Saturday, July 27, 2019

Pengajaran Dari Turki. Erdogan 15 Tahun Terakhir Berkuasa..

Pencapaian Erdogan Selama 15 Tahun Terakhir Berkuasa di Turki
Recep Tayyip Erdogan menjadi kandidat incumbent dalam pilpres tahun ini (REUTERS/Umit Bektas) 

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

SELAMA 15 tahun mendominasi pemerintahan Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan  memiliki pencapaian yang tidak boleh dianggap remeh. 


Berawal dari menjabat Perdana Menteri (PM) Turki, Erdogan mampu memacu pertumbuhan ekonomi yang mengesankan banyak pihak. Erdogan bersama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang didirikannya tahun 2001, selalu memenangi pilihanraya  sejak tahun 2002. Erdogan sendiri telah menjabat Perdana Menteri Turki selama tiga periode, mulai tahun 2003 dan berlanjut hingga tahun 2014. Sejak tahun 2014, Erdogan menang pilihanra dan menjadi Presiden Turki pertama yang dipilih langsung orang rakyat. Sebelumnya, Presiden Turki selalu dipilih oleh parlimen. 


Seperti dilansir BBC dan The Economist, Sabtu (23/6/2018), Erdogan dan AKP berkuasa saat Turki dilanda inflasi kronik sejak tahun 2001. Namun di bawah Erdogan dan AKP, inflasi dapat dikendalikan dan pertumbuhan ekonomi tahunan Turki mencapai angka rata-rata 5 persen.


Turki menjadi negara manufaktur dan pengekspor yang kuat. Pada tahun 2011, angka pertumbuhan ekonomi mencapai di atas 10 persen. Turki pun dijuluki sebagai 'Harimau Baru' kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat di antara negara-negara anggota G20. Stabiliti ekonomi membuat Erdogan semakin populer.


Namun serangan teror yang melanda Turki dan gejolak politik, serta terjadinya krisis global, memicu perlambatan ekonomi di Turki sejak tahun 2009. Angka pengangguran bahkan sempat melonjak ke angka 13 persen pada tahun itu. Pertumbuhan perekonomian semakin melambat tahun 2014, saat Erdogan menjabat Presiden Turki. Sejak pertengahan tahun 2016, angka pertumbuhan ekonomi turun ke level 2.9 persen dan angka pengangguran naik di atas 10 persen. 


Tidak hanya itu, nilai tukar mata uang Turki, Lira, juga semakin melemah sebanyak 20 persen sejak awal tahun. Inflasi naik ke level 12 persen dan suku bunga berada di angka 18 persen. Kendati demikian, Turki berhasil melunasi seluruh hutang ke Dana Moneter Internasional (IMF) tahun 2013. Seperti dilapor Hurriyet Daily News, hutang Turki ke IMF sebesar US$ 23.5 milion telah selesai dilunasi. Pelunasan dimulai tahun 2002. Untuk pertama kalinya dalam 19 tahun, Turki menjadi negara bebas hutang. 

Di bawah Erdogan, Turki menjadi negara dengan perekonomian terbesar ke-16 di dunia dan terbesar ke-6 di Eropah. Produk Domestik Bruto (PDB) Turki pada tahun 2013 mencapai US$ 827 milion, atau naik drastik dari US$ 231 milion tahun 2002 saat Erdogan pertama menjabat PM Turki. 


PDB per kapita atau pendapatan per kapita Turki meningkat tiga kali lipat dalam 11 tahun sejak tahun 2002, yakni dari angka US$ 3,500 menjadi US$ 10.815 di tahun 2013. Pendapatan perkapita Turki saat itu tercatat lebih besar dari dua negara Kesatuan Eropah, yakni Rumania dan Bulgaria.


Selain sektor ekonomi, pencapaian Erdogan lainnya juga terjadi di sektor pendidikan dan infrastruktur. Anggaran Kementerian Pendidikan meningkat dan tercatat yang tertinggi selama Erdogan menjabat PM Turki. Kemudian masa wajib belajar dinaikkan dari 8 tahun menjadi 12 tahun.

Untuk sektor infrastruktur, Erdogan membangun lebih banyak lapangan terbang dan jalanraya antara tahun 2002 hingga 2011. Turki yang tadinya hanya memiliki 26 lapangan terbang kini memiliki 50. Salah satunya yang terbaru di Istanbul, disebut Anadolu Agency, akan menjadi salah satu dari tiga lapangan terbesar di dunia. 
Tidak hanya itu, seperti dilapor Today's Zaman, untuk pertama kalinya Turki memiliki kereta cepat menghubungkan Ankara dengan Eskisehir, yang mulai beroperasi tahun 2009. Kereta cepat ini mampu melaju dengan kecepatan 250 km per jam. 


Berkait isu Kurdi, etnik minoriti terbesar di Turki, Erdogan pernah mengambil keputusan bersejarah. Tahun 2012, untuk pertama kalinya bahasa Kurdi akan menjadi pilihan mata pelajaran di sekolah-sekolah Turki. Kepada parlemen Turki saat itu, seperti dilansir BBC, Erdogan menyebut hal ini sebagai 'langkah bersejarah'. Turki selama beberapa deka terakhir memerangi pemberontak Kurdi di wilayah tenggara negara itu. Banyak warga Kurdi yang menyerukan otonomi dan menuntut hak-hak budaya yang lebih baik. 

Tahun 2013, Erdogan mencabut larangan hijab di tempat umum yang berlaku di Turki, lepas percobaan kudeta tahun 1997. Sebelumnya, setiap wanita berhijab di Turki dilarang masuk kampus, belajar medik dan hukum, juga menjadi anggota parlemen.


Itu sekurang-kurangnya antara pengajaran dari Turki.


Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Tel 011 33111321
27 Julai 2019

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015





Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Sewa Milik Rumah: 4 Cadangan Untuk Menteri Perumahan



SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Perumahan (KPKT), Hajjah Zuraida Kamaruddin, kerana mengumumkan skim Rent To Ownyang akan dilancarkan bulan September ini. Rent To Own merupakan satu inisiatif penting yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.
Ketika saya Exco Perumahan Negeri Selangor skim sama yang dinamakan DANASEL telah dilancarkan dalam tahun 2015. Skim tersebut dimulakan untuk membantu peneroka bandar Kg Rimba Jaya, Shah Alam membeli pangsapuri kos rendah yang ditawarkan kepada mereka. Di bawah skim ini, mereka menyewa pangsapuri tersebut dan mempunyai pilihan untuk membelinya apabila mereka berupaya mendapat pinjaman bank.
Berdasarkan pengalaman saya dengan skim ini, berikut adalah 4 cadangan saya untuk pertimbangan Menteri Perumahan:
1) Sebahagian dari sewa yang dibayar dari mula menyewa hingga penjualan rumah ditolak dari harga rumah.
Contohnya seorang peserta skim ini membayar sewa RM800 sebulan. Jika peserta itu membuat keputusan untuk membeli rumah selepas 5 tahun, jumlah sewa yang telah dibayar adalah RM48,000. Sekiranya 75 peratus dari jumlah ini ditolak dari harga rumah maka peserta akan mendapat diskaun RM36,000. Peserta hanya perlu membayar RM164,000 bagi rumah yang dijual dengan harga RM200,000.
2) Sekiranya peserta tidak mahu membeli rumah dan mahu berpindah, sebahagian dari sewa yang dibayar akan dipulangkan.
Seorang peserta yang membayar sewa RM800 sebulan dan membuat keputusan untuk berpindah selepas 5 tahun akan mendapat balik RM36,000 jika 75 peratus dari sewa yang dibayar dipulangkan semula. Wang yang dipulangkan dapat membantu peserta membeli rumah di tempat lain. Ketika saya Exco Perumahan Selangor terdapat skim pembayaran balik sewa seperti ini yang dinamakan SMART Sewa.
3) Jika seorang peserta gagal sama sekali mendapat pinjaman bank kerana kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan, sewa yang dibayar akan dijadikan bayaran ansuran pembelian rumah. Terpulang kepada kerajaan untuk menentukan jumlah bulan yang perlu dibayar sebelum harga rumah itu dapat dibayar sepenuhnya. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun tetapi ia tidak sepatutnya lebih mahal dari pinjaman bank.
4) Harga jualan rumah adalah nilai ketika peserta mula-mula berpindah masuk dan bukan nilai semasa ketika rumah itu dijual.
Rent To Own berpotensi memastikan perumahan mampu milik dapat dimiliki oleh rakyat terutamanya mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar deposit pinjaman perumahan atau mereka gagal sama sekali untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Kerajaan Persekutuan dengan sumber yang besar mesti memastikan skim ini berjaya.
DATO' ISKANDAR A SAMAD 
Ketua Penyelaras REACH

Audit: 7 Jabatan Di Kelantan Cemerlang


BACHOK: Tujuh jabatan di negeri ini mendapat penarafan lima bintang (cemerlang) pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1.
Jabatan terbabit iaitu Jabatan Air Kelantan mencatat 96.2 peratus, Jabatan Pengairan dan Saliran (95.94 peratus), Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (95.72 peratus), Jabatan Kehakiman Syariah (95 peratus).
Selain itu Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (94.64 peratus), Pejabat Pembangunan Negeri (93.80 peratus) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok (93.51 peratus).
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Huzaimy Che Hussin berkata, Kelantan turut menduduki tangga kedua selepas Sarawak dalam usaha menyelesaikan sebarang teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1.
“Ini bermaksud kalau audit memberi teguran, sebarang masalah akan diselesaikan atau diperbaiki dengan cepat.
"Kita akan melihat lagi sehingga benar-benar cemerlang di semua jabatan supaya dapat dipastikan tiada teguran audit dalam pengurusan kewangan jabatan di Kelantan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program jati diri peserta Ladang Rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pantai Irama di Kampung Telok di sini, kelmarin.
Jabatan Audit Negara dalam laporan terbaru menegur tiga agensi kerajaan negeri iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). – HARAKAHDAILY 27/7/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Kes Rogol Exco DAP: Tommy Thomas Amal Pilih Kasih?

Asyraf Wajdi Dusuki

Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong.
Sejak awal lagi persepsi berkeliaran mengenai amalan pilih kasih dalam kes ini apabila Paul Yong tidak direman namun kini siasatannya sudah sempurna dan diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, Tommy Thomas sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara pada 23 Julai lalu.
Kes ini sangat perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran kita, Indonesia, selaku negara asal pembantu rumah itu.
Kami merasa hairan mengapa Paul Yong belum dihadapkan ke mahkamah sedangkan kes ini berlaku pada 7 Julai lalu lebih awal daripada satu lagi kes yang serupa iaitu kes cabul membabitkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka, Ma’on @ Yunus Abu Samah, yang berlaku pada 15 Julai lalu.
Jika Ma’on, yang kesnya lebih ringan dan lebih lewat, tetapi ditahan reman empat hari berbanding Paul Yong yang tidak direman, telah didakwa dua hari lalu maka mengapa pula Paul Yong, yang kesnya lebih berat dan lebih awal, masih belum didakwa?!
Apakah kerana Paul Yong seorang pemimpin DAP manakala Ma’on seorang rakyat biasa maka Paul Yong wajar diberikan layanan lebih istimewa?
Atau apakah kerana Paul Yong seorang Exco Kerajaan Negeri Perak manakala Ma’on hanya seorang Pengerusi MPKK di Melaka maka Ma’on lebih cepat didakwa?
Tidak dapat tidak, persepsi sebegini akan terus berleluasa selepas Peguam Negara sebelum ini bertindak menggugurkan pendakwaan kes rasuah pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan pimpinan PH.
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru Peguam Negara tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes ini bagi memastikan imej perundangan negara terjaga dan sekali gus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan pimpinan Kerajaan dan DAP!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sudah terbit!!
  27 JULY 2019
RAMAI pihak melahirkan kebimbangan dengan laporan pertemuan tertutup enam pemimpin DAP dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan baru-baru ini di pejabat Kementeriam Dalam Negeri (KDN).

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Tuduhan Libatkan NGO, Zakir Naik, Pemisah Selatan Thai.. -Tuan Ibrahim.





PAS bantah tuduhan M Indira Gandhi 
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya tuduhan melulu M Indira Gandhi yang mendakwa badan bukan kerajaan mesra PAS bersama Zakir Naik dan puak pemisah di Selatan Thai melindungi bekas suami dan anaknya. Ia satu tuduhan jahat dan cubaan mengaitkan PAS dengan aktiviti ekstrimisme.
PAS dengan tegas menafikan penglibatan melindungi bekas suaminya, Mohd Riduan daripada pihak berkuasa seperti yang didakwa oleh M Indira Gandhi. PAS menuntut supaya dia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf atas dakwaan berat yang telah dikaitkan dengan PAS.  
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Kubang Kerian

Gunung Berapi Tangkuban Parahu Di Bandung Meletus

Gunung Tangkuban Parahu setinggi 2,284 meter (m) memuntahkan awan debu setinggi 200 meter
Gunung Tangkuban Parahu memuntahkan awan debu setinggi 200 meter  


BANDUNG, Indonesia – Gunung berapi Tangkuban Parahu di sini meletus pada pukul 3.18 petang (waktu tempatan) tadi, demikian menurut laporan portal berita CNN Indonesia.
Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti gunung berapi sebelum ia meletus. Pasukan SAR turut mempercepatkan proses memindahkan penduduk setempat daripada kawasan berkenaan.
“Kami sudah menjangkakannya, Pejabat SAR Bandung telah meningkatkan kesiapsiagaan dan tahap persediaan untuk menghadapinya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, Pejabat SAR Bandung sudah bersedia untuk membantu,” jelas Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Jawa Barat, Deden Ridwansyah dalam satu kenyataan akhbar.
Selain itu, Deden turut menyatakan pihaknya akan menyeragamkan operasi bersama PT Graha Rani Putra Persada (GRPP) iaitu pihak pengurusan Taman Negara Gunung Tangkuban Parahu (TWA).
GRPP sudah memindahkan pengunjung dan penduduk setempat di sekitar TWA.
Gunung Tangkuban Parahu setinggi 2,284 meter (m) memuntahkan awan debu setinggi 200 meter. Awan debu berwarna kelabu dengan debu tebal dilaporkan menghala ke arah kawasan timur laut dan selatan.
Ketua Pusat Meteorologi dan Pengurusan Bencana di Agensi Geologi, Kasbani pula menyatakan letusan itu direkodkan dengan amplitud maksimum 38 milimeter kira-kira 5 minit 30 saat.
Buat masa ini, gunung berapi itu diletakkan pada amaran tahap 1 atau dianggap normal.
Kasbani mengingatkan orang ramai di sekitar Gunung Tangkuban Parahu, tidak kira sama ada pengunjung, pendaki mahupun pelancong tidak dibenarkan turun ke dasar Kawah Ratu dan Kawah Upas. - Agensi

Video: ASAL USUL TANGKUBAN PERAHU


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Tiada Syarat Untuk UMNO, Pas Bukan Parti Malaikat.




KUALA LUMPUR 27 Julia - Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa-apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu terlaksana.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO adalah untuk memperbetulkan politik negara.
"Itu masalah dalaman (Umno) kita tak campur," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di facebook.
Lagi pula kata Abdul Hadi, Pas sendiri bukan parti malaikat dan mereka juga perlu bersih.
"Kita juga perlu bersih bukan bersih orang lain saja. Kita pun kena bersih juga. Masing-masing parti kena bersihkan parti sendiri.
"Kita (PAS) tak anggap kita parti malaikat," katanya ketika ditanya sama ada Pas akan meletakkan sebarang syarat kepada UMNO untuk memastikan parti itu bersih terlebih dulu sebelum menjalinkan kerjasama secara rasmi.
Ia susulan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presiden Batuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Utusan Online)

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Kewarganegaraan: Wujud Konspirasi Di Bawah Arus?


DALAM sejarah tanah air ini, Tanah Melayu yang digelar 'Semenanjung Emas' atau 'Subvanabbumi' dan pelbagai gelaran lain sentiasa memicu perhatian pelbagai bangsa daripada pelbagai penjuru dunia untuk datang menghirup udara segar serta memugar rezeki. Kemasukan migran asing secara besar-besaran bermula di penghujung abad ke-19 kerana penjajah British ingin menggerakkan ekonomi komersial.

Migran Cina yang diangkut oleh British melalui sistem Tiket dan sistem Kangchu daripada Tanah Besar China. Mengelompok sesama mereka di kawasan bijih timah, akhirnya membentuk sistem pendidikan mereka sendiri dan membawa kesan sosial yang besar kepada Malaya. Budaya kongsi gelap, perjudian, pelacuran, bahkan dalam dekad 1930-an menjadi tunjang kepada Partai Komunis Malaya. 

Etnik Cina akhirnya membnagunkan pekan-pekan dan menguasai sektor strategik ekonomi negara ini.
Etnik India yang dibawa oleh British melalui sistem Kanggani dan sistem Tiket diletakkan di ladang-ladang getah sehingga membawa kepada masalah polarisasi yang serius kepada Tanah Melayu. Pengasingan kaum ini diburukkan lagi dengan politik komunal dan dasar pecah dan perintah Kerajaan British.

Kemerdekaan negara kita pada tahun 1957 mengheret satu isu yang besar berkaitan kewarganegaraan tanah leluhur ini. Dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Bristish seperti menyimbah api pada bara perkauman. Orang Melayu sangat tidak berpuas hati, malah kemarahan ini juga diletakkan dalam peti undi protes Pilihan Raya Umum tahun 1959. Ramai cendekiawan Melayu saat itu berpihak kepada PAS, sehingga Umno menerima tempias kemarahan orang Melayu. Parti PERIKATAN boleh menang selesa di kawasan campuran, namun tidak menang di dua buah negeri jantung hati orang Melayu (Kelantan,Terengganu) pada tahun 1959.

Kini isu kewarganegaraan muncul kembali pasca 9 Mei 2018, sangat menjolok mata dan membimbangkan. Parti DAP yang menunjangi Kerajaan PH dilihat paling ke hadapan dalam isu kewarganegaraan. Apakah perancangan mereka sebenarnya? Apakah agenda sulit dalam pertemuan pimpinan utama DAP dengan Menteri Dalam Negeri? Rakyat perlu tahu dan wajar untuk bimbang memandangkan politik komunal semakin membarah pasca Mei 2018.

Pada 18 Julai 2019, dengan penubuhan 'Backbenchers Citizenship Committee' dengan keahlian 10 orang pimpinan DAP (Ahli Parlimen) adalah berbau etnosentrisme dan wajar dicurigai oleh kaum Peribumi. Mengapa tiada anggota parti lain? Apa agenda besar DAP dalam isu membuka kewarganegaraan? Apatah lagi pertemuan tertutup pada 22 Julai 2019 dengan Menteri Dalam Negeri berkaitan isu kewarganegaraan? 

Sebagai pengamat sosio politik, wajar penulis merasa bimbang dan bersalut kecurigaan. Adakah usaha pimpinan etnosentrism dalam Kerajaan PH untuk menambah bilangan sesuatu kaum secara sistematik adalah bertujuan untuk menguasai politik negara ini pada masa akan datang? 

Rakyat wajar juga merasa bimbang dengan teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa-bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini yang dilihat mempunyai peranan dalam komuniti dunia Islam. Dunia Islam tidak lagi memandang negara Arab sebagai sumber rujukan politik dan kebaikan. Negara bukan Arab seperti Turki dan Malaysia diintai sebagai kuasa semak dan imbang dalam komuniti Islam dunia.

Di wilayah Asia Tenggara ini, hanya negara Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja mempunyai majoriti umat Islam, kaum peribumi masih teguh memegang akidah Islam. Adakah keistimewaan ini akan dipenggal daripada Malaysia? Kepada pemimpin PH, kalian sedang diperhatikan dan jangan menganggap kaum peribumi sedang lena diulit intan. 

Awas! Jangan rosakkan keharmonian tanah leluhur ini yang sekian lama aman damai. Kami tak harapkan pada pemimpin PAN kerana kalian rela ditunggang dan menjadi khadam. Umat Islam wajib bangkit dan peka akan isu permohonan kewarganegaraan yang mendadak ini.

Himpunan Tunjuk Perasaan Di Lapangan Terbang Hong Kong



HONG KONG 26 Julai - Ratusan penunjuk perasaan termasuk beberapa kru penerbangan berhimpun dekat balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, hari ini.
Penunjuk perasaan yang memakai serba hitam melaungkan slogan anti kerajaan, memegang sepanduk dan mengedarkan risalah kepada pengunjung yang tiba di lapangan terbang tersebut.
Penganjur menyifatkan perhimpunan itu sebagai peluang untuk memberi gambaran kepada pengunjung tentang keadaan sebenar Hong Kong pada ketika ini.- AFP
Lihat lagi..
  •      Ringkas..(3)

  • Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

    Raja Lawak Ke Mahkamah Lagi, Pegang Tangan Didakwa, ADUN Rogol?

    Leman ketika hadir ke mahkamah hari ini. Foto oleh Bernama
    Leman ketika hadir ke mahkamah hari ini. Foto oleh Bernama  

    HALAMAN HIBURAN


    Leman Raja Lawak sekali lagi ke mahkamah
    PUTRAJAYA - Dua hari selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim hari ini dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun.
    Tertuduh yang dikenali dengan nama Leman Raja Lawak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya, oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
    Mengikut pertuduhan pertama, Sulaiman, 38, didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang tangan mangsa di dalam sebuah kereta di kawasan perumahan di Puchong, pada 3.30 petang 6 April lepas.
    Tertuduh yang hadir ke mahkamah berpakaian sut lengkap berwarna hitam dan memakai tengkolok di kepala, juga dituduh melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa sama dengan cara berbeza, di Taman Putra Permai Kota Perdana, Seri Kembangan, kira-kira pukul 4 petang pada hari sama.
    Bagi kedua-dua kesalahan itu, Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
    Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali tidak mencadangkan sebarang ikat jamin atas alasan tertuduh mengenali dan mengetahui tempat tinggal mangsa.
    Menurut Norazalina, sekiranya mahkamah memutuskan untuk membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau memohon syarat tambahan yang ketat dikenakan terhadap lelaki itu.
    Peguam Muaz Zafar yang mewakili Sulaiman bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang sarat mengandung.
    “Anak guam saya mempunyai pendapatan tidak tetap dan tidak menentu. Pohon jumlah jaminan yang rendah,” katanya.
    Mahkamah membenarkan Sulaiman dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes.
    Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati, menghubungi dan berkomunikasi dengan mangsa serta keluarga mangsa secara dalam talian dan apa cara sekalipun selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga perbicaraan selesai.
    Pada Rabu lepas, Sulaiman yang kini pengarah urusan sebuah syarikat produksi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya November tahun lepas. - K! ONLINE
    Komen Weblog Ibnu Hasyim: '..melakukan amang seksual fizikal dengan memegang tangan mangsa di dalam sebuah kereta' kini didakwa', ADUN DAP ragol bagaimana?
     Lihat lagi..
    Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails