Saturday, April 27, 2019

Selamat Datang, Madinah Ramadan Di KB, 3,000 Kunjungi Setiap Malam.



KOTA BHARU: Madinah Ramadan yang menjadi lokasi tumpuan rakyat Kelantan setiap Ramadan dikunjungi kira-kira 3,000 penduduk termasuk pelancong setiap malam.
Program itu dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut diadakan majlis iftar dan sahur selama sebulan.
Selain itu sumbangan kepada fakir miskin dan armalah, program tautan kasih bersama anak-anak yatim, bicara al-Quran dan sains.
Dan hari ini Menteri Besar, Ustaz Dato' Ahmad Yakob merasmikan pelancaran Tabung Madinah Ramadan 2019.
Katanya kerajaan negeri memperkenalkan acara tahunan itu bagi memberi peluang orang ramai termasuk pelancong bertandang ke Madinah Ramadan.
"Kita buka kepada rakyat khususnya program yang dilakukan setiap tahun sempena Ramadan.
"Program ini secara tidak langsung memberi pulangan kebajikan kepada mereka yang menyumbang bagi majlis iftar dan sahur selama sebulan secara percuma, sumbangan kepada fakir miskin," katanya selepas majlis pelancaran tabung tersebut di Medan Ilmu hari ini.
Turut hadir Penasihat Undang-Undang Dato' Shahidani Abdul Aziz; anggota-anggota Exco Dr Izani Husin dan Dato' Mejar Md Anizam Abdul Rahman serta Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof. - HARAKAHDAILY 26/4/2019

M/Dalam Negeri Lemah Tunduk Kepada Pihak Berkepentingan -P/UMNO K'tan.

Hasil carian imej untuk Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor b


KOTA BHARU 27 April - Pemuda UMNO negeri ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat tunduk kepada desakan pihak berkepentingan supaya membubarkan pasukan elit polis.
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pasukan-pasukan tersebut telah membuktikan keupayaan mereka untuk menumpaskan pelbagai kegiatan jenayah dan tiada langsung kedengaran kegagalan ketika menjalankan misi.

Beliau berkata, pembubaran pasukan itu juga memberi tanggapan bahawa sesetengah ahli politik kerajaan dalam kerajaan terutamanya DAP ini dikuasai oleh puak gangster.
“Menteri Dalam Negeri dilihat amat lemah dan lembik sekali serta tidak berupaya menjalankan amanat yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam menjaga keamanan dalam negara.
“Sudahlah kes penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa Melayu pun gagal mendapat komen balas dan tindakan pantas daripada beliau, ini pula terus membubarkan satu pasukan yang amat digeruni oleh penjenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Utusan Online hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimansuhkan sebagai langkah penstrukturan semula beberapa jabatan dalam agensi keselamatan itu.
Tiga pasukan tersebut ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
Justeru, Noor Hariri berkata, pihaknya mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memecat Muhyiddin kerana telah menodai kepercayaan rakyat dalam menjaga keamanan negara.
“Lantiklah Menteri yang mempunyai pendirian tegas dan tidak berkompromi dalam tugasan menjaga negara ini.
“Ternyata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini kerajaan sepenggal dan majoriti menteri-menterinya adalah separuh masak,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Ucapan Dr Syed Husin Ali Bersifat Menghasut? -Dr Kamarul Zaman Yusoff .


MENELITI kandungan ucapan Dr Syed Husin Ali dalam Forum Malaysia & Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya, hari ini, terdapat kemungkinan besar bahawa ucapan beliau ini mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja-Raja Melayu.
Saya tidak hairan jika selepas ini akan ada pihak-pihak tertentu yang membuat laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap Dr Syed Husin Ali di bawah Akta Hasutan.
Pelik jika seorang pemimpin veteran merangkap bekas ahli akademik ternama seperti Dr Syed Husin Ali tidak tahu bahawa kandungan ucapan beliau bersifat menghasut.
Lagi pelik bila Dr Syed Husin Ali cukup berani sekali mengucapkan kata-kata yang bersifat menghasut ini betul-betul di hadapan muka Peguam Negara, Tommy Thomas.
Dikongsikan di sini ucapan penuh Dr Syed Husin Ali untuk penelitian bersama.
Siapa agaknya yang mempunyai keberanian untuk membuat laporan polis ini?
Kandungan ucapan Dr Syed Husin Ali:
“Tentang golongan Raja pula, saya menganggap walaupun perkara ini belum lagi jelas, saya menganggap bahawa semacam ada cabaran yang dirasakan oleh setengah-setengah Raja terhadap kedudukan mereka. Apa sebabnya? Dalam dunia ini tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia (kedengaran suara hadirin ketawa), dan di antara negara-negara yang mempunyai Raja, hampir semuanya, Jepunkah, Swedenkah, Denmarkah, apa ni dan lain-lain, mereka 'accede' dan 'ratify', cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk 'ratify'. Mungkin mereka telah disalah nasihatkan oleh sesetengah pihak.”
“Tapi kedudukan mereka, mereka rasa terancam, kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat (kedengaran bunyi hadirin bertepuk), maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi Raja, ada golongan rakyat, dan perasaan ini makin bertambah di kalangan muda. Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan, mengapa tak satu saja? Tapi ini akan menimbulkan masalah lain, 'of course', soal, soal apa ni, bukan sahaja soal apa ni kedudukan 'Federation', tetapi juga akan menimbulkan soal macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang sudah sekarang ini makin kuat.”
"Mereka juga merasa lemah kerana sebenarnya kebanyakan Raja yang ada sekarang ini adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja atau pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Dari Johor ke Perlis semua dilantik oleh British. Belum ada lagi cabaran di kalangan rakyat tentang hal ini. Tapi sudah ada cabaran dalam mahkamah oleh golongan yang merasakan dirinya keturunan yang sebenar Raja yang asal. Sudah ada 'court case', kes mahkamah di Terengganu. Sudah ada kes mahkamah di Kelantan. Walaupun dianya kalah, tapi kalau misalannya berterusan perkara ini, dan rakyat makin mengetahui, akan menjadi masalah besar. Masa Jepun dulu, Jepun turunkan Raja-Raja yang keturunan bukan Raja tu dan meletakkan mereka yang dianggap sebagai keturunan Raja sebenarnya. Bila British balik, dia letak keturunan yang mereka angkat lebih awal. Jadi semua ini meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan yang lemah."
"Satu lagi ialah Raja tu, sekarang ini terutama sekali, makin meluas menentang dan menceroboh Perlembagaan. Mengapa saya katakan demikian? Perlembagaan mengatakan tak boleh Raja mencampuri hal politik, tak boleh Raja mencampuri hal perniagaan dan ekonomi, tapi itulah sekarang ini yang banyak dilakukan. Makin bertambah mereka campur dalam politik. Apa sebabnya? Kerana golongan yang seperti AG sebutkan tadi, iaitu golongan pemimpin-pemimpin yang dulunya menyokong Statut Rom sekarang ini menentangnya, kerana bagi mereka sekarang ini mereka patut dapat golongan Raja dan golongan rakyat menyokong mereka atas dasar perkauman dan sebagainya. Jadi, balik kepada soal Raja yang melanggar Perlembagaan tadi, dari segi ekonomi pula akan bertambah parah, dan ini kita lihat berlaku di kalangan rakyat di mana Raja dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara (kedengaran suara hadirin bersorak). Suara itu menunjukkan sebenarnya sikap rakyat kepada Raja dan ini yang kadang-kadang dibimbang oleh Raja. Kebimbangan itu ialah dapat diatasi bila caranya diperkuatkan kedudukan mereka."
"Perkara yang satu lagi ialah kedudukan Raja ini juga sekarang ini dicabar. Ada pihak menganggap misalnya orang seperti Mahathir dan kerajaan yang dipimpinnya dengan 'accede' Statut Rome sebenarnya menggugat kedudukan Raja dan pandangan ini diperkuatkan oleh apa yang dikatakan sebagai orang-orang sekarang ini profesor kangkung dan sebagainya." - HARAKAHDAILY 27/4/2019

Pemandu Grab Wanita Dicabul Penumpang.. Mengapa?

Kedua-dua suspek cedera selepas dibelasah orang awam di Jalan Song Bang Kheng, Bukit Mertajam semala
Kedua-dua suspek cedera selepas dibelasah orang awam di Jalan Song Bang Kheng, Bukit Mertajam semalam


SEBERANG PERAI - Seorang pemandu Grab wanita trauma selepas menjadi mangsa pencabulan oleh penumpangnya yang merupakan lelaki warga asing di Jalan Song Bang Kheng, Bukit Mertajam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dikatakan sedang menghantar dua lelaki warga Nepal itu ke Taman Juru selepas mengambil mereka di Jalan Stesen Bukit Mertajam di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek berusia 23 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang dikatakan telah bertindak memegang dan mencium tangan mangsa sebelum menarik badannya ketika dalam perjalanan.
"Suspek turut didakwa meramas buah dada mangsa dan kejadian itu berlaku dua kali sebelum wanita itu mengugut mahu menghantar ke balai polis.
"Kemudiannya, suspek berusia 29 tahun muntah di dalam kereta dan dalam masa yang sama suspek pertama itu sekali lagi menarik badan mangsa sebelum dia memberhentikan kereta bagi mendapatkan bantuan orang ramai," katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Nik Ros Azhan, kedua-dua suspek turut cedera selepas dibelasah orang awam sebelum mereka diserahkan kepada pihak polis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemandu grab wanita dicabul penumpang warga asing.. Mengapa? Kucing lapar bertemu ikan gantung, samalah dengan petrol didekatkan dengan api?  Siapa mangsa, siapa terbakar.. Kucing makan ikan atau ikan makan kucing?

Pencapaian Tun M Merosot Kepada 46% Berbanding 71%. Mengapa?. -Merdeka Center

Merdeka Centre


Mengapa kepuasan pengundi terhadap pencapaian Tun M merosot?
KUALA LUMPUR 26 April - Tahap kepuasan pengundi terhadap pencapaian Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri merosot kepada 46 peratus pada Mac lalu berbanding 71 peratus yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu.
Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center juga mendapati, hanya 39 peratus pengundi memberikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) rating positif pada Mac lalu.
Merdeka Center menerusi kenyataan hari ini berkata, kemerosotan sokongan awam kepada kerajaan boleh dilihat pada peningkatan jumlah peratusan yang menganggap ‘negara menuju ke arah yang salah’ iaitu daripada 24 peratus pada Ogos 2018 kepada 46 peratus pada Mac lalu.
“Kemerosotan ini boleh dikaitkan kepada tiga faktor, iaitu keadaan ekonomi seperti dilihat pengguna biasa, tanggapan tentang pencapaian pentadbiran kerajaan dan kebimbangan mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta layanan adil kepada kaum-kaum lain di Malaysia.
“Hasilnya kepuasan umum terhadap pengurusan ekonomi kerajaan menurun daripada 60 peratus pada Ogos 2018 kepada 40 peratus pada Mac lalu,” katanya.
Menerusi kaji selidik itu juga mendapati, hanya 34 peratus pengundi percaya negara kini berada di landasan yang betul, berbanding 55 peratus yang dicatatkan pada Ogos 2018.
“Sentimen ini didapati lebih rendah dalam kalangan orang Melayu dengan menyaksikan hanya 24 peratus percaya negara bergerak ke arah yang betul,” katanya.
Kajian oleh Merdeka Center terhadap 1,204 responden itu juga mendapati 67 peratus pengundi percaya kerajaan PH memerlukan lebih masa untuk menunaikan janji pilihan raya mereka manakala 30 peratus pula sebaliknya.
Sementara itu, keadaan ekonomi kekal sebagai isu paling penting dalam kalangan pengundi iaitu sebanyak 67 peratus, konsisten dengan kajian sebelum ini.
“Diikuti oleh isu hubungan antara kaum seperti kontroversi penempatan semula kuil Hindu di USJ serta debat awam mengenai cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akhir tahun lalu.
“Kajian juga menunjukkan sikap awam terhadap beberapa dasar dan cadangan kerajaan dengan antaranya 69 peratus tidak bersetuju dengan rancangan menghapuskan hukuman mati mandatori, 50 peratus tidak bersetuju had usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan 40 peratus bersetuju untuk menyokong rancangan mengenakan cukai ke atas minuman bergula,” katanya.-UTUSAN ONLINE.

PH Akan Kalah Dalam PRU Semula -Dr Kamarul Zaman Yusoff




BERDASARKAN kaji selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac 2019 dan yang disiarkan hari ini, 26 April 2019, PH akan kalah kalau dibuat PRU semula dalam waktu terdekat.
Ini kerana tahap kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan pada 11 Mac 2019 jatuh merudum kepada 39 peratus sahaja berbanding:
(1)  79 peratus pada 31 Mei 2018.
(2)  72 peratus pada 19 Julai 2018.
(3)  66 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4)  57 peratus pada 30 September 2018.
(5)  58 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6)  54 peratus pada 27 Disember 2018.
(7)  52 peratus pada 29 Januari 2019.
Tiada guna untuk kita selaku seorang Menteri meletakkan markah 60 peratus, 65 peratus atau 70 peratus ke atas prestasi diri kita sendiri jika rakyat hanya memberikan markah 39 peratus sahaja kepada Kerajaan Persekutuan yang kita anggotai.
Berdasarkan kaji selidik ini juga, tahap kepuasan hati rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac 2019 didapati turut jatuh kepada 46 peratus sahaja berbanding:
(1)  83 peratus pada 31 Mei 2018.
(2)  79 peratus pada 19 Julai 2018.
(3)  71 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4)  67 peratus pada 30 September 2018.
(5)  64 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6)  59 peratus pada 27 Disember 2018.
(7)  58 peratus pada 29 Januari 2019.
Tun Dr Mahathir dan PH perlu melakukan sesuatu perkara yang drastik bagi melonjakkan balik tahap kepuasan hati rakyat terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan terhadap PH selaku Kerajaan Persekutuan.
Sudah pastilah dapatan kaji selidik ini akan digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menekan Tun Dr Mahathir dan PH supaya membubarkan Parlimen atau untuk sekurang-kurangnya akur kepada kehendak mereka.
Pada masa yang sama, dapatan kaji selidik ini mungkin akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PH untuk menekan Tun Dr Mahathir supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Begitupun, walaupun Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi sepopular sebelum ini, beliau lebih popular berbanding Kerajaan Persekutuan yang beliau ketuai menjadikan Kerajaan Persekutuan yang lebih bergantung kepada beliau.
Semakin menarik perkembangan politik Malaysia sekarang. - HARAKAHDAILY 26/4/2019

Israel Mendapat Khidmat Koboi Dan Badwi



PERKATAAN koboi terkenal dengan gembala lembu yang menunggang kuda di Amerika dan orang yang tidak hemat atau tidak jujur dalam perniagaan, terutamanya yang tidak berkelayakan, serta difilemkan keganasannya bukan sahaja mengembala lembu bahkan rakus berkelahi, menembak dengan ganasnya terhadap musuh dan sesama sendiri.
Perkataan Badwi pula dikenali sebagai penduduk padang pasir yang berpindah randah membawa unta dan kambing, dengan sifatnya yang kasar, tidak beradab dan ganas, disebabkan tidak pandai hidup bermasyarakat.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda berkenaan tanda-tanda hampir berlakunya Hari Kiamat, bermula dengan bencana besar yang menghancurkan alam dunia. Sabdanya:
أن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان (رواية إمام مسلم)
“Kamu akan menyaksikan mereka yang berkaki ayam (tanpa kasut), tidak berpakaian lengkap, bangsat kehidupannya, mengembala binatang ternakan, tiba-tiba menjadi kaya-raya bermewah berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi”. (Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda dalam hadis lain:
إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة (رواية البخاري)
“Apabila diserahkan urusan (memimpin umat) kepada orang yang bukan ahlinya (yang layak berkemampuan) maka tunggulah berlakunya As-Saa’ah (Kiamat yang membinasakan alam dunia)”. (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Rasulullah S.A.W. telah berjaya mengIslamkan sebahagian daripada mereka dan bertukar menjadi manusia paling baik dan ikhlas bersama Islam dan menegakkan ajarannya, serta mempertahankannya dengan penuh pengorbanan. Namun masih ada saki bakinya menjadi munafik dan kufur yang paling keras menentang Islam, dan cepat murtad selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Allah menegaskan sifat mereka dengan berfirman:
الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (97) وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَن يَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ مَغْرَمًا وَيَتَرَبَّصُ بِكُمُ الدَّوَائِرَ ۚ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (98) وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ قُرُبَاتٍ عِندَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ ۚ أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَّهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (99(
"Orang-orang A'raab (Badawi) lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (97) Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (Badawi yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (98) Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (Badawi) itu ada yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, Sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam RahmatNya; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani). (99)" (Susarh At-Taubah: 97-99)
Kita sedang menyaksikan benarnya kenyataan Rasulullah S.A.W. berkenaan tanda akhir zaman yang tidak berlaku di zamannya. Ini bukannya satu ramalan atau andaian seperti ahli politik manusia biasa atau ahli nujum pembohong walaupun berlaku ramalannya tetapi secara kebetulan sahaja.
Adapun Rasulullah S.A.W. itu dilantik dengan pilihan Allah yang istimewa bagi seluruh manusia, diberi kepada Baginda S.A.W. ilmu wahyu dengan firmanNya yang dapat dibaca dan ilmu laduni (secara ilham) yang menepati ilmu Allah yang benar dan menjadikan para rasulnya juga adalah benar.
Manusia adalah sejenis makhluk yang dikurniakan akal, maka diberi nikmat ilmu dan hasil yang melimpah ruah dijadikan ujian kepada mereka, supaya memperhambakan diri kepada Allah dan memakmurkan bumi daripada rezeki Allah yang dicari dan dipungut di atas muka bumi dan di dalam perutnya.
Mereka juga dikurniakan jasad, roh dan akal yang memerlukan makanan. Jasadnya diuji supaya makanan halal yang baik dan berpakaian sopan. Aspek rohnya perlu kepada iman dan akhlak yag mulia. Akalnya pula dengan ilmu yang berfaedah dunia dan akhirat.
Apabila rohnya tidak beriman dan budiman, akal disalah gunakan atau menyalahgunakan ilmu, kecerdikan dan harta kekayaannya, maka semuanya tidak berfedah, walaupun sihat tetapi jahat, atau bijak sehingga mencapai harta kekayaan yang melimpah ruah dan kemajuan ilmu teknologi yang tinggi. Semua nikmat itu disalah guna dan tiada faedahnya.
Jelasnya kelihatan terang lagi bersuluh Arab Badwi kini berkuasa dan kaya dengan hasil petroleumnya sehingga berlumba mendirikan bangunan pencakar langit yang mudaratnya lebih besar daripada manfaat, membeli senjata dan menjaga takhta dengan mengganas sesama sendiri dan orang sekelilingnya.
Begitu juga keturunan Cowboy di Amerika sama sifatnya dengan Badwi, mendirikan bangunan pencakar langit dan memajukan persenjataan pemusnah yang diharamkan oleh agama dan undang-undang antarabangsa, tetapi diciptanya juga untuk menggerunkan dunia yang hendak dikawalnya semua dan dipilih kalangannya menjadi Presiden, walaupun ada yang bijak disingkirkan.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada sahabat yang meriwayatkan hadis ini:
يوشك إن طالت بك مدة أن ترى قوما في أيديهم مثل أذناب البقر، يغدون في غضب الله، ويروحون في سخط الله. (رواه مسلم)
“Kalaulah umurmu panjang nescaya kamu menyaksikan golongan manusia yang ditangannya cemeti yang memukul laksana ekor lembu (melulu tanpa akal) melakukan kejahatan pada waktu paginya dimurkai Allah dan pada waktu petangnya dilaknat Allah”. (Riwayat Imam Muslim)
Kesemua ciri-ciri tersebut menjadi kelakuan Badwi yang hilang iman dan jati diri Islamnya dan juga Cobwboy yang tidak mengenal agama dan akhlak.
Paling menarik lagi khidmatnya diambil oleh negara haram Israel yang dipimpin oleh pelampau Yahudi Zionis yang menyembunyikan hasrat Freemason untuk mengembalikan Empayar Nabi Sulaiman A.S. yang beriman dan budiman.
Nabi Sulaiman A.S. itu bukannya seperti Yahudi yang tidak berkelayakkan, kerana Yahudi itu kafir, ganas dan tidak berakhlak. Kini mereka mendapat khidmat Cowboy dan Badwi bagi melaksanakan cita-citanya.
Percayalah bahawa dunia akan menyaksikan bencana kemanusiaan yang bukannya fenomena cuaca panas dan sejuk melampau, ledakan gunung berapi dan gempa bumi, tetapi bencana yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang menggugat jati diri keimanan, akhlak yang luhur dan keadilan sejagat, yang akan merosakkan keamanan dunia.
Malang sekiranya umat Islam sendiri terikut dengan pihak lain yang tidak beriman dan budiman itu, nescaya mereka terpalit sama dengan kejahatan. Penyakit ini lebih parah kerana pelakunya si Badwi yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. dan si Cowboy yang disaksikan dalam filem ganas.
Kini diusahakan penubuhan Nato Baru, iaitu gabungan Zionis, Cowboy dan Badwi, pakatan ketenteraan yang cuba mempengaruhi negara-negara khususnya negara umat Islam. Alasannya menjaga keamanan dan keselamatan dunia, tetapi sebenarnya menjaga keselamatan Israel yang menjadi imamnya dan telaga minyak yang dikira menjadi talian hayatnya.
"Islam Memimpin"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Syaaban 1440 / 26 April 2019 - HARAKAHDAILY 26/4/2019

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Friday, April 26, 2019

Buang Bayi Setiap 3 Hari.


SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.
Malah, berdasarkan statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.
Rekod itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail berkata, rekod menunjukkan sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018).
Menurutnya, berdasarkan statistik kes buang bayi, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 135 kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes).
“Sementara itu Perlis mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi terendah iaitu sebanyak tujuh kes diikuti Terengganu (12 kes) dan Melaka (13 kes),” katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 435 bayi dibuang didapati baru dilahirkan manakala 142 lagi adalah dalam bentuk janin bayi.
“Berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM bagi tahun 2014 hingga 2018, mendapati individu yang membuang bayi atau janin gemar menjadikan kawasan perumahan sebagai lokasi melakukan kegiatan itu berdasarkan 170 kes dilaporkan.
“Selain itu, suspek didapati gemar membuang bayi atau janin di dalam tandas (74 kes), pusat pembuangan sampah (51 kes), masjid dan surau (44 kes), Loji, longkang dan pusat kumbahan (44 kes), tepi kedai dan bangunan (33 kes), tepi jalan (28 kes) dan semak (23),” katanya.
Ditanya kes pembuangan bayi yang ditinggalkan ibu di hospital, Zulkifli berkata, sebanyak 19 kes bayi ditinggalkan di hospital direkodkan setakat ini.
“Setakat ini, JKM tidak mempunyai statistik berhubung kes bayi yang ditinggal berlaku di kawasan di bandar besar atau sebaliknya.
“Bagaimanapun lokasi tempat pembuangan bayi mengikut statistik D11 PDRM menunjukkan kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan penempatan dan mempunyai bilangan penduduk tinggi,” katanya.
Menurutnya, isu pembuangan bayi sukar diselesaikan sepenuhnya berikutan ia adalah masalah sosial berkait rapat dengan pelbagai faktor berkait.
“Selain penambahan jumlah penduduk, faktor penghijrahan belia ke bandar besar selain kebejatan masalah sosial menyebabkan kes ini terus berlaku.
“Longgarnya ikatan kekeluargaan dan pegangan agama terutama di kalangan muda turut menjadi punca. Namun tidak semua kes buang bayi membabitkan warga tempatan berikutan statistik menunjukkan tujuh kes membabitkan bayi warga Indonesia, tiga bayi Thailand manakala 376 kes lagi tidak dapat dikenal pasti bangsa bayi itu,” katanya. (HMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan kamu membunuh atau menyekat kelahiran anak-anakmu kerana takut miskin.

Bunuh (atau sekat kelahiran) anak kerana takut miskin..

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا ﴿٣١
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (QS. Al-Israa’: 31)
Ayat suci di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang orang tua terhadap anak-anaknya. Allah melarang membunuh anak-anak dan Dia mensyari’atkan bahawa anak-anak berhak mendapat warisan dari orang tua mereka. Apalagi, telah menjadi kebiasaan pada orang-orang jahiliyah, mereka tidak mau memberikan hak waris kepada anak perempuan. Bahkan di antara mereka terkadang ada yang sampai tega membunuh anak perempuannya supaya tidak menambah beban hidup.
Oleh kerana itulah, Allah melarang perbuatan-perbuatan tersebut dengan firman-Nya:
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ } Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan” dikemudian hari. Dan kerana itulah Allah SWT mendahulukan penyebutan rezki anak, yakni pada firman-Nya: { نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ } “Kami-lah yang akan memberi rizki kepada mereka (anak-anak) dan juga kepadamu.” Dan dalam surat al-An’aam juga disebutkan: “Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al-An’aam: 151).
Firman Allah SWT, {إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا } “Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata,
“Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, dosa apakah yang paling besar?’ Beliau menjawab, ‘(Iaitu) kamu menjadikan sekutu bagi Allah, padahal Dia-lah yang telah menciptakanmu.’ ‘Kemudian apa?’ Aku kembali bertanya. Beliau menjawab, ‘Membunuh anak kerana takut ia akan ikut makan bersamamu.’ ‘Kemudian apa?’ aku bertanya lagi. Beliau menjawab, ‘Bahawa kamu berzina dengan isteri tetanggamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Sumber: Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 5, Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir

Kisah Jalan Kaki Ke Mekkah. Perjalanan Panjang Mengharukan..

Pemuda Pekalongan Ini Jalan Kaki ke Mekkah. Perjalanan Panjangnya Mengharukan
Mochammad Khamim Setiawan (28), pemuda asal Pekalongan ini berjalan kaki dari kampung halamannya di Pekalongan menuju Mekkah, Arab Saudi. ISTIMEWA 


Laporan Wartawan Tribun Jateng, Iswidodo. Inspirasi Pemuda Pekalongan Ini Jalan Kaki ke Mekkah. Perjalanan Panjangnya Mengharukan Rabu, 24 Mei 2017 21:23
BATAM.TRIBUNNEWS.COM, PEKALONGAN - Selangkah demi langkah perjalanan pemuda asal Pekalongan, Mochammad Khamim Setiawan (28), mendekati Mekkah dengan berjalan kaki.
Niat kuat untuk melihat Kakbah mendorong Khamim memutuskan memulai perjalanan ke Mekkah dengan berjalan kaki dari rumahnya diPekalongan pada 28 Agustus 2016.

Ia melewati berbegai negara untuk sampai ke Mekkah, Arab Saudi.
Selama perjalanan Khamim memilih menginap dan beristirahat di masjid, menumpang di rumah orang yang ditemuinya, hingga bermalam di hutan.
Pada 19 Mei 2017, Khamim tiba di Abu Dhabi, Uni Emirat Arab. Total jarak yang harus ia tempuh untuk sampai tujuan sekira 9.000 kilometer.
Jebolan Universitas Negeri Semarang, ini menargetkan tiba di Kota Mekkah pada 30 Agustus 2017 atau sebelum wukuf di Arafah. 
Kisah perjalannnya ke Mekkah Khamim ceritakan pada Khaleej Times. Ia meyakini berjalan kaki adalah keutamaan dalam menunaikan ibadahhaji. Itulah asalannya menempuh perjalanan jauh.
Ia hanya diberi bekal Rp 1 juta oleh ayahnya untuk perjalanan haji ini. Menguji kekuatan fisik dan spiritual merupakan alasan utama Khamim berjalan kaki, selain keinginannya menyebarkan pesan berupa harapan, toleransi dan keharmonisan hubungan sesama manusia. 
Selama perjalanan itu Khamim berpuasa. Kebiasaan berpuasa, kecuali di hari besar agama Islam, telah ia lakukan selama lima tahun terakhir.
Lantaran berpuasa Khamim memutuskan berjalan kaki pada malam. Dalam kondisi fisik yang baik, ia dapat menempuh perjalanan sepanjang 50 kilometer, dan hanya sekitar 15 kilometer jika kakinya merasa capek. 
Selama perjalanan dari Pekalongan Jateng ke Tanah Suci, Khamim sakit dua kali di Malaysia dan India.
Ia tidak meminum suplemen khusus, melainkan campuran air dan madu untuk meningkatkan daya tahan tubuhnya dari perubahan cuaca di negara-negara yang dilalui.
Perbekalan yang Khamim bawa yaitu kaus dan celana, dua pasang sepatu, kaus kaki, pakaian dalam, kantung tidur dan tenda, lampu, telepon pintar dan GPS.
Seluruh perlengkapan dimasukkan dalam sebuah tas punggung yang di luarnya terpasang sebuah bendera mini Indonesia.
"I'm on my way to Mecca by foot," tulisan itu ada di kausnya.
Maksud Khamim untuk memberi pesan kepada orang-orang yang ditemui di perjalanan tentang misinya menuju Mekkah di Arab Saudi.
Khamim bukanlah anak dari keluarga miskin.
Usahanya di bisnis konstruksi sedang berkembang. Semua itu dia tinggalkan demi menjalankan misi ini dengan membawa sejumlah uang secukupnya.
"Saya tak pernah meminta-minta. Namun saya selalu bertemu orang yang memberi makanan dan bekal lain," kata Khamim seperti dilansir Khaleej Times.
Khamim sering bermalam di rumah ibadah agama lain. Itu tak jadi masalah. Dan dia akui mendapat sambutan yang baik serta toleransi yang sangat bagus.
"Saya disambut di kuil Budha di Thailand, diberi makanan oleh warga desa di Myanmar, bertemu dan belajar dengan ilmuwan Muslim berbagai negara di sebuah masjid di India, dan berteman dengan pasangan Kristen asal Irlandia yang bersepeda di Yangon," terang Khamim.
Dia percaya, berhaji tak hanya soal interaksi dengan sesama muslim. Namun juga manusia dari berbagai keyakinan berbeda.
Pemuda ini merasakan hangatnya toleransi, bertemu orang-orang berbeda agama. Sikap toleransi adalah bagian dari kepatuhan kepada Allah SWT.
Menurut dia semua anugerah Tuhan. Pertemuan itu membuatnya semakin kuat untuk melanjutkan perjalanan meski uang pas-pasan. Selamat menunaikan ibadah haji Mas Khamim... 

Bersambung ke kisah seterusnya mengnai liku-liku 'Haji Jalan Kaki', nyaris dirampok hingga ditraktir makan..

(http://batam.tribunnews.com).




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails