksiat manakala Jabatan Imigresen berkaitan penyalahgunaan pas lawatan sosial dan perihal permit pekerja asing.
Justeru, kesan pertindihan kuasa ini membuatkan pemilik premis langsung tidak takut untuk terus beroperasi kerana mereka tahu betapa sukarnya pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan. Dalam bahasa le­bih mudah, kalau kena pun boleh ‘kawtim’ dan tindakan tidak ke mana.
Cadangan SPRM bagi mengatasi isu rumah urut haram?
Menggunakan Akta Pengubahan Wang Haram secara menyeluruh ke atas pemilik, orang tengah dan syarikat dengan membekukan semua akaun bagi menghentikan aktiviti syarikat, mewujudkan undang-undang atau memperbaiki yang sedia ada agar tidak membuka ruang dan peluang untuk kegiatan ini terus berlaku.
Menjadikan integrity tes­ting sebagai teknik untuk me­nguji tahap integriti pegawai pe­nguat kuasa, selain mengadakan lawatan mengejut dan membuat pemantauan rapi serta menyenaraihitamkan semua GRO yang telah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terdapat 3 perkara antara penyebab kegagalan penghapusan pelacuran dan rumah urut. 
  1. Tiada undang-undang melarang perlakuan najis zina. Bahkan kerja maksiat itu disebut juga 'perkhidmatan'. Seseorang mengakui dia pelacur, tiada undang yang boleh menangkapnya.
  2. Dikatakan industri black economy ini dikawal oleh sindiket kapitalis yang berkuasa dari bawah hingga ke atas, seolah-olah melebihi kuasa jabatan dan menteri? 
  3. Apakah benar kerajaan PH sudah tidak berkuasa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails