Saturday, August 17, 2019

Bantah Lynas Belum Jadi Menteri, Kini ‘Keep Lynas’.. Jelir Lidah!



Dulu Mereka Bantah Lynas, Kini Dah Jadi Menteri ‘Keep Lynas’ – Wee Ka Siong
Hasil carian imej untuk Lidah bercabang
PETALING JAYA: -Wee Ka Siong berkongsi gambar pemimpin Pakatan Harapan menandatangani apa yang dikatakan “Aku Janji” membatalkan Lynas, disebalik bantahan kumpulan wakil rakyat Pakatan Harapan dan persatuan alam sekitar terhadap pelanjutan lesen operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang.
Dari PKR, presiden MCA itu memuatkan gambar Timbalan Presiden Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.
Dari Amanah pula, gambar Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, dan Naib Presiden Mujahid Yusof Rawa, serta Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad.
Dari DAP, gambar Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo, Naib Pengerusi M Kulasegaran, Timbalan Setiausaha Agung Teresa Kok, dan Setiausaha Organisasi Nasional, Loke Siew Fook.
“Mereka sekarang ini sudah bergelar menteri,” katanya di Facebook.
“Dulu #SaveMalaysiaStopLynas. Sekarang #SaveMalaysiaKeepLynas,” tambahnya.
Semalam, Agensi Perlesenan Tenaga Atom di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengumumkan lesen operasi Lynasdilanjutkan 6 bulan bersama 3 syarat, lebih pendek daripada kebiasaan 3 tahun.
Syarat pertama ialah membina kemudahan “Cracking and Leaching” di luar negara dalam masa 4 tahun daripada tarikh lesen diperbaharui dan ia tidak boleh menghasilkan sisa radioaktif melebihi 1 becquerel per gram di Gebeng selepas itu.
Syarat kedua ialah mengenal pasti tapak pembinaan PDF dengan kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri, serta mengemukakan kebenaran rasmi bertulis daripada pihak berkuasa negara lain untuk membawa keluar sisa WLP ke negara terbabit.
Syarat ketiga ialah menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan penggunaan semula sisa WLP sebagai “Condisoil” dalam bidang pertanian serta 0.5% hasil jualan kasar tahunan untuk R&D diserahkan kepada Putrajaya sebagai cagaran tambahan sehingga kemudahan “Cracking and Leaching” di luar negara mula beroperasi. – FMT
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelir lidah, bercabang tak?
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Tolak Projek PSR Bersama Nelayan, NGO &Penduduk.. -Dr Azman



Nelayan tonggak penting solidariti tolak PSR
BALIK PULAU: Istiqamah dan kecekalan warga nelayan merupakan kekuatan paling ampuh untuk bersolidariti bersama penduduk, NGO dan semua pihak yang berjuang menolak projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, para nelayan adalah tonggak penting untuk menafikan pelaksanaan PSR dari diteruskan, kerana kesannya mendatangkan lebih banyak mudarat kepada sumber perikanan yang menjadi mata pencarian nelayan.
Beliau menyuarakan perkara itu ketika turun meninjau menaiki bot ke lokasi pulau tambakan bakal dilaksanakan itu di sekitar perairan Teluk Kumbar dan Permatang Damar Laut bersama Ahli Jawatankuasa LATAS dan PAS Negeri Pulau Pinang.
Terangnya, pelbagai kerosakan dan musibah bakal melanda ekoran dari projek itu bukan sahaja kepada alam sekitar dan demografi, serta pelbagai khazanah laut termasuk sosio-budaya penduduk, tetapi juga kepada aspek hasil laut dan sumbernya.
Jelas Dr Azman, perairan negara ini pada tahun 1970-an merupakan kawasan hijau yakni mempunyai sumber perikanan yang sangat banyak, namun menurun kepada warna kuning, tetapi kini telah mencapai aras petunjuk merah; dengan makna ancaman kekurangan hasil berada pada tahap bahaya.
Sebab itu tambahnya, untuk menggalak dan mengamit semula kedatangan serta pembiakan ikan, usaha melepaskan tukun dan unjam giat dijalankan terutama di Terengganu di mana ia berjaya menunjukkan pertambahan sumber ikan serta peningkatan hasil pendapatan nelayan.
Namun kesalinya, dalam konteks di Pulau Pinang, projek yang akan dilaksanakan itu bakal memusnahkan sama sekali kawasan yang dianggap kebanyakan nelayan di Utara sebagai lubuk emas pembiakan ikan dan udang, sekali gus menyebabkan nelayan akan hilang sumber pendapatan.
Antara yang turut serta pada tinjauan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan Pengerusi LATAS Pulau Pinang, Saiful Lizan Mohd Yusof serta ramai lagi. -HARAKAHDAILY 16/8/2019
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Bukan Isu Cina/Melayu/India, Soal Nyawa &Kilang Haram.. Bantah!


Pemuda PAS solidariti penduduk bantah kilang haram
SUNGAI PETANI: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah bersolidariti bersama para penduduk dan NGO membantah kewujudan kilang haram yang beroperasi melupuskan sisa plastik di Taman Songket Indah, di sini sebentar tadi.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairudin menegaskan, bantahan tersebut kerana ianya isu melibatkan keselamatan nyawa penduduk di mana wujud risiko dari kesan pencemaran udara operasi kilang itu.
"Ini bukan soal politik, tetapi kebimbangan terhadap nasib penduduk, kanak-kanak dan masa depan mereka. Ini bukan isu anak Melayu, bukan anak Cina, bukan anak India. Tapi ini mengenai kita menyedut udara yang sama," ujar beliau.
Malah peringatnya, isu ini tidak harus dipolitikkan, sebaliknya menuntut penyelesaian profesional iaitu melibatkan pakar-pakar di bidang teknologi berkaitan kerana ia banyak melibatkan prosedur dan pengendalian berkaitan.
Pun begitu, jurutera muda ini menyifatkan kewujudan kilang tersebut tidak wajar kerana sangat berdekatan radiusnya dari kediaman penduduk, selain ia sepatutnya tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.
Beliau turut menempelak pihak yang mempunyai kuasa kerana bersikap tidak bertanggungjawab yakni kerana mencari keuntungan sedikit tetapi rela membiarkan nyawa penduduk sekitar dalam keadaan terdedah risiko.
Ir Khairil turut menerima memorandum penduduk untuk dibawa kepada pihak kerajaan dan disuarakan di Parlimen yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Lydia Ong Kok Fooi.
Antara berucap pada himpunan itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden dan Pengerusi Skuad Badar, Ustaz Azhar Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid.
Sementara itu, Lydia yang juga bekas Adun Berapit dan bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang cukup kuat melahirkan kebimbangannya terhadap operasi kilang haram tersebut di mana bakal menyebabkan banyak risiko.
Beliau turut menampilkan beberapa penduduk dan anak-anak mereka yang mengalami kesan seperti kulit kemerahan, batuk-batuk, sakit mata dan gejala pernafasan lain di mana ia boleh menjadi lebih teruk bagi golongan tidak sihat.
"Negeri Kedah ini seperti sudah tidak ada kerajaan. Sejak setahun yang lalu, saya dan ramai orang telah membuat aduan kepada banyak pihak termasuk polis dan bertemu Menteri Besar. Tetapi hingga hari ini kilang ini bebas beroperasi," kesalinya.
Beliau turut menyatakan terdapat banyak kilang seperti ini diseluruh negeri Kedah dan tiada tindakan konkrit diambil untuk menanganinya, selain ia turut dilindungi oleh kumpulan gangster yang diupah pihak tertentu. - HARAKAHDAILY 16/8/2019
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)


Friday, August 16, 2019

PH Benarkan Lynas Teruskan Operasi... -SAM/CAP


Lynas: Kebimbangan serius, persoalan tidak terjawab
SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan yang serius berhubung keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan Lynas untuk meneruskan operasinya untuk enam bulan lagi dan untuk sisa radioaktifnya kekal di negara ini.
Ini bermakna sekali lagi, satu lagi legasi toksik diwujudkan bagi generasi masa depan menderita, dengan tambahan kepada sisa radioaktif berbahaya sedia ada yang disimpan di Banjaran Kledang, Perak daripada kilang Asian Rare Earth.
Kerajaan berkata keputusan Lynas itu dibuat berikutan kenyataan kerajaan Australia dan kerajaan negeri Australia Barat kepada Malaysia bahawa mereka tidak akan menerima sisa radioaktif Water Leach Purification (WLP) yang dihasilkan oleh Lynas dihantarkan kembali ke sana.
Ia jelas bahawa kerajaan Australia menganggap sisa Lynas amat toksik untuk diterima. Sudah tentu, apa yang menjadi ancaman yang tidak dapat diterima oleh rakyat Australia dan alam sekitar juga seharusnya dianggap ancaman yang sama kepada kesihatan penduduk dan alam sekitar di Malaysia.
Sebaliknya, dengan membenarkan Lynas untuk meneruskan operasinya di Malaysia, negara ini sekali lagi menjadi tempat pembuangan bagi sisa radioaktif, yang akan kekal berbahaya untuk generasi akan datang memandangkan thorium dan uranium dalam sisa WLP mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga berjuta dan berbilion tahun.
Sebaliknya, daripada menutup operasi dan meminta Lynas menangani sisa toksik dan radioaktif, kerajaan membenarkan syarikat itu untuk meneruskan operasinya selama enam bulan lagi, tertakluk kepada syarat, yang menimbulkan lagi kebimbangan dan persoalan yang seterusnya.
Salah satu syaratnya ialah Lynas mendapat Fasiliti Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa radioaktif. Bagaimanapun, siaran akhbar kerajaan tidak menetapkan bilakah sisa itu akan dipindahkan daripada tapak sementara kepada PDF.
Sejak lesen diperbaharui selama enam bulan, bolehkah Lynas mencari tapak yang “selamat” dan sesuai dalam tempoh enam bulan ini, dan juga melengkapkan proses lain yang diperlukan? Paling penting, terdapat keperluan bagi Penilaian Kesan Alam Sekeliling dan Penilaian Kesan Radiologi dilakukan mengikut undang-undang kita, yang tertakluk kepada rundingan awam dan kelulusan. Dalam perkara ini, kita harus memastikan bahawa tiada sebarang kompromi untuk ia dilakukan dengan sempurna, atau sebarang usaha untuk mempercepatkan proses tanpa semua perkara berkaitan keselamatan ditangani sepenuhnya.
Operasi Lynas seharusnya digantung sehingga ia memiliki PDF, memandangkan ia sudah pun mengumpulkan 580,000 tan sisa radioaktif. Dengan operasinya setiap hari, lebih banyak sisa radioaktif akan dihasilkan setiap hari.
Satu lagi syarat ialah Lynas perlu mengemukakan pelan untuk membina cracking and leaching facility (CLF) di luar negeri, dan dengan itu memindahkan proses cracking and leaching jauh daripada kilangnya di Gebeng, Kuantan. Dengan itu, bahan yang dibawa Lynas ke kilang Malaysia tidak akan mengandungi bahan radioaktif. Bagaimanapun, fasiliti ini di luar negeri akan beroperasi hanya dalam tempoh empat tahun, daripada tarikh lesen berkuatkuasa, menurut siaran akhbar kerajaan.
Kami tidak faham kenapa kerajaan memberikan Lynas empat tahun untuk CLF di luar negeri beroperasi. Penguatkuasaan ini bermakna syarikat ini akan dibenarkan untuk menghasilkan sisa radioaktif selama empat tahun sehingga operasinya berpindah ke Australia. Barangkali, sisa tambahan ini juga akan dilupuskan di PDF, dan ini bermakna sekurang-kurangnya hampir 1 juta tan sisa radioaktif perlu diuruskan selama berdekad ataupun berabad.
Dengan jumlah sisa yang banyak ini, ia akan menelan kos yang besar bagi menyelenggara fasiliti pelupusan ini. Kerajaan perlu menjelaskan jumlah kos menangani sisa termasuk (1) kos membersihkan tapak simpanan sementara, (2) kos mendapatkan, menyediakan dan membina tapak pelupusan kekal, (3) kos menyelenggara tapak untuk sedekad akan datang, dan (4) kos melepas kerana tidak dapat menggunakan tanah di persekitaran tapak itu.
Kerajaan perlu jelas bahawa Lynas yang akan menanggung kos menangani masalah sisa ini. Dalam kes ini, siaran akhbar kerajaan kurang menjelaskannya dan syarat itu perlu terkandung dalam perjanjian rasmi antara Lynas dan kerajaan. Ia tidak seharusnya menjadikan rakyat Malaysia perlu membayar kos menangani sisa itu.         
Siaran akhbar kerajaan juga mendedahkan bahawa syarikat itu dihentikan daripada menjalankan penyelidikan yang selanjutnya dalam menggunakan sisa radioaktif sebagai perapi tanah untuk kegunaan pertanian. Langkah ini dialu-alukan oleh kami, memandangkan sebelum ini kami telah mendedahkan akan bahayanya kepada kesihatan dan ekonomi daripada penggunaan sisa itu.
Kesimpulannya, kami mempunyai persoalan dan kebimbangan berhubung: (1) membenarkan kilang untuk meneruskan operasi di Malaysia; (2) tempoh masa dan proses bagi pemindahan sisa ke PDF; (3) sama ada syarikat akan menanggung kos secukupnya bagi menangani pelupusan sisa; dan (4) tempoh yang lama sebelum operasi cracking and leaching dipindahkan keluar daripada kilang Malaysia.
Kami sekali lagi mengulangi gesaan agar operasi Lynas digantung sehingga isu ini diselesaikan dengan sempurna dan telus.


Meenakshi Raman       Mohideen Abdul Kader 

Sawit: Hukum Luncai PH Yang Terjun Dg Labunya..

Hasil carian imej untuk bunuh pekebun
PH ke arah bunuh pekebun kecil sawit 
oleh Subky Latif.

BAGI meredakan kemarahan umum teifrhadap tindakan kerajaan PH memansuhkan bantuan tanam semula kelapa sawit bagi pekebun kecil sawit, lalu ditawarkan skim pinjaman menanam semula dengan kadar bunga dua peratus.
       
Dipercayai tidak akan meredakan kemarahan itu kerana ia tidak dikira satu keputusan adil sekalipun dalih kerajaan adalah demi kepada semua pekebun sawit termasuk Felda dan Felcra.
       
Pekebun kecil sawit pernah bertuah memiliki kebun itu semasa harga komoditi itu stabil – tinggi. Tetapi harga stabil tidak sentiasa. Banyaknya tidak stabil seperti sekarang apabila Eropah dan Amerika memulaukan inportnya. Pernah mereka melonggarkan importnya, tetapi banyaknya memboikotnya.
      
Dalih mulanya kualitinya tidak sebaik soya, bahkan dikatakan ada nagatifnya. Setelah dibukti tiada kurangnya dari segi khasiat, isu pemulauan pun reda. Larangan itu bukan justeru rendah khasiat dan bernegatif, tetapi pengeluar soya tidak mahu sawit bersaing dengan soya dalam pasaran dunia. Bukan saja mereka mahu memonopoli penggunaan di wilayah pengeluar soya sendiri, bahkan demi menguasai pasaran dunia termasuk di negeri pengeluar sawit.
      
Kini khasit dan kualiti tidak berbangkit tetapi demi sentimen kebenuaan dan saingan pengaruh kuasa timur-barat, warna kulit, meneruskan diskriminasi bangsa/wilayah maju dan tidak maju supaya yang tidak maju terus menjadi hamba kepada yang maju.
      
Malaysia terkesan dengan diskriminasi/perlindungan itu, menjadikan ekonomi sawit lumpuh dan pekebunnya jadi miskin semula. Tanpa bantuan di sana sini dan sedikit sebanyak dari kerajaan terhadap pekebun sawit, mereka bukan sekadar tidak jadi orang senang, akan kekal miskin malah jadi fakir berikutan dengan kenaikan harga semua barang keperluan.
      
Setakat kebun itu terus mengeluarkan hasil, sudah kais pagi makan pagi, dan bila sawit perlu ditanam semula, ditarik pula bantuannya, nescaya menjadikan mereka masyarakat tidak cukup makan. Dan bila diganti dengan pinjaman dan berbunga pula, menjadikan mereka golongan berhutang sampai mati.
       
Bunga walaupun 0.01 peratus tetapi penindasan dan tetap berdosa. Pada ketika umat mahu bebas dari skim tidak patuh syariah, pinjaman bunga dua peratus mengekalkan pekebun sawit dibelenggu dosa bunga.
      
Ia tidak dirasa apa-apa bagi penyokong DAP dan konco sekularnya dalam PH, tetapi masih penindasan orang Islam yang kebanyakan pekebun kecil itu beragama itu.
     
Adakah PH yang mencari rahmatan lil alamin sudah merujuk pakar patuh syariah bunga dua peratus bebas dosa?
     
Mungkin bantuan tanam semula itu bukan satu dasar yang kekal. Bila komoditi itu kekal stabil, negara stabil olehnya dan kehidupan pemilik sawit termasuk pekebun kecil, maka bantuan boleh dikaji semula. Apa yang kerjaan wajar buat itu bagaimana harga sawit distabilkan dulu. Selagi ia tidak stabil, jangan bunuh kebun kecil dan pekebun kecil. 
      
Jika ia membebankan kerajaan, mana kerajaan yang tidak mahu bertanggungjawab atas beban rakyat? Orang yang hendak jadi kerajaan mesti sedia pikul beban.
     
Selagi manusia itu di dunia termasuk yang taqwa tetap ada beban dan menjadi beban. Hanya di syurga baru bebas beban.
     
PH mahu lari dari beban bantuan tanam semula pekebun kecil. Ia menambah lagi beban rakyat setelah banyak janji pilihan raya gagal ditunaikan. Adakah PH kekal potong bantuan itu? Dipercayai ia tidak ditarik balik. Jika sampai PRU15 ia tetap tidak prorakyat, ia menempah jadi pembangkang dalam PRU15.
      
Biarkan PH dengan kebebalannya. 

HARAKAHDAILY 16/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Biarkan PH dengan kebebalannya." Tulis Subky Latif, penulis tersohor. Lebih kurang ertinya seperti, 'Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan!'

Biarkan, dengan menghukum Luncai PH dalam PRU 15 akan datang. Ayoh, PH akan jadi pembangkang, siap-siap lah kita..


Hibur Hibur Sikit..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Ada Perompak 'bersifat mulia' Begini.. Mengapa?

Perompak pulang semula wang selepas lihat baki akaun mangsa
Selepas Li menunjukkan baki akaunnya yang tiada wang, lelaki itu segera memulangkan kembali wang Li sebelum meninggalkan bank berkenaan. - Foto Fail  


SEORANG perompak ‘bersifat mulia’ apabila mengembalikan semula wang yang dicuri setelah melihat baki akaun bank mangsa.

Kejadian berlaku di Heyuan, China di mana seorang wanita bernama Li sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merompak beliau.

Li yang ketakutan menyerahkan kesemua wang yang dikeluarkan bernilai RM1,520 kepada lelaki itu. Bagaimanapun, perompak yang tidak bertopeng itu bersungguh-sungguh mahu melihat baki akaun Li.

Selepas Li menunjukkan baki akaunnya yang tiada wang, lelaki itu segera memulangkan kembali wang Li sebelum meninggalkan bank berkenaan. 

Rakaman aksi lelaki berkenaan tersebar di China dan lelaki berkenaan disifatkan ‘pencuri mulia’ dan mendapat pujian netizen di negara itu. Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup. (12 Mac 2019)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon ada perompak 'bersifat mulia' begini.. Mengapa? Seperti yang sering disebutkan, dunia perlukan suatu sistem menangani jenayah yang baik dan berkesan. Kini makin jelas undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang, gagal menunjukkan kejayaan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. 

Sehingga perompak mempersendakan hukum merompak seperti kisah di atas. Justeru, kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang terbukti kejayaannya, sila lihat sejarah dan negara-negara yang melaksanakannya.

Dr Zakir Naik and Abdul Hadi Awang greeting each other during a meeting in Putrajaya in April 2016. (Facebook pic)

Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.

Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

T/Kasih PM, Bertegas Isu Dr Zakir Naik. -AP Kuala Krai.



Zakir Naik: DAP tidak bersendirian
KL: 16 Ogos - Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan tindakan segelintir pemimpin DAP yang sangat berlebihan menyasar Dr. Zakir Naik tanpa memahami ucapan penuh pendakwah antarabangsa tersebut.
Menurut Abdul Latiff, setelah meneliti kenyataan 'penuh' Zakir terhadap isu pengusiran 'pendatang lama' beliau berpendapat Zakir tidak sepenuhnya memberi erti bahawa pendakwah itu bermaksud seperti difahami oleh banyak pihak daripada hasil laporan media yang sengaja cuba mencetuskan isu.
Tambahnya, tindakan kerajaan India juga sebenarnya penuh kekaburan dan tidak mempunyai bukti yang kukuh.
"Seperti diketahui, di Malaysia DAP merupakan sebuah parti yang sangat 'bermasalah' dengan Islam. Mereka sering menyerang Islam dengan pelbagai hujah dangkal yang tidak masuk akal.
"Dalam isu Dr. Zakir Naik, DAP sangat berlebihan dan ternyata mereka tidak bersendirian dalam isu ini," katanya seperti dipetik portal Harakah Daily hari ini.
Tambah Abdul Latiff, jangan dengan hanya memiliki kuasa yang secebis, DAP telah cuba menunjukkan taring dan bak kata pepatah sebagaimana ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu 'Diberi betis hendak peha'.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana bertegas dalam isu Dr. Zakir Naik.
"Kita selaku umat Islam wajib mempertahankan Dr. Zakir Naik untuk kekal di Malaysia demi Islam walau dengan apa sahaja cara sekalipun," ujarnya.
Menurut beliau, umat Islam perlu menunjukkan kepada DAP dan bukan Muslim bahawa semua Muslim adalah bersaudara dan cintakan keharmonian. - UTUSAN ONLINE

Gambar kenangan: Depan sekali, YB Abdul Latif Abd Rahman membelakangi Ibnu Hasyim, semasa dalam penerbangan dari Beijing ke Urumqi beberapa tahun lalu.
(Lihat juga:

E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan
Ke China Bersama Datuk Husam)

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Julung Kali Orang Asli P/Indah Rasai Erti Korban? Tahniah Ust Azwan!



Pengalaman mualaf Orang Asli merasai erti korban
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Buat julung kalinya, Perkampungan Orang Asli Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini merasai pengalaman korban sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Penganjuran majlis itu disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Sosio Budaya, Majlis Dakwah Negara Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor.
Menurut Pengerak Masyarakat Orang Asli, Ustaz Mohd. Azwan Che Lah, seramai 60 penduduk Islam Masyarakat Orang Asli dari tiga buah kampung berdekatan iaitu Kampung Orang Asli Pulau Indah, Kampung Orang Asli Pulau Ketam dan Kampung Orang Asli Bagan Hailam berkongsi nikmat Korban ini.
Seramai 60 orang penduduk Islam Masyarakat Orang Asli dari tiga buah Kampung berdekatan iaitu Kampung Orang Asli Pulau Indah, Kampung Orang Asli Pulau Ketam Dan Dan Kampung Orang Asli Bagan Hailam terlibat dalam majlis tersebut.
Katanya, program dimulakan seawal pukul 8.30 pagi dengan menunaikan solat Aidiladha yang diimamkannya sebelum melaksanakan aktiviti menyembelih, melapah dan pengedaran daging kepada yang terlibat.
“Urusan penyembelihan dilakukan oleh wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ustaz Hafizul Ayub dengan dibantu penduduk setempat.
“ Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan sumbangan Yapeim melalui inisiatif Dewan Sosio Budaya,Majlis Dakwah Negara dan seekor lagi adalah sumbangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya kepada Utusan Online baru-baru ini.
Selepas urusan sembelih haiwan itu selesai, sukarelawan dari Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor serta para mualaf Orang Asli melakukan kerja-kerja melapah dan membungkus daging yang ke semuanya dianggarkan kira-kira 180 kilogram termasuk tulang, perut dan hati.
"Ini bermakna seorang penduduk mendapat tiga kilogram daging termasuk sedikit tulang dan hati yang dibahagikan sama rata,” ujarnya.
Menurutnya, program itu berakhir dengan pengedaran daging korban serta makan tengah hari yang dimasak secara bergotong royong bersama penduduk terbabit. - UTUSAN ONLINE 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Buat julung kalinya, Perkampungan Orang Asli Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini merasai pengalaman korban'. Apakah kita terlepas pandang, yang jauh nampak, yang dekat kita tak nampak?
Sepatutnya, semua kita kena nampak. Macamlah negara baru merdeka beberapa hari?

Cadangan Himpunan 3 Ulamak Ekoran Himpunan 3 Umarak.




WALIYULAmr selepas Allah dan Rasul
Terengganu akan menjadi hos bagi himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur 22 Ogos ini. Satu himpunan yang baik ke arah kesatuan ummah khususnya umat Islam di Malaysia. 
Jadikan himpunan ini sebagai solidariti kepada agama, sebagai respon pencabulan institusi kedaulatan, keagamaan dan ketuanan negara yang kian parah.
Selain himpunan 3 Umarak ini, suka juga untuk saya mencadangkan agar turut dibuat himpunan 3 Ulamak. Kerana selain umarak, ulamak juga adalah waliyul amr yang bertanggungjawab menjagamaslahat umat. Tuhan wajibkan mereka ditaati selain Allah dan Rasul.
3 Ulamak yang saya maksudkan adalah Syeikh Imran Hosein (SIH), Dr Zakir Naik (DZN) dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Mereka ulamak kontemporari yang berperanan besar membela agama dan umat ini dari kecelaruan akhir zaman yang sangat mencabar.
Latar belakang mereka yang berbeza boleh menyatukan aliran-aliran Islam yang pelbagai. SIH beraliran sufi. DZN terkenal dengan salafi. Sementara TGHH berlatar haraki.
Kepakaran mereka yang berbeza juga diperlukan umat bagi menyuluh pancaroba zaman kegelapan ini. SIH dengan ilmu eskatologinya, DZN dengan perbandingan agama, dan TGHH melalui politik nasional dan antarabangsa.
Mereka dari rantau berbeza. SIH jauh dari Kepulauan Carribean, Trinidad and Tobago. DZN dari rantau Sub-Continent, India. Sementara TGHH dari Alam Melayu, Malaysia.
Namun sempadan negara bukan penghalang mereka berperanan sebagai Sang Pencerah Alam. Ketiga mereka aktif di pentas antarabangsa, terkenal Timur dan Barat, mengelilingi dunia dengan ilmu dan penerangan, menyelamat umat dari kedajalan musuh Islam.
Peranan yang dimainkan ketiga mereka mengundang kecemburuan penghasad, kecaman pembenci dan ancaman musuh. Mereka kini dalam radar awasan CIA, Mossad dan bermacam agensi. Dicop sebagai ekstremis, penghasut, Khawarij dan berbagai gelaran.
Kini, kesemua mereka berada di Malaysia. Umat ini amat beruntung ketiga mereka bersama kita dalam keadaan sangat getir. Himpunan ketiga mereka perlu dijayakan, agar kita sedar bahawa Waliyul Amr bukan sekadar Umarak, tetapi yang lebih utama adalah Ulamak.
Sekian, mohon mencadang.
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
14 Zulhijjah 1440
15 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 15/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)