Saturday, May 18, 2019

Setahun PH Islam Liberal Makin Membiak -Mohd Nassurudin Daud



KOTA BHARU: Setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) macam-macam berlaku, lebih membimbangkan lagi fahaman Islam liberal dan LGBT makin merebak.
Sebelum ini heboh Islam liberal apabila Amina Wadud mengimamkan solat diikuti lelaki dan perempuan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, sekarang Islam liberal dibiarkan berkembang sehinggga cuba mempengaruhi orang lain dengan mempertikaikan perundangan Islam.
“Mereka cuba mempertikaikan hukuman rejam dalam Islam. Jelaslah fahaman liberal semakin merebak.
“Begitu juga fahaman syiah makin membiak, dahulu pun sudah ada namun sekarang bertambah lagi setelah pemimpin mereka memiliki kuasa,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.
Bagaimanapun katanya mereka yang mengamalkan ajaran syiah tetap tidak mengaku biar pun berlaku secara terang terangan.
Malah katanya ada pengikut syiah semakin berani menyebarkan ajaran mereka kepada orang ramai.
“Saya sebut kepada penguatkuasa Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan supaya menahan mereka yang didapati cuba menyebarkan ajaran berkaita syiah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/5/2019

Ini Pengganas, Tukang Bakar Al-Quran, Ancam 300,000 Umat Islam Denmark

PEMIMPIN anti-Islam, Rasmus Paludan bakal bertanding dalam pilihan
PEMIMPIN anti-Islam, Rasmus Paludan bakal bertanding dalam pilihan raya umum bulan depan.

Tukang bakar al-Quran tanding pilihan raya Ancam 300,000 umat Islam di Denmark


COPENHAGEN 17 Mei - Umat Islam di Denmark berdepan situasi membimbangkan apabila pe­ng­asas parti berhaluan ekstrem, Rasmus Paludan akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 5 Jun ini.
Al-Jazeera melaporkan, Parti Hard Line atau Stram Kurs pimpinan Paludan yang ditubuhkan pada Julai 2017 memperoleh 20,000 tandatangan yang diperlukan untuk kelayakan bertanding.
Paludan yang juga seorang peguam sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila me­ngancam mahu ‘menghalau’ lebih 300,000 orang Islam dan mengharamkan Islam di Denmark.
Malah Paludan bertindak keterlaluan apabila membakar al-Quran pada Mac lalu ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di depan Parlimen Denmark dan himpunan membantah sera­ngan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.
Paludan juga pernah me­laung­kan kenyataan di depan pe­nyokongnya bahawa Denmark adalah khusus untuk ‘orang Denmark’, ketika mahu ‘menghalau’ keluar penduduk Islam selain memberi amaran ‘perang saudara bakal tiba’.
Perdana Menteri, Lars Lokke Rasmussen mengutuk tindakan membakar al-Quran yang dilakukan Paludan dan menyifatkannya sebagai ‘provokasi yang sia-sia dan memecahbelahkan’.
Menurut pemerhati, penubuhan dua parti haluan kanan, Hard Line dan The New Right mengancam kedudukan Rasmussen untuk dipilih semula.
Ahli politik kanan memberi amaran tindakan membakar al-Quran boleh mencetuskan pera­saan benci terhadap negara.
Dalam satu rakaman video pada Disember tahun lalu, Pa­ludan berkata: “Perkara terbaik adalah jika tiada seorang penduduk Islam berada di bumi ini. Saya harap itu akan berlaku, dan kita akan mencapai matlamat akhir kita.”
Membimbangkan apabila po­pulariti Paludan adalah dalam kalangan orang muda dan perkara itu semakin berkembang.
“Dengan munculnya ‘pemain’ anti-Islam baharu ini, saya rasa ramai orang Islam memikirkan apakah berbaloi untuk tinggal di sini lagi, jika perkembangan ini (anti-Islam) berterusan.
“Hard Line dan New Right merupakan parti yang telah membentuk identiti menyerang umat Islam. Lupakan tentang perubahan iklim, ekonomi dan penjagaan orang tua, semuanya adalah isu kecil bagi mereka. Mereka hanya mengungkit isu Islam,” kata Tarek Ghanoum, pemerhati politik Islam Denmark.
Pada 14 April lalu, Paludan menganjurkan demonstrasi ‘membaling al-Quran’ di Blagards Plads, kawasan yang didia­mi kebanyakan penduduk Islam.
Tindakan itu mencetuskan protes ganas di Copenhagen apabila puluhan penunjuk perasaan yang berang, membakar kende­ra­an dan tong sampah.
Polis yang cuba mengawal ke­adaan itu melepaskan gas pemedih mata sebelum menahan 23 penunjuk perasaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah wajah pengganas:

  • pe­ng­asas parti berhaluan ekstrem, Rasmus Paludan.
  • ditubuhkan pada Julai 2017 memperoleh 20,000 tandatangan.
  • sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila me­ngancam mahu ‘menghalau’ lebih 300,000 orang Islam.
  • membakar al-Quran pada Mac lalu ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di depan Parlimen Denmark dan himpunan membantah sera­ngan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.
  • me­laung­kan kenyataan Denmark adalah khusus untuk ‘orang Denmark’, ketika mahu ‘menghalau’ keluar penduduk Islam. 
  • memberi amaran ‘perang saudara bakal tiba’.
  • 14 April lalu, Paludan menganjurkan demonstrasi ‘membaling al-Quran’ di Blagards Plads.
Inikah yang akan ditiru oleh puak-puak anti Islam di Malaysia?

Syabas Dr Kamarul! Dedahkan DAP &13 Mei, Lu Mahu Tipu Sapa?



DAP tak terlibat 13 Mei: Mahu tipu siapa? 
-DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF 

TULISAN Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk “Adakah PAS Mahu Tutup 'Bangkai Gajah' Guna Isu 13 Mei?” adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara.

Di dalamnya, Howard Lee menggunakan Kertas Putih Kerajaan bertarikh 9 Oktober 1969, dengan judul penuhnya adalah “The May 13 Tragedy: A Report, The National Operations Council”, untuk menyatakan Peristiwa 13 Mei bukan berpunca daripada DAP tetapi PKM.

Hakikat sebenarnya adalah:

(1) Pada muka surat iv kertas putih ini disebutkan bahawa salah satu punca Peristiwa 13 Mei adalah calon-calon pembangkang dalam PRU 3 yang berkempen atas garis perkauman serta menyerang Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Pada muka surat 21 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan lebih ekstrem sesetengah calon pembangkang dalam PRU 3 yang mempersoalkan hak dari sudut sejarah orang-orang Melayu untuk menganggap diri mereka sebagai Bumiputera.

(3) Pada muka surat 24 kertas putih ini disebutkan mengenai amaran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, di Kuala Pilah pada 15 April 1969 bahawa jika DAP cuba mengubah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan maka akan berlaku huru-hara.

(4) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.

(5) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 10 malam 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan” kepada polis-polis Melayu.

Ekoran Peristiwa 13 Mei ini, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, telah ditahan di bawah Seksyen 11(2)(b) ISA pada 18 Mei 1969 di mana asas utama penahanan ini adalah tindakan beliau mempertikaikan pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera'.

Menjawab pertuduhan terhadap beliau pada 30 Julai 1969, Lim Kit Siang dengan berani mengakui penentangan beliau ke atas pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' kerana beranggapan bantuan perlu diberi berasaskan ‘need’ bukan ‘race’.

Dalam sidang Parlimen pada 3 Mac 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, menggelar Ahli-Ahli Parlimen DAP sebagai seperti “ruthless,  tricky,  smooth,  suave,  slick  political  rogues” yang menggunakan isu-isu sensitif untuk menang dalam PRU 3.

Diungkapkan balik oleh Tun Dr Ismail petikan pelbagai kenyataan sensitif Lim Kit Siang, antaranya yang menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan yang didakwa tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu, tanpa apa-apa bantahan dari wakil DAP.

Semua ini adalah bukti nyata DAP tidak boleh berlepas tangan daripada Peristiwa 13 Mei.

Menariknya, walaupun Lim Kit Siang telah ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969 kerana mempertikaikan pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera', selaras dengan Deklarasi Setapak 1967, hingga kini prinsip ini tetap menjadi pegangan DAP.

Bandingkan sahaja kenyataan Lim Kit Siang mengenai perkara ini sebelum beliau ditahan di bawah ISA, antaranya ialah pada 29 September 1968, 2 November 1968, 7 Januari 1969, 25 Januari 1969, 26 Januari 1969, 7 Mei 1969 dan 13 Mei 1969, dengan kenyataan baru beliau.

Contoh kenyataan baru beliau ini adalah:

(1) “Saya dengan ini mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan” atau “I would therefore call for the abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (10 September 1995).

(2) “DAP mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan segera” atau “DAP calls for the immediate abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (15 September 1995 dan 20 September 1995).

Ini belum lagi diambil kira kenyataan lebih baru Lim Guan Eng dan Anthony Loke. Soalnya kini, setelah menang, bila dan bagaimana pembahagian ini mahu dihapuskan? Cukupkah agaknya dengan pemberian bantuan berasaskan ‘need’ bukan ‘race’ sahaja dahulu? - HARAKAHDAILY 18/5/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Dr Kamarul Zaman! Al-hamdulillah, dedahkan tembelang DAP dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.. DAP, lu mahu tipu sapa? Sama-sama bodoh gaya lu boleh la!

Tandatangan Statut Rom, Terbukti Mahathir Cuma Macai DAP!


Menteri Rasis Di Beri Mandat Tandatangan Statut Rom, Terbukti Mahathir Cuma Macai DAP!!! 
Posted by SnapShot at 5/18/2019


Tahniah rakyat Malaysia...

Terima kasih kepada DYTM TMJ kerana dengan gagah dan beraninya memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai isu Statut Rom...

Terima kasih juga kepada ahli2 politik gabungan parti pembangkang kerana tanpa mengira penat lelah telah mendesak kerajaan PH supaya menarik diri dari ratifikasi Statut Rom...

Terima kasih yang tak terhingga kepada 4 orang professor yang memberikan penjelasan secara ilmiah, barisan Persatuan Peguam2 Islam Malaysia, terutamanya Tuan Buzze, walau pun tanpa apa2 imbuhan, namun tetap bersemangat menghadiri forum demi forum untuk memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia...


Namun di sebalik kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan kedaulatan negara masih terpelihara, kedaulatan Raja Raja Melayu masih lagi tidak ternoda, sikap kerajaan PH sangat2 mengecewakan rakyat Malaysia...

Beberapa kali rakyat Malaysia di tipu oleh kerajaan PH berkenaan Statut Rom..

PH menipu rakyat Malaysia yang memberikan mereka mandat dan membayar gaji mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Timbalan Menteri, Menteri dan Perdana Menteri..

Lebih mengejutkan bila kerajaan PH juga menipu SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja Melayu berkenaan isu ratifikasi Statut Rom...

Mengapa Kulasegaran Seorang Menteri Yang Rasis Di Beri Mandat Untuk Menyuarakan


Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran,telah beberapa kali menimbulkan ketegangan antara kaum kerana menunjukkan sikap rasis yang tebal dalam beberapa ucapan dan kenyataannya...


Tentu kita masih ingat, tak sampai beberapa bulan menjadi menteri, Kulasegaran dalam kenyataannya yang biadap dan bersifat rasis di Nilai, Negeri Sembilan pada bulan Julai 2018, mendakwa bangsa Melayu adalah bangsa pendatang dan bangsa India adalah bangsa peribumi di Malaysia...


Kenyataan Kulasegaran mendapat kecaman dari masyarakat termasuk ahli akademik yang bukan berbangsa Melayu...

Kulasegaran pada awalnya cuba memutarbelitkan kenyataan yang beliau sendiri buat dan menafikannya...

Tapi buat kata DS Najib, internet tidak menipu (BACA DI SINI)


Lepas minta maaf, Kulasegaran masih lagi kekalkan sikap rasis beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama (BACA DI SINI), waktu membantu Streram dalam kempen PRK Semenyih...

Jelas pada kita semua, Kulasegaran memang seorang yang cukup rasis (BACA DI SINI)...

Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa menteri seperti Kulasegaran di berikan mandat untuk mewakili Malaysia untuk tandatangani triti antarabangsa seperti Statut Rom?

Apakah Mahathir dan Saifuddin tak tahu bahawa Statut Rom yang akan Kulasegaran akan tandatangan itu melibatkan kedudukan istimewa Raja Raja Melayu yang jelas tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan...

Atau walau pun Mahathir dan Saifuddin tahu, tapi takut nak menentang kehendak DAP!!!

Tapi takkanlah takutkan DAP, sampai ke tahap sanggup jadi 'punching bag' untuk di belasah oleh pelbagai pihak semata2 sebab nak gembirakan DAP!!!

Admin kata macam tu sebab, Mahathir dan Saifuddin selama ini menyembunyikan fakta bahawa yang tandatangan Statut Rom ialah Kulasegaran dan bukannya Saifuddin...

Sejak bila pula Menteri Sumber Manusia boleh mewakili Malaysia untuk tandatangan triti peringkat antarabangsa!!!

Jadi tak hairanlah, bila Mahathir dan Saifuddin bermati2an pertahankan Statut Rom...

Rupa2nya, dah kena kerah oleh tuan mereka, DAP, supaya mempertahankan penyertaan Malaysia dalam Statut Rom walau pun penyertaan Malaysia jelas tidak mengikut SOP, kerana TIDAK mendapat perkenan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja...

Kalau begitu keadaannya, ahli parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, malah Perdana Menteri sendiri adalah boneka pada DAP!!!

Selepas Kerahkan Mahathir Dan Saifuddin Pertahankan Statut Rom, DAP Melakunkan Watak Mesra Melayu Dan Islam


Terjawablah persoalan kenapa DAP membisu dalam isu Statut Rom, rupa2nya DAP memainkan watak Mr. Clean dan membiarkan semua kerja kotor dan hitam di buat oleh Mahathir dan Saifuddin...

DAP akan dapat kekalkan topeng suci mereka seolah2 mereka tak terlibat apa2 dalam Statut Rom...

Patutlah sejak kebelakangan nie, DAP selalu memainkan watak mesra Melayu dan mesra Islam, rupa2nya, itu adalah kosmetik pada 'watak suci' mereka...

Kalau yang masih sayang, rindu dan cintakan DAP, walau pun pendedahan begini dah di buat, terpulanglah...

Dakaplah DAP seerat2nya supaya senang nanti dalam senyuman dan kemesraan, DAP pijak anak cucu korang...

Dan kepada menteri2, Timbalan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri yang ada sekarang, lacurkanlah maruah ugama dan bangsa kau orang semua asalkan jawatan yang ada tu dapat restu dari DAP...

Mungkin bagi kau orang, restu DAP jauh lebih baik dan terjamin berbanding redha Allah SWT...

Sebab bagi kau orang, rezeki kau orang di tangan DAP dan bukannya di tentukan oleh Allah SWT!!!
(Posted by SnapShot at 5/18/2019)

Ketua Hakim Negara Sebak, Peringat Hakim Surah An-Nisa'

Ketua Hakim Negara sebak, peringat hakim Surah An-Nisa'
Tengku Maimun menyampaikan ucapan pada Majlis Meraikan Ketua Hakim Negara, di Istana Kehakiman, Putrajaya. -Foto Astro AWANI / Sh

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebak tatkala mengingatkan para hakim berkenaan tanggungjawab yang digalas oleh mereka.

Tengku Maimun yang memetik Surah An-Nisa, berkata tugas menghukum yang diamanahkan oleh Allah, perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama.

Tegasnya, ayat suci Al-Quran itu menjadi pegangannya dalam melaksanakan tugas.

Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Tengku Maimun Tuan Man diraikan oleh para hakim dalam sebuah majlis di Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Tengku Maimun Tuan Man diraikan oleh para hakim dalam sebuah majlis di Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

"Bagi saya, dalam melaksanakan tugas, saya akan terus berpegang dalam Surah An-Nisa', ayat 58:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

"...dan Surah An-Nisa', ayat 135:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan," katanya dalam nada sebak.

Beliau berucap pada Majlis Meraikan Ketua Hakim Negara di hadapan para hakim, peguam negara dan wakil-wakil badan guaman pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman di sini hari ini. 

Bercakap soal kritikan rakyat terhadap tugas hakim, Tengku Maimun berkata sebarang kritikan perlu dilakukan dengan berhemah dan berdasarkan fakta.

"Jika terdapat tuduhan salah laku dalam kalangan hakim, saya menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang tuduhan, laporkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat.

"Orang awam juga boleh menulis kepada saya, Presiden Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim bagi dua Mahkamah Tinggi untuk kami melakukan apa yang sepatutnya," ujarnya.

Hadir sama pada Majlis Meraikan Ketua Hakim Negara adalah Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Hadir sama pada Majlis Meraikan Ketua Hakim Negara adalah Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

Jelas beliau, tuduhan liar terutama yang dibuat di media sosial tanpa menyampaikan kepada saluran yang betul untuk tindakan sewajarnya, akan membawa kerugian bukan sahaja kepada sistem kehakiman negara, malah rakyat Malaysia secara amnya. (AA)

Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.'

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara
Muhyiddin menyampaikan surat kelulusan pemohonan taraf kewarganegaraan kepada Zahara Dewa, 83 tahun, pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jamek Nurul Yakin Gugusan Felda Maokil Labis, 17 Mei, 2019. --fotoBERNAMA  

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

MUAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan seawal 10 tahun bagi memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam negara terutama dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan adanya inisiatif "Kemakmuran Bersama", yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, tidak akan ada satu kelompok dalam masyarakat pun, tidak kira datang dari mana pun, akan tertinggal, terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.

"Maka sebab itulah, dengan adanya pandangan baru (Kemakmuran Bersama) yang telah dikemukakan, kerajaan kita harap dalam tempoh 10 tahun, seawal-awalnya 10 tahun, kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dan negara kita, terutama dari segi penguasaan ekonomi akan dapat kita perbaiki," kata beliau pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni pada Bulan Ramadan di luar Masjid Jamek Nurul Yakin, Gugusan Felda Maokil, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu memperlihatkan bahawa kerajaan memahami akan tanggungjawab dalam memastikan tahap penguasaan ekonomi dalam negara dapat dilakukan menerusi pertandingan yang sihat.


"Supaya nanti tidak adalah kelompok yang maju dan dapat menguasai satu bidang yang jauh ke hadapan dan ada satu kelompok, kumpulan dalam masyarakat yang terpaksa tinggal jauh di belakang," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat agar sedar dengan tugas dan tanggungjawab yang masih besar terutamanya masyarakat Islam supaya meningkatkan semangat bekerja serta mengambil peranan dan tanggungjawab terutama sempena bulan Ramadan yang mulia ini, agar tidak ketinggalan.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Gambir itu berkata, meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai umat Islam di negara ini, masih banyak lagi usaha dan kejayaan yang boleh dicapai dalam pelbagai bidang.

Yang turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan kepada sembilan individu selain bantuan berbentuk barang keperluan dan duit raya kepada kira-kira 100 asnaf terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.
-- BERNAMA

'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih



MARANG: Isu ‘kartel dedak’ yang dihangatkan oleh portal media sosial seperti Malaysiakini, itu tidak menjejaskan PAS kerana isu lama yang telah selesai dimainkan semula.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cabaran yang lebih besar pernah dihadapi oleh PAS sejak lebih 60 tahun penubuhannya tetapi parti itu masih selamat.
Katanya, tuduhan kepada PAS sebelum ini melibatkan dana RM90 juta kini telah berubah kepada isu RM1.4 juta pula.
“Kita menghadapi cabaran yang lebih besar daripada itu lagi. Oleh kerana, kita telah berjaya lepas dari segi siasatan itu, dengan sebab itu tidak perlu diungkitkan lagi.
“Dari RM90 juta turun kepada RM1.4 juta, makin turun dan makin turun lagi. Kita anggap itu macam ‘Pepsi Cola’ sahaja. Dia akan meletup semasa buka tudung (botol) sahaja. Selepas itu dia akan hilanglah, insya-Allah.
“Kita anggap itu cerita lama yang telah selesai semasa pilihan raya. Jika ada timbul pula itu macam filem lamalah, lagu lama, hitam putih,” jelasnya.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita, adakah isu ‘kartel dedak’ itu menjejaskan PAS, selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.
Menjawab gesaan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar PAS menjelaskan isu kartel dedak kerana melibatkan kepentingan awam, kata Presiden PAS itu telah selesai.
Menurutnya, isu kartel dedak itu dianggap telah selesai kerana beberapa nama terbabit telah disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, hasil siasatan itu mendapati tiada apa yang berlaku melibatkan kesalahan undang-undang.
“Itu sudah disiasat oleh SPRM, sudah ada yang dipanggil dan sudah ada kenyataan SPRM. Tak ada apa-apa hal yang berlaku melibatkan undang-undang, Alhamdulillah. Kita selamat.
“Cuma kita minta SPRM siasat juga dia. Sebab, kita ada dapat maklumat dia ada dapat duit luar negeri. Minta supaya SPRM siasat sejauh mana PH ini dapat bantuan dana luar negeri.
“Kita dapat maklumat ada usaha-usaha nak beli wakil rakyat pun ada,” tegasnya merujuk kepada dana yang diperolehi oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Selain itu, menyentuh isu Lembaga Jawatankuasa Disiplin PAS katanya, hukuman kesalahan disiplin parti tidak mengira siapa pelakunya.
“Kita serah kepada Lembaga Jawatankuasa Disiplin, PAS ada Jawatankuasa Disiplin dia. Bila ada pengaduan dari mana-mana negeri atau kawasan. Disiplin akan panggil dia.
“Memang kita pernah menghadapi hal-hal yang lebih berat daripada itu pun, dalam krisis sepanjang lebih 60 tahun PAS ditubuhkan.
“Kita menghadapi macam-macam hal dan ada yang kita ambil tindakan disiplin sebagai langkah pencegahan. Itu terserah kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Disiplin.
“Tak kira siapalah, yang buat kenyataan parti ini pemimpin partilah. Dia bukan pimpinan utama parti,” jelasnya. - HARAKAHDAILY 17/5/2019

PTPTN Makin Zalimi Anak Muda -K/Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia.




BERDASARKAN Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, janji ke-6 (rujuk muka surat 12) adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
shahir adnan
Janji tersebut berbunyi, “Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam”.


Pemimpin-pemimpin muda Pakatan Harapan, termasuklah YB Syed Saddiq, telah berjanji di dalam Buku Pakatan Harapan (rujuk muka surat 189) melalui Iltizam Khusus Anak Muda, Iltizam #4, “Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma” dengan “Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula di prasekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi”.



Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menganggap kedua-dua janji tersebut hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. Rakyat, terutama anak-anak muda telah ditipu dengan janji kosong dan harapan palsu. Menyoroti kronologi kisah PTPTN oleh Pakatan Harapan, kita lihat banyak pusingan-U dibuat dan kajian yang tidak habis-habis.



Seawal memegang tampuk pemerintahan, berikut adalah susur galur kisah dongeng PTPTN Pakatan Harapan:

a. Pusingan-U pertama dibuat mengenai Iltizam anak muda di mana “Manifesto bukan kitab suci” apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan. Najib dan pentadbiran terdahulu disalahkan.
b. Pusingan-U kedua dibuat apabila kajian mahu dilaksanakan berkenaan janji mereka iaitu gaji minimum RM4,000 bagi pembayaran balik PTPTN
c. Pusingan-U ketiga dibuat apabila peminjam dikeluarkan dari senarai hitam, tetapi berdepan risiko bankrap atau muflis jika tidak membuat pembayaran balik
d. Pusingan-U keempat dibuat apabila skema pemotongan gaji melalui peratusan yang tidak adil dan munasabah untuk anak-anak muda.
e. Pusingan-U kelima dibuat apabila mereka mahu menyenaraihitamkan semula peminjam supaya tidak ke luar negara. Ditambah pula dengan peraturan zalim untuk mengenakan sekatan ke atas pasport, lesen memandu, dan memperbaharui cukai jalan.


Yakinlah bahawa Pakatan Harapan akan membuat pusingan-U seterusnya.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat situasi ini memburukkan lagi keadaan anak-anak muda yang makin dihimpit dan ditekan oleh dasar-dasar tidak munasabah Pakatan Harapan.
Kita harap anak-anak muda mula berfikir dan tidak lagi ditipu oleh janji dan harapan palsu Pakatan Harapan.
Demi Bangsa Malaysia!
SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
17 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 17/5/2019

Gangguan Seksual: Wanita Dakwa Dari MP PKR. Ini..

Hasil carian imej untuk lambang pkr

'I love you, sayang’ - wanita dakwa gangguan seksual dari MP PKR 

Seorang anggota parlimen PKR dari Perak dan seorang bekas bendahari cabang parti itu saling membuat laporan polis ke atas satu sama lain.
Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada anggota parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu. Manakala, wakil rakyat itu pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya.
Imej yang berkaitan
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ahli parlimen itu sementara menunggu ulasan daripada anggota parlimen dan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam dari Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli parlimen itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2008.
Katanya, masalah atau gangguan seksual kemudian mula menjadi-jadi.
“Lelaki itu menghantar teks ‘I love you sayang’,” kata wanita tersebut.
Dalam laporan ahli parlimen itu yang bertarikh 4 Mei lalu, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dirinya mengalami trauma dan gangguan jiwa.
“Saya tidak dapat tahan dengan wanita tersebut yang menganggu saya sehingga mengalami trauma dan gangguan jiwa,” kata ahli parlimen itu.
Wakil rakyat PKR itu walau bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai trauma dan gangguan jiwa berkenaan daripada wanita yang sudah bersuami itu.
Bagaimanapun pada akhir tahun lalu, selepas mengadu kepada suaminya berkenaan tindakan ahli parlimen tersebut dan juga meletak jawatannya sebagai bendahari cabang, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.
“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.
“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah.
“Malah, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku ‘kamasutra’,” kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika.
Sementara itu, wanita tersebut turut membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang didakwa bersuhabat dengan ahli parlimen tersebut.
Ketua Wanita PKR Haniza Talha ketika dihubungi Malaysiakini, mahu pihak polis menjalakan siasatan dengan segera.
“Siasatan perlu dijalankan ke atas laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Hasil siasatan perlu diambil tindakan,” katanya dalam satu teks mesej ringkas.
(https://malaysia.worldtimes.news/i-love-you-sayang-wanita-dakwa-gangguan-seksual-dari-mp-pkr/)

PH Gagal Lagi, Salahguna Pas Lawatan &Pusat Hiburan Masih Berterusan

17 GRO Vietnam ditahan
SEBAHAGIAN daripada GRO dicekup dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan di Jalan Mustafa Al-Bakri di Ipoh semalam. - UTUSAN ONLINE  


HALAMAN HIBURAN

IPOH 17 Mei - Seramai 17 wanita warga Vietnam yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Mustafa Al-Bakri di sini semalam.
Kesemua wanita berusia lingkungan 18 hingga 38 tahun itu diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak yang dijalankan pada pukul 9 malam.
Turut ditahan dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang merupakan majikan dan pekerja yang menjaga GRO tersebut di premis berkenaan.
Pengarah Jabatan Imgresen Perak, Kamaluddin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati wanita yang ditahan itu telah tinggal di negara ini melebihi masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.
Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menjumpai keraguan berhubung cop lawatan sosial yang dilihat palsu pada dokumen perjalanan milik tiga wanita yang ditahan.
“Ketika serbuan dijalankan, ada dalam kalangan wanita itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di bawah meja dan ruangan dalam sofa namun usaha mereka tidak berjaya.
“Kesemua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk diambil keterangan dan kita percaya ada sindiket yang mendalangi cop palsu pada pasport milik GRO tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimPH masih gagal lagi, salahguna pas lawatan dan pusat hiburan masih berterusan, 2X5 macam BN dulu. Tak profesional, tak cekap dan tak bersih pun.

Friday, May 17, 2019

PH Keluarkan Setem Gereja.. Benarkah Dakwaan Presiden ISMA Ini?

Presiden ISMA cetus kontroversi dakwa PH keluar setem gereja
Aminuddin mendakwa tindakan mengeluarkan setem tersebut selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu merupakan rahmat untuk seluruh alam). - Sumber foto FB  


KUALA LUMPUR: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus mencetuskan kontroversi apabila presidennya, Aminuddin Yahya mendakwa kerajaan Malaysia Baharu itu telah "mengeluarkan" setem dengan lakaran imej gereja.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Aminuddin mendakwa "tindakan mengeluarkan setem berkenaan selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu merupakan rahmat untuk seluruh alam)."

"Mungkin kita hendak menarik pelancong agaknya atau sudah habis idea untuk design apa. Jadi kalau ada orang luar label Malaysia sebagai negara Kristian esok, kita janganlah marah sebab memang kita dah 'potray'-kan demikian.


"Satu lagi bentuk 'buli' kepada umat Islam," demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Khamis.
Bagaimanapun, tindakan melulu Aminuddin itu menerima kecam hebat oleh pelbagai pihak termasuk Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang dan peguam, Syahredzan Johan.

Beliau turut berkata, "menurut Aminuddin Yahaya, Presiden Isma, Islam kini "DIBULI" sebab sekarang dah ada setem gambar gereja".

Reaksi pelbagai turut diluahkan oleh netizen yang mendakwa Aminuddin "kurang bijak" kerana tidak membuat semakan mengenai pengeluaran setem yang mempamerkan rumah ibadat di Malaysia.

Tinjauan Astro AWANI di laman sesawang Pos Malaysia, koleksi-koleksi setem berlatarkan gambar pelbagai rumah ibadat telah dikeluarkan sejak 21 November 2016 lagi dan ia dijual di pejabat pos di seluruh negara.

Koleksi setem berkenaan memaparkan lima imej rumah ibadat iaitu Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, Gereja St Francis Xavier (Melaka), Tokong Tong Perak (Perak) serta Kuil Sri Kandaswamy Kovil dan Gurdwara Sahib Shapha, kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Buat masa ini, pihak Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari pihak Pos Malaysia. (AA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails