Saturday, September 07, 2019

Bantah Tambakan PSR. K/Muslimat Susuri P/Kendi &P/Rimau..

 


BALIK PULAU: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh turun ke laut melihat sendiri lokasi projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.
Beliau menyelusuri Pulau Kendi dan Pulau Rimau di mana tiga 'pulau puaka' itu bakal ditambak antara kedua pulau tersebut di sekitar Tanjung Asam dan Sungai Batu bersama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, di sini semalam.
Yakini beliau, tambakan tiga pulau itu nanti akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar dan ekonomi nelayan termasuk masyarakat setempat khasnya dan rakyat Pulau Pinang seluruhnya.
Sehubungan demikian Ahli Dewan Negara itu menyatakan sokongan terhadap Himpunan Ummah: Selamatkan Pulau Pinang yang bakal dilangsungkan pada Ahad, 8 September lusa.
Beliau menyeru para penduduk di Utara Tanah Air untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap projek tersebut dengan hadir ke himpunan di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dari jam 1 hingga 5 petang.
"Melalui Himpunan Ummah ini menunjukkan kesatuan kita dalam membela kesejahteraan rakyat dan kepentingan untuk alam sekitar yang terpelihara dapat diwariskan kepada generasi akan datang," ujar beliau turut disertai Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.
Tinjauan kita itu dalam rangka lawatan kerja beliau di negeri-negeri Utara selama beberapa hari. - HARAKAHDAILY 6/9/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Ini 'hadiah’ K'jaan PH Untuk Rakyat, Mansuh Skim Pencen.




JOHOR BAHRU 5 Sept. - Kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkenaan skim pencen mungkin tiada lagi menjelang tahun 2020 disifatkan sebagai ‘hadiah’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, walaupun belum muktamad, namun ity adalah berita yang menyedihkan kerana kerajaan sepatutnya membela nasib rakyat tetapi jelas tidak mampu berbuat demikian.
Beliau turut mempersoalkan apakah menteri yang diberi mandat oleh rakyat menerima gaji puluhan ribu tidak berupaya menjana pendapatan bagi menampung kos berkenaan.
“Perkara itu secara tidak langsung memberi gambaran betapa lemah pentabiran Putrajaya hari ini dan tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mengurus perkara sebegitu.
“Kerajaan PH yang dikuasai DAP sememangnya cukup lemah dan gagal menarik pelaburan serta meningkatkan pendapatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, janji populis mereka untuk menghapuskan GST sudah menyebabkan kerajaan hilang pendapatan berbilion ringgit dan gagal diganti dengan sumber baharu
Sehubungan itu, Mohd. Hairi berkata, sebagai menyahut seruan yang dibuat itu, Datuk Seri Borhan dan menteri yang bergaji puluhan ribu terlebih dahulu mempraktikkannya dengan meninggalkan apa yang dinikmati kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Skim pencen di Malaysia telah memanjangkan faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah ini dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.
Skim ini telah dimansuhkan, sebagai hadiah dari PH kepada rakyat yang mengundinya pada PRU lalu. Jika mahu semula skim ini, pastikan supaya PH ranap selepas PRU akan datang ini. 'Tolak PH', itulah hadiah yang layak diterima PH sekarang!

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Mufti Selangor Nafi Gesa Boikot Pasa Raya Mydin.

mydin


KL: 6 Sept. - Satu perbualan kononnya gesaan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid supaya orang ramai memboikot syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) yang tular dalam aplikasi WhatsApp merupakan pesanan palsu.
Perkara tersebut diakui sendiri Mohd. Tamyes yang menafikan melakukan dakwaan sedemikian terhadap rangkaian pasar raya runcit berkenaan.
"Itu tidak benar,” katanya ringkas seperti dipetik portal berita Free Malaysia Today, hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohd. Tamyes enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.
Sebelum ini, satu perbualan kononnya gesaan Mohd. Tamyes supaya orang ramai memboikot Mydin kerana dikaitkan dengan sokongan terhadap golongan Syiah tular dalam aplikasi WhatsApp.
Mesej yang turut tersebar dalam laman media sosial itu juga mendakwa Mydin tidak mahu membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebaliknya memberi sumbangan khums kepada kumpulan Syiah.
“Makluman, Mydin itu syarikat Syiah, dia tidak mahu bayar zakat pada LZS. Dia bayar khums kepada kumpulan Syiah.
“Satu ketika dia dapat geran bekal baju sekolah agama dari LZS, pun tetap tak bayar zakat. Oleh itu Mydin pun patut diboikot juga,” kata pesanan tersebut.
Khums merupakan salah satu bentuk cukai harta dalam Islam, yang antara lain diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak yatim.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin yang dihubungi Free Malaysia Today turut enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Nike Perkenal ‘Hijab Pro’, Produk Khas Buat Atlet Wanita Muslimah

Image from Indian Press

BERITA menarik untuk para wanita yang berhijab, kini anda boleh bersukan dengan Nike Hijab Pro

Image from Hype Bae


Sebagai seorang wanita Muslimah, hijab merupakan pakaian utama yang perlu dititikberatkan. Bagi wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak dan bersukan, hijab merupakan antara masalah besar kepada wanita kerana ianya bukan mudah untuk menjumpai material hijab yang bersesuaian.

Oleh itu, sebagai salah satu jenama pakaian sukan yang terkenal di antarabangsa, Nike telah mengambil inisiatif untuk memberi fokus kepada pasaran pelanggan wanita mereka terutamanya yang berhijab.
Image from Bandt
“Macam tidak percaya akhirnya produk ini berada di pasaran!"

Tudung ini mudah dipakai, ringan serta menggunakan fabrik yang elastik. Selain itu, tudung ini juga mempunyai lubang-lubang kecil untuk menambahkan pengudaraan. Ianya akan dijual dengan 3 warna pilihan; hitam, kelabu dan juga neutral.

“Nike Pro Hijab ini direka setelah kami menerima permintaan untuk produk seperti ini dan kami berharap ianya dapat membantu atlet dari seluruh dunia dengan kualiti dan keselesaannya,” kata salah seorang pengarah wanita Nike, Megan Saalfeld.

Tudung ini dikeluarkan di pasaran mulai tahun 2018..
 Image from Indian Press

Terdapat ramai atlet wanita yang telah berkumpul dan menyumbangkan idea dalam menghasilkan produk ini, antaranya ialah Zahra Lari, peluncur ais dari Arab Saudi.

"Saya berasa sedikit teruja dan juga terharu apabila Nike ingin melakukan protatip hijab. Sebagai seorang atlet saya telah mencuba pelbagai jenis hijab tetapi saya masih tidak menjumpai material yang bersesuaian dengan sukan yang saya ceburi. Apabila saya menyarung Nike Pro Hijab ini, saya dapat merasakan keselesaan. Materialnya sungguh sejuk dan ringan," jelas Zahra.

Jom saksikan kecantikan tudung Nike Hijab Pro di bawah:

Kezaliman Di Kashmir, Mana Suara PH, Pengecut?


500 sertai himpunan Save Kashmir
MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) berjaya menggerakkan ratusan umat Islam untuk bersolidariti kerana penindasan dan kezaliman kerajaan India ke atas umat Islam di Kashmir.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak berkata, himpunan yang sama berlaku di seluruh negara anjuran Pemuda PAS negeri masing-masing selepas solat Jumaat hari ini.
Katanya, umat Islam Kashmir kini dalam bahaya kerana ancaman tangkap, rogol dan bunuh oleh pemerintah India.
“Mereka ditindas, kerajaan India cuba menarik balik kuasa autonomi di Kashmir. Malangnya, ada negara-negara umat Islam yang menyokong tindakan kerajaan India itu walaupun ditentang oleh rakyat Kashmir sendiri.
“Kononnya, untuk menstabilkan ekonomi dan politik India tetapi sebaliknya mereka cuba mengusir orang Islam di Kashmir seperti umat Islam Rohingya di Arakan. Sebagaimana musuh Islam melakukan penindasan kepada rakyat Palestin, begitu jugalah mereka buat kepada penduduk Kashmir.   
“Antaranya, mereka menarik taraf kerakyatan penduduk Islam Kashmir. Selepas itu, mereka akan ditangkap, dihalau, dirogol dan dibunuh. Inilah yang berlaku pada hari ini,” jelasnya ketika berucap pada Himpunan Save Kashmir, selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Kampung Titian Baru, Bukit Payung, hari ini.
Menurutnya, desakan akan terus dilakukan oleh Pemuda PAS agar masyarakat dunia sedar penindasan dan kezaliman yang sedang berlaku di Kashmir.
Malangnya, kata beliau, setelah berminggu-minggu berlaku peristiwa kejam itu belum ada kedengaran Kerajaan Malaysia membela umat Islam Kashmir.
“Di mana suara pemimpin Kerajaan Malaysia, suara pemimpin Islam Pakatan Harapan? Semoga dengan himpunan aman ini dapat menyedarkan mereka, insya-Allah,” ujarnya di hadapan 500 hadirin.
Menurutnya, kekacauan yang berlaku seluruh dunia adalah hasil peninggalan penjajah yang sengaja meninggalkan ‘racun’ dan’umpan’ di negara yang dijajah.
“Penjajah selepas meninggalkan tanah jajahan itu mereka bukan bebaskan begitu sahaja. Pastinya, mereka (penjajah) akan meninggalkan ‘racun’ dan ‘umpan’ untuk mereka meneruskan lagi penjajahan mereka.
“Antaranya, umpan persempadanan negara. Inilah yang berlaku kepada masyarakat Islam di Kashmir. Mereka sengaja mewujudkan perbalahan antara agama, antara mazhab, puak, kabilah dan sebagainya,” jelas Ketua Pemuda PAS itu.  
Katanya, Dewan Pemuda PAS Terengganu bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia seluruh negeri menyatakan kebersamaan dalam isu Kashmir ini.
Tambahnya lagi, himpunan aman ini sebagai tanda solidariti di atas kekejaman yang dilakukan kerajaan India ke atas umat Islam Kashmir.
Hadir sama pada himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Yusof Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Harun Isa, Ketua Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS negeri, Ustaz Irshad Syafiq dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri, Ustaz Ridhuan Abdul Karim. – HARAKAHDAILY 6/9/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Friday, September 06, 2019

Hokkien Ala K'tan, Bukan Ala Komunis Walau Diterima Jadi Rakyat M'sia..


PASIR MAS: Tujuh bersaudara berbangsa Cina menjadi guru dan enam daripadanya mengajar subjek Bahasa Melayu kerana minat mendalam serta mahu mendidik anak bangsa.
Mereka terdiri daripada empat beradik, Owee Kim Jim, 56, Owee Chu Lian, 51, Owee Chu Hun, 48 dan Owee Kim Kee, 46, yang mengajar Bahasa Melayu masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga, SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon Rantau Panjang dan SJKC Chung Hwa, Kota Bharu.
Manakala, suami Chu Hun, Ching Chu Tuoa, 48, dan suami Chu Lian, Koo Po Ham, 53, dan anak Kim Jim, Tee Ling Hsia, 27, masing-masing mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenderong Batu, Tumpat, SMK Chetok, Pasir Mas dan SJKC Gua Musang.

Kim Jim anak sulung daripada enam beradik yang tinggal di Kampung Sakar Sungai berkata, dia bersama tiga adik dan dua adik ipar bertugas menjadi guru Bahasa Melayu, manakala anak bongsunya daripada dua beradik mengajar Bahasa Inggeris.
Dia yang menjadi guru sejak 31 tahun yang lalu berkata, mengajar subjek Bahasa Melayu kerana mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Kami fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu iaitu dialek Kelantan kerana sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Tendong, di sini.
“Adik-beradik saya juga hanya pandai bercakap dalam dialek Hokkien dan tidak pandai bertutur Bahasa Mandarin kerana faktor ramai kawan dalam kalangan orang Melayu.
“Disebabkan pergaulan dengan rakan Melayu sejak daripada kecil, maka kami adik-beradik memilih untuk menjadi guru Bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Lebih unik apabila keluarganya lebih gemar bertutur dalam dialek Hokkien yang dicampur Kelantan dan jika tidak melihat wajah pastinya orang ramai menyangka mereka adalah orang Melayu.
Manakala, Kim Kee berkata, dia juga mengajar Bahasa Melayu sejak 22 tahun lalu dan mudah untuk mengajar subjek itu kerana murid di kawsan kampung senang faham.
“Saya lebih mudah untuk mengajar Bahasa Melayu kerana ini adalah bahasa percakapan harian lebih-lebih lagi murid di kawasan kampung.
“Kita mudah untuk mengajar kerana ia senang faham, jadi tidak ada masalah bagi saya untuk menarik perhatian murid untuk meminati subjek ini,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, begitu harmoninya keluarga bangsa Cina yang diterma jadi warga Malaysia. Dikatakan sebagai 'Hokkien ala Kelantan'. 

Banyak di tempat-tempat lain pernah berlaku krisis perkauman pada tahun 1960an, tetapi di Kelantan mereka hidup aman damai, tidak dipaksa masuk Islam di bawah naungan kerajaan PAS Kelantan..

Bukan seperti kaum Cina lain yang 'ala komunis' dan masih mengagungkan perjuangan komunis, walaupun sudah diterima sebagai rakyat Malaysia. Itulah mereka yang sudah lupa diri membalas pemberian madu dengan tuba!

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)






Kalau PAS Berkuasa, Sukan Jadi Ibadah. Ini 5 Perkara..

Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Bagaimana polisi Islam dalam sukan?
KETIKA sesi dialog dalam satu majlis, ada soalan mengenai bagaimana polisi Islam dalam hal ehwal kesukanan? Kalau PAS diberi kuasa pemerintahan kelak, adakah sukan akan diharamkan?
Bagi menjawab persoalan ini, perlu diketahui  bahawa sukan juga sebenarnya adalah salah satu ibadah.
Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.
Ya! Sukan adalah ibadah!
Maka, tiada apa-apa yang salah pada aktiviti sukan. Yang menentukan sukan itu dibolehkan atau tidak ialah bagaimana sukan itu dianjurkan dan dimainkan oleh pemain.
Untuk menjadikan aktiviti sukan itu menjadi satu ibadah, ada lima syarat yang perlu dipatuhi:
Syarat 1: Niat
Niat atau tujuan bersukan (riyadhah) mestilah untuk menjadikan tubuh badan kita sihat. Tubuh yang sihat adalah merupakan tuntutan Islam.
Bahkan, ia menjadi sebahagian daripada maqasid al-syariah, iaitu memelihara nyawa. Nyawa dipelihara melalui jasad fizikal yang sihat.
Maknanya, bersukan adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat. Melaksanakan tuntutan syariat, dapat pahala. Dapat keredhaan Allah.
Syarat 2: Peraturan (syarat) mesti bertepatan dengan syariat
Ya, semua peraturan dan syarat-syarat untuk sesuatu aktiviti sukan tersebut, mestilah bertepatan dengan syariat.
Umpamanya, bayaran wang penyertaan dan hadiah-hadiah untuk pemenang. Untuk menyertai sesuatu pertandingan, biasanya ada yuran dikenakan. Jika pasukan/individu tersebut kalah, maka yuran tersebut hangus dan pasukan/individu tersebut balik dengan tangan kosong, tak dapat apa-apa.
Hal seperti ini dianggap umpama satu perjudian, berdasarkan KitabFiqh Al-Manhaji dalam bab 'musabaqah' (pertandingan).
Kenapa dianggap berjudi? Kerana ada modal dikeluarkan oleh semua pihak (wang penyertaan). Tapi bila kalah, hanya yang menang sahaja dapat habuan. Yang kalah tak dapat apa-apa. Sama macam berjudi.
Maka, untuk mengelakkan unsur perjudian, pihak penganjur juga perlu turut sediakan hadiah saguhati untuk individu/pasukan yang kalah. Jadi, semua pasukan yang bayar yuran penyertaan akan dapat hadiah. Bezanya, yang menang dapat hadiah utama. Yang kalah dapat hadiah saguhati.
Begitu juga peraturan-peraturan yang lain seperti etika pakaian, peraturan perlawanan, peralatan yang digunakan dan lain-lain, ianya mestilah bertepatan dengan syariat.
Syarat 3: Pelaksanaan yang menepati syariat
Selain aspek peraturan seperti syarat yang kedua di atas, bagaimana sesuatu aktiviti sukan itu dilaksanakan juga mestilah menepati syariat.
Contohnya, aktiviti sukan yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita tanpa ada batasan had dan penjagaan aurat.
Misalnya sukan renang berirama. Sukan seperti itu mestilah diadakan di tempat tertutup, hanya melibatkan wanita sahaja. Penontonnya wanita, pengadilnya wanita, perenangnya wanita, semua kru dan penganjurnya mestilah wanita.
Begitu juga dengan pertandingan bina badan, pesertanya mestilah menutup aurat. Kerajaan Negeri Kelantan telah menunjukkan contohnya dalam kejohanan Mr Awang Selamat pada tahun 2018.
Khairul Idham Pawi juga pernah menunjukkan contoh yang selari dengan syarat ketiga ini. Ketika berada di podium untuk menerima pingat, beliau melarikan diri mengelak daripada disembur dengan arak oleh pemenang di sebelahnya. Tindakan beliau sangat besar mesejnya kepada dunia sukan permotoran!
Basikal lajak? Macam mana pulak? Kalau basikal tersebut ditunggang dengan cara melulu, merbahaya, mengganggu pengguna jalan raya yang lain, ia tidak menepati syarat ketiga ini.
Naiklah basikal lajak setara manapun, asalkan ianya selamat, tidak memudharatkan diri dan orang lain, serta tidak menggangu pengguna jalan raya dan makhluk Allah yang lain. Yang tu ok, boleh lajak.
Syarat 4: Hasilnya mesti menepati syariat
Apa-apa aktiviti sukan atau permainan, hasil atau natijahnya mestilah menepati kehendak syariat.
Dalam bahasa mudahnya, dengan bersukan itu, menjadikan seseorang itu makin baik akhlaknya, makin mulia pekertinya, makin dekat hubungannya dengan Tuhan.
Jika dengan aktiviti sukan itu menjadikan perangainya semakin jahat, makin bengis, makin bangga diri (sebab menang dan terkenal), makinlagha, makin hanyut jauh daripada Tuhan, maka aktiviti sukan tersebut tidak dianggap sebagai ibadah.
Syarat 5: Tidak meninggalkan perkara yang wajib
Ketika aktiviti sukan tersebut dilaksanakan, perkara-perkara yang wajib hendaklah ditunaikan.
Misalnya, menutup aurat, memelihara solat, memelihara maruah diri, tidak menzalimi makhluk yang lain (haiwan yang digunakan untuk bersukan) dan lain-lain perkara yang wajib di dalam syariat.
Jika Ruqaya Al-Ghasara (johan pelari pecut) dari negara Bahrain boleh mendapat pingat emas beberapa kali dengan berpakaian menutup aurat, mengapa tidak para atlet wanita kita dalam aktiviti-aktiviti sukan seumpamanya?
Kesimpulan
Sebagai rumusannya, sukan adalah satu aktiviti dan bidang profesional yang diiktiraf oleh Islam. Sukan mampu menjadikan manusia semakin dekat hubungannya dengan Tuhan, asalkan syarat-syarat di atas dapat dipatuhi.
Dalam realiti hari ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh mewujudkan panel penasihat syariah yang melibatkan tokoh-tokoh ilmuwan dan pakar yang berkaitan, untuk menggubal garis panduan sukan yang patuh syariah.
Usaha ini didapati telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan melantik Sohibus Somahah Mufti Terengganu sebagai Ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Selain itu, sukan juga merupakan satu kaedah bersosial yang mampu mengharmonikan hubungan dalam masyarakat.
Ramai ahli politik berkelahi di atas pentas, namun mereka boleh duduk bersama di dalam sukan, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong pasukan yang sama seperti Liverpool.
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

Yang tiba-tiba semangat untuk bersukan! - HARAKAHDAILY 6/9/2019

(Tulisan ini adalah olahan penulis berdasarkan rujukan di dalam buku Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, oleh Prof Muhammad Syukri Salleh, ketika pengajian peringkat sarjana di dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia)
Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beruntungnya kalau wujud negara Islam, segala kegiatan negara jadi ibadat, seperti sukan, nyanyian, cari harta, bahkan seluruh kegiatan hidup di dunia. 

Berpahala di dunia dan akhirat. Tidak ada sebab mengapa mesti tolak PAS? Bukan Islam, atau yang tidak percaya hari Akhirat pun tidak ada ruginya bernaung di bawah kerajaan Islam di dunia...

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Terowong D/Laut, PDRM &SPRM Lagi Didesak Siasat.. Kebal?

Hasil carian imej untuk guan eng kebal?
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menggesa Polis Diraja
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap skandal projek terowong dasar laut Pulau Pinang. - Facebook Wee Ka Siong  


KL 5 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi digesa menyiasat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.
Gesaan itu dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang memaklumkan telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya semalam.
Menurut beliau, surat tersebut dihantar sekali lagi selepas tiada maklum balas pembongkaran yang dibuat SPRM terhadap skandal terowong terbabit dahulu.
"Semalam saya telah menulis surat kepada Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan salinan laporan polis tentang pembongkaran kertas siasatan mengenai skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.
"Surat yang serupa telah ditulis kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan bekas Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull atas saranan Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada 1 April. Tetapi, tiada sebarang maklum balas sehinggalah mereka berdua bersara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ka Siong menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengelak untuk berdebat dengannya berhubung isu projek terowong tersebut.
"Chow Kon Yeow kata saya perlu menjelaskan bagaimana saya dapat angka RM20 bilion untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Saya sudah pun menjelaskannya dan boleh disemak dalam hantaran dalam Facebook saya lima hari lepas. Adakah Chow Kon Yeow buat-buat tak nampak?
"Chow Kon Yeow kata 'Nilai projek yang Wee Ka Siong dapat ialah RM16.4 bilion lebih tinggi daripada harga yang dinyatakan kerajaan negeri iaitu RM3.6 bilion. Kenapa perlu debat? Ia tidak membantu kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjimatkan apa-apa'," jelasnya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita lihat sejauh mana kebalnya Lim Guan Eng..
Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Ini, Mengenai Isu Hentikan Skim Pencen..

Hasil carian imej untuk wan azizah

Cadangan henti skim pencen masih dalam kajian
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya difahamkan ia akan dibawa dan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak... kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.
"Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet... kita akan perincikan kemudian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Women in Business (WinBiz) yang diperkenalkan Bank Islam sebagai penyelesaian kewangan baharu yang dikhususkan bagi usahawan wanita di bawah segmen perniagaan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan, lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik.
Menurut Borhan, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion. - Bernama
Lihat..
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails