Saturday, August 31, 2019

Melihat 10 Masjid Megah Di Cape Town Afrika Selatan (5)


Melihat 10 Masjid Megah di Cape Town Afrika Selatan 
Inilah beberapa masjid yang wajib kamu kunjungi di Cape Town, Afrika Selatan.


Dream - Masjid-masjid yang paling menonjol di Cape Town, Afrika ini memegang peranan penting dalam menciptakan lingkungan yang ramah muslim di Afrika Selatan. Dengan beberapa diantaranya yang merupakan masjid tertua di Cape Town dari tahun 1800-an, yang menyimpan makna historis tentang bagaimana para muslim terdahulu menciptakan komunitasnya.

Berikut ini adalah beberapa masjid yang wajib kamu kunjungi di Cape Town, Afrika Selatan:
1. Auwal Mosque, 43 Dorp Street, Bo-Kaap
Hasil carian imej untuk 1. Auwal Mosque, 43 Dorp Street, Bo-Kaap
Masjid Auwal adalah salah satu dari masjid terkenal di Afrika Selatan karena merupakan masjid pertama yang dibangun di negara tersebut. Berlokasi di Distrik Bo-Kaap, Masjid Auwal dibangun pada tahun 1794 di atas lahan milik Coridon Van Ceylon yang merupakan budak bebas, setelah anak perempuannya mewarisi tanah tersebut dan mendonasikan propertinya. 

Masjid Auwal merupakan masjid tertua di Cape Town dan memegang peranan penting pada masa perjuangan Islam untuk dapat diterima di Afrika.
(Lihat..
2. Palm Tree Mosque, 185 Long Street, Cape Town City Centre
Hasil carian imej untuk 2. Palm Tree Mosque, 185 Long Street, Cape Town City Centre
Masjid Palm Tree merupakan salah satu masjid yang populer di Cape Town, dan termasuk masjid tertua nomor dua di Afrika Selatan. Dibangun pada tahun 1788 dan kemudian dibeli oleh Jan Van Bougies dan Frans Van Bengal yang mengembangkan masjidnya di tahun 1807.
3. Habibia Soofie Saheb Masjid, 63 Flat Road, Rylands
Hasil carian imej untuk 3. Habibia Soofie Saheb Masjid, 63 Flat Road, Rylands
Masjid ini dibangun di tahun 1905 oleh Hazrath Soofie Saheb dan masih menjadi masjid populer di Cape Town, Afrika Selatan, di area Rylands. Menara dan kubah utamanya paling menarik perhatian dengan warna hijau dan putih, ditambah dengan aksen emas dan jeruji putih pada interiornya.
4. Masjid Boorhaanol Islam, 196 Longmarket Street, Bokaap
Hasil carian imej untuk 4. Masjid Boorhaanol Islam, 196 Longmarket Street, Bokaap
Masjid Boorhaanol merupakan masjid yang terkenal di kawasan Bo-Kaap, Cape Town. Masjid ini dikenal dengan aksitekturnya yang simpel, cantik, dengan interiornya yang berwarna hijau dan putih. Dulu, masjid ini dikenal dengan nama Masjid Pilgrims dan pertama kali dibangun di tahun 1884 dan direnovasi di tahun 1903. Namanya kemudian diganti pada tahun 1970 dan dijadikan monumen nasional.
5. Jumu'a Mosque of Cape Town, Greys Pass, Orange Street
Image
Masjid Jumu'a didirikan oleh Shaykh Dr. Abdalqadir as-Sufi di tahun 2006. Walaupun masjidnya masih berusia muda, masjid ini terkenal karena sering diadakannya aktivitaskomunitas muslim.
6. Zeenatul Islam Masjid, Chapel Street (Muir Street Mosque Cape Town)
Image
Masjid yang juga terkenal di Cape Town ini dibangun pada tahun 1923, dan merupakan masjid terbesar di Cape Town dan menjadi tempat diselenggarakannya aktifitas budaya.
7. Masjid Nurul Islam, 134 Buitengracht St, Cape Town City Centre
Hasil carian imej untuk 7. Masjid Nurul Islam, 134 Buitengracht St, Cape Town City Centre
Masjid Nurul Islam merupakan masjid tertua ketiga di Cape Town dan didirikan oleh Imam Abdol Rauf di tahun 1844 dan dapat menampung hingga 700 jamaah. Masjid ini terkenal di daerah Bo-Kaap.
8. Jameah Mosque, Lower Chiappini Street, Bo Kaap
Hasil carian imej untuk Jameah Mosque, Lower Chiappini Street, Bo Kaap
Masjid ini juga dikenal dengan nama Masjid Queen Victoria dan menggunakan lahan yang memang khusus untuk dibangun masjid. Bangunan ini juga merupakan masjid terbesar di daerah Bo-Kaap. Tadinya, lahan masjid ini didapatkan melalui konflik Battle of the Axe dan Battle of Blaauwberg.
9. Coowatul Mosque, Loop Street, Cape Town
Image
Masjid Coowatul dibangun pada tahun 1892 semasa meningkatnya pemukim India dan Mauritian yang tiba di Afrika Selatan. Masjid ini juga merupakan masjid India pertama di Cape Town. Ciri khas masjid ini adalah nuansa putih dan aksen hijau gelap yang terdapat pada eksteriornya.
10. Mosque Shafee, Upper Chiappini Street, Bo Kaap
Hasil carian imej untuk Mosque Shafee, Upper Chiappini Street, Bo Kaap
Masjid yang terletak di Chiappini Street ini merupakan masjid kelima yang dibangun di area Bo-Kaap pada tahun 1859 dan memegang peran penting dalam menyatukan komunitas Islam. Hingga sekarang, masjid ini masih menjadi situs bersejarah yang penting.
(Sumber: halaltrip.com/Annisa Mutiara Asharini)
(11 September 2017)
https://travel.dream.co.id/destination/melihat-10-masjid-megah-di-cape-town-afrika-selatan-1709085.html


Lihat sebelum ini..

Roti Canai 'Merdeka' Percuma Di Kedai Abang Leh.



KANGAR 31 Ogos - Setiap orang mempunyai cara dan penghayatan tersendiri dalam menyambut hari kemerdekaan negara.
Bagi seorang peniaga, Khairul Othman, 40, sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 ini, dia mengambil inisiatif menyediakan roti canai percuma kepada orang ramai yang datang ke kedainya di Sempering, Repoh, di sini, hari ini.
Seawal pukul 7 pagi, Kedai Roti Canai Abang Leh milik Khairul yang mula dibuka sejak lebih sebulan lalu, mula dikunjungi orang ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai jenis roti canai yang disediakan itu.
Khairul memberitahu, lebih 400 biji roti canai habis hanya dalam tempoh empat jam selain dia juga menyediakan nasi lemak secara percuma kepada para pelanggan yang datang hari ini.
Bapa kepada empat orang anak itu berkata, dia mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma itu bersempena dengan sambutan kemerdekaan selain ingin mempromosikan kedai tersebut
"Orang ramai yang datang boleh minta berapa sahaja roti canai dan kita akan sediakan kepada mereka secara percuma termasuk minuman. Alhamdulilah, sambutan sangat menggalakkan.
"Hanya dalam tempoh beberapa jam sehingga pukul 11 pagi ini, lebih 400 biji roti canai habis. Alhamdulilah, inisiatif yang saya ambil ini mendapat sambutan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019, peniaga tersebut juga berharap agar negara sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai.
Malah katanya, dia juga berharap agar hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa baik.
Sementara itu, seorang pelanggan, Faridon Haris, 51, berkata, dia tidak melepaskan peluang mengunjungi kedai berkenaan yang menyediakan roti canai percuma sempena sambutan kemerdekaan ini.- UTUSAN ONLINE


Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Merdeka Dari Pembaziran Duit Rakyat? Ini...



Gaji begini, berlakukah pembaziran ke atas duit rakyat? Bagaimana gaji diPulau Pinang, Kelantan, Terengganu? 
Ingat, Allahyarham Nik Abdul Aziz sebagai MB Kelantan pernah memotong gajinya untuk kemaslahatan rakyat...


Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Pengertian Kemerdekaan Sebenar -Dr Ahmad Mouhyideen Hasin.

Hasil carian imej untuk erti merdeka

“ALLAH mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” -Rubi’e bin A’mir 
KEMERDEKAAN negara yang disambut saban tahun pada 31 Ogos adalah hari yang penuh bermakna bagi semua warga Malaysia. 
Setelah dijajah hampir 400 tahun, negara tidak lagi menjadi hamba kepada kuasa asing. Pun begitu, erti kemerdekaan ini tidak difahami dengan baik apabila ia hanya dikaitkan dengan aspek fizikal sahaja. Walaupun negara telah merdeka tetapi minda dan sikap masih lagi terbelenggu dengan menjadi hamba kepada pemikiran dan ideologi yang tidak selari dengan Islam.
Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah kebebasan akal, sikap dan fizikal seseorang daripada anasir-anasir penjajahan yang merosakkan akidah, perbuatan dan tingkah laku insan. Kebebasan yang merungkai belenggu perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah S.W.T. Imam at-Tobari dalam kitab Tarikhnya telah menukilkan kata-kata Rubi’e bin A’mir ketika ditanya oleh Rustum, panglima tentera Parsi tentang tujuan kedatangan tentera Islam ke negaranya. Beliau berkata:“Allah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”
Perhambaan kepada Allah ialah perhambaan yang membawa seseorang tunduk dan patuh kepada segala perintahnya dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam perkara ekonomi, sosial mahupun politik. Mereka yang tidak tunduk dan patuh kepada Allah dan suruhan agama adalah golongan yang masih belum merdeka dan menjadi hamba kepada sesama manusia.
Mengikut Safar bin Abdul Rahman al-Hiwali (1999) dalam bukunyaZhohirah al-Irja’ fi al-Fikri al-Islami, kemerdekaan dan kebebasan seseorang daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah akan mencapai karamah dan kemuliaan yang hakiki bagi manusia. Kemuliaan ini tidak mungkin akan diperolehi di bawah mana-mana sistem selain daripada sistem Islam.
Hubungan antara Islam dengan kebebasan manusia dan kemuliaannya telah dibuktikan dalam sejarah. Menurut Muhammad Faruq an-Nabhan dalam bukunya al-Madkhal ila U’lum al-Quranil Karim, para Nabi adalah lambang kepada kebebasan dan pahlawan-pahlawan kemanusiaan. Perjuangan mereka yang pertama adalah untuk mempertahankan kemuliaan manusia. 
Kisah-kisah yang wujud dalam Quran sudah cukup untuk membuktikan tentang perkara ini. Para nabi adalah pembantu kepada golongan yang lemah dan ditindas. Mereka memperjuangkan kebebasan golongan ini dan membangunkan jiwa-jiwa mereka dengan perasaan bangga kepada kemuliaan. Oleh kerana itulah berlaku pertembungan yang hebat antara para nabi dengan golongan yang mempunyai kuasa, pengaruh dan kekuatan. Firaun dalam al-Quran sebagai contohnya adalah lambang kepada keangkuhan dan kesombongan. Nabi Musa A.S berdepan dengan Firaun untuk memerdekakan perhambaan manusia kepadanya.
Agama yang sebenar adalah agama yang berusaha untuk memberikan kebahagiaan kepada manusia, menyusun kehidupan, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta kejahatan. Abu Faisol al-Badrani dalam bukunya al-Wala’ wa al-Barra’ menceritakan tentang seorang Qibti yang mengadu kepada Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tentang dirinya yang telah dizalimi oleh anak gabenor Mesir, A’mru bin al-A’s. Saidina Umar berkata: “Wahai A’mru, bilakah kamu menjadikan manusia sebagai hamba sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka.”
Kesimpulannya, kemerdekaan yang sebenarnya adalah kebebasan daripada penghambaan sesama manusia dengan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dalam semua aspek kehidupan. Kemerdekaan ini menghindarkan manusia daripada melakukan kezaliman dan ingkar kepada perintah Allah. Kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar inilah yang akan menjamin kemuliaan bagi manusia.
DR AHMAD MOUHYIDEEN HASIN
Pengarah Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) - HARAKAHDAILY 31/8/2019
Hasil carian imej untuk erti merdeka


Hantu Raya Betina Dr M Yang Diimport Mula Makan Tuan, Siapa?


Maaf! Mana 'hantu raya' nya? Lihat keteranyan di bawah..

Hantu Raya Dr. Mahathir Dah Mula Makan Tuan

Hantu Raya Dr. Mahathir Dah Mula Makan Tuan
ORANG tua-tua dah pesan, jangan sekali-kali kita bela hantu raya...

Sebabnya, walau pun hantu raya tu boleh tolong kuta buat kerja tapi akhirnya hantu raya tu pasti akan makan tuan dia balik...

Mungkin Dr. Mahathir tak pernah dengar nasihat orang-orang tua tentang hantu raya, sebab tu sebelum PRU 14, Dr. Mahathir sanggup bela 'hantu raya betina' untuk tolong Dr. Mahathir dalam kempen 'Road To Putrajaya'...

Tapi 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir nie, diimpot dari obersee...

Memang sebelum PRU 14, 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir telah berkhidmat dengan cukup cemerlang, seantero dunia tahu tentang perkara tu, tapi tak tahu mana silapnya, 'hantu raya betina'belaan Dr. Mahathir dah mula makan tuan, mungkin tak cukup makan kut...

Mukhriz Dapat 1,000 Ekar Tanah Balak Sarawak Pada Tahun 1994


Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd betul-betul ibarat bom jangka untuk Dr. Mahathir dan anak kesayangannya Mukhriz aka Boboi....


Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia...

Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud...


Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King...

Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC)...

Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out...

Hanya pada pentadbiran Dato' Seri Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni (BACA DI SINI)...


Apa Kaitan Bakun Dengan Projek Tanjung Tiara?


BALAK!!!

Dan kalau dipanjangkan isu balak yang membabitkan Dr. Mahathir, akan panjanglah ceritanya...

Akan buruklah Dr. Mahathir dan pentadbirannya.

Dr. Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan...

Persoalannya sekarang, kenapakah baru sekarang Clare dedahkan perkara ini?

Adakah 'Clare si hantu raya betina' dah dapat tuan yang baru?

Siapa pula tuan 'Clare si hantu raya betina'?




Adakah DAP, supaya Dr. Mahathir terus tunduk dengan kehendak DAP, seperti membatalkan perlaksanaan memperkenalkan Tulisan Jawi, meluluskan dengan segera permohonan kewarganegaraan Malaysia terhadap 50,000 orang warganegara China atau mengusir segera Dr. Zakir Naik dari Malaysia...

DAP menerima tekanan yang hebat dari Dong Zong dan Sin Qiu mengenai isu-isu tersebut...

Atau mungkinkah Anwar Ibrahim dah jadi tuan baru pada 'Clare si hantu raya betina', tujuannya supaya memberi tekanan pada Dr. Mahathir agar menyegerakan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar...

Pada rakyat Malaysia yang masih setia dengan Pakatan Harapan, terutamanya Dr. Mahathir, fikir-fikirkanlah...

Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan menuduh Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional terdahulu sebagai perompak dan kerajaan kleptokrasi...

Apa yang didedahkan oleh 'Clare si hantu raya betina' hanya sebahagian kecil dari amalan rompakan harta negara untuk diagihkan kepada anak-anak dan kroni...

Yang mendedahkan isu ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka atau untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri...

Yang 'kena telanjang' pula, tak habis-habis dan tak kenyang-kenyang merompak hasil masygul negara...

Di manakah letaknya kepentingan rakyat pada mereka?

Fikir-fikirkanlah...

Kredit
Blogger The Flying Kick



Hibur Hibur Sikit

Aziz Satar - Lagu Foo Kanan Foo Kiri_film Hantu Jerangkung


Kisah entiti menyerupai gadis yang sedang mandi manda bersama rakan yang menjadi viral baru-baru ini menjadi perbualan hangat di kalangan nitizen. Penyebar gambar terbabit menyatakan ia adalah foto original yang di ambil di sebuah tempat rekreasi. 

Ada juga nitizen yang menyangkal foto terbabit adalah foto yang telah di edit dengan sempurna dan ada juga yang berkata ia adalah si kembar gadis itu. Ada juga yang menyatakan hantu tak akan muncul di siang hari.

Kita lihat gambar ini pula dan cuba buat perbandingan..(Klik gambar untuk besarkan).
Ada juga pihak yang menyifatkan entiti yang menyerupai gadis terbabit adalah jenis `hantu raya`. Mahluk halus yang mampu menyerupai manusia. Apa-apa pun..hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kejadian alam. Sahih atau tidak ianya terletak di tangan maha Esa.
kepoan.com-5-binatang-yang-dekat-dengan-mitos-horor-burung-hantu-765x510
Sekian.

Lihat gambar ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails