Saturday, August 10, 2019

Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Jutawan. (4)

ramesh babu si tukang gunting 226

Siapa Dia?

Itulah, Ramesh Babu.

Seorang tukang gunting rambut, pengusaha dan ahli perniagaan, kini menjadi jutawan dan memilik 400 kereta mewah.
ramesh babu seorang tukang gunting

Ramesh Babu pernah berkata..

"Dalam dunia perniagaan anda perlu mempunyai pandangan yang maju ke hadapan, jujur dan berusaha keras. Masa itu tidak ada yang dapat menghentikan anda memperolehi jumlah wang yang layak dari hasil usaha anda dan... anda terus menjadi 'kayawan".

Sejarah Hidup Ramesh Babu.


Ramesh Babu seorang individu yang lahir dalam sebuah keluarga yang miskin. Ramesh Babu telah kehilangan ayah kandungnya sejak beliau masih kecil iaitu pada tahun 1979.


Mendiang bapanya ada meninggalkan sebuah kedai gunting rambut di Brigade Road, Bangalore, India. Walaubagaimanapun, premis kedai gunting rambut tersebut telah diuruskan oleh bapa saudaranya sejak kematian bapanya.


Pada setiap hari, Ramesh Babu sekeluarga hanya diberikan lima Rupee sahaja hasil daripada keuntungan kedai gunting rambut yang ditinggalkan bapanya. Ramesh Babu mengakui, jumlah yang diterima keluarga beliau tidak cukup untuk perbelanjaan harian keluarga.


Disebabkan ganjaran yang diterima tidak cukup, ibu beliau terpaksa mengambil upah sebagai orang gaji dengan menerima upah bayaran sebanyak 50 Rupee sebulan. Upah yang diterima itu sedikit sebanyak membantu dia sekeluarga membeli keperluan harian, sewa rumah, buku, pakaian dan lain-lain lagi.


Mereka akan mendapat pakaian baru setahun sekali dan yang selebihnya digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah termasuk memakai pakaian yang lama. Ramesh Babu pernah dihantar balik oleh guru sekolanya kerana seluar telah koyak.


Meskipun begitu, beliau dan keluarganya amat berjimat cermat dalam menggunakan wang tersebut untuk perkara yang amat penting sahaja. Ramesh Babu sekeluarga hanya makan satu hidangan setiap hari iaitu pada waktu petang. Itupun etelah ibunya mendapat makanan saat pulang dari bekerja.


Jika keluarga tersebut dijemput untuk menghadiri kenduri atau ketika musim perayaan, ia merupakan suatu perkara yang paling gembira saat itu.



Ambil Alih Kedai Bapanya
Kehidupan keluarga Ramesh Babu bertambah baik apabila beliau ditawarkan bekerja sebagai penghantar surat khabar ketika berusia 13 tahun. Gaji yang diterima beliau digunakan untuk perbelanjaan sekolah dan menampung perbelanjaan lain. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti.

Ketika berada di tahun awal pengajian, Ramesh Babu mengambil alih semula kedai gunting rambut milik mendiang bapanya. Beliau akui menghadapi kesukaran ekoran kurang pengalaman dalam menguruskan perniagaan tersebut.


Beliau cuba untuk menyahut cabaran dan berusaha keras demi memudahkan kehidupan seluruh ahli keluarganya. Kedai gunting rambut yang diwarisinya telah dinaik taraf menjadi sebuah salon setelah mendapat perhatian penduduk sekitar. 


Perniagaan salon beliau semakin maju sehingga mampu untuk mengupah dua orang pekerja bagi membantu operasi kedai miliknya itu. Biarpun semakin ramai pelanggan yang datang ke salon tersebut, namun Ramesh Babu mengakui bahawa dia masih kurang pengalaman dalam bidang dandanan rambut.


Beliau mengambil peluang untuk memahirkan dirinya dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang dandanan rambut di sebuah akademi salon tersohor iaitu Toni &Guys di Singapura.


Bagaimana Digelar Jutawan?


Pada 20 tahun yang lalu, Ramesh Babu berjaya membeli kereta pertamanya iaitu sejenis van model Maruti Omni. Van tersebut dibeli untuk kegunaan peribadi beliau untuk ke tempat kerja dan sekitarnya. Van itu juga menjadi kegunaan orang yang berada di sekitar Bangalore apabila ia bertukar menjadi sebuah kereta sewa.


Sambil menggunting rambut pelanggan, sambil itu beliau menyewakan kenderaan tersebut. Rata-rata individu yang menyewa kenderaan tersebut adalah datang daripada pelanggan salonnya sendiri.


Menyedari tentang permintaan kereta sewa memberi keuntungan, Ramesh Babu mendapat idea untuk menjalankan perniagaan berasaskan kereta sewa. Pada saat itu bermulalah detik Ramesh Babu yang akan berubah dari peniaga biasa menjadi seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan.


Pada tahun 2000, Ramesh Babu menerima tawaran dari wakal pemasaran Mercedes India untuk membeli sebuah model kereta E-Class Luxury.


ramesh babu dengan kereta mewahnya


Ramesh menerima tawaran daripada wakil syarikat Mercedes tersebut ketika beliau melihat peluang untuk perkembangan perniagaan miliknya. Ramesh Babu menggunakan duit simpanan dan membuat pinjaman dari bank untuk memiliki kereta mewah tersebut.


Walaupun kadar bunga agak tinggi, beliau rasa ia adalah satu pelaburan yang baik kerana tiada persaingan pada waktu itu. Kereta mewah pertamanya dibeli pada harga 38 Lakh. Perniagaan beliau berjalan lancar pada tahun mendatang dan beliau telah menambah model Mercedes untuk perniagaannya.


Memiliki Rolls Royce Ghost dan Lebih 400 Kereta Mewah


Pada hari ini, syarikat Ramesh Tours & Travels menawarkan lebih 400 jenis kereta sewa termasuklah van dan bas mini yang diimport seperti model Rolls Royce Silver Ghost, Mercedes, BMW, Jaguar dan Toyota Vellfire.


Syarikat tersebut juga telah mengembangkan perniagaan ke dua buah wilayah besar iaitu di Chennai dan Delhi. Ramesh Babu juga merancang untuk menambah lagi cawangan beliau di Hyderabad dan Vijaywada. Beliau menjadi seorang jutawan multi disebabkan hasil usahanya yang keras dan tidak pernah untuk berputus asa.


ramesh babu bersama kenderaan mewahnya


Harga Sewaan Rolls Royce


Harga bagi sesiapa yang menyewa kenderaan model Rolls Royce Silver Ghost adalah sebanyak 75,000 Rupee bersamaan dengan RM4,500 sehari.


Masih Aktif Dalam Niaga 'gunting rambut' Beliau.


tukang gunting ramesh babu


Walaupun beliau bergelar seorang jutawan, namun Ramesh Babu masih bergiat aktif dalam perniagaan salon beliau. Beliau akan berada di salon pada sebelah pagi hari bekerja dan hari minggu. Sebagai seorang tukang gunting yang profesional dan keadaan salonnya yang eksklusif, beliau menawarkan perkhidmatannya sebanyak 150 Rupee.


Begitu kisah seorang tukang gunting rambut jadi jutawan.



Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Hasil carian imej untuk alat kelengkapan gunting rambut

Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan? (2)



SOALAN SATU

Benarkah seseorang yang 0 penglaman dan pengetahuan gunting rambut, apabila menyertai kursus dari pihak tuan dalam 30 hari sudah boleh bergunting dan buka kedai gunting?

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang di atas pentas dan luaran

Jawapan E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB):


Ya! Kerana kekuatan 'pandai gunting' itu sebenarnya terletak pada praktikalnya di samping teori. Secara ringkasnya seseorang peserta kursus boleh pandai menggunting rambut melalui teori dan gunting rambut kepala patung kira-kira dalam 14 hari.


Hari-hari berikutnya sebelum pandai gunting dalam 30 hari, peserta kursus perlu mempraktikkan gunting rambut di kepala 'orang hidup' bukan patung lagi. Sekurang-kurangnya 100 kepala sebelum 30 hari, iaitu dalam masa 16 hari berikutnya.

Ini yang menimbulkan masalah. Siapa yang mahu sua kepalanya untuk latihan gunting?


Kerana itu penganjur kursus ini mengenakan wang pendaftaran sebanyak RM1,500 untuk:



  1. Mendapatkan satu set alat kelengkapan penggunaan saperti gunting dll yang berkaitan. Alatan mesti baik dan original, digunakan sendiri semasa berkursus.
  2. Mendapatkan 100 kepala yang mahu disuakan bagi latihan gunting untuk seorang peserta kursus. Di sinilah kunci kejayaan 'pandai gunting' dalam 30 hari.
  3. Gagal mendapat 100 'kepala hidup' ini, akan menggagalkan matlamat 30 hari tersebut.
Begitu, kursus praktikal gunting rambut disamping huraian teori yang diajarkan sepanjang perjalanan kursus.
Kursus Asas Gunting Rambut Alor Star Kedah..Gambar hiasan.

SOALAN DUA:


Bolehkah kursus ini memberi peluang kerja kepada bekas pelajar atau penganggur di negara ini?
 

JAWAPAN E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Inilah peluang yang perlu remaja rebut sekarang. Penganjur kursus akan memberi dan mengusahakan pekerjaan kepada perserta kursus yang baik. Bahkan seterusnya akan melatih dan berkerjasama hingga mampu buka kedai sendiri di kawasan dan negeri masing-masing. 

Contohnya, jika ada seseorang yang ingin berkursus mampu mengikut syarat-syaratnya, boleh menghubungi kami untuk terus berkursus. Kami akan beri kursus secara praktikal dalam 30 hari berturut-turut. 

Jika perlu, kita akan beri peluang praktikal tambahan 
mengenai perlaksanaan kedai gunting sendiri, layanan dan tadbir, bincang masalah modal dan pinjaman, perkongsian dan yang berkaitan kepada peserta kursus. 
Perserta 
yang berjaya dan baik akan diberi peluang berkerja dengan kami atau melalui pihak kami. Pihak kami sedia berkerjasama ke arah pembentukan usahawan yang berjaya.

Bersambung...

Lawati juga facebook ini...
https://www.facebook.com/hmh.resources.

Sila hubungi segera..
E-PPB. (Persatuan Pengusaha Barbershop)
011 33111321 (KL)
018 2018342
.
Kedai Gunting Rambut 91.
No 10 Ground Floor, Jalan Damai Perdana,
5/1B,56000,Cheras, Kuala Lumpur..




Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)


Image may contain: one or more people and people standing
Ini Peluang Kerja, 
Ikuti Kursus Gunting Rambut Siap 30 Hari, Boleh Buka Kedai Gunting..Terus Jadi Usahawan ..
Lawati juga facebook ini...
https://www.facebook.com/hmh.resources.
Image may contain: 1 person
Image may contain: 2 people, beard and text
No photo description available.

Dijamin 30 Hari Boleh Gunting. Kursus Amali Praktikal Gunting Rambut -Anjuran E-PPB/Barbershop 91. (1)
.
Syarat:
  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia. 
  2. Daftar: Perlu dapatkan alat kelengkapan penggunaan saperti gunting dll yang berkaitan, bernilai RM1,500.
  3. Tempuh masa kursus 30 hari berturut-turut. Ikut peraturan betul-betul untuk dapatkan tempuh yang dirancang.
  4. Bagi peserta luar KL/Selangor perlu dirunding masalah penginapan dan makanan.
  5. Tawaran terhad.
  6. Kursus tambahan diberi mengenai perlaksanaan kedai gunting sendiri, layanan dan tadbir, masalah modal dan pinjaman, perkongsian dan yang berkaitan, kepada belia-belia.
Istimewa:
Perserta terpilih akan diberi peluang berkerja dan sijil pengiktirapan.

Sila hubungi segera..
E-PPB (Persatuan Pengusaha Barbershop)/Babershop 91
011 33111321 (KL)
018 2018342
Kedai Gunting Rambut 91.
No 10 Ground Floor, Jalan Damai Perdana,
5/1B,56000,Cheras, Kuala Lumpur

Atau klik disini..

T'ganu Isytihar Cuti Umum Hari Arafah Bermula 2020 - MB

 Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.  


KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Kerajaan negeri mengisytiharkan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun sebagai cuti umum bagi seluruh rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan semua pihak dan ia akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula tahun hadapan.

Jelasnya, usaha berkenaan adalah sebagai memperingati Hari Arafah yang menjadi simbolik kepada penyatuan umat Islam walaupun mereka datang dari pelbagai negara dan kaum.

"Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya.

"Umat Islam wajib bersatu memperjuang dan mempertahankan agenda Islam.

"Penyatuan umat Islam dalam konteks Malaysia adalah amat penting bagi kita berdepan dengan segala ancaman yang sedang menggugat identiti dan jati diri agama serta negara yang kita sayangi ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini semalam.
 Tazkirah oleh Ustaz Mohib Khouli mencuit hati Menteri Besar Terengganu.
 Lebih 1,000 hadirin memenuhi ruangan forum.
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Menurut Ahmad Samsuri lagi, Hari Arafah seharusnya menjadi satu tarikh penting yang diingati dalam hidup setiap Muslim.

"Sama-sama kita hayati dan memahami signifikan Hari Arafah atau 'wukuf' untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

"Semoga pada tahun hadapan, kita pula dipilih oleh Allah Taala, untuk berkumpul di padang Arafah bersama-sama saudara kita dari seluruh dunia," tambah beliau.

Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama yang mengumumkan Hari Arafah sebagai cuti umum.

Program Hari Arafah yang julung-julung kalinya diadakan itu berjaya menarik lebih 1,000 warga Terengganu.

Perkauman &Hak Asasi, AS Sudah Tidak Selamat..

PENUNJUK perasaan membantah lawatan Donald Trump ke El Paso, Texas,
PENUNJUK perasaan membantah lawatan Donald Trump ke El Paso, Texas, kelmarin. AFP  


Amnesty keluar amaran perjalanan ke AS
WASHINGTON 8 Ogos - Amnesty International semalam mengeluarkan amaran perjalanan terhadap pelawat yang ingin mema­suki Amerika Syarikat (AS) dan meminta mereka supaya berhati-hati.
Ini di tengah-tengah ‘krisis hak asasi manusia’ berikutan mudahnya senjata api didapati di Amerika dan keengganan kerajaan untuk merampasnya.
RT News melaporkan, jurucakap Amnesty International AS, Ernest Coverson dalam satu kenyataan berkata, pelawat ke AS tidak boleh mengandaikan bahawa mereka bebas daripada bahaya dan menasihatkan Amerika tidak secukupnya melindungi hak mereka untuk berasa selamat.
Pertubuhan hak asasi itu juga secara khusus memberi amaran kumpulan minoriti kaum, etnik dan seksual untuk berwaspada dengan serangan terbaharu berkaitan ideologi ketuanan kulit putih.
Amnesty International turut mendakwa, AS lebih menguta­makan pemilikan senjata berbanding hak asasi manusia malah mengutuk kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab antarabangsa untuk melindu­ngi hak dan keselamatan orang ramai.
Bagaimanapun, sesetengah pengguna media sosial menempelak dakwaan Amnesty International dengan menunjukkan penurunan mendadak kadar jenayah ganas di AS sejak 20 tahun lalu.
Sementara itu, calon pendahulu pilihan raya Presiden dari Demokrat, Joe Biden mendakwa, Presiden Donald Trump telah 'meniupkan api ketuanan kulit putih' di negara ini ketika rakyat masih belum pulih daripada insiden keganasan di Te­xas dan Ohio.
Menurutnya, Trump mempromosikan kebencian dan ketakutan dalam kalangan rakyat yang dikejutkan dengan serangan itu.
“Dalam bahasa yang jelas, Presiden ini meniup api ketuanan kulit putih di negara ini," jelasnya. – AGENSI
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Luar Biasa! Walau Hujan Turun Lebat.. Lebih 1000,000... Dr Zakir




SEKALI lagi Kelantan mencipta sejarah tersendiri. Lebih dari 100,000 orang membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke IV malam tadi. Bilangan yang di luar jangkaan. Ceramah serta soal jawab berakhir jam 1.15 pagi. Luar biasa. Itupun sebab hujan turun dengan lebatnya sedangkan masih ramai yang berbaris ingin bertanya. Penganjur terpaksa berhentikan majlis. Benar-benar luar biasa.
Asalnya kita teragak-agak untuk menganjurkan program ini. Sebab ianya melibatkan personaliti bertaraf dunia. Ceramahnya diikuti lebih 200 juta penonton melalui siaran Peace TV, facebook dan media sosial miliknya. Beliau bukan calang-calang orang. Diberitakan pernah satu ceramahnya di India dihadiri lebih 1 juta orang. YAB Dato' Menteri Besar pernah melahirkan kebimbangan ini. Lagipun ceramahnya dalam Bahasa Inggeris. Berapa ramai sangat yang akan datang.
Jawatankuasa promosi nampaknya berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan. Begitu juga Perhubungan PAS Kelantan dan UPKN yang turun ke pelusuk negeri dalam program roadshow. Syabas.
Yang jelas rakyat Kelantan dan umat Islam bukan sahaja ingin mendengar ceramah tetapi lebih besar dari itu berdiri bersama dan bersimpati dengan Dr Zakir Naik. Itulah tujuan utamanya juga Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan jelajah ini. Bersolidariti bersama Dr Zakir Naik. Ia sangat kena pada masanya. Kenyataan beberapa pihak yang membenci beliau terutamanya pemimpin DAP Lim Kit Siang baru-baru ini sangat menimbulkan kemarahan dan lebih membakar semangat bukan sahaja orang Kelantan malah umat Islam dari seluruh Malaysia. Sebab itu ramai juga dari luar Kelantan yang hadir. Nampaknya kenyataan Lim Kit Siang sangat-sangat membantu kami. Terima kasih.
Saya mewakili seluruh AJK dan semua pihak terlibat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat negeri Kelantan serta semua yang hadhir tanpa mengira bangsa dan agama.
Sepanjang jelajah tersebut beberapa siri program telah diadakan antaranya adalah Intellectual Discourse, Ladies Talk, Muslimah Students Talk, Executive Talk, Kuliah Subuh dan lain-lain. Kesemua program tersebut mendapat sambutan melebihi jangkaan.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh AJK Induk dan AJK Pelaksana, kesemua individu yang terlibat, pihak-pihak yang telah menyumbang, YDH Ketua Polis Kelantan dan seluruh anggotanya, Jabatan Amal dan anggotanya, Keselamatan PAS Kelantan, Ulama, Muslimat, Pemuda, Kerabat dan DHPP. Juga kakitangan Badan Perhubungan PAS Kelantan. Penghargaan khusus kepada YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Timbalan Menteri Besar, seluruh EXCO kerajaan negeri serta ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimen, Dato' Kaya Setia SUK dan seluruh kakitangan kerajaan negeri. Kelantan mencipta sejarah lagi.
YB DATO' DR MOHAMED FADZLI HASSAN, Pengerusi Jawatan Kuasa Induk, Jelajah Dr Zakir Naik Ke Kelantan 2019 - HARAKAHDAILY 10/8/2019
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Anugerah Dai Ummah Buat Dr Zakir Naik. Al-hamdulillah!

KOTA BHARU: Sekali lagi sejarah baharu dicatat apabila Kelantan turut menganugerah Dr Zakir Naik di atas pencapaiannya dalam bidang dakwah.
Sebelum ini tokoh itu menerima anugerah daripada kerajaan Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Gambia dan Qatar.
Malah Malaysia turut menganugerah Tokoh  Maal Hijrah pada 2013.
Dengan penganugerahan malam ini menjadi Kelantan sebuah kerajaan terkini menganugerahkan kepada Dr Zakir.
Anugerah Dai Ummah disampaikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub dengan disaksikan lautan rakyat Kelantan yang memenuhi segenap ruang Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
Malah  Menteri Besar turut menyarung jubah kepada Dr Zakir sebagai satu penghargaan terhadap jasa besarnya dalam bidang dakwah di peringkat dunia.
Ketika berucap sebelum itu Menteri Besar melahirkan rasa terharu di sambutan luar biasa rakyat yang datang dari jauh dan dekat.
"Rakyat Kelantan begitu prihatin terhadap majlis ilmu dengan kehadiran tokoh ulama dari seluruh dunia," katanya.
Hadir sama pada program bersejarah itu Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub, anggota Exco, Setiausaha Agung Umno Tan Sri  Annuar Musa, wakil wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan. –HARAKAHDAILY 9/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Jom Sambut Hari Arafah Hari Wukuf Kemuncak Ibadat Haji.

Niat Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah

Hari wukuf 2019. 
Dari petang: Sabtu10 Ogos
Hingga petang: Ahad11 Ogos
Tarikh mungkin berbeza-beza.
JEMAAH perlu menyedari di Arafah tiada lagi keselesaan seperti
JEMAAH perlu menyedari di Arafah tiada lagi keselesaan seperti ketika menginap di maktab dan hotel semasa di Mekah dan Madinah. GAMBAR HIASAN/BERNAMA  

HARI ini adalah hari wukuf iaitu kemuncak bagi ibadat haji.
Tahun lalu, dianggarkan 3.2 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia berkumpul di Arafah bagi menentukan sahnya ibadat haji masing-masing.
Ini kerana tanpa wukuf ibadat haji akan menjadi sia-sia dan Rasulullah ketika ditanya mengenai ibadat haji bersabda: 
“Haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).”
Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat. Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah. 
Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan. Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.
Semuanya sama memakai ihram tanpa mengira pangkat dan kedudukan kerana yang membezakan manusia di sisi Allah adalah takwa. Ketika itu Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada jemaah yang wukuf di Arafah untuk mendengar ungkapan dan keluhan hati hamba-hamba-Nya.
Oleh itu, bentangkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan satu persatu kerana pada hari itu ‘pintu langit’ dibuka seluas-luasnya bagi umat-Nya berdoa.
Menangislah semahu-mahu­nya tanda penyesalan serta meng­akui dosa-dosa yang dilakukan dengan jujur, ikhlas dan tanpa rasa sombong kerana air mata hamba yang bertaubat boleh ‘memadamkan’ api neraka untuknya. Dan dengan itu semoga keampunan menjadi milik kita. 
Perjalanan jemaah haji dari Mekah ke Arafah kira-kira 22 kilometer bermula pada 8 Zulhijah supaya dapat berada di bumi Arafah walaupun seketika bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijah.
Bagi jemaah Malaysia, segala keperluan dan pergerakan sudah disediakan dan ditetapkan oleh Tabung Haji. Namun, cabaran tetap ada termasuk tempoh perjalanan yang lama disebabkan keadaan jalan yang sesak.
Jemaah juga perlu menyedari di Arafah tiada lagi keselesaan seperti ketika menginap di maktab dan hotel semasa di Mekah dan Madinah, sebaliknya hanya khemah dengan ruang yang kecil menjadi tempat tidur.
Itu belum dikira pelbagai ragam oleh rakan satu khemah, rakan-rakan sendiri atau ahli keluarga yang sama-sama menunaikan haji, semuanya perlu dihadapi dengan sabar, reda serta sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Satu lagi aspek yang akan meng­uji kesabaran jemaah adalah jumlah tandas yang terhad, yang perlu dikongsi dengan ribuan orang sehingga perlu menunggu lama untuk menggunakannya.
Cuaca panas menjangkau hingga 46 darjah Celsius juga terpaksa dihadapi oleh jemaah pada musim haji tahun ini yang memerlukan mereka berada pada tahap kesihatan yang baik. 
Namun, kali ini jemaah Malaysia beruntung kerana pihak Muassasah Asia Tenggara bermurah hati menyediakan kemudahan pendingin hawa bagi menghadapi suhu panas Arafah. Walaupun terpaksa bersesak dalam khemah, namun sekurang-kurangnya wukuf dapat dijalani dengan lebih selesa yang sepatutnya membolehkan jemaah lebih khusyuk dalam beribadah.
Kemudahan itu boleh disifatkan sebagai ‘hadiah’ daripada pihak muassasah kerana tidak melibatkan kos tambahan kepada Tabung Haji berikutan sikap jemaah Malaysia yang terkenal dengan disiplin dan mengikut peraturan pihak berkuasa Arab Saudi.
Sejak tahun lepas juga, lebih banyak bangunan tandas bertingkat disediakan di Arafah bagi kemudahan dhuyufurrahman.
Justeru, perlu banyak ber­syukur dan bersabar selain bertolak ansur untuk memberi laluan kepada mereka yang dalam kecemasan. Dalam hal ini, persiapan awal yang dilakukan jemaah dari segi rohani, minda dan fizikal mampu meningkatkan persedia­an mereka bagi menghadapi hari wukuf.
Paling penting mohon kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan tinggalkan perkataan keji, pertengkaran serta berkelahi sesama jemaah.
Dalam tempoh berwukuf, banyak amalan sunat boleh dilakukan jemaah iaitu solat berjemaah, solat sunat, bertalbiah, berdoa, berselawat dan beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran.
Banyakkanlah berdoa kerana ketika wukuf adalah tempoh mustajab berdoa dengan me­minta ampun untuk diri sendiri, ibu bapa serta semua yang dikasihi.
Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji, peluang tetap diberikan oleh Allah untuk mendapat ganjaran iaitu dengan berpuasa pada hari Arafah.
Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda: 
“Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).
Hasil carian imej untuk Hari Arafah
Hasil carian imej untuk Hari Arafah
Hasil carian imej untuk Hari Arafah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails