Tuesday, May 21, 2019

Sokong Matrikulasi Dr Maszlee, Pertikai Fasih Bahasa Mandarin. -Ibnu Hasyim.


Kuota Matrikulasi: Dr Maszlee diharap tak gentar

KUALA LUMPUR: Objektif asal program Matrikulasi adalah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, program Matrikulasi memang diperkenal khusus untuk pelajar Bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di institut-institut pengajian tinggi.

“Pada Jun 2002, kerajaan telah memperuntukkan 10 peratus kuota kepada pelajar bukan Bumiputera di mana ia bermula pada sesi kemasukan 2003. 

Manakala baru-baru ini sekali lagi kerajaan menambah kemasukan ke Matrikulasi menjadikan pelajar bukan Bumiputera juga bertambah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh ketegasan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota Bumiputera untuk program Matrikulasi dan menyifatkan tindakan tersebut berada pada landasan yang betul.

Malah, Abdul Latiff turut bersetuju dengan pertikaian Maszlee terhadap syarat fasih berbahasa Mandarin yang ditetapkan segelintir majikan untuk mendapatkan pekerjaan di mana kes itu secara tidak langsung menafikan kelayakan Bumiputera.

Bahkan bidasnya, ia adalah contoh sikap rasis yang telah lama diamalkan pihak tertentu dalam negara di mana menjadi amalan sangat tidak seimbang dalam masyarakat, tetapi didiamkan pula disebalik tuntutan atas nama keadilan kononnya.

“Saya yakin, YB Dr Maszlee di landasan yang betul dalam perkara ini. Oleh itu, YB jangan sesekali gentar dengan gesaan mereka dan YB tidak akan berseorangan dalam mempertahankan perkara ini,” ujarnya mengaju solidariti. - HARAKAHDAILY 20/5/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman menyokong Matrikulasi Dr Maszlee, dan mempertikai syarat fasih bahasa Mandarin. 
Ibnu Hasyim pun bersetuju sama-sama seperti mereka.

Lihat sebelum ini..

'Bikin panas', Sama Tektik-teknik Israel, Madonna Dan K'jaan PH.

Madonna 'bikin panas' di Eurovision, alih kontroversi untuk bawa mesej damai Israel-Palestin
Madonna melalui status di Twitternya, menyatakan bahawa dia amat bersyukur kerana di beri peluang untuk menyampaikan mesej positif kepada dunia - Gambar www.billboard.com

HALAMAN HIBURAN
Madonna 'bikin panas' di Eurovision, alih kontroversi untuk bawa mesej damai Israel-Palestin
Hasil carian imej untuk madonna israel palestine

NEGARA Belanda mungkin telah berjaya memenangi pertandingan nyanyian Eurovision 2019 yang telah berlangsung di Tel Aviv, Israel hujung minggu lalu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah mesej politik yang telah disampaikan oleh penyanyi pop terkenal Madonna.

Pada malam itu Madonna telah menyampaikan dua lagu termasuk lagu terbaharunya, Future bersama dengan anggota kumpulan Migos, Quavo dan pada penutup persembahan tersebut penyanyi itu 'bikin gempar' dengan mencetuskan kontroversi.

Mana tidaknya, persembahan pada malam itu diakhiri dengan memperlihatkan dua orang penari latar Madonna memakai bendera Palestin dan Israel yang ditampal pada belakang baju mereka.


Apa yang menariknya lagi kedua-dua penyanyi latar tersebut telah berjalan seiringan sambil berpegang tangan seperti menunjukkan simbol perdamaian.
David FriendMay 18
Replying to @dfriend
Australia's Kate Miller-Heidke is bringing new meaning to pole dancing with her intergalactic trip "Zero Gravity."  
   
David FriendMay 18
Replying to @dfriend
Spain won't win  with Miki's "La Venda," but dang if that wasn't a great way to finish the run of contenders! 
   


Menurut Madonna melalui status di Twitternya, dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan mesej positif kepada dunia.

"Saya sangat bersyukur kerana dapat menyampaikan mesej yang positif ini kepada dunia," katanya di Twitter pada Ahad.

Pada pertandingan tersebut bukan sahaja Madonna  yang menyampaikan mesej perdamaian malah kumpulan dari Iceland, Hatari turut kelihatan memegang bendera Palestin semasa pertandingan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), Eldad Koblenz dalam reaksinya memaklumkan bahawa kumpulan dari negara Iceland itu akan dikenakan hukuman kerana telah melanggar peraturan.

Sebelum ini, Madonna telah dikecam hebat gara-gara bersetuju membuat persembahan di pertandingan tersebut.

Kebanyakan daripada mereka meminta supaya Madonna tidak melakukan persembahan dan memboikot pertandingan berkenaan kerana negara Yahudi itu berkali-kali melanggar hak asasi manusia serta meminta penyanyi berusia 60 tahun itu mengenang nasib menimpa rakyat Palestin yang hidup merana kerana Israel. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim"Saya sangat bersyukur kerana dapat menyampaikan mesej yang positif ini kepada dunia," kata Madonna di Twitter pada Ahad.

'menyampaikan mesej yang positif ini kepada dunia'..? Padahal sebenarnya mesej itu mesej penjenyah, pengganas dan penjajah bagi menghancurkan dunia yang selain Israel bangsat itu. Mereka yang memulakan dan terus merampas bumi Palestin, mereka pura-pura mengajak damai. Ini tektik dan teknik mereka.

Di Malaysia pun ada, contohnya, kerajaan PH. Mereka yang merampas hak royalti minyak rakyat Kalantan, mereka pura-pura menawarkan ihsan dan menyalahkan pemimpan negeri itu dengan merampas balik, hak tersebut.

Masalah demokrasi, rakyat Kelantan memilih perlembagaan PAS yang mahukan 'Negara Islam' di Kelantan, bila berjaya pilihan raya, 'tangan-tangan haramjadah' seperti itulah yang menyekat dan menghaalangnya pula.

Sama strategi Israel, Madonna dan Kerajaan Pakatan Harapan sekarang!

'Dr Maszlee bodoh'. Kata EXCO S'gor DAP. AP PAS Bela..



PAS pertahan menteri ‘diserang’ pemimpin DAP
KOTA BHARU: Pendirian tegas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota kemasukan program matrikulasi disokong anggota parlimen PAS.
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, sekalipun dikritik segelintir pihak namun Dr Maszlee tetap dengan pendiriannya.
“Tindakan ini amat kita puji dan sokong, malah sebelum ini pun saya mengeluarkan kenyataan program matrikulasi wajib diteruskan,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini pemimpin DAP dilapor mempertikaikan pendirian Dr Maszlee mempertahankan sistem kemasukan ke program matrikulasi.
Anggota Exco Selangor Dato’ Teng Chang Khim menyifatkan Dr Maszlee bodoh, manakala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy pula menganggap menteri pendidikan terbabit tiada beza dengan pemimpin Umno. - HARAKAHDAILY 20/5/2019

Monday, May 20, 2019

Jabatan Amal Terlibat Membakar Kenderaan Mufti? Jahat!


Tuduhan tidak berasas sekumpulan pihak jahat

JABATAN Amal Malaysia mengambil serius mengenai tuduhan jahat dalam media sosial kononnya salah seorang anggota jabatan ini terlibat dalam insiden membakar kenderaan rasmi Mufti Negeri Perlis.
Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Amal Malaysia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini memandangkan kes bakar kenderaan tersebut masih dalam siasatan PDRM.
BERAMAL KERANA ALLAH
MOHD NAZREE MOHD ARIS
Ketua Pengarah
Jabatan Amal Malaysia
19 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 20/5/2019

177 Penuntut Alami Penderaan Seksual. Bukti Gagal 'negara maju', Konon..

SEKUMPULAN bekas penuntut Universiti Ohio State menyaman universiti
SEKUMPULAN bekas penuntut Universiti Ohio State menyaman universiti itu selepas tidak mengendahkan dan gagal menghalang perbuatan penderaan seksual oleh Richard Strauss. - AFP


177 penuntut alami penderaan seksual
NEW YORK 18 Mei - Hampir 180 orang penuntut lelaki yang mengikuti pengajian di Universiti Ohio State mendakwa didera secara seksual oleh seorang bekas doktor pada le­bih dua dekad lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pentadbiran universiti ber­kenaan, kakitangan yang bertugas ketika itu mengetahui tentang perkara tersebut namun gagal untuk mengambil tindakan.
Lapor Reuters, suspek, Dr. Richard Strauss didakwa mendera sekurang-kurang­nya 177 penuntut ketika beliau berkhidmat sebagai ahli fizik di Jabatan Atlet dan Pusat Kesihatan universiti tersebut dari 1978 hingga 1998.
Kakitangan universiti sedia maklum tentang perbuatan Strauss pada 1979 namun adu­an penuntut tidak disampaikan kepada pihak pentadbiran dan pegawai kanan atlet atau Jabatan Kesihatan sehingga tahun 1996.
Ketika itu, universiti berkenaan memecat Strauss selepas seorang penuntut mendakwa dia dicabul ketika peperiksaan.
“Pendedahan itu amat me­ngejutkan dan sukar untuk di­terima. Kegagalan institusi kami ketika itu menyekat penderaan adalah tidak boleh di­terima.
“Begitu juga dengan usaha yang tidak mencukupi untuk menyiasat aduan,” jelas Presi­den Universiti Ohio State, Michael Drake dalam satu kenya­taan permohonan maaf kepada semua mangsa.
Dalam pada itu, mangsa penderaan yang kini bergelar alumni, Kent Kilgore berkata, dia mahu pihak universiti mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Terdahulu, sekumpulan bekas penuntut yang mendakwa menjadi mangsa Strauss, memfailkan dua tuntutan saman Persekutuan terhadap universiti itu.
Strauss dilaporkan membunuh diri pada 2005.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah bukti gagalnya, 'negara maju', konon.

Lagi Jenayah Maksiat Kelab Malam, Lelaki Maut Ditetak.

Hasil carian imej untuk Jeneyah Maksiat Kelan Malam,
Gambar hiasn..
Lelaki maut ditetak di depan kelab malam
IPOH 19 Mei - Seorang lelaki maut selepas ditetak dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di hadapan sebuah kelab malam di Bandar Baru Medan Ipoh di sini, awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 8 pagi itu menyebabkan, mangsa, S. Kanakaran, 35, mengalami kecederaan parah selepas dia diserang empat lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu bagaimanapun meninggal dunia ketika dibawa masuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai bermula di dalam kelab malam tersebut sebelum berlarutan sehingga ke luar premis.
“Kejadian berlaku ketika mereka sedang berhibur dan mabuk. Ia berlarutan sehingga ke luar kelab malam dan melibatkan senjata tajam iaitu parang.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh badan mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan.
“Motif sebenar kejadian masih disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimLagi jenayah maksiat kelab malam, lelaki maut ditetak. Sokong, join atau undi parti-parti PH kerajaan sekarang, bererti sokong maksiat ber'maharajalela'. Kalau mahu negara bebas maksiat, undilah PAS parti yang menegakkan sistem Islam.

Lihat kata seborang pengomen dalam blog ini..

Anonymous said...

Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam

kalau ini pegangan orang islam
macam mana pulak bole join pati kapir
yang jelas tolak hukum hukum Allah

ada yang bangga pulak tu
aku join pati kapir pun bukan tukar ugama
walau tak tukar ugama
tapi bila masuk pati kpair bermakna setuju ngan dasar pati kpair
tertipu ngan bisikan iblis

Datuk Seri Bergaduh Kerana Perempuan Di K/Malam. Dasar Hiburan PH Gila!

Polis Siasat ‘Datuk Seri’ Terbabit Pergaduhan Kelab Malam

Pergaduhan Kelab Malam
SEORANG lelaki bergelar Datuk Seri hari ini menyerah diri kepada polis untuk membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, ACP Alzafny Ahmad, berkata lelaki terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama peguamnya kira-kira jam 3 petang tadi.

“Datuk Seri yang dimaksudkan menyerah diri untuk membantu siasatan dalam kes ini.
“Selepas keterangan diambil dan soal siasat dijalankan dia dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod beberapa tahun lalu lelaki berusia 31 tahun itu pernah terbabit dalam serangan di depan sebuah kuil di Kuala Lumpur.
Dalam kejadian awal bulan ini sekumpulan lelaki yang bersenjatakan batang kayu menyerbu masuk sebuah pusat hiburan dan merosakkan barangan di premis terbabit.

Nilai kerosakan dianggarkan kira-kira RM200,000.
Ekoran kejadian itu polis menahan 14 lelaki berusia antara 26 dan 27 tahun
Siasatan awal mendapati kekecohan itu berlaku disebabkan rasa cemburu terhadap seorang wanita.

Polis kemudian mengenal pasti empat lelaki yang boleh membantu siasatan kes berkenaan termasuk pemuda bergelar Datuk Seri terbabit.
Minggu lalu seorang peguam mewakili Datuk Seri itu dilaporkan cuba membincangkan isu berkenaan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim.
Bagaimanapun Mazlan bertegas agar Datuk Seri terbabit menyerah diri kepada polis atau berdepan kemungkinan ditangkap.
Sementara itu Alzafny berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan sedang menunggu seorang lagi lelaki – yang kini berada di luar negara – untuk pulang memberi keterangan.-Mkini
Hasil carian imej untuk helikopter lambang pas
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dasar hiburan kerajaan PH gila! 'Warisan UMNO' bukan alasan, kerana sebenarnya ia warisan penjajah, pusat maksiat bertopengkan 'hiburan'.

Rumusan penyelesaiannya: 
Undi PH kerajaan sekarang bererti sokong maksiat ber'maharajalela'. Kalau mahu negara bebas maksiat, undilah PAS parti yang menegakkan sistem Islam.

Isu Pecat 25 Imam, Kereta Mufti Perlis Dibakar. Ini Pembakar Diberkas.


Dalam kejadian pada 22 Mac lalu, kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat.  

Lelaki bakar kereta Mufti Perlis diberkas, Mee Tomoi diburu



KANGAR 19 Mei - Setelah hampir dua bulan melarikan diri, seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada Mac lalu, akhirnya diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini, semalam.
Tangkapan hasil maklumat awam dan risikan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, kira-kira pukul 2.45 pagi.
Berdasarkan pemeriksaan, lelaki berusia 36 tahun itu dan tidak bekerja mempunyai empat rekod jenayah lampau.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.
Katanya, sehubungan itu, polis memburu suspek tersebut dikenali sebagai Mee Tomoi dan individu yang mengupah kedua-dua mereka.
“Lelaki yang ditahan ini mengaku melakukan perbuatan itu (membakar kereta Mufti Perlis) kerana bermotifkan isu pemecatan imam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 22 Mac lalu, kereta rasmi Mohd. Asri iaitu jenis Honda Accord rosak setelah disyaki dibakar oleh pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini pada pukul 5.45 pagi.
Berikutan itu, bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam tersebut terbakar sepenuhnya. Turut terbakar, tayar hadapan sebelah kiri kenderaan tersebut manakala cermin belakang dan depan turut pecah.
Pada Januari lalu, penduduk negeri ini dikejutkan dengan isu pemecatan 25 orang imam kariah manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke tempat lain tanpa alasan.
Isu tersebut terbongkar melalui sekeping surat dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis JHEAIPs) yang tular di laman-laman sosial. - UTUSAN ONLINE

Biadap! Jual Arak, Ugut Ketua Polis. Pengerusi DAP Jerantut Ditahan.

Hasil carian imej untuk jual arak tanpa lesen
Ugut: Pengerusi DAP Jerantut ditahan
KUANTAN 19 Mei - Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, Why Leong ditahan pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Selepas diambil keterangan, dia (Why Leong) dibebaskan dengan jaminan polis. Telefon bimbitnya turut dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.
Mesej berbaur ugutan itu dipercayai susulan tindakan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Jerantut yang menjalankan operasi membanteras penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.
Tindakan penguatkuasaan itu dipercayai menimbulkan bantahan beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan itu.
Isu berkenaan turut tular dalam media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biadap, biadap, biadap! Biadap betul pengerusi DAP Jerantut  terhadap pihak polis yang diamanah menjalankan tugas negara, kalau betul dakwaan tersebut.

Sunday, May 19, 2019

Bintang Hollywood Ditendang Ketika Me­nga­carakan Satu Program Di Afrika Selatan.

GABUNGAN gambar merakamkan detik-detik sebelum dan selepas Arnold
GABUNGAN gambar merakamkan detik-detik sebelum dan selepas Arnold Schwarzenegger ditendang oleh seorang lelaki dari arah belakang dalam satu kejadian di Johannesburg, Afrika Selatan, kelmarin. AGENSI

HALAMAN HIBURAN
Schwarzenegger ditendang di Afrika Selatan
Hasil carian imej untuk Schwarzenegger d
JOHANNESBURG 19 Mei – Bintang Hollywood, Arnold Schwarzenegger diserang oleh seorang lelaki yang menendangnya ketika me­nga­carakan satu program kesukanan di Afrika Selatan, semalam.
Lapor CNA Lifestyle, atlet bina badan dan bekas ahli politik itu sedang berbual dengan peminatnya di Pusat Konvensyen Sandton di sini apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menendangnya dari belakang.
“Terima kasih atas keprihatinan anda semua, namun tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Saya hanya menyedari bahawa saya ditendang selepas melihat semula video yang dirakam peminat,” kata bintang berusia 71 tahun itu.
Bintang filem ‘Terminator’ itu berada di Afrika Selatan bagi menghadiri acara tahunan Arnold Classic Africa, sebuah festival pelbagai sukan.
Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan ba­hawa suspek penyerang ber­kenaan sudah ditahan dan dia diburu polis sebelum ini atas kesalahan yang sama.
Schwarzenegger pula memaklumkan bahawa dia enggan mendakwa lelaki berkenaan. – AGENSI

Hinanya Menteri Kewangn M'sia. Fikir-fikirkan..



Ekonomi Malaysia Lebih Buruk Ditangan Guan Eng

Pakatan Harapan (PH) sewaktu bergelar pembangkang, mereka mengangkat diri sebagai pakar ekonomi. Pantang saja tukaran ringgit jatuh berbanding Dolar Amerika, pasti mereka berbunyi semesta alam. Dengan segala jenis formula langit meluncur laju terpacul keluar dari bibir mereka. 

Maka, dengan bermodalkan air liur dan formula langit mereka, rakyat termakan janji manis lantas memangkah mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu. 

Harapan tinggal harapan. Selepas setahun berlalu, rupa-rupanya, formula langit tiba-tiba tidak menjadi. Janji manis, tiba-tiba terasa kelat pahit. 

Janji ringgit naik sekiranya Najib Kleptokrat jatuh tidak terrealisasi. 

Impian harga barang turun bila GST hapus juga tinggal impian semata.

Tol selepas raya dijanji tiada, hingga nak raya tahun ini masih tersergam indah. 

Janji bawa peluang kerja sehingga tidak perlu lagi rakyat bangun 3 pagi seberang tambak Johor akhirnya tidak kesampaian juga, yang dibawa dari artis dari seberang tambak yang dibawanya.

Saya kira, persepsi melantik Cina ‘akauntan’ sebagai tukang urus wang negara adalah sebuah kegagalan.

Bayangkan, amaran demi amaran diberikan oleh agensi dan badan analisis kewangan dan ekonomi dari dalam dan luar negara sejak Oktober 2018 - selepas lima bulan selepas Malaysia Baharu. 

Media Utama Jepun, Nikkei memberi gambaran Malaysia menghadapi situasi ekonomi yang lembab menyebabkan ramai Foreign Direct Investors (FDI) lari keluar dari Malaysia.

Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Moody’s awal tahun ini juga mengunjurkan hutang dan defisit negara semakin meningkat dan bakal menjejaskan Sovereign Credit Rating negara. Natijahnya, institusi kewangan Jepun Nomura sekali lagi membuat tamparan kepada Malaysia dengan menurunkan penarafan saham Malaysia. 

Mac yang lalu, Bloomberg mengeluarkan dua laporan berturut-turut menyatakan bahawan Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang mencatatkan penurunan. Berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia yang naik 3%-5%, ekonomi kita susut lebih 1%! 

Terkini, Guan Eng terkantoi lagi, apabila menyamakan penjualan asset ekuiti negara dengan pelaburan langsung asing (FDI) terrealisasi! 

Alangkah dangkalnya manipulasi yang di’endorse’ oleh ‘akauntan’ DAP itu! Saya melihat Guan Eng mengambil jalan mudah untuk mendapat kredit. 

FDI pada asasnya adalah untuk memastikan negara perumah (host country) mendapat manfaat yang lebih banyak dari segi jangka masa pendek atau panjang.

Antara strategi menarik FDI adalah memperkenalkan dasar-dasar ekonomi negara yang mampan dan menyakinkan pelabur luar, mengekalkan kestabilan ekonomi melalui pemerintahan yang baik, dan polisi-polisi kerajaan yang tidak ‘flip-flop’.

Walaubagaimanapun, menjual asset kepunyaan negara yang dibuat Guan Eng bukanlah salah satu strategi yang baik! Ianya jalan mudah bagi seorang berstatus Menteri Kewangan!

Jadi persepsi mengatakan bahawa dengan melantik ‘akauntan DAP’ itu mampu menyelamatkan negara, adalah satu kegagalan yang abadi!

Umum juga mengetahui, Guan Eng juga gagal membawa representasi yang baik sebagai Menteri Kewangan apabila kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mesra pelabur. Malah Guan Eng juga pernah menuduh agensi penarafan dan badan kajian ekonomi dunia sebagai penipu apabila mereka menyatakan ekonomi Malaysia berada diambang kemelesetan!

Maka tidak hairanlah, jika salah satu faktor mengapa pelabur luar dan agensi penarafan kredit pandang sebelah mata dengan Malaysia adalah kerana ketidakyakinan mereka terhadap dasar ekonomi Malaysia dan ketidakupayaan barisan pentadbir negara yang tidak berpengalaman dan cakap tak serupa bikin.

Jadi persoalannya, dimanakah perginya ‘kebijaksanaan’ dan ‘formula langit’ yang dahulu kedengaran semesta alam ketika mereka ini di pentas ceramah pembangkang suatu ketika dahulu? 

Fikir-fikirkan… 
Hazwan Mohamad,
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA.
Presiden Professional Muslim Community (PMC).

(Diangkat dari mindarakyat.blogspot.com)

Foto Pengkhianat Islam ‘pengintip kota Mekah’, Dilelong RM1.1 Juta

GAMBAR pemandangan Mekah yang dirakam oleh Christiaan Snouck-Hurgonje
GAMBAR pemandangan Mekah yang dirakam oleh Christiaan Snouck-Hurgonje pada 1885. AGENSI  


LONDON 18 Mei – Foto pertama pemandangan Mekah yang dirakamkan oleh seorang cendekiawan Belanda yang mengintip penduduk tempatan Arab Saudi ‘dengan menggunakan identiti palsu seorang mualaf’ serta mendapat akses ke kota suci berkenaan, bakal dilelong pada harga 212,000 pound (RM1.1 juta).
Lapor Mail Online, foto yang dimuatkan dalam buku berjudul ‘Mekka’ dan ‘Bilder aus Mekka’ oleh Christiaan Snouck-Hurgonje ditulis ketika dia bekerja di Konsulat Belanda di Jeddah pada perte­ngahan 1880-an selama satu setengah tahun.
Latar belakang pendidikan Snouck-Hurgonje dalam pengajian Islam menjadikan dirinya calon sesuai bagi kerajaan Belanda untuk dihantar mengintip golongan bangsawan Indonesia di Arab Saudi.
Snouck-Hurgonje merupakan cendekiawan Barat pertama yang diberikan akses ke Mekah dan menukar namanya kepada Abdul Ghaffaar.
Tambahan pula, rumah Snouck-Hurgonje di Jeddah berdekatan dengan golongan bangsawan terkemuka dari Aceh yang ingin dipantau oleh Belanda.
Ketika itu, Syarikat Hindia Timur Belanda sedang memperluaskan kuasanya ke Indonesia dan memerlukan maklumat berhubung rakyat Indonesia terkemuka di Mekah, selain untuk memahami budaya Islam.
Bukunya menceritakan tentang kehidupan seharian penduduk Mekah dan turut me­ngandungi dokumen amalan Majlis Ulama Indonesia, yang terdiri daripada cendekiawan Islam serta menjadi perhatian Syarikat Hindia Timur Belanda.
Beberapa keping foto yang dirakam oleh Snouck-Hurgonje menunjukkan jemaah dari Indonesia di Mekah selain jemaah yang sedang menunggang unta.
Ketika Perang Aceh dari 1873-1914, Snouck-Hurgonje memberikan nasihat kepada Belanda bagaimana untuk ‘menghancurkan’ penduduk setempat. 
Itulah orientalis pengkhianat Islam yang patut dihukum. 
Lanun penyelidik asing terus 'merogol' hasil hutan negara
Seperti lanun yang bangga mengibarkan bendera, lanun orientalis asing tanpa gentar berulang kali masuk ke negara orang Islam mengulangi jenayah mereka.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails